THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, August 27, 2012

EMEL DAN PENIPUAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sebelum raya hari tu , aku sempat baca satu keratan akhbar harian metro tentang seorang wanita yang ditipu melalui emel di mana beliau dikatakan memenangi hadiah berupa wang tunai dan perlu memasukkan sejumlah wang untuk urusan pengeluaran wang tersebut . Dan akhirnya , beliau sebenarnya tertipu dengan emel tersebut dan mengalami kerugian dengan jumlah yang agak banyak .  Tak jumpa lah pulak akhbar tu , penat dah cari nasib baik ingat cerita dia macam mana . hehe . so kalau korang yang pernah terbaca tentang kes ni mesti tahu kan macam mana wanita ni ditipu . kesian dia , sebabkan terpedaya dia sendiri yang kerugian . Bukan sikit pulak tu rugi , banyak kot . 

Berbalik pada cerita kat atas ni , aku faham kenapa orang ni mudah sangat tertipu dengan emel-emel yang macam ni . Mana taknya , bila bukak je akaun emel kita , tiba-tiba dapat emel mengatakan kita memenangi hadiah berupa wang tunai , siapa tak teruja . Tapi , ini lah masalahnya bila membabi buta percaya kat emel macam tu tanpa selidik terlebih dahulu . Orang-orang tua cakap ' Bodoh biar bertempat ' dan kalau boleh janganlah menyerlahkan diri tu tak pandai . Mana lah ada orang nak bagi duit buta-buta secara percuma , ni lagi lah kalau benda tu dari oversea . Orang sekarang dok sibuk cari duit , bukan sibuk nak bagi duit secara percuma . Kan dah nampak keraguannya di situ kan ? 

Lagi satu , memang betul dorang punya ayat mengelirukan kita . Lebih kurang macam nak percaya atau tak je . Tapi boleh fikir kan , kita tak masuk apa-apa pun event or withdraw tiba-tiba menang hadiah , dari company luar negara pulak tu , ehhh sah-sah lah tu semua tipu je :) 

Ini adalah beberapa contoh emel yang aku sendiri terima dari beberapa individu/companies . Macam-macam cara dorang buat , macam-macam ayat dorang cipta . Aku sendiri pun senak perut ketawa bila baca segala emel yang ada ni . Ada yang cakap aku menang tu lah , menang ni lah , nak transfer duit dari akaun orang mati lah , nak jadi partnership lah . Tapi aku tahu , semua ni cuma lah sebuah pembohongan :)





Banyak tak ? hehe

Ini semua bohong !

BOHONG

BOHONGGG

Jadi , kepada rakyat Malaysia diluar sana , janganlah terlalu mempercayai emel-emel yang seperti ini . Jangan lah jadi terlalu kurang pandai sampai terpedaya dengan emel-emel ni . Kalau ye pun terlampau teruja sebab menang , please and please re-check samada ini adalah tipu atau betul . kalau terdesak sangat , cuba hubungi pihak company yang dinyatakan di dalam emel tersebut sebagai contoh Coca-Cola,Microsoft , etc . Jangan pulak call nombor yang diberi , memang sah-sah lah korang pun kena kelentong . 

Mana ada orang nak dapat duit tanpa usaha . So kalau betul-betul nak dapat duit , pergi lah usaha ! 

Jadi , moral of the story Jangan percaya tentang emel-emel yang dikirim ke dalam akaun korang mengatakan yang korang menang dalam cabutan bertuah or whatever sebab semua tu TIPU :)

Sebarkan lah info ini kat teman-teman , ahli keluarga anda ye supaya takde lah lagi rakyat Malaysia ditipu . sekian :"D
SELAMAT HARI RAYA ! 


Like lah kalau suka :)

3 ribu orang sayang aku:

Elie Lily said...

zaman sekarang ni janganlah nak percaya semua emel2 ni. org hanat apa pun, kita kena 2-3 kali pikir dlu sebelum percaya. Kalau terus percaya, satg, tgk2 hilang duit dalam akaun la..apa la.. haih. Teknologi skarang membunuh!

Cik Pensil said...

haha. saya pun pernah dapat jugak.
yang jadi masalahnya diorang layan emel tu. sebab tu jadi macam tu.

-meeSUPERGIRL- said...

kalau dah buka email mmg mcm2 lahh .. yg 18sx lagi lah . geli betoi . haha