Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama tak menaip. Setahun lebih rasanya. Ramai yang tanya bila nak update blog, bila nak update blog. Waktu menaip ni terasa skill menaip laju seperti dahulu kala dah bersawang, usang. Haha okay riak
Alhamdulillah dah tamat pun tahun 2 pengajian di Universiti. Tak sangka dah 2 tahun aku study dalam bidang perakaunan ni. Dari masa mula-mula nak masuk dulu yang tak sanggup nak berpisah dengan keluarga, akhirnya aku buktikan aku pun boleh jadi bukan anak yang tidur bawah ketiak mak. Fahamkan :p
Sepanjang 2 tahun belajar di negeri orang, sepanjang 2 tahun meresapi pelbagai ragam manusia, sepanjang 2 tahun menelan segala perit dan duka, sepanjang 2 tahun hidup bergelumang dengan keseronokan, sepanjang 2 tahun jugak Tuhan titipkan peneman untuk aku. Banyak benda aku belajar, banyak benda aku hadapi. Dari suka, duka, perit, pahit, manis, masin dan masam sekalipun semuanya aku dah hadapi. Betul kata orang, pengalaman mematangkan manusia. Walau macam mana hebat kau punya ilmu, tapi kau tak ada pengalaman dalam hidup, tak guna.
Banyak benda aku belajar
Paling penting dalam hidup ni, kau kena belajar menghargai orang
Aku tak tahu samada aku dah cukup menghargai seseorang atau belum, tapi apa perkara penting yang aku tahu adalah menghargai seseorang dengan seikhlas kau boleh. Kalau tak ikhlas, takpayah. Buang masa.
Menghargai perasaan seseorang, menghargai pendapat seseorang, menghargai rasa seseorang, menghargai kewujudan seseorang. Kita jangan tunggu orang bagi kat kita, tapi kita perlu mula dulu langkah tersebut. Kalau tak pandai? Belajar ! :)
Aku ada adik, kebetulan sekarang aku tengah cuti 3 bulan. Adik aku remaja 15 tahun. Remaja biasalah, apa dalam fikiran dorang nak enjoy je kerja. Adik aku macam tu jugak, lebih kurang je macam adik-adik korang. Apa yang aku nak kongsikan kat sini
Kita selalu nampak benda yang memang kita kena nampak
Tapi kita selalu tak nampak benda yang sepatutnya wajib kita nampak
Tak faham ? Senang je
Kau tahu adik kau jenis malas nak belajar, kau tahu adik kau selalu lepak dengan kawan-kawan. Kau marah, kau tak suka, kau benci. Tapi adik kau cemerlang dalam bola sepak, adik kau cemerlang dalam bersukan. Kau cuma nampak seorang adik yang malas belajar, yang suka melepak tapi kau tak nampak seorang adik yang berjiwa sukan. Dan kau lupa nak menghargai dia
Macam aku cakap kat atas tu
Manusia memang perlukan penghargaan, untuk buat dia terus bersemangat untuk lakukan sesuatu. Kau tak boleh expect seseorang seperti kau. Mungkin kau seorang yang bijak, tapi kau tak boleh expect seseorang boleh sebijak kau melainkan mereka dapat buktikan.
Aku tahu, kau pun nak dihargai, aku pun nak dihargai. Tapi sampai bila aku nak tunggu ? Sampai bila kau nak tunggu? Kalau bukan kau dan aku yang mulakan dulu. Orang sekarang tak nampak semua tu, jadi diri sendiri yang patut mulakan....:)
Aku hargai kewujudan sahabat-sahabat aku yang ada di sekeliling aku. Sebab Allah tak utuskan seseorang untuk ditakdirkan berjumpa kita, sia-sia. Samada kau sedar atau tak. Samada kau jumpa kawan yang jahat, baik, nakal, alim. Semua tu ada hikmah dan perjalanan hidup kau sedang berjalan
Sekarang, terpulang pada kita. Kalau nak tunggu orang hargai kita, tunggulah.
p/s: Bulan puasa ni nak start mengajar budak. Doakan yang terbaik untuk aku. Hehe :D
5 komen:
terhapdet pon.. fuhhhhh *tiup habuk*
Seronoknya bila dihargai kan...Bila orang hargai kita, kita akan rasa lebih bersemangat, ceria.. :)
setelah sekian lame aku tggu mu uodate.. hahaha..
akhirnyaaa. senior guaa update jugak blog dia. yeah !
OKAYYYYYY LAMANYAAA TAK JENGAH BLOG HANG
Post a Comment