WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Sunday, December 30, 2012

PELAJAR AKAUN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kalau Fatin Liyana korang kenal sebagai pelajar perubatan, Maria Elena pulak korang kenal sebagai pelajar kejuruteraan, Aku korang kena kenal sebagai pelajar Perakaunan . Wah mantap main paksa-paksa pulak kan. hihi


Masih terngiang-ngiang di benak kepala lutut ni bila ada spesies-spesies manusia cakap ''Budak akaun senang ah nak compare dengan budak sains, result boleh lah gempak-gempak'' dan rasanya tidak perlu kot nak cakap sebegitu rupa. Itu jalan yang anda pilih, maka tempuhilah ! Hehe Actually apa yang spesies-spesies ni cakap ada kalanya betul jugak, kalau nak compare kan dengan budak sains tulen, subjek mereka lagi taff dari budak akaun. Tapi minat mengatasi segalanya. Kalau terjerumus dalam lembah sains atas paksaan orang bukan minat, sampai bila-bila mereka akan compare kan dengan kami. Amboih 

Jadi budak akaun ni.......Tak pernah aku fikirkan. Hahaha admit lah sebab waktu form three math aku suka sangat fail. Aku taktahu lah bengap darjah apa tah aku ni terhadap math. Otak lembab nak berfikir, benda basic pun aku kadang-kadang fail. Nak kira 13 + 17 pun aku terkebil-kebil. Okay itu aku waktu dulu. HAHA so penggunaan terhadap kalkulator sangat membantu. Hajat lepas PMR nak sambung sains tapi aku macam tak mengukur baju di badan sendiri bila result PMR untuk sains aku C. HAHA ada hati konon nak masuk kelas sains. So secara tak langsung aku dimasukkan ke dalam kelas perakaunan. Di situ, langkahku bermula. Cewah

Form four masih bengap . haha maki diri sendiri. Tapi naik form five, mungkin berkat nak SPM aku mula sedar diri sampai bila nak jadi bengap math ni. Dari hari ke hari aku cuba memahami math. Arghhh stressnya hanya Tuhan yang tahu. Cikgu ajar kat depan aku cuma nampak papan hitam kosong walhal dah penuh dengan jalan kerja cikgu bagi. Boleh bayangkan tak betapa bengapnya aku dulu? HAHA DULU 

Sekarang? Sekarang siapa berani nak lawan addmath dengan aku? Meh kita lawan selesaikan logarithmic, integration, differentiation dan sebagainya (TakabburLaknatullah) =B *sorry gurau je 

Actually, jadi pelajar akaun ni tak lah semudah yang disangka. Aku jugak ada masa stress dengan study, ada masa tak boleh adapt dengan apa yang aku belajar, kadang-kadang rasa nak give up je. Tapi satu je yang boleh menguatkan semangat aku untuk meneruskan benda ni. HARAPAN MAK DAN AYAH. Aku lah satu-satunya anak pertama yang menjejaki ke alam Universiti ni, so aku  bertanggungjawab galas tugas sebagai anak dan aku punyai misi sebab aku nak ubah nasib keluarga aku =) so sweet tak? Hihi

Akaun ni subjek dan bidang yang menarik, jadi kepada adik-adik lepasan SPM, atau yang sedang ambil SPM dan minat dengan perakaunan, teruskan ! Jangan cepat mengalah. Perjuangan masih panjang. Inilah  kehidupan sebenar ya dan cabaran yang sebenar :)

''Walau apa pun dugaan yang datang, tempuhi dengan berani''-Haikal(2012)


Mood bunga-bunga sangat. HAHA untuk mengekalkan tenaga berpanjangan menghadapi final exam, assignment dan sebagainya, minumlah milo. HAHA aku ratah milo sebab aku bosan asyik minum air milo. kepada semua jangan amalkan ratah milo sebab nanti boleh buat anda sembelit =B



Buku boleh tahan tebal-tebal. Kalau bahasa Melayu boleh jugak aku tahankan mata baca , tapi dahlah bahasa Inggeris kadang-kadang tu pulak term dalam bahasa melayu tak sama dengan term dalam bahasa inggeris, jenuh nak mencari dan menghafal. HAHA Apa-apa pun jangan jadikan itu sebagai satu halangan untuk berjaya. Motivasi sikeddddd =B



Koleksi baju kemeja yang aku ada ^^, Abaikan baju daun-daun tu =B



Polka dot menghiasi segenap meja belajar. Bila nak belajar hati pun menjadi girang. HAHA ada ke patut kawan aku cakap aku macam perempuan hias-hias bagai ni, amboihhhhh nanti takde mood nak belajar susah pulak. So marilah kita pecahkan tradisi yang ditakuk lama tu. Tiru macam saya =B




Apa jeling-jeling? Jeles lah tu =B



Encik Domo saya pun nak mencelah dalam situasi begini. Amboih cik domo tumpang populariti , takpe takpe demi Cik Domo yang disayangi. HAHA Rawatan penjagaan diri. Jangan gelak =B Aku pun perlu jaga penampilah hokayyyyy hihi



Amboihhhh ni kes nak menunjuk baca Yassin ke hape . Okay takde lah bukan nak menunjuk , nak bagitau je beberapa koleksi buku-buku ilmiah yang aku baca dan surah Yassin ni. *Mana lah tahu boleh jadi Ustaz pilihan =B*



Kenalkan ini kawan-kawan chinese saya, muka saya macam chinese kan? *MUNTAH* 



Pandai posing kawan-kawan aku ni padahal dah siap cakap ''Wei ambil gambar jom'' Lakonan =B



Menikmati keropok lekor ketika berada di dalam bilik kuliah. Sempat lagi kitorang buat kenduri kat belakang padahal sedang berlangsung perbentangan final projek masing-masing. Bak kata pepatah ''Sambil menyelam kita skodeng orang'' 



Aku lah yang paling comel dalam kelas *Muntahhhhhhh*



Bersedia untuk menyanyikan lagu negaraku kawan-kawan haha k gurau je. Waktu ni Irfan Khairi datang Unisza buat talk pasal business dalam internet. Guwa sebagai blogger terasa tertarik untuk join talk ni sebab ada cakap pasal ''Blog'' ceh kekonon nak sedekah populariti lah ni. *muntah lagi* HAHA

Mana hensem ????? *cekak pinggang*

Terima kasih sudi baca. Hulur like sikit =B




51 komen:

Yuyu Zulaikha said...

kahkahkah! orang tu pakai lotion vaseline! kah kah kah!!! okay. nak tidur balik. bai.

Nina Athirah said...

subjek akaun la yg paling risau result dlm spm ni..susah kemain..harap lulus dgn cemerlanglah:D

Unknown said...

hoho... x tahan.. polkadot...
hoho.. baru tau u blogger jgak.. anyway i blogger from unisza jgek! jemputlah jengah.. rendanghangus.blogspot.com
anyway,, All the best for final!

Lady ★ Hanna said...

HAHA. akhirnya jumpa jugak budak u sme~ haha.. erm.. housmte ku tlh dijumpai dlm gmbr diats~

boni kacak said...

rupanya ko satu jurusan jugak dengan aku.. dulu masa form4 aku ambik akaun.. tapi salah aku, aku ikut kawan. last2 semua terkodoi. kaun failed , add math failed,hahahaha. padan muka aku..

Sya said...

Uish tak pernah jumpa lelaki hias meja bljr, kaedah study smart tu haha XD

Mahamahu said...

Singgah nak cari kenalan blogger kat sini.. jom follow kami..

Blog : Mahamahu.com
Twitter : @mahamahu
Instagram : Mahamahu
Youtube : Mahamahu

Thanks u..

followtheflow said...

akaun susah kot,dengan segala bagai adjustmen nya....xpernah belajar akaun.ni degree baru belajar..grrrrrr

Hafiz Hafizol said...

hai yuyu.. org tu pakai losyen vaseline sebb dia nak putih letu.. kahkah...


Keciknye ko..pasnie makan byk2.. kahkah...


Anonymous said...

wahh, best nyerr...
jeeless ahh...
insyallah.. lepas ni giliran sheila pulak menyusul!
hehehhee

Unknown said...

orang pilih ikut minat . so kalau dah minat tu , tak payah nak persoalakan kan ?

sebab tu cikgu2 cakap pilih mna minat . bukan ikut orang . nak jadi cleaner pun susah weyh . hehe .

Unknown said...

okay fatin pun minat akaun. dah sebati dalam diri. hihi. kalau subjek lain malasnya ya Allah, haha tp kalau Akaun tak tidur pun takpe. hehe.

yana M said...

yana pon budak akaun..tengah tunggu result spm camnalah result akaun tuh..selalu jer fail...dasar akaun jahanam..LOL..hahha..mintak2 lulus..

ejulz said...

gud luck 4 study.. :)

Aisyah Az said...

haha,, suka pic yang ada bunga pink tu . Kahkah .. lotion Vaseline .GOOD JOB !

Unknown said...

awww.. sangat aneh kan bila dulu math selalu failed but then pilih acct. begitu jugak dengan aku !

Unknown said...

I am Accouting Student too... Baru first year... Exam week skrang nie!!!! Hehehe...

Badrina Ibtisam said...

Hi!! Ok ni first time sy singgah blog ni, tu pun sbb cari sal akaun ni lah.
haiyakk saya form 4 2013, & dpt kelas akaun dan berasa agak sedih tapi tknaklah sedih sy cuba redha dan gembira dgn apa yg sy dapat hehhehe (panjanglah pula)

Sy tk tau mcm mana nak face... sy rasa mcm.....membosankan. lol but, belum belajar belum tahu. Tak kenal maka tak cinta. Cewah2. ='p

Apapun tq for this entry!
Moga Abg Aliff Haikal menjadi akauntan yg berjaya! =')

-meeSUPERGIRL- said...

ekal . terima kasih buat entri neh . dulu mee mcm ekal jugak. nak masuk kelas sains konon. tp sanis c. haha . then kena campak dekat kelas acc . mee suka math. tp humm. zaman skolah mee kuat main. tp skg pulak baru sedar. dan akan dtg neh mee amek jurusan akaun. sb ap? sb pk MAK BAPAK macam ekal. akaun byk cabang kan boleh pg? humm. tp satu je. mee risau "main-main" tu muncul lg. serious. risau sangat.

Aliff Haikal said...

@Yuyu Zulaikha *korek hidung* HAHAHAHAHAH cis akak gelakkan

Aliff Haikal said...

@Nina Ayra Kalau dah berusaha, insyaAllah! Goodluck :)

Aliff Haikal said...

@Cik Rendang *malu*

Aliff Haikal said...

@вʋввℓɛ ρσρƨ arghhhh malunyaaaaaa >.<

Aliff Haikal said...

@вʋввℓɛ ρσρƨ kita serang dia balik !!!!

Aliff Haikal said...

@boni kacak Lah , hehehehe tak minat akaun ke ? Terbalik. aku minat sains ambik akaun haha

Aliff Haikal said...

@Miss Xyz hahaha kagum tak?

Aliff Haikal said...

@Mahamahu Hai ^^,

Aliff Haikal said...

@followtheflow Goodluck! :')

Aliff Haikal said...

@hafiz hafizol *sadis* Jumpa face to face !

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil betul. kalau dah minat, semua perkara jadi best :)

Aliff Haikal said...

@Fatin Jieha Hebakkkk! :)

Aliff Haikal said...

@yana yani ish tak baik tau cakap macam tu :) Doakan je result tu ok . ok? :)

Aliff Haikal said...

@ejulz Thanks ! :)

Aliff Haikal said...

@Nur Aisyah Lee HAHAHA *malu*

Aliff Haikal said...

@Bintang Kan . sangat aneh

Aliff Haikal said...

@AZRUL AZMI Aja Aja hwaiting !!

Aliff Haikal said...

@Badrina Ibtisam Dah balas kat blog awak :)

Aliff Haikal said...

@-meeSUPERGIRL- Mee, jangan salah pilih kawan. pilih orang yang betul2 ade niat nak study. Ok mee?! :) Aja Aja hwaiting!

Cikpijaaa said...

opss. lotion vaselin? cnfrm tgn lembut je kan. akak pon x mampu nak pakai lotion tuh. hehehe =P

ehh. siyesly. kamu yg paling comel dlm kelas. ^____*

***gud luck 4 final ya ! ^^

pssss :: baju daun2 tuh comel. hahaha :DD

Aliff Haikal said...

@CiK FizA Oit pakai Lotion tu untuk putihkan kulit lah. apa daaaaa hahaha

tyra93 said...

sunsilk pink!! ==" hikhikhik..

Elie Lily said...

Meja study macam gegirls je. :p Comel sangatlah adik nih. Hahaha.

saliana said...

wah,,1st time jumpe lelaki guna vaseline,,waw ! jage kulit nampak,

Unknown said...

assalam,
nk tmpg tnye skit..
actually,sya nie plajar aliran sains tapi,baru2 nie dpat plak twaran smbg ijazah prakaunan kat unisza..sya mcm brminak jgk nk amik course nie tapi, rsau gak sbb xde basic perakaunan..mntak bgi pndapat ye..

Unknown said...

assalam,
nk tnye skit bleh?
sya nie plajar aliran sains matrikulasi 2013 n baru2 nie dpat twaran smbg ijazah prakaunan kat unisza, sya mcm brminat gak nk ambil couse nie tapi,sya xde basic perakaunan lgsg...bleh bg pndpat x?

Munirah Hanum said...

salam hai nak tanya accounting kat unisza ada amik additional subject bahasa mcm mandarine or japanese tak?

Unknown said...

hye .. bole cerita sikit tak perjalan awk dalam bidang perakaunan ni .. saya SPM tahun ni , then amik subjek akaun jgk .. lepas SPM , awk ambil ape ? cer cite .. plsss ;))

Unknown said...

hye . awak bole cerita tak pengalaman awak dalam bidang perakaunan ni ? lepas SPM amik ape ? mtrik/asasi ke ? form 6 ke ? dip ke ?? .. saya ni SPM candidate this year n sama mcm awk amik akaun . mcm mn awk boleh smpai ijazah skrg ? , plsss k ..

Unknown said...

hye . awak bole cerita tak pengalaman awak dalam bidang perakaunan ni ? lepas SPM amik ape ? mtrik/asasi ke ? form 6 ke ? dip ke ?? .. saya ni SPM candidate this year n sama mcm awk amik akaun . mcm mn awk boleh smpai ijazah skrg ? , plsss k ..

Unknown said...

Spm saya amik sc , tapi rasa cam nk amik acc lps spm niey ..
Dilema ..
Anyone ?
=> fromtheheartofthelittleme.blogspot.com

TAKBOLEHFIKIRNAMA HIHI said...

Ha ha saya pun cam tu gak result PT3 4A jer.... T_T sains C math E...... memang math bengap gak ... so masuk kelas akaun tahun 2019... awalnya saya pun macam abang lag taku ukur baju fi badan sendiri... lelas tahu tak layak masuk kelas sc rasa sedih naktulis surat mohon tukar kelas lah inilah.... last sekali sampai lama 2 search lah segala dalam google... Akhirnya lepas baca blog abang ni terbuka hati saya nak terima takdir Ha-ha .... Moga tahun 2019 ni saya berjaya dalam form 4 niiiii