WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Sunday, October 16, 2011

MALANG TIDAK BERBAU ? MEMANG !

ASSALAMUALAIKUM
tak jawab doa , kalau jawab sayanggg

merujuk kepada tajuk di atas yang agak tanda seru tu
aku rasa semua orang memang paham kot dengan perkataan ' malang '
so aku rasa nak bercerita sikit lah kisah tragedi tragis yang berlaku --'
tak lah tragis sangat sebenarnya
tapi cerita ni agak panjang sebab aku rasa macam nak cerita full of version
huarghhh * mata ke atas tangan di dada*
yeah let's begin !

memandangkan akan tamatnya semester 1 tak lama lagi
so minggu ni adalah minggu outing terakhir untuk students sebab minggu depan dah mula final exam ,
so aku pun decide dengan kawan-kawan aku nak pergi outing
outing mana je lah yang kitorang boleh pergi selain padang besar,perlis tuuuu
kihkih pilihan hati selepas c-mart
then kitorang pun decide nak sewa kereta
tapi bukan aku drive , kawan aku because aku ni gabra kot nak drive kereta even ada lesen --'
so nak dipendekkan cerita malas nak melarat-larat
kitorang gerak pukul 8.30 pagi
dalam perjalanan tu , nak dijadikan cerita kan
kawan aku perasan kereta tu macam berasap and then dia cakap lah kitorang
then berasapnya sekejap je so kitorang macam endah tak endah
tapi tetap risau jugak masa tu apesal pulak tiba-tiba berasap kan
then masa dah sampai kat padang besar dalam pukul 9pagi tuuu
tiba-tiba kereta tu BERASAP teruk wehhh
punya lah cuak tahap cipan masa tu sebab kitorang memang kureng ilmu pengetahuan pasal kereta lebih-lebih lagi aku kennn KAHKAH


see ? siapa tak cuak weh tiba-tiba berasap macam ni sekali kan
lepas tu check ah kan sebab apa tiba-tiba berasap
rupanya air dalam kereta tu habis and kosong you know * aku taktahu apa nama entah *
then agak macam tak menyirap pulak kan pftt
ada lah peniaga-peniaga kat situ suggest kan tunggu sejam dulu untuk bagi enjin semua cool
then dah tunggu sejam tu , kitorang pon try lah nak bubuh air dalam tangki tu
then tiba-tiba dia berasap balik !
okayyy tak sejuk lagi rupanya ,
then peniaga tu suruh tunggu lah dalam dua tiga empat jam
and then kitorang pon pergi lah jalan-jalan sekitar padang besar tu


HAHA masa ni kitorang agak lupa sikit lah pasal kereta yang rosak tu
macam-macam benda yang kitorang beli
tapi aku just shopping keychain je kot . hihi :D


then kitorang pun balik semula kat kereta tu lepas dah puas membeli belah
memang dah sejuk time tu , and then aku pun ditugaskan pergi cari air
nasib baik lah ada tandas berdekatan kat situ , so aku pun buat muka tak tahu malu cakap kat makcik tandas tu nak masuk sebab nak isi air * motif taknak bayar tigaposen* HAHA
okay dapat masuk takpayah bayar ! :D
lepas dah isi minyak tu , nak dijadikan cerita sadis kannnn
kereta pulak tak boleh nak hidup
malapetaka betul ! --'
kitorang pun memang dah mati akal masa tu lagi-lagi tak dapat nak contact dengan pemilik kereta tu sebab tak save no dia
then punya lah gigih call kawan-kawan kolej tanya sape ada no pakcik tu
last-last nasib baik kawan haziq ada save no pakcik tu
dapat contact then pakcik tu suruh tunggu dalam setengah jam dia nak pergi sana
yeahh MENUNGGU lagi
haziq dah khairul yang dah rasa menyirap plus penat hari ni kerana menunggu
yeahh nasib baik kereta rosak kat padang besar yang ada ' supermarket ' at least ada lah tempat nak memborong ,
yeah that me , muka very very annoy plus benci menunggu
entah lah apa malangnya nasib kami ni . HAHA
see ? --'

saat-saat penting yang perlu diceritakan
yeahhh ini lah masa yang aku tunggu-tunggu !
dalam pukul 6 petang tu after dah penat berjalan dengan kereta yang ditukar dengan kereta rosak tu , kitorang pun balik lah nak pulangkan kereta
then call owner dia tanya ada kat mana sebab masa ni rumah memang kosong
apa punya business lah --'
then dia suruh tunggu dia sebab dia ada kat luar . haihhh MENUNGGU lagi
ada lah jugak setengah jam ktorang menunggu pakcik ni balik dari mana entah
then lepas dia dah sampai rumah dia , macam okay je lah kan tengok reaksi dia
tiba-tiba dia cakap pasal kereta yang rosak tu
mula-mula tu macam okay je lah kan bila dia cakap yang kereta tu tak boleh hidup apa semua
tapi bila dia dah mula panjang-panjang kan cerita , aku dah mula rasa macam lain macam dah
dia mula macam nak salahkan kitorang sebagai customer membuatkan kereta dia rosak
dengan alasan kenapa isi air waktu kereta tu tengah panas
so berlaku lah adegan bertekak kat depan rumah dia , okay fine aku tak pernah seumur hidup bergaduh mulut dengan seorang pakcik yang lebih tua dari aku
tapi pakcik tu yang lebih , dia salah kan kitorang rosakkan kereta dia
padahal salah dia sebab tak periksa keadaan kereta tu before bagi customer dia guna
bila dah jadi perkara macam ni , dia nak salahkan kitorang
tak ke korang rasa macam menyirap ?
ini baru first time aku pinjam kat tempat tu then benda ni jadi
so aku tak puas hati lah apesal pakcik ni nak salahkan kitorang
aku agak lantang jugak bersuara masa tu
memang panas masa tu eventho tengah hujan lebat
tiba-tiba isteri dia pulak masuk campur dalam hal ni
tapi kann yang tak boleh nak belah nya statement isteri dia macam ni
' makcik dengan pakcik baru semalam service kereta tu , semuanya okay je '
kau boleh fikir logic tak masa ni ?
takkan lah baru service then air dalam kereta tu boleh habis dalam setengah jam
aku pun cakap kat makcik tu logic ke tak
then dia boleh cakap macam ni
' mungkin hangpa dah pi jalan jauh , makcik mana tau kan '
that time aku rasa macam nak cabai je mulut makcik ni sesuka hati dia menuduh je
so aku bidas balik dia , pinjam tak sampai sejam dah rosak

waktu tengah hujan lebat macam ni lah adegan perang mulut tu terjadi
yeahh aku tahu sebagai seorang yang lebih muda kitorang kena beralah
tapi sebagai customer , so what the hell lah kalau kitorang nak mengalah
memang masa tu kitorang dah bertekak taknak kalah sebab owner dia tak habis-habis nak tegakkan benang yang basah
so last-last without ending
pakcik tu suruh kitorang balik before dia naik tangan kat kitorang
ewahhh bukan main lagi nak naik tangan bagai kat customer dia
memang tak lah kan
so kitorang pun macam dah panas blah macam tu je dengan satu ayat
' ini first and last time kitorang sewa kat sini ! '


sedih jugak sebab masa tu terpaksa call pihak kolej cakap kitorang terpaksa balik lambat atas faktor-faktor yang tak boleh di elakkan , nasib baik pihak kolej faham
masa kitorang balik tu dah maghrib , so perkhidmatan teksi memang takde time tu
call pakcik teksi sini sana semua kata kat rumah , so terpaksa lah kitorang berjalan kaki pulang ke kolej
tapi pertengahan jalan tu , ada lah satu teksi ni , nasib baik gilaaaa
tapiiiiiii errr malas nak cerita ! --'

story kami tak habis macam tu sahaja



so aku rasa nak habiskan menaip , penat sei menaip panjang-panjang ni
kesimpulannya yang aku boleh cakap

nak buat bisness tu kena lah ada perancangan yang sistematik , kalau takde perancangan memang semua customer anda lari !

kbai :)

2 komen:

✿INA AINAA✿ said...

hehehe....kesiannyew kat u all..bersabrlah yew...jnji selamat msing2..XD..niwe, besanyew bear tu!!! Nak satu~ XP

Zharif Azis said...

bru terbaca entri nie , ishhh sedihh kott .
kuang hajaq punya pakcikk