WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Saturday, November 3, 2012

KISAH PEMUDA BERIBUBAPAKAN BABI

KISAH PEMUDA BERIBUBAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itu lah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah

''Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?''

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihat nya.

''Apa hal ini?'', Kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semua ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap sehingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik.

Selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa.

''Wahai saudara! Apa agama kamu?'' Tanya Nabi Musa

''Aku agama Tauhid'' Jawab pemuda itu ( Agama Tauhid = Agama Islam )

''Habis mengapa kamu membela babi?,Kita tidak boleh berbuat begitu'' Kata Nabi Musa

''Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusan mereka dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajibanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugas aku'' Sambungnya lagi

''Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampukan, Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi''

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa A.S 

''Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu disyurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibu bapanya sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu, Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami''

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud

''Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkatkan doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga''






Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke dalam syurga. Dengan syarat berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekalipun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hinggalah dewasa. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tapi sayang seseorang anak kepada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. Wallahualam, InsyaAllah. 

Boleh like . Boleh share :)

Rujukan: Buku Himpunan kisah-kisah teladan ( 93 kisah-kisah benar )


17 komen:

AkuDaim said...

:)

Unknown said...

kalau takda doa ibu bapa , susah nak hidup . kan ?

boni kacak said...

betul tu....seburuk mana pun kedua orang ibu bapa kita, mereka tetap insan yang telah membesarkan kita.. menjadi kewajipan seorang anak berbakti kepada kedua orang tuanya..

Cikpijaaa said...

nice. tengs 4 sharing. :)

kindergartenlibrary said...

nice entry !!

-meeSUPERGIRL- said...

berkat anak soleh .. Subhanallah .. Hum.. Pngajaran utk kta smua. .

Derya said...

Draw will take place in you have to participate in this site to the site is too much to give as a gift. Don't miss out on this gift ideas there http://www.cicileydi.com/2012/10/5-i1-yerdeHediyeCEKiLiSi.html

FatihahFazlin said...

pengajaran yg berguna :)

Aisyah Az said...

dulu time sekolah agama, ustazah selalu cerita pasal kisah ni. as pengajaran hidup :)

Aliff Haikal said...

@AkuDaim :)

Aliff Haikal said...

@Cik PensiL betul :( siapalah kite tanpa mereka

Aliff Haikal said...

@boni kacak yaaa. dosa pahala kita masa kecik pun dorg tanggung.

Aliff Haikal said...

@CiK FizA sama-sama :)

Aliff Haikal said...

@Nelly Strange thanks :)

Aliff Haikal said...

@-meeSUPERGIRL- tahu takpe :(

Aliff Haikal said...

@~Huma!ra Aul!ya~ yaa ambil contoh :)

Aliff Haikal said...

@Nur Aisyah Lee ustazah sy tak penah cite pun :(