ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Kalau kat Johor , hari ni (ahad) hari cuti , tapi berlainan pulak dengan Terengganu , hari ni lah hari untuk kitorang bekerja , belajar , bermain dan sebagainya . Bezanya antara Johor dan Terengganu adalah hari bekerja . Kalau kat Johor ( Isnin-Jumaat) and kalau kat Terengganu (Ahad-Khamis) . See ? perbezaan kan ? hehe
Hari isnin yang lepas , aku bersama rombongan Makcik Sari dan Pakcik Din (mak bapak) telah selamat mendaftarkan diri aku sebagai pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (bagi yang taktahu U apakah itu , Sila rujuk entry ini) . Tepat jam 8 pagi waktu Malaysia , aku dah terpacak depan kaunter Urus setia untuk mengambil nombor giliran . So far masa tu tak ramai lagi yang datang dan aku adalah orang yang ke 54 . Eventho dalam surat tawaran mengatakan waktu pendaftaran bermula jam 8 Pagi , tapi aku yang datang tepat 8 Pagi adalah orang yang ke 54 . so ? cehwah . haha
Perkara biasalah kan kalau aku jadi pendiam je sepanjang menunggu nama untuk dipanggil . Toleh kiri aku tak kenal , toleh kanan aku tak kenal , toleh belakang lagi lah aku tak kenal . So ambil inisiatif terbaik , mendiamkan diri dan melayan perasaan . Done . Tapi adalah jugak dua tiga orang yang tegur aku , tapi just tegur tanya nama dengan datang dari mana . Taktahu lah aku nak cakap yang aku ni gemuruh ke atau cuaca terlampau panas kat situ , lima minit aku duduk kat tempat yang disediakan , aku dah macam mandi korang tahu ! berpeluh yang amat . Pulak dah tissue aku tinggal dalam kereta , memang sibuk mengipas jugak lah aku kat sana . takpe , it's cool bro . haha
Alhamdulillah , jam 9 Pagi aku dah selesai semua urusan pendaftaran . So , before aku dah nak masuk Asrama ni , aku ajak mak ayah aku pergi makan sarapan kat luar untuk kali yang terakhir . Cewah sedih :p
Kat terengganu ni , memang berbeza sikit dengan Johor . Kalau sepanjang aku duduk Johor , nak tengok laut aku kena pergi mersing . Kalau dari Kluang nak ke Mersing memang ambil masa dalam Sejam setengah . Tapi kat Terengganu ni , takpayah lah nak sesusah pergi cari laut kat Mersing tu , haha sebab laut cuma lima belas minit je dari Unisza . nampak tak permainan dia ? :p Lepastu , cara makanan dorang pulak berbeza sikit , kat Johor kitorang suka makan yang pedas-pedas , tapi kat sini makanan lebih kepada manis-manis . Kalau nak cakap culture shock tu tak jugak sebab ada je pilihan makanan yang pedas-pedas . Tapi sebagai seorang yang new citizen ni , aku nak jugak merasa makanan orang-orang Terengganu ni . haha baru lah kena dengan istilah ' Masuk kandang lembu mengemboooooo , masuk kadang itik mengekuackkkkkkk ' (JANGAN TIRU AKSI INI DIDALAM KARANGAN BAHASA MELAYU ANDA!)
Macam aku cakap , hari ahad adalah hari untuk kitorang start kuliah . Hari ni bernasib baik sebab first day ramai lecturer tak masuk kelas . Bayangkan tunggu sampai sejam dalam kelas last-last kelas cancel , terbaik bro balik bilik aku qada' tidur . hehe
So setakat ni dulu lah nak cerita perkembangan seorang blogger yang sedang menjalani kehidupan sebagai orang Terengganu . Hehe do pray for me yeah kawang-kawang . InsyaAllah :)
****Kalau korang nak tahu , aku tak banyak ambil gambar sepanjang pendaftaran , sepanjang minggu orientasi ni . Taktahu lah kenapa ek ? -.-
Blogger Unisza :) Najwa Rahman
Rumah tumpangan
RM150/day
My sweet block :3
Geng-geng budak akaun di Unisza masa ber-kem :) (sebahagian)
Sepanjang perjalanan ke Unisza , kami disajikan dengan kain rentang . U lain kau hado ? haha
'ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU'
sekian terima kasih ;)
Like kalau suka entry ni
24 komen:
kawan saya ramai yang study dekat unisza.. :)
unisza tu u apa? itula soalan klise orang akan tanya bila dengar nama unisza. nama unisza belum melekat di hati rakyat malaysia
Weyhh. Gambarr hakuu!! Hahaha
welcome t0 unisza =)
Wah! selamat belajar, bro.
gambar 1st penyeri entry .. kemainnn !
waah bestnyaaa dapat welcoming macam tuuu hahaah aku nak masuk sana gakk ahh XD
btw chayok chayok !!
bestnya lah dah sambung belajar =) eh unisza sebelah pantai ke ? ke dekat dengan pantai ? kalao dekat ye untunglah . boleh mandi2 selalu =)
@Hanamiko Sakura boleh bagitahu nama mereka ? hehe :P
@Ahmad Haziq Azlan hahahaha Unisza ! tapi betul jugak ape yg abg ckp :)
@NURUL NAJWA amacam ? bangga tak ? :D
@cikmisi leen thanks cik misi :)
@NIZAM whoaaa turn aku pulak nak belajar . hehe thanks bro :)
@-meeSUPERGIRL- awat , berkenan ka ? :p
@merah wehh mohon ah . aku alu-alukan :)
@Zharif Azis ala zharif
dekat dengan pantai , dalam masa 15 minit gak perjalanan . ehhh tak mandi pantai lagi ni . hehe
cantiknya rumah tu ~
Tahniah :) Untung lagi UiTM Dungun, depan pantai je, bangun pagi je dah boleh tengok laut :D anyways, semoga success kat sana ye.
kopok leko sodap dimakan
ramai yg xkenal unisza lg.welcome to unisza.sy ex unisza.baru je habis bln 3 lps.
@Cik PensiL RM150 per day . hehe
@Anyssa Hamzah hahaha ahhh mana aci ! jeles ! jeles ! >.<
@duniafana Kopok losong Terengganu awesome <3
@Cik Ija Akmal lah yeke ? hehe , thanks :)
Post a Comment