WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Friday, January 4, 2013

''KENAPA AWAK TAK CAKAP AWAL-AWAL?''


''Hidup mewah, ada kereta, ada tv, ada rumah, ada baju cantik, ada seluar cantik, ada ibu, ada ayah  pun masih ada manusia yang merungut dengan kehidupan mereka? Sesungguhnya Allah masih belum menguji mereka dengan ujian yang paling besar''-Haikal (2012)

Hayati kisah benar ini


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya


tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.


Dapat dari blog sahabat saya Sheila Eiman

Sekian, kalau suka boleh like :)

32 komen:

Anonymous said...

semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua, untuk menghargai segalanya pemberian ibubapa yang datangnya daripada Allah s.w.t ....

Hafiz Hafizol said...

sedihnyee... ade lagi yer org camni dalam negara dah mencapai kemodenan . kerajaan sila mainkan peranan anda.. hmmm.. * kesat air mata *

Cik Tetra said...

sedihnyaa! :')

moral of the story,
kita kena bersyukur dgn ape yg kite ada, dekat luar sana, masih banyak yg kurang bernasib baik dari kita. :')

Yasmin Aris said...

alahaii. sedihnyee :'(

Mawardi yunus said...

Salam bro.. bila baca story ni tetiba rasa sebak.. rasa nak menitis air mata ni :

DRC said...

touching!! =(

Farhana said...

=(

Unknown said...

Sob3... Sedey nye... Ada lagi kea macam nie sekarang... Kan dah dapat bantuan RM100 ringgit untuk pelajar... Hahaha....

Unknown said...

bersyukur dgn apa yg ada...thx 4 sharing dis story..semoga cerita ini dijdkan pngajaran...may Allah bless u..

-meeSUPERGIRL- said...

Ya Allah .. humm . kesiannya .. Bagus budak tu ingat pesan mak dia .. Alhamdulillah Allah tunjuk dekat cikgu tu kebenaran .. mungkin dgn itu kurang sikit bebanan yang dialami budak tu sekarang.

suka petikan ekal yg atas skali :')

Unknown said...

Allahuakbar.....sedih :( semoga anak2 ini terus tabah utk melalui kehidupan yg mendatang...

Unknown said...

Allahuakbar..semoga anak2 ini terus melangkah disetiap dugaan yg Allah berikan dan hadapi masalah ini dengan penuh kesabaran...

Aliff Haikal said...

Betul tu sheila. Kita jugak janganlah terlampau nak perfect kehidupan. Sekadar bersuyukur dgn apa yang ada :) thanks sheila utk perkongsian ni

Aliff Haikal said...

Haha kerajaan o kerajaan . Hmmmmm

Aliff Haikal said...

Betul apa yg akak cakap T.T

Aliff Haikal said...

Sedih kan :(

Aliff Haikal said...

Tulusnya hati kau bro :'(

Aliff Haikal said...

First time baca. Memang touching.

Aliff Haikal said...

:'(

Aliff Haikal said...

:(

Aliff Haikal said...

Ada je wak. Tapi wallahualam la kalau bantuan tu pergi mana..

Aliff Haikal said...

Sama2. InsyaAllah :)

Aliff Haikal said...

Petikan tulus ikhlas mee. Huhuhu

Aliff Haikal said...

Aminnnn! :(

adan said...

Kisah sgt menarik..boleh jadi pengajaran.

boni kacak said...

artikel ni memang sangat2 buat aku rasa tersentuh... kita anggap diri kita dah susah tapi sebenarnya kat luar sana ada yang lebih susah daripada kita sebenarnya..

Lady ★ Hanna said...

wah! ingkt haikal tulis sendiri. btw,good job la~ suke baca. insaf cket kan~

Badrina Ibtisam said...

Betul2. Kita ni semua dah cukup apa2 pun masih merungut kdg2, dh nak 'down' tahap apa dh bila diuji.. Moga2 kita menjadi hamba-Nya yg bersyukur. InshaaAllah.

Sedih baca sal adik kecik tu. Adik itu mesti tabah. Moga2 dia akn berjaya di dunia & akhirat.

Badrina Ibtisam said...

Betul2. Kita ni semua dah cukup apa2 pun masih merungut kdg2, dh nak 'down' tahap apa dh bila diuji.. Moga2 kita menjadi hamba-Nya yg bersyukur. InshaaAllah.

Sedih baca sal adik kecik tu. Adik itu mesti tabah. Moga2 dia akn berjaya di dunia & akhirat.

Badrina Ibtisam said...

Betul2. Kita ni semua dah cukup apa2 pun masih merungut kdg2, dh nak 'down' tahap apa dh bila diuji.. Moga2 kita menjadi hamba-Nya yg bersyukur. InshaaAllah.

Sedih baca sal adik kecik tu. Adik itu mesti tabah. Moga2 dia akn berjaya di dunia & akhirat.

Unknown said...

samada story ni btul atau tdk dlm reality khdupan sbnr...apa pun story ini membri makna dn keinsafan buat mereka2 yg ego mentality khdupan yg dikecapi dgn kemewahan.

najwa said...

sdih kot......btw im ur new follower ;)