WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Friday, October 26, 2012

CHARGE HANDPHONE WALAU DALAM HUTAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pernah tak korang secara tidak sengaja melalui jalan yang tersangat pelik bagi korang atau dalam bahasa mudahnya sesat yang membuatkan korang jadi tak tentu arah ? Tiba-tiba pulak nak dijadikan cerita , handphone yang korang bawak tu pulak boleh kehabisan battery . Mungkin dalam kereta korang boleh lah nak charge phone, tapi kalau time tu korang jalan kaki , Naik motor atau tengah berpiknik , macam mana nak buat ni ? Phone mati pulak tu . Taktahu nak contact siapa kan ? 

Nak tahu jalan penyelesaian nya ? 

[64% OFF] RM145 for 20,000 mAh Universal Dual-Port Power Bank worth RM399 from Labelle Infinity Shop – Charges Everything! 

Binatang apakah yang aku merepek ni ? 








Sila baca dengan penuh teliti ye kawan-kawan

Highlights(Kepentingan):
  • High capacity 20,000mAh charges iPhone 4S up to 4 times per cycle
  • 8 connector heads compatible with Apple products, Samsung, Nokia, HTC, digital camera, game consoles, and more! (ini function dia ! :"))
  • Dual-port feature charges 2 devices simultaneously
  • Compact and lightweight for convenient travelling
  • Colors: Black / White

Specifications(ciri-ciri):
  • Dimensions: 136 (L) x 73 (W) x 23mm (H)
  • Weight: 328g
  • Capacity: 20000mAh
  • Compatibility: iPhone, iPad, Samsung, Nokia, HTC, PSP, digital cameras, and more
  • Dual-port charging
  • Interface: USB
  • Battery type: Li-polymer battery
  • Input: DC 5V/1000mA
  • Output 1: DC 5V/1A
  • Output 2: DC 5V/2A
  • Power efficiency: 80%
  • Storage temperature: -20 – 50°C
  • LED indicator shows charging status
Conditions (syarat): 
  • Fill in delivery information by 28 October 2012
  • Unlimited purchase & redemption per person
  • Delivery will take 21 working days from 28 October 2012
  • Please write your PREFERRED COLOR in the REMARKS section.
  • How to redeem this deal:
    • 1) Buy this voucher
    • 2) Fill in your delivery details and write your preferred COLOR in the remarks section
    • 3) Wait for your product to arrive
    • 4) Enjoy!


LANGKAH-LANGKAH NAK BELI BENDA NI(untuk memudahkan korang)

Langkah Pertama 

Click pada [ Tekan Sini ]

Langkah Kedua 


Korang scroll sampai page bawah sekali then Tekan pada ''BUY!''  seperti dalam gambar di atas

Langkah Ketiga 


Bagi memudahkan korang , Log In guna akaun facebook korang yang sedia ada dan kemudian




Akan jadi macam ni kan ?

Langkah Keempat 



Korang tekan back  then ulang seperti langkah yang kedua  . hehe 

Langkah Kelima 




Lengkapkan korang punya order dan tekan proceed 

Langkah Keenam 

Korang boleh buat lah apa yang dia suruh korang buat lepas dah proceed tu . 


SELESAIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII !!!! Yey ! 


No more lugging around a dozen different cables and adapters when you travel! Consolidate all your chargers with this Universal Power Bank! Charge from iPhones, iPods, Samsungs, Nokias, HTCs, even digital cameras and game consoles! Eight different connector heads are provided; all of which are compatible with the power bank - so you can now travel light!
Featuring a lithium-polymer battery, this handy power bank weighs only 329grams and sports TWO ports - so you can charge not one; but two devices simultaneously! Talk about efficiency!
So what you waiting for ? GRAB it now before 23:59 on 28/10/2012

Produk ini membantu anda ? Like sikit :)


Monday, October 22, 2012

KENA SAVING !

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

''Duit umpama air . Duit umpama angin . Laju je jalan ''

Serious aku cakap , aku duduk Terengganu ni baru je sebulan setengah . Tapi rasanya dah sampai RM1000+ perbelanjaan ni . Tu termasuk duit makan minum , duit keluar melaqhakan diri , duit beli buku , duit beli baju kelab bagai dan duit beli stok-stok makanan selama sebulan . (Ekceli aku jual topap kat sini haha)

Ini lah real life sebagai mahasiswa Universiti kalau korang nak tahu . Duit tu kena sentiasa ada , kalau takde pun kena usaha sampai ada . That's why ada mahasiswa U yang waktu kelas dia pergi kelas , waktu free dia pergi kerja .Sebab apa ? Sebab nak cari duit . Duit ni sangat banyak digunakan kat U . 

Nak harapkan PTPTN , PTPTN pun bila dah ditolak dengan duit bayar yuran Universiti , tinggal baki berapa Ribu je yang pasti tak lebih dua ribu. Lepastu nak kena bahagi dengan 6bulan (Tempoh kasar semester) dan berapa ratus je kena spend untuk setiap sem tu ? Hahaha

Sebab tu , nak belajar kat U selain pandai kepala hotak kena lah jugak pandai saving . Haha Bukan setakat saving , kena pandai uruskan perbelanjaan duit . Haaaa aku ni pandai je nasihatkan orang , tapi kadang-kadang lupa daratan jugak . Mana tak nya lupa daratan , korang tengok lah baru sebulan setengah kat U dah habis beribu T.T Maka dengan ini aku ishtiharkan yang aku kena savingggggggggggggggggggggggggg!

PTPTN tak masuk lagi . Haritu dah settle kan soal perjanjian semua tu . Cuma tunggu masa duit nak masuk je . Actually dapat pinjaman RM26,000 . Tapi bila dibahagikan selama 4 Tahun , setiap tahun aku kena gunakan sebanyak RM6,500. Lepastu dari setahun tu , kena bahagi dengan 2 sebab aku kena kira untuk setiap semester . So RM6,500/2 = RM3,250 . Dari RM3,250 tu akan ditolak dengan yuran asrama secara kasarnya aku totalkan RM1,200 dan bakinya tinggal RM2,050 . Sebanyak RM2,050 lah aku kena berjimat cermat untuk survive kat U ni . Jadi setiap bulan had perbelanjaan aku tak boleh cecah RM341.60 . Makk aiii ! HAHAHA Ni bulanan pun makan dah cecah RM300 sebab setiap hari secara kasar aku makan RM10 . Nampak tak bila anak orang kaya menghabiskan duit -.- Jadi di sini , kena pandai saving dan uruskan perbelanjaan ye anak-anak sekalian bila nak masuk U ni . 

Alamak sorry terbuat soalan akaun pulak kat atas tu . Berpinarlah mata korang dengan nombor . HIHI

Cakap pasal saving kan . Actually , 

Nampak tak botol air tu ? Yang dibaluti dengan pembalut hadiah polka dot tuuu . Itu tabung aku . haha

Aku mula tanam kan dalam diri yang aku kena saving . So , mulai minggu lepas aku dah start menabung dalam botol tu . Kenapa guna botol ? Sebab dalam bilik aku dah bersepah dengan botol , so terbit satu idea nak jadikan tabung . HAHA kretip dan inovasi tak otak aku ? Setiap hari aku semat dalam kepala hotak yang aku kena masukkan RM1.00 paling minimum dalam botol tu . Jadi setiap kali aku nak perabiskan duit , aku akan masukkan RM1.00 dalam tabung tu . Bila didarabkan dengan 30 hari , jadinya akan terkumpul sebanyak RM30.00 kan ? Bila RM30.00 x 48 bulan = RM1,440 . Yey ! Boleh cover duit PTPTN . HAHA Korang pun kena ikut idea aku jugak . Lagi-lagi kalau yang nak kahwin tu :p




Kalau stress , selalu ajak member pergi pantai . Kalau nak buang masa , mesti ajak member lepak sekali kat pantai . Bukan apa , duduk depan pantai tengok ombak . Angin pulak kuat . Memang ya Allah , tenangnya jiwa :")


Terima kasih sudi baca . Kalau baik , tekan like sikit . hehe :P


Tuesday, October 16, 2012

PENGAKUAN BERANI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Secret Word For You 


You were there to light my day

You were there to guide me through

From my days down and on

I'll never stop thinking of you


How can i forget all that?

When you're the one who make me smile

You'll always be a part of me

How i wish you were still mine


Never will forget the day

How we've met and came this far

We all know we got this feeling

But somehow it has to end up here


I know it's me who said goodbye

And that's the hardest thing to do

Cause you mean so much to me

And guide the truth from me to you


For all the things i've done and said

For all the hurt that i've caused you

I hope you will forgive me baby

Cause that wasn't what i meant to do


Ingat lagi tak masa first day kita kenal ? Awak tanya saya punya result untuk mid-exam . Saya tak kenal awak , tapi awak buat macam dah kenal saya lama sangat . Mula-mula saya malas nak layan , tapi sebabkan saya teruja nak tahu siapa awak disebalik Miss Secret tu , saya pun habiskan masa dengan awak je . Last-last kita pun rapat . Awak bagi saya coklat masa birthday saya , sedap sangat dapat coklat free . Hehe 

Sorry , saya banyak buat awak terluka . Jadi,saya taknak lah asyik lukakan hati awak je dengan sikap saya ni. Saya undurkan diri dari awak . Saya nak belajar untuk jadi lebih matang . Hati orang, kita tak tahu bila dia happy , bila dia sakit , bila dia kecewa and bila dia terguris . Saya nampak luaran je , tapi tak mampu nampak dalaman . Maafkan saya ye awak :")





Like lah kalau suka entry ni :)



Monday, October 15, 2012

APA CERITA #NESTLE100 ANDA ?

What's your #Nestle100 story about ?

Hai semua . Mesti korang semua ada macam-macam cerita kan nak dikongsikan tentang kehidupan korang dengan produk #Nestle100 ni . Tak kisahlah kisah korang dengan Milo ke , Coffe-mate ke, Kit-Kat ke, Maggi ke , Apa-apa lah yang berkaitan dengan produk ni , mesti ada kan ? Kan ? Kan ? ^^

Tapi , macam mana nak cerita ? Kat mana ? Hmmmmmmmmmmmmmm *berfikir*

Tingggg ! *keluar mentol kat kepala*

Ini cerita saya :)

Jadi , apa yang perlu korang buat adalah senang je *senyum* 

Ikut beberapa steps kat bawah ni . Senang dan kacang je . Boleh menang hadiah tau . Jangan lepaskan peluang ni .



Step 1: Korang semua kena pergi kat link ni dulu http://my.churpchurp.com/hencekHAIKAL/share/NestleFinal

Step 2: Isi dulu form yang dia bagi tu . [ e.g First name,Last name,Birthday date]

Step 3: Isi pula ''Select a brand for your story'' dan ''Select your memorable decade''

Step 4: Korang boleh pilih nak menceritakan cerita korang melalui ''penulisan'' , ''gambar'' , ''video'' mahupun ''twitter'' !

Step 5: Mulakan bercerita tentang kisah korang dan ''Submit'' lah cerita tu :)

Step 6: Lepas dah sumbit , Isi beberapa detail peribadi yang dia mintak nanti .




Enam step ni kalau korang ikut , InsyaAllah ada rezeki, ada lah hadiah menanti . HIHI

Selamat bercerita ! :)

Terima kasih sudi baca . Like sikit :p

Thursday, October 11, 2012

WANITA DAN WANGIAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

أيما امرأ ة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد ، لم تقبل لها صلا ة حتى تغتسل

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).”
(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah).



أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية


“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.”
(Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

Masih ingat lagi waktu kelas agama kat sekolah dulu , ustaz ada menegur beberapa pelajar wanita yang memakai perfumes tersangat kuat baunya sehingga boleh dihidu dari jarak jauh . Betul lah cakap ustaz , dengan menghidu bau wangian dari wanita sahaja , boleh menaikkan nafsu syahwat seseorang lelaki apabila terhidu. Ini bukan nak menipu sebab aku sendiri lelaki , benda ni selalu terjadi lagi-lagi kalau perempuan tu pakai perfumes yang lembut-lembut . 

Sampai bila nak diam ? 

Kena sentiasa mengingatkan . Mana boleh senyap . Kita ni khalifah , kena sebarkan ilmu , kena sebarkan maklumat . Kita bagi hari ni , tapi ganjaran yang kita dapat sepanjang hayat . Hihi :)

Jadi

Beringatlah wahai kaum wanita ...



Wangi,memang wangi..............

P/S: Memadai pakai dalam kuantiti yang sangat sedikit bagi menghindarkan bau kurang menyenangkan. Bukan untuk berlebihan sehingga dapat dihidup sebatu jauhnya :)


Terima kasih sudi baca.Like lah sikit :)

Thursday, October 4, 2012

ALLAH BAGI , LEPASTU ALLAH TARIKLAH BALIK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari tu

Memang dah tak tahan sangat . Macam mana pun , kena luahkan . Takboleh nak pendam-pendam,sebab bila dipendam .. Ya Allah , sakitnya. 

Jadi 

Aku pun meluahkan segala isi hati yang terbuku ni kat seorang sahabat aku . Aku dah takboleh tahan sangat menanggung perasaan ni . Jadi , aku perlukan seseorang , aku perlukan pendengar dan pastinya aku perlukan seorang motivater . Kenapa aku pilih dia jadi pendengar masalah aku ? Sebab sebelum ni , dia pun mengalami masalah yang sama dengan aku . Tapi dia boleh survive , kenapa aku takboleh jadi macam dia ? 

Entahlah . kehidupan aku kat Unisza ni jauh berbeza dengan kehidupan aku masa sekolah dan masa matrik . Dulu aku ramai sangat kawan , aku rapat dengan kawan-kawan aku . Nak pergi mana-mana je , aku takyah fikir takde kawan sebab semuanya ada depan mata . Aku nak pergi makan , ada kawan teman . Aku nak pergi shopping, ada kawan teman . Aku nak pergi bersukan , ada kawan teman . Kira serba lengkap selagi aku ada kawan . Waktu tu tak pernah fikir pun perasaan bila takde seorang kawan . Lupa . 

Allah maha adil . Dia bagi Unisza kat aku , tempat yang sangat asing untuk aku . Kiri kanan , aku tengok bertudung labuh , berpurdah , berkopiah , lelaki dan perempuan diasingkan , tiada hiburan . Yeah , semua tu aku boleh terima , aku boleh survive . Tapi bila bab kawan , semuanya jadi kosong . Aku jadi tak tentu arah bila ada kat sini . Aku fikirkan , aku hidup kat Unisza ni sama macam aku hidup kat tempat lain yang aku boleh dapat kawan baik semudah makan ABC, tapi Allah maha berkuasa . Dibiarkan aku macam ni , diujinya aku macam ni . Ni nak pergi makan pun aku terhegeh-hegeh cari kawan . Kadang-kadang tu aku terpaksa ikat perut sebab aku takde kawan nak pergi makan . Sungguh aku tak biasa macam tu , so aku pun ikat perut tahan lapar sebab takde kawan nak gi makan . Bodoh kan ? haha 

Aku luahkan perasaan aku , nak nangis ? Memang taklah . Cuma sikit sebak dengan hidup macam ni . Alhamdulillah , saat aku rasa aku mula nak jatuh . Masih ada insan yang tolong sedarkan aku . 

Selama ni Allah bagi aku banyak kawan . 

Yea , Allah takkan uji aku kalau Allah tahu yang aku tak mampu nak harunginya . Ini bermakna , aku boleh harungi semua benda ni . Betul , sebab tu Allah uji . Allah tahu aku boleh survive . 




Sebelum perbualan kami tamat , dia ada tinggalkan satu pesanan macam kat atas tu 

Alhamdulillah , sejak mengamalkan seperti yang disuruh . Aku dapat lihat satu kelainan , kawan-kawan mula mesra dengan aku . Aku dapat rasakan yang aku dah jumpa diri aku yang sebenar . 

Aku dapat satu jawapan . Sebenarnya ini lah dunia realiti . Dunia yang bukan hipokrit ataupun dunia yang plastik . Ini realiti . Kita takboleh sebenarnya nak mengharapkan orang suka kat kita , tapi kita perlu berusaha untuk buatkan orang selalu suka kat kita . Soal kawan , sebenarnya kita takboleh lagi nak tunggu kawan datang bergolek-golek depan kita , tapi sebenarnya kita yang kena cari , kita kena ikut cara dorang . Kita yang kena berusaha . Dulu mungkin aku bernasib baik , orang yang ikut rentak aku . Tapi sekarang aku pulak yang terbalik , aku kena ikut rentak hidup dorang . Aku kena kejar dorang . Aku takboleh duduk diam tunggu dorang datang cakap '' Eh haikal , jom pergi makan '' '' Eh haikal , jom bersukan '' ... 

Allah maha adil . 

Aku bersyukur sangat . Aku ingat aku akan forever alone kat sini , huhu . Tapi roomate aku baik sangat :") sepanjang aku kat sini , dengan dia lah aku lepak . Selalu bercerita dalam bilik , kalau pergi mana-mana dia tak pernah miss ajak aku . Pergi makan pun kalau hujung minggu bila masing-masing ada dalam bilik mesti dia ajak pergi makan . Aku mengaku aku lebih rapat dengan geng dari kos lain berbanding dengan kos aku . Takpe , aku faham kenapa . 

Sekarang , mungkin itu lah keajaiban Ya Rahman , aku dapat rasakan ukhuwah aku dengan kawan-kawan satu kos makin kuat . Aku dah takyah nak risau lagi . Mungkin ini hikmah nya . Allah dah bagi balik kawan-kawan kat aku :") .. Dah ada orang ajak aku pergi makan . teheeeeee ;)

Kawan-kawan yang lain , tolong doakan kebahagiaan aku kat sini ye .  tak mintak banyak , mintak tu je . hehe . InsyaAllah 

Akhir kata , Allah sentiasa ada di sisi kita . Cuma kita je kadang-kadang terlupa bahawa kita ni ada Dia ....

Assalamualaikum :)