WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Friday, December 7, 2012

CERITA NI CERITA BETUL. TAK TIPU (cara nak dapat banyak duit)

CARIAN: TIPS NAK JADI KAYA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang dah baca kan entry aku yang aku cerita pasal menabung untuk masa depan tu. Kalau yang belum baca lagi tu, boleh lah rujuk dalam ENTRY: KENA SAVING! . Apa kah motif aku nak update entry kali ni? Actually, nak buat entry untuk kesinambungan dari entry kena saving tu. Huhu 

Ramai yang tersilap langkah. Yah admit it. Lepas dah penat-penat saving duit  guna tabung botol macam aku tu, dorang gunakan duit tu untuk kegunaan seharian. Mula-mula ambil sikit, tapi tahukah sikit-sikit lama-lama duit tu boleh habis dan macam sia-sia je saving duit. Kan ? Pernah terfikir tak

So dengan lafaz Bismillah-hirohma-Nirohim saya selaku tuan blog ingin mencadangkan agar duit saving anda itu, anda laburkan di dalam akaun simpanan tetap ! Hoyeah Hoyeah

Apa tu simpanan tetap? Kita ambil maksud mudah jelah ek. Simpanan tetap ni bermaksud satu simpanan aset(tunai) korang di dalam sebuah akaun dalam jangka masa yang korang sendiri akan tetapkan. Andai kata korang nak simpan untuk 10tahun,maka dalam masa 10tahun tersebut korang takboleh usik duit tersebut. Ada tambahan, untuk simpanan tetap korang tu, korang akan dapat faedah setiap tahun bergantung kepada kadar peratus faedah yang diberikan. 

Sebagai contoh, korang buka akaun simpanan tetap korang  kat Maybank dengan kadar faedah yang diberikan oleh pihak bank 5% untuk setahun. Hasil dari saving tersebut, andai kata korang dapat kumpul sebanyak Rm100.00 sebulan. Jadi untuk permulaan, korang deposit sebanyak Rm100.00 di dalam akaun tersebut. Sebulan kemudian korang deposit lagi Rm100.00 dan begitulah seterusnya selama 12bulan korang buat. RM100.00 x 12 Bulan = RM1200.00. Dari RM1200.00 yang telah korang laburkan dalam akaun simpanan tetap selama setahun, 5% x RM1200.00 = RM60.00 sebanyak RM60.00 faedah telah korang perolehi dari simpanan tersebut menjadikan nilai dalam akaun korang menjadi RM1260.00

Korang dah taknak lah kononnya deposit lagi dalam akaun simpanan tetap tu dan biarkan nilai RM1260.00 tersebut sampailah 10tahun akan datang. Setahun kan kadar faedah sebanyak 5% ? Untuk tahun yang kedua RM1260.00 x 5% = RM63.00 dan RM1260.00 + RM63.00 = RM1323.00. Dan begitulah seterusnya untuk tahun yang mendatang sehingga mencapai 10tahun akan datang. Itu untuk situasi kalau korang nak aktif untuk tahun pertama dan biarkan nilai tersebut membiak sehingga 10tahun akan datang. Tapi kalau korang konsisten selama 10tahun tersebut dengan setiap bulan deposit sebanyak RM100.00 bayangkan berapa banyak yang telah korang kumpul?! BANYAK KAN??????

''Tiada pelaburan yang tiada risiko''

Sebenarnya ini adalah satu pelaburan yang boleh korang lakukan untuk mengatasi masalah kewangan yang mungkin korang akan hadapi pada masa akan datang. Korang simpan harini, dan korang akan dapat hasilnya untuk 10 tahun akan datang dengan nilai yang berganda-ganda dari apa yang telah korang laburkan ! :)

Ini salah satu cara bagi anak muda sekarang yang pasang angan-angan nak kahwin nanti, simpan sekarang dah insyaAllah masa nak kahwin nanti takde lah masalah kewangan yang teruk. Bagi ibu bapa yang nak tengok anak-anak dia boleh sambung belajar bila dah besar nanti, eloklah buka akaun simpanan tetap dan laburlah duit tersebut untuk kesenangan anak-anak mereka. Banyak lah manfaat dan kelebihan dari kita melabur di dalam akaun simpanan tetap ni. 

Kita sering dengar skim cepat kaya semua tu kan, jangan lah mudah terpedaya dengan benda yang korang sendiri tak pasti. Buka mata untuk benda yang korang sendiri percaya dan boleh dipercayai seperti melabur di dalam akaun simpanan tetap. 

Mungkin selain dari korang nak melabur di dalam akaun simpanan tetap, korang nak laburkan duit korang tu kat tempat lain. Di sini, aku nak bagi tips untuk mengenal skim pelaburan yang menipu! 
  1. Jaminan pulangan yang tinggi sehingga mencecah 20%-30% kadar faedah
  2. Anda perlu mencari ''Downline''
  3. Peluang pelaburan untuk masa yang terhad sahaja
  4. Tawaran hadiah-hadiah yang lumayan
  5. Panggilan telefon dari syarikat pelaburan yang tidak diundang
  6. Untung besar tanpa ada sebarang risiko
  7. Sukar menemui maklumat syarikat
  8. pelaburan di dalam Syarikat dagangan asing 

''Anda perlu melabur untuk mencapai matlamat kewangan anda. Semakin lama anda melabur, semakin tinggi peluang anda untuk meningkatkan taraf hidup anda. Dengan RM10 sahaja pun sudah mencukupi untuk memulakan pelaburan. Tidak kira kecil atau besar rancangan pelaburan anda, ia perlu bermula dengan langkah yang betul. Jika tidak, anda mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kewangan pada masa hadapan.'' -SIDC


Jadi, apa tunggu lagi? Dah buat tabungan kan? Jangan membazir duit tabungan tu dengan benda-benda yang tak bermanfaat, segeralah buka akaun simpanan tetap dan melaburlah !!! :) 

Untuk lebih informasi tentang akaun simpanan tetap ni, boleh lah korang rujuk kat bank-bank yang ada kat Malaysia ni. Anda masih belum terlambat .........

Tabung pertama dah penuh, heeeeeeee tak sabar nak bukak akaun simpanan tetap and labur duit dalam tu. Nak simpan buat kahwin nanti . InsyaAllah :")

Have a nice day baca :)





37 komen:

Hafiz Hafizol said...

Aku byk bank, tp x de duit dalam tu.. Pasni kena wat akaun simpanan tetap la satu.. Ko ajar aku . Aku x faham nie.

Ko kan budak akaun . wakaka

Mekar said...

Bagus dik. Berfikir panjang :) Keep it up ok :D

hnahdy said...

banyaknya duit nnt belanja ek

iAmCekbolat said...

tabung bolat tak pernah penuh . entah kenapa .

heheh

Unknown said...

wah2 . bagus2 . nama pun budak akaun mestilah pandai bajet2 duit ni kan ?

budak sekolah mcm saya ni mana mampu nak simpan sebulan 100 . kah2 sehari pun dapat berape je .

simpan sehari sepuluh sen , je .
takpa janji simpan kan ? duit jugak :D

AIMAN HAQIMIE said...

Good idea... Hahaha... Boleh jadi akauntan ni... Hahaha

Unknown said...

hoyeh2 kien da buat ekal.. syok gak duit naik.. tp kadang3 rasa nk amik je duit tu,, tp kna tahan..

Aprimia ✿ said...

Pesanan khidmat masyarakat :D
Hee. Nice one.

Unknown said...

perghhhh . aku nak menabung je lah. batal je lah niat nak beli note 2 . kawin lagi important haha

Hakimy Zamri said...

bapak ah. nice gila informasi nih. aku dah belajar dah pasai akaun simpanan tetap ni. tapi still takda akaun tu. nanti nak buat laa. insyaallah. nak kawin :') HAHAHAHA

nice info bro ^^

boni kacak said...

aku syorkan buat simpanan kat ASBN.. kadar faedah dia tinggi.

-meeSUPERGIRL- said...

branak pulak duit tuu . hahaha

محمد سفيان بن ماهات said...

Nice view.

Faridzuan said...

Bila saya baca entri ini macam saya baca fakta Ekonomi Asas pula *walaupun saya tak ambil subjek sastera ikhtisas*, tapi cukup memberi kesedaran bahawa menabung itu cukup penting untuk masa hadapan. :)

SheeLittleSunshine said...

ehemmmm!
kak collect duit syiling. nak penuh daa.. sampai masa nati, nak labur kat ASB.

berguna gak utk kawen. aherherr..

Aliff Haikal said...

@hafiz hafizol Takde hal. Jemput aku datang rumah =B

Aliff Haikal said...

@Noratisa Nasir Terima kasih :")

Aliff Haikal said...

@hnahdy Tunggu lepas sy dhabis bayar ptptn saya ek =B

Aliff Haikal said...

@CekbOlat-bOlat Ada toyol tu ada t0yol *scary*

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil laaaa it's okay lah simpan je dari sekolah rm0.10 tu, takde masalah :)

Aliff Haikal said...

@AIMAN HAQIMIE Amin ya rabbal alamin ! ^^

Aliff Haikal said...

@Littleme ashikin haha kena tahan nafsu

Aliff Haikal said...

@Sweet ;) hahaha ikhlas ni =B

Aliff Haikal said...

@Hamir Rahman haha takpaya beli ! simpan buat kawen

Aliff Haikal said...

@Hakimy Zamri yea ! :) Aku pun nak kawen . hahahaha jom simpan duit dulu

Aliff Haikal said...

@boni kacak betul tu betul :")

Aliff Haikal said...

@-meeSUPERGIRL- beranak laaa. cuma tak pasti sape bapak dia . bhahaha =D

Aliff Haikal said...

@محمد سفيان بن ماهات Thanks :)

Aliff Haikal said...

@Faridzuan Aliff Haikal like your comment :")

Aliff Haikal said...

@dian.dyan haha jangan la pulak duit syilinng tu akak buat basuh baju guna mesin ! =B

Good luck kak !

hazanis said...

yeah! mulakan menabung dr sekarang. nice tips.:)

Unknown said...

org ckp sdiakan pyung sblum hujan.. bgus2..

amirini said...

Btul tu.. kena start menabung start dari kita muda.....

Elie Lily said...

Akak dulu rajin menabung. pernahla jugak 2 kali tabung penuh sampai 2 ribu. tapi sejak masuk uni ni, duit asyik keluar je. pakai byk duit woh. Macam mana nak kawen ni?! Sobs! :(

Unknown said...

Salam sejahtera.
Assalamulaikum kawan-kawan..

Mudahan perkongsian ni dapat bantu kawan-kawan menggandakan duit dengan cara yang selamat,kukuh dan yang penting halal..Bila halal,berkat la simpanan kita..Insyaallah tuhan gandakan
Lagi rezeki kita..

AIA Public Takaful melancarkan sistem tabung simpanan islam yang berkonsepkan pelaburan.
Sama seperti pelaburan ASB,Bank Rakyat,Bank Islam dan sebagainya.Tahun lepas ASB(8.75%),
BANK RAKYAT(15%) dan sebagainya.

Sekiranya menyimpan dengan tabung AIA Public Takaful:

Tempoh simpanan :sehingga 20 tahun sahaja.
Kelayakan :sesiapa sahaja boleh sertai.4minggu-65tahun.
Bonus Penghargaan :30%-35% keuntungan setahun.Setiap 2tahun kita akan dapat.
Dividen: :4% keatas setahun.
Simpanan minimum :RM5000 setahun.
Cara caruman :sekali 1tahun,2kali setahun,4kali setahun dan sebulan sekali.
Pengeluaran :Diberi kelonggaran boleh dikeluarkan selepas 10tahun keatas.

Contoh:Kita simpan RM10,000 setahun.Kita akan diberi bonus penghargaan.Alhamdulillah setakat ini masih lagi 35% setahun dan dividen 4%.Jadi.Kita dapat RM3500 setahun.Kita akan diberi pada tahun kedua iaitu sebanyak RM7000.Setiap 2 tahun kita dapat RM7000.Terpulang kepada kita nak keluarkan atau terus menyimpan dengan AIA.AIA akan gandakan RM7000 itu dengan melabur lagi.
Atau duit tu kita boleh keluarkan untuk haji/umrah atau pelaburan lain.Simpanan untuk 10 tahun, Mengikut kiraan minimum dalam ilustrasi pelaburan AIA Public Takaful,jumlah simpanan kita adalah
RM166,060.94.

Sekiranya kawan-kawan tak faham atau berminat nak faham lebih mendalam,

Hubungi saya terus untuk mendapatkan penerangan lebih terperinci. Atau mungkin ada kawan-kawan yang nak pelan selain daripada ini.Takaful boleh bantu kita.Kawan-kawan boleh call,sms, atau email saya.Nak jumpa pun boleh insyaallah kalau tiada aral melintang.Anggaplah saya ni sahabat yang kawan-kawan kenal.ASSALAMUALAIKUM SAHABAT SEMUA.

A.Hadi Zulyat(Abdul Hadi Zulkifli)
AIA Public Takaful Advisor
Tel:0145084721
Takafulaiacare@gmail.com
Pejabat:Imtiyaz Consultancy Sdn.Bhd(Sri Gombak,Gombak)


Saya sahabat anda.Sama macam kawan-kawan semua.Saya juga ingin berjaya.Saya boleh bantu setakat yang mampu.

Melaburlah dan menyimpanlah di institusi yang kukuh,selamat dan paling penting HALAL.




Unknown said...

lagi satu just nk share la...klu nk beli saham gunakan nisbah 60:40 60% saham keutamaan...40% saham biasa..

Unknown said...

lagi satu just nk share la...klu nk beli saham gunakan nisbah 60:40 60% saham keutamaan...40% saham biasa..