WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Friday, November 23, 2012

MANGSA RAGUT

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Baru je dua bulan aku kat Terengganu ni, tapi aku sendiri dah mencipta rekod. Makin famous lah aku hidup kat sini. Huh . Sedih nak cerita kan kisah ni. Tapi demi pembaca yang disayangi , aku gagahkan jua nak cerita. Ceh 

Pada 20/11/2012, tarikh sangat keramat bagi aku. Kalau korang nak tahu, hari khamis yang lepas aku kena ragut dengan manusia yang bertopengkan iblis laknatullah. Kejadian ni berlaku pun sangat pantas, sedih bila dikenangkan balik kisah ni. 

Petang khamis tu, aku bergegas nak pergi jumpa lecturer nak ambil mid-test math. Dalam lebih kurang pukul 1.40-1.45 masa tu aku sorang-sorang jalan. Then tiba-tiba ada satu motor ni berhenti kat aku dan tiba-tiba dia tanya

 ' Kafe Kat mana ek dalam Unisza ni?'

Aku pun jawab lah dan kebetulan atau nak dijadikan cerita, aku pegang phone masa tu sebab nak text lecturer cakap aku lambat sikit nak jumpa dia. Tiba-tiba dia ambil handphone aku dan terus pecut motor dia. Aku tergamam gila masa tu dan aku sempat kejar motor dia. Aku sempat pegang besi belakang motor tu tapi  terjatuh dan paling sadis lagi aku terseret atas jalan. Okay itu sangat sakit !

Lepas dah jatuh dan terseret atas jalan, aku pun bangun lah , aku jerit minta tolong

''Tolong Tolong, saya kena ragut! tolong''

Tapi malangnya satu orang pun tak tolong sedangkan ramainya pelajar UniSZA melihat kejadian ni. Aku menangis masa tu sebab terkejut sangat dengan kejadian tu. Tiba-tiba ada satu lori berhenti dan tanya aku kenapa, aku cakap yang aku kena ragut dan tolong kejar motor yang ragut aku tu. Terus lori tu kejar. Tapi peragut tu berjaya melepaskan diri dan aku taktahu dia hilang ke mana :(

Terkilan sangat sebab takde seorang pun manusia yang tolong aku. Korang bayangkan masa tu kejadian berlaku kat jalan utama UniSZA yang ramai pelajar lalu lalang nak ke kelas dan balik kelas . Nak-nak masa tu dah nak dekat pukul 2 petang waktu pelajar nak ke kelas. Takde sorang pun :/ Kot ye nak angkat aku masa terseret kat atas jalan tu. Terkilan kan? Rata-rata macam terkejut, tergamam lah kot tiba-tiba kejadian ragut berlaku dalam kampus. Lepastu, aku pun dengan sakit-sakit berlari anak cuba nak kejar jugak motor tu eventho masa tu dah hilang dari pandangan. Semua orang tengok aku berlari. Kenapa sorang pun taknak tolong? macam kejam je kan :( Ada student cakap yang dorang ingat aku berlakon. Berlakon?

Lepastu, datang lah security jumpa aku, bawak aku pi pusat keselamatan UniSZA, bawak aku pi klinik untuk dressing luka aku dan selepas tu bawak pergi buat report. Semua setel dalam masa satu hari.

Cukup lah kan aku cerita pasal kes ragut ni. Takde semangat dah nak cerita panjang-panjang. Mungkin salah aku juga, terlalu careless dalam hal ni. Lepasni sorry aku taknak layan lagi kalau orang tak kenal tiba-tiba nak tanya something. Aku fobia :/

Thanks kawan-kawan kelas yang tak henti-henti bagi semangat kat aku. Tak lupa rakan-rakan di Twitter dan juga Facebook yang tak putus-putus beri kata semangat kat aku. Terharu sangat T.T Benda dah berlaku kan. Lagipun, aku dah redha dengan semua ni. Allah bagi ujian ni sebab dia nak ingatkan aku jangan lalai dengan benda duniawi ni. Alhamdulillah. Di sebalik kejadian ni, terselit hikmah yang besar Allah janjikan kepada aku.





Lokasi luka: Siku,Lutut,Pinggang dan Lain-lain 













Bijak sungguh peragut tu aim aku. Tahulah phone aku besar gedabak. Ambek lah . Ambek lah nak sangat! Serious rindu dengan Note ni :"(

Redha dengan ketentuan Illahi. Dia dah rencanakan semua ni. Ketentuan Dia, siapalah kita nak mempersoalkan :")

Terima kasih sudi baca,doakan agar si peragut tu berjaya ditangkap ye. In Shaa Allah 

36 komen:

Tiqiezaidi :) said...

Kesiaaannn nyaaa dkt ekal. Take care. Sedihbkn hilang fon. Kita pun baru lpas.hilang fon selasa lepas. Dekat times square.

Hakimy Zamri said...

Aliff..aku tumpang sedih..mesti sayang gila kan tambah2 fon tu pulak hadiah dari parents hang kan tak silap? kalau aku tobat sedih gila gila dah. celaka laa peragut tu. semoga Tuhan balas perbuatan depa. sabaq k alipp..

ZarynneAmeera said...

Assalamualaikum.
dear friend,

sabar lah.. Allah sedang menduga. mungkin bukan rezeki awak utk pakai galaxy note tu.. :) anggap je ni semua ujian yg Allah turunkan untuk menjadikan awak seorang yg lebih kuat dan ambil ikhtibar dgn kejadian yg dah berlaku.

be careful and take care of yourself.. i'm waiting for your upcoming entry.

Unknown said...

betul hencek haikal . kawan lagi penting . jangan hilang kawan :')

Anonymous said...

assalam bro...
chill k. Allah menguji hamba-Nya untuk bersabar. tak pa hilang fon dri hilang nyawa. aku faham prasaan kau. so lepas ni beware-lah yeah. manusia ni bahaya.

ok chill n good luck!!!
wassalam...

Cik Tetra said...

ya allah kesiannya haikal. dahla takde orang tolong pon mase tu. tak dpt nk bygkan seh. huhu. btw keep strong ye haikal. insyaallah ade hikmah disebalik semua ni.

Aisyah Az said...

Harap hencek Haikal sabar n tabah hadapi ni . biar HILANG NOTE dari Hilang Nyawa. Mungkin ada hikmah daripadaNya :)
p/s : ecah akan sekeh sampai lunyai peragut tu :3

NIZAM said...

dlm kampus pun kena ragut? pergh! gila r. insecure dah tu. btw, sabar je la ek.

nurulkhabira omar said...

Takpe alip mungkin Allah nak bagi yang lebih baik pada kau. Mungkin Dia tarik mikmat kau sementara tapi in shaa Allah ada yang lebih baik dari tuu. Allah Maha Adil. :)

-meeSUPERGIRL- said...

ade hikmah :) fikirkan balik sepanjang awak menggunakan gadget yg diragut itu ..

-meeSUPERGIRL- said...

jangan nak kakak saaahaaangat -..-

Zharif Azis said...

i feel sorry for you , hilang barang yg berharga , tambah2 parents yg kasi , memang sedih sangat kan . sabar ye aliff , ujian dari Allah nie .

memang pelik mcm mna org luar dengan senangnya boleh masuk kawasan university .

yang penting , JANGAN PERNAH HALAL KAN GALAXY NOTE TU . TUNTUT KAT AKHIRAT NANTI !!

boni kacak said...

bro..banyakkan bersabar bro.. tu semua dugaan dariNya.. dah aku harap lepas membaca entri ni, orang akan terbuka mata.. sebab aku perasan sekarang ni, manusia makin tak punya perasaan..hanya membiarkan orang lain yang sedang ditimpahi musibah tanpa memberi dan menghulurkan apa2 pertolongan... tak sama macam dulu.. sekarang zaman betul2 berubah...

hnahdy said...

mungkin semua orang tergamam kot. xtau nak buat apa..sabar ye..

محمد رازيق said...

sabar bro. tak apa. mungkin ada rezeki lebih baik menanti hang lepas ni.

asman wan ruzlan said...

ya Allah kesian nya,banyakkan bersabar ya,,.~~

Unknown said...

Sabar je lah. Dugaan tu. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian :)

Hafiz Hafizol said...

mula2 masa ko bgtau ko kena ragut mcm x caye . 1stime dgr kes laki kena ragut sblum ni puan je.. Mgkin ada hikmah jugak la . Mgkin jugak Allah nak kasi something yg lebih baik drp tu. Banyakkan bersabar :) ..


Assalamualaikum :)

Aliff Haikal said...

@Tiqiezaidi :) then ape jadi lepastu ek? More carefull ok ;)

Aliff Haikal said...

@Hakimy Zamri InsyAllah, terima kasih kimy :")

Aliff Haikal said...

@ZarynneAmeera thanks :")

Aliff Haikal said...

@Cik Pensil kawan saya yg ckp cmtu. huhu :p

Aliff Haikal said...

@TIM_Fahid ya hilang nyawa tiada ganti ruginya ;") InsyaAllah bro. Thanks

Aliff Haikal said...

@Cik Tetra insyAllah kak :)

Aliff Haikal said...

@Nur Aisyah Lee betullll jangan hilang nyawa sebab tiada ganti rugi dah lepastu T,T

Aliff Haikal said...

@NIZAM kan betapa beraninye dia...

Aliff Haikal said...

@nurulkhabira omar Allah mengetahui apa yang kita sendiri tak tahu ;')

Aliff Haikal said...

@-meeSUPERGIRL- hihi Yaa kak Mee ;')

Aliff Haikal said...

@Zharif Azis Unisza memang senang bagi orang masuk keluar dalam campus. mungkin itu satu kesempatan bg mereka. takpelah. kita dah redha. Nanti kat akhirat, dia nak masuk syurga dia kena jumpa haikal dulu depan pintu syurga tu. huhu

Aliff Haikal said...

@boni kacak paling kelakar dikatanya kita berlakon. Huhu :")

Aliff Haikal said...

@hnahdy Mungkin :"_)

Aliff Haikal said...

@محمد رازيق InsyAllah ! hehe

Aliff Haikal said...

@zoey danny kesian memang kesian. haha thanks :")

Aliff Haikal said...

terima kasih @cik EPAL :")

Aliff Haikal said...

@hafiz hafizol aku faham :") Thanks pijol ! ^^

Unknown said...

ekal sy simpati kat awak,, sabar ye ekal,, allah nk ganti dngan bnda yg lbh bernilai,, sabar tau