ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Jika Yuyu Zulaikha adalah penuntut Ijazah tahun akhir , maka Ekal Dude pulak adalah penuntut tahun pertama Ijazah Sarjana Muda . Yang membezakan kami berdua adalah 'Pengalaman' . Yea , mungkin Yuyu mempunyai pengalaman yang terlampauuuuuuuu banyak dalam mengharungi kehidupan sebagai penuntut Ijazah , manakala aku ni baru setahun jagung nak merasa pengalaman tu :)
Genap jugak ek dua minggu aku bergelar mahasiswa ni , tak sangka pejam celik gosok bijik mata dah dua minggu aku bertapa kat bumi Terengganu yang serba indah ni . Dalam dua minggu ni jugaklah , aku rasa macam-macam pengalaman hidup yang berharga bagi aku especially kehidupan sebagai seorang mahasiswa dalam Universiti ni . Untuk pengetahun korang , aku sendiri actually dah rasa kehidupan dalam tiga dunia yang berbeza . Zaman persekolahan , Zaman matrikulasi dan sekarang aku merasa Zaman Universiti . Memang lah aku cakap tiga-tiga zaman ni berbeza gila , tak boleh nak compare kan zaman persekolahan atau zaman matrikulasi dengan zaman Universiti ni . Personally , aku rindu zaman persekolahan ! HUHU
Hari tu , zharif ada mention aku dalam twitter
so dengan berbesar hatinya nak update sikit pasal life kat U . Mungkin ada yang nak baca , mungkin ada yang tak hingin nak baca . Tapi untuk santapan rohani serta jasmani serta intelektual korang , BACA jelah ! haha
Life-style . Kalau kat rumah , jam 4 pagi aku baru tidur , jam 12 tengahari baru bangun . Asal bangun je terus ' Mak , dah masak ke belum ? ' . OK . itu aku masa kat rumah . Tapi , semenjak dah masuk U ni bila aku amalkan cara macam tu hah memang mintak penampaq lah jawabnya . Mana ada mak aku dalam hostel , kot tak makan penampaq roomate mungkin penampaq housemate . HAHA yeah masa ni lah nak kena uruskan segala hal sendiri . Mungkin waktu sekolah boleh lagi mintak mak suapkan nasi , tapi dah masuk U ni cuba mintak roomate suapkan nasi . Kalau dia tak cakap kau gila mungkin roomate kau yang gila . HAHA Untuk tahun pertama ni mungkin boleh lah aku berjimba-jimba hidup dalam suasana hostel , tapi untuk tahun yang akan mendatang Paksa-Rela aku kena cari rumah untuk disewa . Itu lumrah hidup budak U yang menumpang kasih di hostel . Jadi , tahap berdikari tu kena lah kuat , InsyaAllah boleh punya nak harungi life sebagai student di IPTA/IPTS :)
Asrama . Kami diberi sebuah rumah yang di dalamnya terletak lima bilik dan di dalam bilik tersebut terdapat dua orang penghuni . Jadi 5x2=10 orang serumah . Alhamdulillah , semua housemate okay je takde yang sombong eventho takdek sorang pun penghuni rumah ni yang sealiran dengan aku . Sungguh populasi pelajar akaun kat sini sikit . Terasa berharga pulak diri ini >.<
Mana bilik saya ?
Jadual Belajar , Classes . Sungguh aku mengaku waktu sekolah dulu aku lah insan paling banyak bising pasal jadual kelas , ceh konon tak puas hati apesal kelas pack gila dari pagi sampai tengahari . Kenapa tak buat waktu senggang macam rehat bagi dua jam ke . Kalau boleh tiap-tiap hari nak cikgu yang mengajar sesuatu subjek tu MC ataupun tak masuk kelas . Masa kat matrik pun sama , jadual pack gila nak mati >.<
Tapi masuk je U , hamekau ! kalau tak terbeliak bijik mata mungkin hati kau kering kot . Dalam jadual boleh kira berapa kelas je yang aku perlu attend dalam sehari . GAP subhanaAllah lamanya , boleh tahan lima jam jugak . Waktu ni lah hati bertendang tendang tak puas hati kenapa lah lama sangat waktu free ni . Ini lah contoh-contoh spesies manusia yang tak reti nak bersyukur agaknya . HAHA Bayangkan sebab terlampauuuu lama waktu free sampai aku taktahu nak buat apa dah . Jadi aku balik bilik , qada' tidur semalam semalam semalam dan seangkatannya . Classes pulak , dah lah gigih nak attend class eventho kadang-kadang tu terlajak waktu sebab cari-cari tak jumpa class , tunggu punya tunggu dalam setengah jam last-last class cancel . Tak tersembul pundi kencing kau berteriak kegirangan boleh balik bilik dan qada' tidur . Memang lepas ni tidur lah hobi aku HAHA
*jadual lama,sebagai hiasan sahaja :D*
Waktu Cuti Hujung Minggu . Kalau korang duduk kat Johor , tapi dapat tawaran belajar kat Perlis . Maka bersiap sedialah untuk mengorbankan diri tak balik rumah walaupun cuti hujung minggu . Eleh , setakat tak balik rumah pun boleh mati ke ? Pirar :p Bagi anak-anak emas keluarga tu , aku cadangkan korang beli topap banyak-banyak then sepanjang hari call lah family korang tu . Kalau nak jimat , beli beruk ben then skype ah dengan dorang . Jimat masa , Jimat kos dan rindu pun terubat . hehe :)
Makanan . Mula-mula rasa janggal bila makan makanan Terengganu ni . Kenapa ? sebab masakan dorang agak manis . Jadi, takkan nak complain kan masakan dorang tu manis , kot tak kena baling dengan periuk takpe elak kena halau dari Terengganu sudah . HAHA . So , kena lah biasakan diri dengan makanan kat sini,bukan setahun dua aku nak duduk sini , empat tahun kot . Kalau tak reti nak biasakan diri memang aku rasa setiap minggu nak suruh mak hantar kari kepala ikan guna pos laju . Kau gila ke apa haikal ? haha
Buku . Aku nak balik ke alam persekolahan ! nak ! aku nak beli buku-buku sekolah yang cuma RM10+ , aku nak beli buku rujukan kat Popular yang harganya cuma RM15+ . Kay itu mungkin takkan terjadi . Untuk pengetahuan semua , minggu lepas waktu class akaun lecturer suruh beli buku dengan dia . Dalam hati dah bajet-bajet mungkin harga buku tu tak sampai RM30 , tapi bila sampai kat meja lecturer tanya harga buku tersebut . Memang jauh api dari panggang dengan telahan aku . RM90 by Cash and you may carry that's book . Terasa tak macam kau nak telan air liur tapi kau rasa macam kau telan pasir . HAHA itu baru untuk subjek Perakaunan belum lagi subjek-seubjek yang lain . nak taknak kena lah beli , mana nak cari Popular kat ceruk Terengganu ni . Lagipun dah di kata buku tu yang dijadikan rujukan , nak taknak kena beli . Maka bertambahlah duit dalam akaun Bank Islam dari ehsan mak dan ayah . Hehe :D
''we use the term of C&C . You bring and give me your money , i'll give this book for you to carry it''-Lecturer Accounting
Last but not least
Pensyarah adalah segalanya . Kena rapat dengan pesyarah , sebab kertas exam semua adalah seratus peratus dikarang oleh pensyarah anda sendiri . Jadi fikir-fikirkanlah :)
Jika suka , boleh lah like :)
62 komen:
perghh mmg rspek gila org yg blajar nombor2 nih hahahah sbb sy xsuka sgt mengira ...korang mmg hebat lah..goodluck yer...
do visit n follow me =)
http://myaleo.blogspot.com/2012/09/iftar-with-bff.html
hehe..bselah tuh..awal2 msuk u..sy pom cmtu gak dlu..duk tganu mkn mnis2 jew,tbe2 dpt u kat ngeri smbilan..mkn pdas2..seb bek sy suke pdas..haha..skrg ni dah bse:)..tp kn bez ape mknan tganu..haha
popular tu best kan. aku suka lepak situ. hee.
BTW, selamat belajar. blaja rajin2. :D
welcome to the truly U life...
Welcome to campus life! heee biasa lettew. dah jadi budak kampus mmg macam tu la life dia. seronok! tapi zaman sekolah paling ohsem!!.
Haikal Updatelah entry pasal UNISZA. nak tgk jugak mcm mane unisza tu. amik lah gambar sekeliling kampus. hihi. :)
Wah.. Gitu kehidupan bebudak u ye.. Good Luck/ all d best
kehidupan sebagai student degree sangat2 best & mencabar. minda & fizikal. kadang2 sampai nak tertunggang terbalik tapi kadang2 fun
selamat belajar. good luck :)
tobalnyo buku..banyok ler yer ilmu kamu dapat nanti..insyaAllah..ehehehehe..
ohmai , tweet kita pon ada dalam nie ? rasa bangga jap =') hahha
eh org timur memang makan benda manis2 lah haikal =) lagi2 kelantan . sebab tu orang2 kat sana semua nya manis2 . ahaks ~
eh ben ashaari follow tu . tak tahan >___<
@Masmira Masri hahaha nak buat cmne kak , dah ditakdirkan diri ni dengan Nombor . hehe terima kasih kak :)
asrama unisza mmg cantik.mmg kalah u lain.
wah!
seronok je bunyi citer ko kat sane an.
ketebalan buku kita hampir sama. >.<
hencek haikal ada DSLR kan ?
tangkap lah gamba bnyak2 lagi nak tgk rupa U hencek haiakl tu ~
Yeaahhh! Itu lah dia namanya campus life! Jangan pelik lah kalau duit tu laju je macam air. Kalau dulu boleh lah RM 100 tu dapat doblas buku latihan, tapi sekarang, satu buku je =.=
Btw, UnisZA acanee? Akak cuma tahu pasal library diorang je sebab pernah buat research untuk masuk dalam assignment. Kampus? Hewhewhew :D
@nabila biela haha memang lah best makanan kat tgganu ni . tp mula-mula ni mcm janggal sbb banyak makanan manis-manis . huhu . tkpe , lama-lama mungkin boleh adapt :)
@NIZAM HAHA popular memang lah best sebab banyak buku :)
kau pun belajar elok-elok master tu :)
@DRceria thanks DRC ;)
@Cik Tetra haha memang zaman persekolahan memang yang awesome ! memang rindu ah zaman tu . hehe
hmm insyaAllah kak Tetra , akan di update . huhu
@najihahfara hahaha apesal nak sampai tunggang terbalik pulak ni ? ni mesti tidur kan ? HAHA :p
@zuhaida Thanks :)
@Azimas Abdullah InsyaAllah , amin ya rabbal alamin ! hehehe
@Zharif Azis orang sini memang manis-manis .s eriously . hehe ;)
Ehhhh yeke ben follow ? haha :p
@Cik Ija Akmal Lah yeke ?? taktahu pun
@Ameerul Ashraf tapi kau lagi best , siap dah keluar bagai . bestnye :)
ehh sama ek ? hehe so acap ! kena belajar elok2 .
@Cik PensiL hahaha mana bwk DSLR ke U ni wahai cik pensil :)
@Alia Rahmat betul tu kak . tadi baru je habis shopping kat mydin . habis rm100 . tp barang nye sikit je -.-
Ehh Unisza besttt ! hahahaha :p
eh akak buat research pasal LIB unisza ? amboiiiii :D
ehehe..emiey pun plajat tahun akhir, tp bukan kt situ la..
gudluckk ya menempuhi alam student =)
enjoy student life ok.rindu kat terengganu.rindu kat UMT.rindu jugak nak pi jln2 kwnsan UNISZA ptg2..ehehe
nt try r pergi mkn ikan celup tepung and sotong celup tepung kat teluk ketapang.mmg best :)
wawawa.......
rasakan apa yang kak pernah rasa dulu masa study hahaha...
apa-apa pon enjoy la masa zaman study ni....join sebanyak mana pon aktiviti selagi boleh sebab bila dh keja xboleh nak buat dh semua tu...
ciss rindu plak zaman study
wahhh, bestnye... nak ikut jejak langkah hencek haikal lahh. doakan sheila ya!
haha..standard la jd student degree..akak dulu 4 tahun course engineering...mmg separuh gila..heee..tp bila dh keje skrg,rndu pulak zaman universiti...so nikmati zaman study bebaik yer...:))
http://syierahalf.blogspot.com/2012/09/im-back.html
selamat ber-study yer... *berstudy??eerrkk*
enjoy your student life okayy..wish you the very luck for this sem..:)
ohh accounting! rela jalan ketam daripada jalan lurus..heheh..btw, gdluck! :)
kemain sonoknyee sampai ke negeri cik ct wan kembaang terasanyeeeeeee ... hehe
@emieysandra wahh sama situasi dgn kak Yuyu lah ek :) Goodluck kak :)
@nik ros hai senior / ex UMT . hehe pulang lah ke UMT dan singgahlah kat Unisza sebentar melepaskan kerinduan . haha
@Cik Ija Akmal mcm sedap . wah . thanks ! :)
@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr betul tu kak , waktu sekolah dah habis , waktu matrik dah habis . skrg kena pulun waktu U pulak >.<
@Sheila Eiman Amin ya rabbal alamin sheila :)
@Syiera Bucuk haha ni baru first year degree . thanks kak ;)
selamat bekerja :)
@Nurul ain Pun boleh Ain . HAHA :D
@Fiza Suhaimi haha oh really ? :p
kay thanks for that advice/motivation . hahaha
@-meeSUPERGIRL- huntunglah Mee supergirl sebelah negeri dengan ekaldude :p
wahhh... terasa tak sabar dah nak masuk u, nak ikut jejak langkah hencek haikal!!! insyallah.. mudah-mudahan..
Salam...
Adatlah kalau jadi pelajar dan hidup di kolej...ahaks :-)
Dijemput untuk join segmen Zul n Azizi Boarding Pets....
[SEGMEN] Mencipta Bisnes Kad ZABP
Selamat berstudy gak... ^_^
@Sheila Eiman wahh semangat tu dah ada sheila ! ^^ usaha lebih kay insyaAllah
@Zul n Azizi Boarding Pets hehe adat lah kan ;)
@Crew Fathi syukran ;)
samelah cam eyqa.. baru masuk UPSI..
kene biasakan diri ngn new life.. slam perkenalan...
wah-2. XD sangat lama aq tak jejak kaki kat umah kaw ni. haah rindu na baca karangan kaw y melebihi 1000 patah perkataan. *aku mmg suke membace :p . wahh-2 dupdate lgi weyh. tahun dpn aq lak mghadapi situasi mcm ni. (takutttt T_T ) gud luck :D
welcome tu campus life... memang bila duduk hostel kita selalu nak tidur awal, buka setakat tidur awal kalau boleh setiap masa rasa nak tidur je :)
salam haikal, wah masuk u. so study hard ok. xmo kone2. haha
salam.. stdy Unisza ke? nanti bleh la jalan2 umah aku.. unisza ngan umah aku dekat je. Kita lepak kat pata Airport makan sotong celup tepung ok? hahahaha =p
@Nur Atiqah Mohd Zaki betul tu , kena start biasakan diri , takut diri sendiri loss :)
@kekapas berceloteh hahaha aku rindu jugak wehh kat kau . Lamanya tak baca komen2 kau . hehe goodluck ! ^^
@Wawa Mohamad hahaha asal takde kelas je mest nak tido . itu satu kepastian :p
@suzie rahman ape tu kone-kone kak ? hahaha :p
@hafiz hafizol HAHAHAHAHA kalau ada orang support , saya on je ^^
assalam nk tanya utk kos degree accounting kat umt ni canne eh? more to ape? buku2 ke ? mknn? then ade tips tak utk sye yg bru nak msuk umt utk kos degree acc ni? thanks
Post a Comment