ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Ada hamba Allah bagitau aku kenapa takdek entry pasal raya dalam blog ni . Jadi seteru dia bertanya adakah mood raya tahun ni menjunam masuk dalam parit ? HAHA maka jawabnya mesti lah tidak , bukan masuk dalam parit tapi dah terlemas dalam lombong . Kenapa pilih lombong ? sebab Lombong ni kira dramatik what . haha ;D
Alhamdulillah , sebulan kita berpuasa , akhirnya merasa jugak menyambut aidilfitri bersama keluarga yang tercinta . segala kesyukuran kepada Allah :)
Ye . aku tertanya-tanya dengan diri aku , kenapa aku tak update entry pasal raya . Orang lain sibuk bubuh entry pasal raya , aku pulak entry ditakuk lama tu pun alhamdulillah ada entry baru yang takde kaitan dengan raya . hehe Actually , raya tahun ni biasa-biasa je jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas dan oleh sebab tu aku jadi tak begitu teruja nak update blog pasal raya . Itu pun kalau ada orang prihatin . HAHA kenapa pulak raya tahun ni ' bese-bese jewwww' ?
Balik kampung tanpa Ayah . Tahun-tahun sebelum ni dalam kereta meriah je sebab ada ayah , tapi tahun ni dalam kereta rasa sunyi sikit sebab ayah tak ikut serta rombongan dari johor ke pulau pinang . Ini sebab ayah kena posting kerja kat pulau pinang . So tinggal kami anak beranak ni lah yang naik kereta balik kampung , ayah tunggu sana . Sampai je kampung , ayah pun balik dari kerja . Kesian ayah , penat dia bekerja untuk anak dan isteri . Takpe , nanti aku akan balas jasa ayah :)
Baju raya tak sama tahun ni . Raya tahun ni aku dengan adik aku je pakai baju raya baru , yang lain pakai baju raya tahun lepas . Kenapa ? Sebab baju raya ktorang je yang sempurna dibuat oleh tailor , yang lain semua nya ada kekurangan . Bukan apa , adik bongsu aku punya baju terlalu besar , adik aku no lima pulak tak cukup kain nak buat seluar cuma dapat buat baju je . Abang aku lagi lah . So , nak cakap yang tahun ni cuma dua orang je merasa baju baru di hari pertama aidilfitri , yang lain pakai baju raya tahun lepas . Mak cakap 'Takpelah pakai je baju tahun lepas , elok lagi tu' . Plan nak ambil gambar keluarga dengan baju raya , tapi macam tak jadi je sebab nanti sama dengan gambar tahun lepas . hehe :)
Persediaan raya lebih kepada persediaan nak masuk Universiti . Esok lusa,seperti yang korang tahu aku dah nak bertolak meninggalkan Johor menjadi anak Terengganu . Dalam mood raya macam ni , ada lah orang tu yang mood raya dia bercampur dengan mood nak masuk U . So secara tak langsung , segala persediaan raya lebih kepada persediaan nak masuk U . Beli baju bukan nak beraya , tapi nak simpan stok masuk sana . Sama jugak dengan barang-barang lain . Apa yang dipakai masa raya , akan dipakai masa masuk Unisza nanti . Walhal baju melayu sekali pun . So takde lah istilah shopping raya sangat tahun ni k :D Pergi padang besar pun bukan shopping raya , tapi shopping baju kemeja . eh ? haha
Nenek jatuh sakit . Balik kampung tahun ni , terpaksa menerima hakikat nenek belah ayah yang dulu nya cergas berbadan gempal kini terlantar sakit di atas katil dengan tubuh yang mencengkung dan kurus . Sungguh . Moga-moga nenek cepat sembuh . Amin :"(
Actually ada jugak keceriaan di Adilfitri tahun ni , tak lah sampai sadis sangat sambut raya tahun ni . HIHI
Dapat merasa pakai Nikon DSLR . Alhamdulillah , dengan rezeki yang Allah bagi , akhirnya setelah lama mengidamkannya , dapat jugak merasa guna kamera DSLR . Dah lama sangat idam benda ni . So raya tahun ni lebih bermakna sikit sebab dapat abdikan gambar dalam kamera ni . Memang klik-klik je lah aku kat kampung tu . hehe
Duit raya dapat Not yang agak besar . Heyy selagi tak kahwin , layak lagi okay nak dapat duir raya ! haha tahun ni macam tak percaya still boleh dapat duit raya mencecah RM200 . Tapi ni pun actually dapat sebab orang tahu aku dah nak masuk U . makcik-makcik siap cakap lagi ' Duit lebih sikit sebab nak masuk U kan ? ' HAHA kejam >.< tahun depan tak merasa lah nak macam tahun ni .
Dapat beraya rumah kawan Se-matrik . Dulu masa kat matrik beriye-iye cakap nak pergi rumah , tapi sampai ke dah nak habis matrik kaki pun tak jejak rumah dia . Hehe so kesempatan tahun ni , beraya rumah bestfriend aku yang orang dok sebut-sebut Klon Ebi Yus . HAHA aku rasa kat matrik dulu aku yang mulakan panggil dia Ebi Yus :D
Nama betul Ariffudin :D
Tengku Danish , Aliff Haikal , Farisyah
Seminggu beraya kat Penang . Seminggu beraya kat Johor . Dan raya minggu seterusnya of course di Terengganu . HAHA tiga negeri sekaligus . Kau ada ? :p
Okay lah sekian sahaja laporan raya dari pihak blog ekaldude . Raya tak berapa nak ohsem macam raya korang haha
Assalamualaikum
Kalau suka boleh lah like ;)
21 komen:
Mak ayah Hencek Haikal nampak mudalahh. hehe
Hencek Haikal nampak berseri2 je dlm gambar tuh. Untunglah dia dah dapat guna DSLR! :D
SELAMAT HARI RAYA ^_^
hahahah.....beshlah dah pakai dslr...bile lak turn haku neh....teeeeeetttt.......
ala...besalah...kekadang kite happy,kekadang kite sunyi...x tentu gak...kire sume orang pon ade detik-detik nya...cume jangan lupe bersyukur dengan ape yang kite ade....dah lah...akuh neh bukan ustaz bertauliah yek,cume sedih lak tengok ko beraya camtuh....n'way taun-taun akan datang harap lagik meriah....amin.....
Ohhh camera baru rupanyaa yaaaa.
xpe yg penting semangat raya tu ada kan? xD
selamat menyambut hari raya~
all the best aliff haikal. seronok baca entri hang :')
untunglah aliff dapat DSLR >__<
cemburu nie >__<
Aliff , gudluck kat tempat baru ^__^ Wish u all the best
There [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/06/02/celecoxib-prescribing-information/]celecoxib side effects liver[/url] parents tower [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/06/27/pristiq-dosing-guide/]side affects of pristiq[/url] suborn affairs [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/07/27/ocular-inserts-as-drug-delivery-systems/]scope ocular end[/url] selected slid [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/08/22/dulcolax-coupons-2012/]dulcolax suppository more drug_side_effects[/url] overstretching tender [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/08/24/ginkgo-glass-memphis/]ginkgo plant uses[/url] forget pail [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/09/06/microgestin-1.5-30-fe-weight-gain/]microgestin fe 1 20 user reviews[/url] spurred hopeless [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/10/12/commit-suicide-using-trazodone/]trazodone side effects suicide[/url] unmistakably silly [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/11/15/honda-hpd-wheels/]hpds[/url] lumber broke [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/11/26/dentist-who-take-medi-cal-in-california/]medi-cal eligibility income pregnancy[/url] serves dreamy [url=http://lahodoja.zeigtsichimweb.de/2010/12/05/what-is-trileptal-for-bipolar/]what drug class is trileptal[/url] cutting agree presumably.
yang tang dslr and duit raya tu meriah sikit .. kan? hehehe . get well soon nenekk ;)
wahhh da ade DSLR. untunglahh! hee. akak pon dah lame idam idamkan benda tu. tp belum ade rezeki lagi.
haa btw gudluck kat unisza he haikal. take care. :)
hehe..
hai2 . haikal! di Unisza! :)
Take care di sana. makan kopok lekor ingat kak ibah di segamat ye. hihi.
GUDLUCK HAIKAL. sama2 lahh kita mengejar cita2. moga2 kita semua grad dengan Ijazah Kelas Pertama.Amin......
Duit raya 200? omai! belanjaaa! :D
@Cik Pensil haha haikal tua kan :p
alhamdulillah lah cik pensil , haikal dapat jugak merasa nak guna DSLR . hehe
@Phoenix insyaAllah nanti kau pun dapat merasa nak pakai dslr tu kay ;)
thanks kata-kata semnagt tu phoenixxx ! hehehe e
@Siti Nurhamizah ツ Oh baru tahu rupanya . hehe
@Everything's Everythings semangat yang hilang . cewah . hahahaha
selamat hari raya :)
@Hakimy Zamri thanks Kimy :) hang pun all the best k
eh seronok ? lagi seronok aku baca entry hang ;)
@Zharif Azis haha jangan lah cemburu >.<
thanks zharif , insyaALlah :)
@-meeSUPERGIRL- yang tu je meriah . hahahaha
amin ya rabbal alamin :)
@Cik Tetra nnt dapat duit PTPTN akak beli lah satu . hehehe . tkpe kak , nnt dah kerja beli sepuluh camrea tu :p
insyaALlah kak .akak pun goodluck study kat sana :)
@Noor Adibah hai hai kak Ibah di segamat . hehe . yelah kak , kat segamat pun ada kopok kan ? haha :p
insyaAllah kak , amin . sama-sama keluar U eh nnt . kerja pun satu agensi yg sama haha :p
@Elie Lily duit ihsan masuk U rasanya banyak . huhu
Post a Comment