WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, October 22, 2012

KENA SAVING !

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

''Duit umpama air . Duit umpama angin . Laju je jalan ''

Serious aku cakap , aku duduk Terengganu ni baru je sebulan setengah . Tapi rasanya dah sampai RM1000+ perbelanjaan ni . Tu termasuk duit makan minum , duit keluar melaqhakan diri , duit beli buku , duit beli baju kelab bagai dan duit beli stok-stok makanan selama sebulan . (Ekceli aku jual topap kat sini haha)

Ini lah real life sebagai mahasiswa Universiti kalau korang nak tahu . Duit tu kena sentiasa ada , kalau takde pun kena usaha sampai ada . That's why ada mahasiswa U yang waktu kelas dia pergi kelas , waktu free dia pergi kerja .Sebab apa ? Sebab nak cari duit . Duit ni sangat banyak digunakan kat U . 

Nak harapkan PTPTN , PTPTN pun bila dah ditolak dengan duit bayar yuran Universiti , tinggal baki berapa Ribu je yang pasti tak lebih dua ribu. Lepastu nak kena bahagi dengan 6bulan (Tempoh kasar semester) dan berapa ratus je kena spend untuk setiap sem tu ? Hahaha

Sebab tu , nak belajar kat U selain pandai kepala hotak kena lah jugak pandai saving . Haha Bukan setakat saving , kena pandai uruskan perbelanjaan duit . Haaaa aku ni pandai je nasihatkan orang , tapi kadang-kadang lupa daratan jugak . Mana tak nya lupa daratan , korang tengok lah baru sebulan setengah kat U dah habis beribu T.T Maka dengan ini aku ishtiharkan yang aku kena savingggggggggggggggggggggggggg!

PTPTN tak masuk lagi . Haritu dah settle kan soal perjanjian semua tu . Cuma tunggu masa duit nak masuk je . Actually dapat pinjaman RM26,000 . Tapi bila dibahagikan selama 4 Tahun , setiap tahun aku kena gunakan sebanyak RM6,500. Lepastu dari setahun tu , kena bahagi dengan 2 sebab aku kena kira untuk setiap semester . So RM6,500/2 = RM3,250 . Dari RM3,250 tu akan ditolak dengan yuran asrama secara kasarnya aku totalkan RM1,200 dan bakinya tinggal RM2,050 . Sebanyak RM2,050 lah aku kena berjimat cermat untuk survive kat U ni . Jadi setiap bulan had perbelanjaan aku tak boleh cecah RM341.60 . Makk aiii ! HAHAHA Ni bulanan pun makan dah cecah RM300 sebab setiap hari secara kasar aku makan RM10 . Nampak tak bila anak orang kaya menghabiskan duit -.- Jadi di sini , kena pandai saving dan uruskan perbelanjaan ye anak-anak sekalian bila nak masuk U ni . 

Alamak sorry terbuat soalan akaun pulak kat atas tu . Berpinarlah mata korang dengan nombor . HIHI

Cakap pasal saving kan . Actually , 

Nampak tak botol air tu ? Yang dibaluti dengan pembalut hadiah polka dot tuuu . Itu tabung aku . haha

Aku mula tanam kan dalam diri yang aku kena saving . So , mulai minggu lepas aku dah start menabung dalam botol tu . Kenapa guna botol ? Sebab dalam bilik aku dah bersepah dengan botol , so terbit satu idea nak jadikan tabung . HAHA kretip dan inovasi tak otak aku ? Setiap hari aku semat dalam kepala hotak yang aku kena masukkan RM1.00 paling minimum dalam botol tu . Jadi setiap kali aku nak perabiskan duit , aku akan masukkan RM1.00 dalam tabung tu . Bila didarabkan dengan 30 hari , jadinya akan terkumpul sebanyak RM30.00 kan ? Bila RM30.00 x 48 bulan = RM1,440 . Yey ! Boleh cover duit PTPTN . HAHA Korang pun kena ikut idea aku jugak . Lagi-lagi kalau yang nak kahwin tu :p




Kalau stress , selalu ajak member pergi pantai . Kalau nak buang masa , mesti ajak member lepak sekali kat pantai . Bukan apa , duduk depan pantai tengok ombak . Angin pulak kuat . Memang ya Allah , tenangnya jiwa :")


Terima kasih sudi baca . Kalau baik , tekan like sikit . hehe :P


28 komen:

Hafiz Hafizol said...

untung kan u dekat ngan pntai.. hari2 boleh lepak tepi pntai.. Aku nie lau nak lepak kena pegi midvalley la jawabnya wakakaka =p

P#eoniX said...

hahahaha.....pandai ko matematik yek!!!keh!!!keh!!!keh!!!...saving tuh bleh tapi,jangan sampai balun meggi gara-gara nak saving...seksa tuh!!!sebab dah penah rase...heheheheh...n'way gud luck n all the best...huhuhuhh!!!!

Aida Syifaa ♥ said...

buat tabung guna botol? whoaa, nice! kitar semula :D

Noor Atikah Ramli said...

cantik tabung,hikss

DRC said...

DRC ada pengalaman masa diploma dulu... masa tu bulan posa, bukak pose nasi bubur surau jek... mmg tgh kontang time tu...
apapun,kene pandai2 nak pandai....

boni kacak said...

akusetuju dengan ko..memang menabung tu sangat2 penting sebenarnya..

hermawan93 said...

oxoxoxo.. biasalah tu bari start msuk u!! jgn makan maggie hari2 sudah.. btw nice gila tabung sweet sngat !! oxoxo =) jealous gila, campus dia dekat dgn pantai !!! org kat sni nak pg pntai ambil masa 2jam =(

Unknown said...

masa belaja kalo bjaya kumpul duit maknanya kamu memang hebat!

hehehe

Hakimy Zamri said...

sama denganlah weh alip :'( HAHAHA

Aisyah Az said...

huhu.. nie dah macam entry pasal ekonomi: Bajet kewangan hencek haikal si mahasiswa U yang ingin berjimat-cermat . hehe . Suke tabung botol air mineral water tu. dot-dot comel . ^^

Unknown said...

saya dah lama menabung hencek haikal :D

BAGUS , dah ada kesedaran ! tahniah ~

Anonymous said...

whoah this blog is wonderful i like studying your articles.
Stay up the good work! You already know, a lot of
people are looking around for this info, you can aid them greatly.
Also visit my site ... http://coloncleanserreviews.typepad.com/colon-cleanse/2012/04/more-on-scalp-med.html

-meeSUPERGIRL- said...

yang tang laghaaaa tu jgn nak byk sgt lerr haha

jal said...

meh budak ekonomi nak citer pasal yuran pulak ni, dari perspektif ekonomi lah kan aku tengok kau punya baki yang tinggal lepas tolak yuran still lagi ok lah boleh la hdup dekat unisza, sara hidup dekat sana pon ik jugak. Kalau nak banding yuran aku dengan sara hidup dekat sini memang tak boleh hidup la, nyaris ada cabang lain.

Aliff Haikal said...

@hafiz hafizol Boleh lah kau duduk Kl . aku ni apa lah sangat . KT je pun >.<

Aliff Haikal said...

@Phoenix HAHAHA simple mathematic je pun weh . Kau pun boleh buat :p

Baiklah pakcik . Aku memang seminggu skali makan maggi . Tak sah hidup tanpa maggi . HAHAHA ;p

Aliff Haikal said...

@LeeAidaa Kan . huhu Daripada buang benda alah tu , baik buat tabung . Boleh saving untuk masa depan :")

Aliff Haikal said...

@MRS Rongoks Mohon cik rongoks jeles >.<

Aliff Haikal said...

@DRC Masjid memang buat amal jariah . Kadang2 tu masjid ada sediakan makanan . Cuma ikut time jugak . hehe Thanks DRC

Aliff Haikal said...

@boni kacak Lagi2 untuk Boni Kacak yang nak kawen ni . Miahahaha :p

Carl Lesmana said...

best lol jadi jejaka tengganu lawni hahaha. . amalan menabung amalan mulia, .

Aliff Haikal said...

@hermawan93 Wahh Mawan pun ada belog . tahniah ! >.<

BTW , maggi tu wajib ada dalam koleksi makanan . Kalau malam , lapar makan maggi . hehe

Aliff Haikal said...

@Khairul Hakimin B. Muhammad HAHAHAH yeahhh >.<

Aliff Haikal said...

@Hakimy Zamri Jom saving wahai Kimy ! >.<

Aliff Haikal said...

@NurAisyah HAHAHA perbentangan bajet 2013 versi hencek haikal . Siapa pun tak boleh nak menentang >.<

Aliff Haikal said...

@Cik PensiLhehe masih belum terlambat untuk saving kan :)

Aliff Haikal said...

@-meeSUPERGIRL- HAHHAA nak buat cmne wahai Mee kat Tgganu banyak sangat supermarket >.<

Aliff Haikal said...

@jal Memang tak dapat nak dinafikan . Faktor geografi serta taraf hidup memainkan peranan yang penting dalam isu ini . Beruntung bagi yang hidup di kawasan yang bukan bandar mcm KL / JB etc :)