WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Thursday, October 4, 2012

ALLAH BAGI , LEPASTU ALLAH TARIKLAH BALIK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari tu

Memang dah tak tahan sangat . Macam mana pun , kena luahkan . Takboleh nak pendam-pendam,sebab bila dipendam .. Ya Allah , sakitnya. 

Jadi 

Aku pun meluahkan segala isi hati yang terbuku ni kat seorang sahabat aku . Aku dah takboleh tahan sangat menanggung perasaan ni . Jadi , aku perlukan seseorang , aku perlukan pendengar dan pastinya aku perlukan seorang motivater . Kenapa aku pilih dia jadi pendengar masalah aku ? Sebab sebelum ni , dia pun mengalami masalah yang sama dengan aku . Tapi dia boleh survive , kenapa aku takboleh jadi macam dia ? 

Entahlah . kehidupan aku kat Unisza ni jauh berbeza dengan kehidupan aku masa sekolah dan masa matrik . Dulu aku ramai sangat kawan , aku rapat dengan kawan-kawan aku . Nak pergi mana-mana je , aku takyah fikir takde kawan sebab semuanya ada depan mata . Aku nak pergi makan , ada kawan teman . Aku nak pergi shopping, ada kawan teman . Aku nak pergi bersukan , ada kawan teman . Kira serba lengkap selagi aku ada kawan . Waktu tu tak pernah fikir pun perasaan bila takde seorang kawan . Lupa . 

Allah maha adil . Dia bagi Unisza kat aku , tempat yang sangat asing untuk aku . Kiri kanan , aku tengok bertudung labuh , berpurdah , berkopiah , lelaki dan perempuan diasingkan , tiada hiburan . Yeah , semua tu aku boleh terima , aku boleh survive . Tapi bila bab kawan , semuanya jadi kosong . Aku jadi tak tentu arah bila ada kat sini . Aku fikirkan , aku hidup kat Unisza ni sama macam aku hidup kat tempat lain yang aku boleh dapat kawan baik semudah makan ABC, tapi Allah maha berkuasa . Dibiarkan aku macam ni , diujinya aku macam ni . Ni nak pergi makan pun aku terhegeh-hegeh cari kawan . Kadang-kadang tu aku terpaksa ikat perut sebab aku takde kawan nak pergi makan . Sungguh aku tak biasa macam tu , so aku pun ikat perut tahan lapar sebab takde kawan nak gi makan . Bodoh kan ? haha 

Aku luahkan perasaan aku , nak nangis ? Memang taklah . Cuma sikit sebak dengan hidup macam ni . Alhamdulillah , saat aku rasa aku mula nak jatuh . Masih ada insan yang tolong sedarkan aku . 

Selama ni Allah bagi aku banyak kawan . 

Yea , Allah takkan uji aku kalau Allah tahu yang aku tak mampu nak harunginya . Ini bermakna , aku boleh harungi semua benda ni . Betul , sebab tu Allah uji . Allah tahu aku boleh survive . 




Sebelum perbualan kami tamat , dia ada tinggalkan satu pesanan macam kat atas tu 

Alhamdulillah , sejak mengamalkan seperti yang disuruh . Aku dapat lihat satu kelainan , kawan-kawan mula mesra dengan aku . Aku dapat rasakan yang aku dah jumpa diri aku yang sebenar . 

Aku dapat satu jawapan . Sebenarnya ini lah dunia realiti . Dunia yang bukan hipokrit ataupun dunia yang plastik . Ini realiti . Kita takboleh sebenarnya nak mengharapkan orang suka kat kita , tapi kita perlu berusaha untuk buatkan orang selalu suka kat kita . Soal kawan , sebenarnya kita takboleh lagi nak tunggu kawan datang bergolek-golek depan kita , tapi sebenarnya kita yang kena cari , kita kena ikut cara dorang . Kita yang kena berusaha . Dulu mungkin aku bernasib baik , orang yang ikut rentak aku . Tapi sekarang aku pulak yang terbalik , aku kena ikut rentak hidup dorang . Aku kena kejar dorang . Aku takboleh duduk diam tunggu dorang datang cakap '' Eh haikal , jom pergi makan '' '' Eh haikal , jom bersukan '' ... 

Allah maha adil . 

Aku bersyukur sangat . Aku ingat aku akan forever alone kat sini , huhu . Tapi roomate aku baik sangat :") sepanjang aku kat sini , dengan dia lah aku lepak . Selalu bercerita dalam bilik , kalau pergi mana-mana dia tak pernah miss ajak aku . Pergi makan pun kalau hujung minggu bila masing-masing ada dalam bilik mesti dia ajak pergi makan . Aku mengaku aku lebih rapat dengan geng dari kos lain berbanding dengan kos aku . Takpe , aku faham kenapa . 

Sekarang , mungkin itu lah keajaiban Ya Rahman , aku dapat rasakan ukhuwah aku dengan kawan-kawan satu kos makin kuat . Aku dah takyah nak risau lagi . Mungkin ini hikmah nya . Allah dah bagi balik kawan-kawan kat aku :") .. Dah ada orang ajak aku pergi makan . teheeeeee ;)

Kawan-kawan yang lain , tolong doakan kebahagiaan aku kat sini ye .  tak mintak banyak , mintak tu je . hehe . InsyaAllah 

Akhir kata , Allah sentiasa ada di sisi kita . Cuma kita je kadang-kadang terlupa bahawa kita ni ada Dia ....

Assalamualaikum :)


20 komen:

Cik Atynn said...

Salam, update pn blog.. ingat saya lg x?? ^_^v

anyway, mmg betul. setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah akan menguji hambanya dengan ujian yang mampu mereka hadapi. Allah tak kejam untuk bagi kita dugaan yang kita sendiri tak boleh hadapi. and thanks sebab dr entry nie sy dah dapat sesuatu yang bermanfaat buat semua. :D

Hafiz Hafizol said...

tenx 4 this entry :)

Unknown said...

awal2 masuk Uni macam ni lah dugaannya. aku dulu pun rasa cenggini. lama2 okey lah. :) banyakkan bersabar. betul kata kawan kau tu, amek perhatian lect dulu sebelum amek perhatian clssmte :) Good Luck 2 u anyway !

boni kacak said...

apa2pun kita kena berserah kepadaNya dan sentiasa bersabar dengan dugaanNya. :)

Kejora malap said...

be strong eaa..biasa la tuh,aku pun senaseb je ngn haikal. xcaya tnya rumate aku.

Kejora malap said...

ala biasa la tuh.. be strong ea haikal.

azwanymous said...

saba ea kal.. biasa la tuh, tempat baru. cuba biasakan diri,nnt da masuk tenga2 sem or naik sem 2 nanti ramai la kawan tuh

Unknown said...

allah takkan bagi ujian tu, kalau awak xmampu. syukur la awak dapat ujian sebnegitu, maknanya allah sayang awak.

Anonymous said...

wow!

NIZAM said...

bukan senang nk survive kat tempat orang kan. nk2 takde member. aku pun camtu gak dulu masa masuk uni. rela takmakan sbb takde member teman. entah rasa semacam nak g cafe n makan sengsorang. sedih toksah cakapla kan. maybe orang pk bnda tu remeh tp bg sesetengah org tak. biasa dgn kwn2 kan. tetiba takde sume tu. mau nye rasa isolated.

pjg lak plak aku komen. hee. tak care k bro. :) dh ok dh tu. lama2 bertambah ok la

Syiera Bucuk said...

bnykkan sabar yer!!!

en3 terbaru:
http://syierahalf.blogspot.com/2012/10/opening-of-my-official-business-shop.html

Anonymous said...

I loved as much as you will receivе carried out right heгe.
The sketch iѕ attraсtiѵe, your authored material stylish.
nonetheless, yοu command get got аn shakiness over thаt you
wiѕh be deliνeгing the follοwing.

unωell unquestionably come moгe formеrly аgаin as eхactly the samе nearly a lot often inside
сasе you shiеlԁ thіs increasе.
Take a look at my web-site ... matchmaking millionaire

Cik Tetra said...

suke bace entry ni. nampak keikhlasan dlm meluahkan.

insyaallah haikal boleh punya. akak doakan haikal bahagia kat unisza n dapat sesuaikan diri kt sana.

berusaha ye! chaiyok :))

salam dari uitm puncak perdana. hehe. :))

Aliff Haikal said...

@Cik Atynn Bieyah Dan memang benar Allah takkan duga di luar kemampuan kita :)

Aliff Haikal said...

@hafiz hafizol Huh ? Sama-sama . HAHA

Aliff Haikal said...

@Maya And alhamdulillah skrg semuanya dah kembali seperti sedia kala . Dah start sesuaikan diri ;)

Aliff Haikal said...

@boni kacak Wa terima kasih abg boni kacak :D

Aliff Haikal said...

@cik aizawa HAHA rumet anda siapa ? :p

Aliff Haikal said...

@azwanymous Thanks :)

Unknown said...

ttahniah :D