THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Saturday, January 12, 2013

TAKUT TAK?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama dah kan blog ni tak berupdate, kisah-kisah lama je yang mampu aku sajikan untuk tatapan kalian. Bukan malas nak menaip cerita, tapi idea untuk kembangkan idea tu tak ada. Itu yang aku pelik tu, time aku tengah bergolak-gadai dengan akal tetiba idea datang tak semena-mena. Bila aku dah duduk lappy jenuh jugak nak kerah idea nak karang satu cerita pun jadik lah. Aku tewas :( 

Tapi kali ini, aku kena kuat ! yaaaa HAHAHA kena buat jugak satu entry untuk menjadi tatapan pembaca . Ceh 

Alhamdulillah , 8 Januari 2013 menjadi tarikh keramat untuk aku sebab berjaya menghabiskan semester I untuk pembelajaran aku. Dengan berakhirnya paper ekonomi hari selasa tu, maka tamatlah sudah semester I. Orang lain sibuk dok raikan hari-hari terakhir kat Unisza tu, aku pulak? Sibuk keluar Unisza nak pergi cari keropok lekor. HAHA Bukan apa, sebab aku beli tiket balik Johor 8 haribulan tu jugak. Mau tak kelam kabut aku habis-habis exam je terus call kereta sewa nak sewa kereta, nasib baik classmates aku sudi nak temankan aku pergi cari keropok lekor ni. Hehe sayang korang

Mak aku awal-awal dah pesan bila cuti sem nanti jangan lupa bawak balik keropok, siap call sehari before balik ingatkan jangan lupa beli keropok. Amboiii sebab tu aku terus pulun habis exam pergi cari keropok. Ada lah satu port tempat keropok lekor ni yang terbaik gila. Aku bedal beli sampai RM100. Tak banyak ni , mana ada banyak ! =B 

Eh korang nak tahu tak aku bawak balik berapa beg nak balik Johor ni? Cer teka 

Satu....Dua....Tiga....Empat....Lima beg 
Okay ohsem 

Aku ingat aku bawak balik sikit je beg , lima je kot aku usung balik Johor, tapi kawan aku perli aku dia cakap ' Nak pindah ke Lep? ' and ada kawan aku tu cakap ' Kau ni konfius aku lelaki ke perempuan bawak beg banyak-banyak ni ' Sentap hati mak *tetiba jadi nyah* HAHA . Ala , sebulan kot balik , lagipun beg bagasi tu baju-baju aku, beg hijau tu aku sumbat keropok lekor, beg galas belakang tu aku letak laptop kalau beg yang ala-ala kamera tu aku letak barang Mekap peribadi aku. HAHA biarlah nak bawak balik berapa beg pun, tak susah kan kau pun =B Ni kalau kawan aku baca ni mau sentap boh 

Actually sekarang ni keadaan aku kurang sihat. Since balik ni terus mendadak aku dapat selsema, batuk, pening kepala. Ini namanya sakit mengada! Tapi itulah, balik-balik je terus dapat sakit tambah lagi mak asyik pesan makan ubat hehe terasa anak manja pulak. Mungkin perubahan cuaca kot yelah study OBERSEA mana taknya peralihan cuaca. AHAKSSSS! =B bytheway doakan aku cepat sembuh ok :)

TAKUT TAK DENGAN MATA SAYA? 
mata panda shaye cekci tau 



Okay that's all for today, Assalamualaikum :)
Like sikit 

26 ribu orang sayang aku:

Faridzuan said...

Wah, kita pun suka sangat dan obses makan keropok lekor! Perghh!

Semoga cepat-cepat sihat. ;)

kekapas berceloteh said...

untungla mata kaw comel. *jeles

// takut sangat -,-

hafiz hafizol said...

ei pontianak la.. larikk

Hakimy Zamri said...

Tahniah weh dah habis semester 1. semoga pointer hang gempak k ! untunglah dapat makan kopok lekor ganu. heheh.

notakaki : tak takut pun dengan mata cekci hangggg. hahahahhaa XD

Sheila Eiman said...

yeahhh! haikal balik!

Pelangi Biru said...

nie kes merajuk dgn mmber hape bwak balik bnyak sgtt ? ahahaha

Pelangi Biru said...

eh japp . ain dri oberC pon bawak satu beg jaa . skli lg nak glaak . haha

boni kacak said...

ko ni sama macam adik aku lah..hahaha.. sekali bawa beg, dekat 10 beg dia bawak.. tak paham aku..hahaha

محمد رازيق said...

wah. syok la ni kira cuti sem. hehe

NIZAM said...

saje kan nk manja ngn mak. haha. oh, jelez. kenapa dah stat cuti awl (-__-)

Arol Mubin said...

Untunglah study OBERSEA! Hahaha. Kau balik Johor naik apa? Naik bas ekspress ke? Gigihnya kau usung 5 beg tue. Macam dah habis degree pulak aku tengok. Kihkih! :D

Arol Mubin said...

Untunglah study OBERSEA! Hahaha. Kau balik Johor naik apa? Naik bas ekspress ke? Gigihnya kau usung 5 beg tue. Macam dah habis degree pulak aku tengok. Kihkih! :D

khairul akmal bin azman said...

keep it up beb..


hidup kne study!

baru tgi ilmu...

Aliff Haikal said...

@Faridzuan keropok lekor terengganu the best !!!!

Aliff Haikal said...

@kekapas berceloteh uish ada pulak puji mata aku comel.

Aliff Haikal said...

@hafiz hafizol Pontianak ni akan makan kau !

Aliff Haikal said...

@Hakimy Zamri InsyAllah kimy, doakan k ;)

Aliff Haikal said...

@Sheila Eiman Yeahhhh! hahaa

Aliff Haikal said...

@Pelangi Biru merajuk dengan Unisza T__T dia suruh kisongkan asrama. erghhh

Aliff Haikal said...

@boni kacak adik ko laki ke pompuan? hahaa

Aliff Haikal said...

@محمد رازيق first time merasa cuti sem sebulan kak T_____T hahaa

Aliff Haikal said...

@NIZAM HAHAHA manja-manja gitteww

Aliff Haikal said...

@Arol Mubin Kan, gigih lah weh usung binatang semua tu hahahaha , sampai kat stesyen bas around pukul 8pagi. semua tgok aku dok usung beg tu, mengalahkan org balik tiga pat bulan. haha

Aliff Haikal said...

@khairul akmal bin azman SETUJU!

AMEERUL ASHRAF said...

Amboi Alep!
Ko balik dgn flight la nih?

Aliff Haikal said...

@AMEERUL ASHRAF naik bas la acap hehehe matilaaa kalau naik flight =D