THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Friday, January 18, 2013

KONTROVERSI BAWANI DAN SHARIFAH ZOHRA.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



 
Bawani  dan Sharifah Zohra

Tanpa pendahuluan berbunga-bunga, aku nak direct to the point je. Boleh kan? *muka serious*


''who the fuck sharifah think she is..... asking a pure warganegara malaysia to go out frm the country...... for god damn sake sharifah, u want malaysia to be compared to other country for other purposes its okay, but compare for free studies u talk like shit..... if i was u, i wil pack my back go back to where u came frm... stop showing off with ur degree....... it wont take us to tore it up and chuck it into ur mouth......... u aso eat cows n goats, drink sharkfin soup and scold dogs right!!!!!''

''tahap dewa kebodohan sharifah zohra ni...''

''you're rude sharifah...you must face her for a apology...a degree holder like u are more like dumb degree holder...what a shame,it was happen at my former university...and never expect this institution was humiliated with this situation...but, poor you that BN acted like never recognize u and no one support u...U are brave BAWANI...and let we send sharifah out from MALAYSIA...than you...''

''bodoh punye sharifah,bg la org 2 bcakap smpai hbis dlu!! nmpak sgt goyang..pstu da xde modal nk ckp pelawa galaxy note kt student,yg pasal binatang tu xde kaitan langsung dgn topik bualan,nmpk sgt die da tunjuk kbodohan die dpn org rmai...''

''Stupid Sharifah. BN cocksucker. Embaressment to the country and bangsa. People like you nvr progress. Talk rubbish. Product of local education. Animals have probs? Haha.''

''Since you said you are Degree and Bawani is O Level, she should listen to you, let me tell you, I am master Degree and you only Degree, which mean I look down you cos you only Degree, you are nothing compare to me, you should obey me cos you only Degree, knee down and let me slap you cos you only Degree!''

Ini semua petikan beberapa komen yang aku copy and paste dari komen kat youtube. Berani sungguh dorang komen sampai macam tu sekali. Komen berunsur fitnah, menghina, mengutuk dan mengaibkan. Aku baca komen-komen dorang sampai tak sanggup dah nak baca banyak-banyak. Komen untuk video yang berdurasi selama setengah jam , tapi belum tengok full video dah macam-macam fitnah yang dilontarkan. Siapa yang bersalah ? 

Kita tengok sekali pintas kandungan dalam video tu ok. Dari apa yang aku boleh describekan

1) Bawani dakwa Puan sharifah ni mengatakan bahawa Ambiga tu pencetus Anarki di Malaysia, A.samad said pencetus orang gila-gila yang buat demonstrasi kat jalan raya ( Puan Sharifah menafikan dia ada cakap tentang A.samad said dan ayat bawani '' You tak kata tapi saya yang kata mereka bersama'' ), seterusnya dia memberi kenyataan bahawa Perhimpunan Bersih itu adalah LEGAL dan dia suruh kita pergi baca sendiri kenapa High Court kata perhimpunan bersih tu legal. Last sekali dia cakap '' Takpe, banyak orang boleh beri banyak pendapat ''

2) Isu perhimpunan membantah PTPTN dan isu tentang pendidikan percuma. Kemudian Bawani kaitkan dengan negara Argentina, Venezuela, Brazil dan Cuba dalam isu ini. Bawani pertikaikan kenapa negara-negara seperti ini boleh memberikan pendidikan percuma sedangkan negara kita takboleh. Lepastu dia beri keterangan tentang PTPN dan cakap peruntukan untuk PTPTN ni 28 Billion dan peruntukan keseluruhan dari pelbagai penaja dikatakan mencecah 200 Billion untuk satu tahun. Bawani sekali lagi mempertikaikan kenapa dari 200 Billion yang diperuntukkan itu, kerajaan tak boleh bagi walhal 10 billion pun. DAN 

Puan Sharifah terus mematikan hujah Bawani dengan '' Listen! Listen! Listen!.......'' ( aku rasa ini kesilapan Puan Sharifah sebab dia tak bagi Bawani habiskan hujah, tapi what she did is for a reason. Korang boleh fikirkan)

Puan sharifah dia tak balas kenyataan Bawani dengan hujah direct, dia balas dengan kenyataan yang berkias. 

1) Semua manusia ada masalah malahan haiwan sekalipun. 
2) Manusia suka complain, complain, complain 
3) Manusia ni rakus 
4) Puan sharifah sokong satu perkara tentang Ambiga, iaitu tentang isu '' Human right '' yang mereka perjuangkan tapi dia tak sokong cara Ambiga mengheret wanita dan kanak-kanak dalam protes jalanan yang pernah diadakan. 

Okay mari kita bongkarkan satu persatu dan harini kita jawab sikit persoalan yang diutarakan oleh Bawani . 

Apa itu anarki?

''Anarkisme merupakan suatu falsafah dan cara hidup yang menolak pemaksaan kedaulatan sesuatu kerajaan ke atas seseorang. Di dalam erti makna yang lebih besar, anarkisme menolak kerajaan yang berasaskan paksaan ataupun yang berjangka panjang. Pemikiran ini juga menyokong pemansuhan kerajaan. Anarkisme merupakan satu fahaman yang percaya bahawa kerajaan adalah satu badan yang berbahaya dan tidak diperlukan oleh individu dan masyarakat.'' SUMBER

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi empat memberi takrifan bahawa PENCETUS itu didefinasikan sesuatu yang mencetuskan-idea. Jadi, adakah Ambiga itu pencetus anarki dengan membuat demonstrasi di jalan raya ? Fikirkan

Isu pendidikan percuma dan kaitan dengan negara-negara yang di nyatakan . Ini jawapan yang diberikan oleh Parti Sosialis Malaysia ( SUMBER )

Listen, listen, listen. Menjawab tuduhan Bawani, ahli Parti Sosialis Malaysia. Isu pendidikan percuma : 

1. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

Komen : Di Malaysia, kalau x nak bayar cukai pendapatan, bayarlah zakat untuk pemotongan terus. Sharifah juga harus dipersalahkan. Belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program bukan Q & A session. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator. Dan menjadikan Ambiga sebagai idola sudah menggambarkan mentalitinya.

Demanding for free education, did u guys bear to face high taxes? Dengan kadar tax sedia ada pun masih ada yang merungut. Okay fikir sendiri 

Kenyataan demi kenyataan membongkarkan apa yang berlaku








Ada tambahan printscreen comment yang diberikan oleh pelajar UUM sendiri ! 



Ini adalah sahabat-sahabat UUM aku yang tahu tentang isu ni. Memang forum ni dah lama sebulan yang lalu tapi oleh kerana satu video yang tak cukup informasi, membuatkan semua orang seolah 'naik minyak'. Tapi yang seronoknya, orang-orang yang 'naik minyak' ni bukan orang UUM, tapi orang luar yang taktahu apa-apa macam aku, tapi aku siasat aku tanya kawan-kawan aku pasal isu ni. Yang lain, main sembur , tak bagi salam terus F**K, B***H sebagainya. haha

Aku sendiri boleh cakap Bawani ni tak buat research sebelum nak bangkitkan isu ni, pasal kaitkan negara-negara berkaitan dalam isu free education, sekali hambekau. Mungkin ini sebab Puan Sharifah matikan hujah Bawani dengan ''Listen...Listen..Listen...'' sebab dia tahu Bawani tak buat research sebelum nak kemukakan pendapat dan kenyataan. 

Aku tak sokong bawani, aku tak sokong Puan sharifah. Dua-dua ada silap, dua-dua ada salah. Tapi yang paling nyata apa yang aku nampak, PROVOKASI. Macam bawani cakap ''Banyak orang boleh beri banyak pendapat''. Tambahan maklumat, aku dapat tahu yang Bawani ni menyokong *censored* . Patutlah :) 


( Ini video Forum untuk PART 1, PART 2 dan PART 3 masih belum dihebahkan.Harap bersabar )

Sebelum apa-apa terjadi, aku minta maaf . BTW, kalau aku ada salah, tolong betulkan. Thanks 

TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMBANTU

Selamat membaca, supaya tiada yang emosi :) Assalamualaikum




Saturday, January 12, 2013

TAKUT TAK?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama dah kan blog ni tak berupdate, kisah-kisah lama je yang mampu aku sajikan untuk tatapan kalian. Bukan malas nak menaip cerita, tapi idea untuk kembangkan idea tu tak ada. Itu yang aku pelik tu, time aku tengah bergolak-gadai dengan akal tetiba idea datang tak semena-mena. Bila aku dah duduk lappy jenuh jugak nak kerah idea nak karang satu cerita pun jadik lah. Aku tewas :( 

Tapi kali ini, aku kena kuat ! yaaaa HAHAHA kena buat jugak satu entry untuk menjadi tatapan pembaca . Ceh 

Alhamdulillah , 8 Januari 2013 menjadi tarikh keramat untuk aku sebab berjaya menghabiskan semester I untuk pembelajaran aku. Dengan berakhirnya paper ekonomi hari selasa tu, maka tamatlah sudah semester I. Orang lain sibuk dok raikan hari-hari terakhir kat Unisza tu, aku pulak? Sibuk keluar Unisza nak pergi cari keropok lekor. HAHA Bukan apa, sebab aku beli tiket balik Johor 8 haribulan tu jugak. Mau tak kelam kabut aku habis-habis exam je terus call kereta sewa nak sewa kereta, nasib baik classmates aku sudi nak temankan aku pergi cari keropok lekor ni. Hehe sayang korang

Mak aku awal-awal dah pesan bila cuti sem nanti jangan lupa bawak balik keropok, siap call sehari before balik ingatkan jangan lupa beli keropok. Amboiii sebab tu aku terus pulun habis exam pergi cari keropok. Ada lah satu port tempat keropok lekor ni yang terbaik gila. Aku bedal beli sampai RM100. Tak banyak ni , mana ada banyak ! =B 

Eh korang nak tahu tak aku bawak balik berapa beg nak balik Johor ni? Cer teka 

Satu....Dua....Tiga....Empat....Lima beg 
Okay ohsem 

Aku ingat aku bawak balik sikit je beg , lima je kot aku usung balik Johor, tapi kawan aku perli aku dia cakap ' Nak pindah ke Lep? ' and ada kawan aku tu cakap ' Kau ni konfius aku lelaki ke perempuan bawak beg banyak-banyak ni ' Sentap hati mak *tetiba jadi nyah* HAHA . Ala , sebulan kot balik , lagipun beg bagasi tu baju-baju aku, beg hijau tu aku sumbat keropok lekor, beg galas belakang tu aku letak laptop kalau beg yang ala-ala kamera tu aku letak barang Mekap peribadi aku. HAHA biarlah nak bawak balik berapa beg pun, tak susah kan kau pun =B Ni kalau kawan aku baca ni mau sentap boh 

Actually sekarang ni keadaan aku kurang sihat. Since balik ni terus mendadak aku dapat selsema, batuk, pening kepala. Ini namanya sakit mengada! Tapi itulah, balik-balik je terus dapat sakit tambah lagi mak asyik pesan makan ubat hehe terasa anak manja pulak. Mungkin perubahan cuaca kot yelah study OBERSEA mana taknya peralihan cuaca. AHAKSSSS! =B bytheway doakan aku cepat sembuh ok :)

TAKUT TAK DENGAN MATA SAYA? 
mata panda shaye cekci tau 



Okay that's all for today, Assalamualaikum :)
Like sikit 

Friday, January 4, 2013

''KENAPA AWAK TAK CAKAP AWAL-AWAL?''


''Hidup mewah, ada kereta, ada tv, ada rumah, ada baju cantik, ada seluar cantik, ada ibu, ada ayah  pun masih ada manusia yang merungut dengan kehidupan mereka? Sesungguhnya Allah masih belum menguji mereka dengan ujian yang paling besar''-Haikal (2012)

Hayati kisah benar ini


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya


tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.


Dapat dari blog sahabat saya Sheila Eiman

Sekian, kalau suka boleh like :)