ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Dulu masa kat perlis dapat rasa gempa bumi. Sekarang kat Terengganu, merasa pulak banjir. Macam tau-tau je aku ni jenis spesies yang tak pernah merasa semua ni. HAHA. So bila orang duk sibuk cerita pengalaman dorang, boleh la aku join the club. Kekonon lah =B
Serious tak tipu, sepanjang hidup tak pernah merasa banjir. Bukan nak riak . Bukan ! *marah* tapi tak pernah rasa sebab rumah aku memang bukan kawasan-kawasan yang mudah banjir. Memanglah Johor tu selalu banjir, tapi ikut daerah dan daerah aku jarang kena. Selalu kena kota tinggi, batu pahat dan sebagainya. So Kluang daerah bebas banjir. Eh? HAHAHA
Semalam dan semalam yang lepas (dua hari yang lepas) Unisza dikejutkan dengan banjir yang tingginya sampai paras peha. Terkejut sebab tak sangka kena banjir. Memang hujan tak berhenti pun dalam dua tiga empat lima hari ni tapi kemuncaknya masa banjir ni lah. Habis kecoh jugak waktu tu.
Waktu ni hujan dan start lebat dan tak berhenti. Rasa takut tu pun ada jugak sebab lebat sangat
Nak dijadikan cerita, hari pertama banjir tu lecturer aku ada buat kelas ganti untuk lecture dia. Masa pergi ke kelas tu still takde apa-apa cuma hujan lebat nauzubillah sampai payung aku hampir nak rosak. huhu Tak expect akan banjir time ni. Masa delam kelas pun hujan still lebat kat luar. Dikira, dalam dua jam jugak hujan lebat. Lepas dah habis class, ingat nak pergi cafe jap pergi makan sebab stok makanan dalam bilik dah habis. Sekali hamekau jalan nak ke kafe memang banjir. Mula-mula aku tak tahu yang banjir tu dalam mana, main redah je lah sekali sampai peha kot ! Tengok gambar kat atas tu dah macam kat Pantai Batu Buruk kot. hahaha Jalan tu lah yang aku lalui
Gambar di ambil kat depan blok kediaman. Blok kediaman pun kena banjir jugak. So bestlah bebudak lelaki main banjir
Tudiaaaa kawasan banjir paling teruk yang aku cakap sampai peha tu. Menakutkan :O
Ini semua kawasan-kawasan blok kediaman yang lain.
Kat sini paras air setakat sampai atas buku lali je. Saje suruh member posing kat banjir. HIHI Pandai kau posing ye
Kawasan-kawasan sekitar blok kediaman yang lain yang dah ditenggelami air
Ini gambar situasi banjir depan blok. Boleh tahan dalam jugak
Lautan di Unisza. Hehee
Perkara banjir ni actually dah lali dah untuk masyarakat di negeri Pantai timur ni. Sebab setiap tahun memang akan terjadi banjir sebab musim tengkujuh. Sebab tu lah no wonder orang-orang Terengganu ni tak teruja seperti aku bila kena banjir. HAHAA Dorang pun dah agak benda ni akan berlaku, so dorang mungkin dah buat persiapan awal menghadapi banjir. Gittew kan. Apa-apa pun, bagi kawasan-kawasan yang dilanda banjir, berhati-hatilah sebab malang tidak berbau. Ada pelajar Unisza yang kena patuk ular dalam banjir ni, ada yang jatuh masuk longkang (jangan ketawa) dan tak kurang ada kenderaan yang rosak masa banjir ni. Apa-apa pun jaga diri ye =)
Doakan untuk final exam ahad ni ye kawan-kawan ^^,
Assalamualaikum
28 komen:
knpa x letak gambar student mandi air banjir skali ??? hahaha...
Gambar yg first tu, mcm gambar dalam entri banjir aku la wei.
Tahun ini aku x dapat merasa banjir kat kg .. biasa setiap tahun dapat main air banjir... hmm.. sedey.. :(
nak ketawa pun ada. simpati pun ada hihi kasihan abang haikal kita ni.. hihi mangsa banjir.. terengganu mmg mcm ni tiap2 tahun banjir.. so selamat mengenali banjir hihi =)
wow banjir... time banjir ni mcm2 pnyakit muncul so hati2 :)
good luck for ur final exam :D
http://kisah-timfahid.blogspot.com/2012/12/musim-tengkujuh-dan-banjir.html
banjir?? redha jelah... huhuhu...
Aku tak pernah merasa banjir dan tak berharap pun akan rasa. Hehe! Hati-hati tau Alif ketika banjir nie, mana tahu kau terjatuh pastue lemas ke. Eh? Hahaha. :D
Jaga kesihatan bila dah dekat nak exam! Good luck! :)
paras peha?? pergh.. tu dah dikira dasyat jugak tu bro?? aku doakan agar keselamatan kawan aku ni akan terjamin.. amin..
hehe air bnjir kotor..tp ada jgk org suka brnang kan? http://igossiprizal.blogspot.com/
Adikku..sila jangan main hujan dan redah banjir ya? Dah nak exam kan. haa. Selamat berjaya exam nnt! :)
wwwwwwwwwwaaaaaa
pakai sampan bisa tu
lautan di unisza. woowwww! jarang tgk U banjir. huyooo. take care haikal.
Unisza banjir ! haha
anyway, sebagai org terengganu.
sy pun x pernah merana rumah naik air. and please don't. huhu.
all the best for your exam :)
hati-hati kat sana. jangan main banjir tau! good luck for your exa,!
Kat Terengganu kalau banjir,main jeling2 je.haha~
Gud luck exam!
saya tak suka banjir
alhamdulillah kawasan rumah selamat lagi
:)
@hafiz hafizol HAHA demi sayangkan henset . taknak ah kena air percikan . eh sama eh ? Entahlah. orang kampung kau bagi haha
@Carl Lesmana ketawalah ketawalah. takpe. hahahahaha =B oh ade dengar jugak berita pasal ni , haah terengganu musim2 last ni tengkujuh. so faham dehhh :)
@Misz Fazie Alhamdulillah takde pape penyakit :) Thanks
@TIM_Fahid haha ni dah redha sangat nihh =B
@Arol Mubin arol mendoakan nampak. pang kanggg ! hahaha okay arol. aku sentiasa berhati2 lah wei =B
@boni kacak itu lah pasal boni, agak ah sebab hujan lebat tak henti2 . Okay boni. thanks :")
@Rizal Sadiman hehe tahu takpe . air banjir ni dari tasik belakang unisza yang terbiar tu
@Elie Lily wah nasihat dari kakak yang cunggg melecungg ni. hehehe aye aye captain ! :)
@Rin's Blog hahaha ade je org main sampan
@Cik Tetra haha nampak tak skrg =B
@UA Amin Amin :) Thankssss
@Sheila Eiman Aye Aye captain ~! hahahaha
@atirah^^ tak faham. kenapa nak jeling? er =B
@Hans alaaa tak syok ah tak rasa banjir. hehehe
Post a Comment