WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Sunday, September 9, 2012

ME CALLED THE NEW CHAPTER

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kalau kat Johor , hari ni (ahad) hari cuti , tapi berlainan pulak dengan Terengganu , hari ni lah  hari untuk kitorang bekerja , belajar , bermain dan sebagainya . Bezanya antara Johor dan Terengganu adalah hari bekerja . Kalau kat Johor ( Isnin-Jumaat) and kalau kat Terengganu (Ahad-Khamis) . See ? perbezaan kan ? hehe

Hari isnin yang lepas , aku bersama rombongan Makcik Sari dan Pakcik Din (mak bapak) telah selamat mendaftarkan diri aku sebagai pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (bagi yang taktahu U apakah itu , Sila rujuk entry ini) . Tepat jam 8 pagi waktu Malaysia , aku dah terpacak depan kaunter Urus setia untuk mengambil nombor giliran . So far masa tu tak ramai lagi yang datang dan aku adalah orang yang ke 54 . Eventho dalam surat tawaran mengatakan waktu pendaftaran bermula jam 8 Pagi , tapi aku yang datang tepat 8 Pagi adalah orang yang ke 54 . so ? cehwah . haha

Perkara biasalah kan kalau aku jadi pendiam je sepanjang menunggu nama untuk dipanggil . Toleh kiri aku tak kenal , toleh kanan aku tak kenal , toleh belakang lagi lah aku tak kenal . So ambil inisiatif terbaik , mendiamkan diri dan melayan perasaan . Done . Tapi adalah jugak dua tiga orang yang tegur aku , tapi just tegur tanya nama dengan datang dari mana . Taktahu lah aku nak cakap yang aku ni gemuruh ke atau cuaca terlampau panas kat situ , lima minit aku duduk kat tempat yang disediakan , aku dah macam mandi korang tahu ! berpeluh yang amat . Pulak dah tissue aku tinggal dalam kereta , memang sibuk mengipas jugak lah aku kat sana . takpe , it's cool bro . haha

Alhamdulillah , jam 9 Pagi aku dah selesai semua urusan pendaftaran . So , before aku dah nak masuk Asrama ni , aku ajak mak ayah aku pergi makan sarapan kat luar untuk kali yang terakhir . Cewah sedih :p 

Kat terengganu ni , memang berbeza sikit dengan Johor . Kalau sepanjang aku duduk Johor , nak tengok laut aku kena pergi mersing . Kalau dari Kluang nak ke Mersing memang ambil masa dalam Sejam setengah . Tapi kat Terengganu ni , takpayah lah nak sesusah pergi cari laut kat Mersing tu , haha sebab laut cuma lima belas minit je dari Unisza . nampak tak permainan dia ? :p Lepastu , cara makanan dorang pulak berbeza sikit , kat Johor kitorang suka makan yang pedas-pedas , tapi kat sini makanan lebih kepada manis-manis . Kalau nak cakap culture shock tu tak jugak sebab ada je pilihan makanan yang pedas-pedas . Tapi sebagai seorang yang new citizen ni , aku nak jugak merasa makanan orang-orang Terengganu ni . haha baru lah kena dengan istilah ' Masuk kandang lembu mengemboooooo , masuk kadang itik mengekuackkkkkkk ' (JANGAN TIRU AKSI INI DIDALAM KARANGAN BAHASA MELAYU ANDA!)

Sepanjang minggu orientasi kat Unisza ni , aku kenal ramai orang . Ada yang datang dari Utara , ada yang datang dari Selatan , ada yang datang dari Timur , ada yang datang dari Sabah Serawak dan ada yang datang dari Thailand . Whoaaaa sawadikap ! haha . Takde lah ragging-ragging sepanjang minggu orientasi ni , tapi dorang ragging kepala hotak walhal telinga aku pun sama bila sepanjang hari ada taklimat jeeeeeeeeee. Setiap hari pulak tu ada taklimat . HAHA

Macam aku cakap , hari ahad adalah hari untuk kitorang start kuliah . Hari ni bernasib baik sebab first day ramai lecturer tak masuk kelas . Bayangkan tunggu sampai sejam dalam kelas last-last kelas cancel , terbaik bro balik bilik aku qada' tidur . hehe

So setakat ni dulu lah nak cerita perkembangan seorang blogger yang sedang menjalani kehidupan sebagai orang Terengganu . Hehe do pray for me yeah kawang-kawang . InsyaAllah :)

****Kalau korang nak tahu , aku tak banyak ambil gambar sepanjang pendaftaran , sepanjang minggu orientasi ni . Taktahu lah kenapa ek ? -.-

Blogger Unisza :) Najwa Rahman


 Rumah tumpangan 
RM150/day

 My sweet block :3




 Geng-geng budak akaun di Unisza masa ber-kem :) (sebahagian)

 Sepanjang perjalanan ke Unisza , kami disajikan dengan kain rentang . U lain kau hado ? haha


 'ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU'









sekian terima kasih ;)
Like kalau suka entry ni 


24 komen:

Hanamiko Sakura said...

kawan saya ramai yang study dekat unisza.. :)

Unknown said...

unisza tu u apa? itula soalan klise orang akan tanya bila dengar nama unisza. nama unisza belum melekat di hati rakyat malaysia

NURUL NAJWA said...

Weyhh. Gambarr hakuu!! Hahaha

iamcikmisi said...

welcome t0 unisza =)

NIZAM said...

Wah! selamat belajar, bro.

-meeSUPERGIRL- said...

gambar 1st penyeri entry .. kemainnn !

Merah said...

waah bestnyaaa dapat welcoming macam tuuu hahaah aku nak masuk sana gakk ahh XD

btw chayok chayok !!

Zharif Azis said...

bestnya lah dah sambung belajar =) eh unisza sebelah pantai ke ? ke dekat dengan pantai ? kalao dekat ye untunglah . boleh mandi2 selalu =)

Aliff Haikal said...

@Hanamiko Sakura boleh bagitahu nama mereka ? hehe :P

Aliff Haikal said...

@Ahmad Haziq Azlan hahahaha Unisza ! tapi betul jugak ape yg abg ckp :)

Aliff Haikal said...

@NURUL NAJWA amacam ? bangga tak ? :D

Aliff Haikal said...

@cikmisi leen thanks cik misi :)

Aliff Haikal said...

@NIZAM whoaaa turn aku pulak nak belajar . hehe thanks bro :)

Aliff Haikal said...

@-meeSUPERGIRL- awat , berkenan ka ? :p

Aliff Haikal said...

@merah wehh mohon ah . aku alu-alukan :)

Aliff Haikal said...

@Zharif Azis ala zharif

dekat dengan pantai , dalam masa 15 minit gak perjalanan . ehhh tak mandi pantai lagi ni . hehe

Unknown said...

cantiknya rumah tu ~

Anyssa Hamzah said...

Tahniah :) Untung lagi UiTM Dungun, depan pantai je, bangun pagi je dah boleh tengok laut :D anyways, semoga success kat sana ye.

beat said...

kopok leko sodap dimakan

Cik Ija Akmal said...

ramai yg xkenal unisza lg.welcome to unisza.sy ex unisza.baru je habis bln 3 lps.

Aliff Haikal said...

@Cik PensiL RM150 per day . hehe

Aliff Haikal said...

@Anyssa Hamzah hahaha ahhh mana aci ! jeles ! jeles ! >.<

Aliff Haikal said...

@duniafana Kopok losong Terengganu awesome <3

Aliff Haikal said...

@Cik Ija Akmal lah yeke ? hehe , thanks :)