Assalamualaikum w.b.t
Pulau Tioman?
Eh Pulau Tioman tu kat mana ?
Macam mana nak pergi Pulau Tioman eh? Dahlah first time nak pergi Pulau ni.
Nak ambil pakej ke tak payah eh?
Eh Pulau Tioman tu best tak ek?
Pulau Tioman tu ada orang ke takde eh? *ini soalan paling kelakar lah hahaaa*
Sesaje terbuka blog, rasa rindu nak menulis. Jadi dengan masa yang tengah lapang sekarang ni, ingatkan nak kongsi pengalaman aku pergi ke Pulau Tioman pada 6/4/2018 - 8/4/2018 (Jumaat - Ahad). Awalnya nak pergi ke Pulau Perhentian, tapi dia punya cekadak nak plan tu last-last decide pergi Pulau Tioman je. Eh jangan salah faham pulak, Pulau Tioman pun cantik tau !
Mesti ramai tertanya kan Pulau Tioman ni terletak kat mana? Awalnya aku fikir Pulau Tioman ni dalam negeri Johor. Rupanya salah, Pulau Tioman ni sebenarnya adalah milik negeri Pahang. Cuma nak pergi ke Pulau Tioman ni, ada dua jeti yang boleh kita pergi. Satunya kat Mersing, Johor dan satu lagi Tanjong Gemok, Pahang.
Yang aku nak kongsi adalah cara untuk pergi ke Pulau Tioman melalui Jeti Mersing, Johor. Yelah sebab aku pun duduk kat Johor, so terpaksa lah kawan-kawan aku turun Johor. Hehe
1) Cara untuk pergi ke Jeti Mersing
Pertama sekali, kalau korang bukan dari kawasan Johor, kena rajin-rajin lah cari route bas dari destinasi korang pergi ke Mersing, Johor. Aku prefer korang cari bas Cepat Express sebab dia memang akan ke Mersing. Macam kawan aku dari Penang, dia naik Cepat Express yang terus destinasi ke Mersing, Johor.
Jadi kami terus jumpa di perhentian bas Mersing. Jangan risau ! Perhentian bas sangat dekat dengan jeti Mersing. Tak sampai 15 minit berjalan kaki pun, dah sampai ke jeti Mersing. Korang akan jalan sekitar bangunan-bangunan kedai, KFC dan sebagainya. Kalau tak yakin, boleh buka google maps. Jangan sampai tersesat sudah lah.
Bila dah sampai ke jeti Mersing, perkara pertama yang perlu korang buat adalah beli tiket feri. Since aku pergi ni jenis redah je, beli tiket feri walk-in sahaja. Mulanya risau juga kalau tak ada tiket feri haritu. Alhamdulillah tiket feri masih ada. Feri dari jeti Mersing cuma ada 3 masa sahaja maksimum. Jadi kena betul-betul rancang lah. Seeloknya sampai jeti awal pagi untuk elakkan tiket feri habis. Tiket feri RM35 sehala seorang. Jadi nya untuk pergi dan balik, harga tiket RM70.
Jadual perjalanan feri dari jeti Mersing pada bulan Julai 2019
Tengah tunggu feri yang dijadual berlepas jam 1:30 petang. Since yang pukul 12.00pm dah terlepas
Jeti Mersing
2) Booking Hotel online
Memandangkan percutian ke Pulau Tioman ni percutian main redah je, so kami bercuti sendirian berhad tanpa mengambil apa-apa pakej. Mulanya takut juga lah kalau-kalau tak ambil pakej, macam mana keadaan kitorang kat sana. Rupanya kalau tak ambil pakej, boleh jimat banyak duit. Tapi ada bagus juga kalau ambil pakej, terjamin sikit perjalanan korang kat Pulau tu. Macam aku, lebih suka free and easy. Hehe Jadi terpulang pada masing-masing. Jadi di sini aku booking chalet kat Kampung Juara. Booking melalui Agoda.com so boleh lah dapat murah. Yang penting booking online, jangan booking walk-in, nanti jadi mahal.
Actually dia banyak perkampungan kat Pulau Tioman ni, antara kampung yang famous adalah Kampung Tekek di mana ramai orang prefer untuk ke Kampung ni since feri pun berhenti di jeti Kampung Tekek ni. Tapi kami prefer untuk ke Kampung Juara sebab pemandangan yang cantik, tenang dan pantai yang airnya sangat jernih. Memang seronok lah mandi manda petang-petang. Cuma kekurangan Kampung Juara, feri tak berhenti kat jeti Kampung Juara, jadi kami terpaksa naik 4x4 untuk ke Kampung Juara, kos untuk seorang RM 20 sehala seorang. Tambahan pula kat Kampung Juara ni, coverage internet tak berapa nak okay, sangat sesuai untuk orang yang betul-betul nak bercuti tanpa gangguan dari sesiapa. Nak guna wifi chalet pun ya Allah terkemut-kemut kat depan chalet hahahaha. Tapi coverage di Kampung Tekek sangat okay, so kami kat chalet memang tak dapat sangat coverage, tapi kat Kampung Tekek berdesupppp. Jadi masa nak booking chalet/hotel, pastikan dulu kawasan tu kat Kampung mana.
Kami menginap di Juara Mutiara Chalet. Betul-betul depan pantai. Best gilaaaaaaaaaaa
Setelkan urusan booking bilik
Keadaan chalet yang kami tempah di Mutiara Juara Chalet.
Ini lah suasana kat pantai Kampung Juara depan chalet kitorang menginap. Petang-petang terjun pantai wehhhhhhh. Best gila
Ini adalah peta Pulau Tioman. Di mana dia akan berhenti di beberapa Kampung antaranya Kampung Genting, Kampung Paya, Kampung Tekek & Kampung Salang. Kampung Juara tak berhenti sebab lokasi yang jauh antara Kampung yang lain. Tu yang kami terpaksa naik 4x4.
3) Pakej snorkeling
Dah sampai Pulau Tioman, mesti lah nak snorkeling kan. Dengar orang cakap, Pulau Tioman antara Pulau tercantik kat Malaysia. Memang tidak dinafikan, masa sampai tu, kagum dengan keindahan pulau dan kejernihan air dia. Jadinya memandangkan kami pergi bukan ambil mana-mana pakej, jadi kami walk-in sahaja untuk pakej snorkeling di chalet yang kami menginap. Harga yang ditawarkan ikut kadar biasa adalah RM120, tapi kami dapat offer RM80 untuk 5 points. Berbaloi sangat dah dan murah. Actually banyak je yang offer untuk pakej snorkeling ni, kena pandai lah cari yang murah dan berbaloi, tapi sebenarnya sama je harga yang dia tawarkan sebab kedai pun semua dekat-dekat. Hehe Jadi jangan risau kalau yang pergi tanpa pakej, cari je pakej snorkeling kat sana.
Gambar semasa aktiviti snorkeling. Tak dapat ambil gambar dalam laut sebab tak bawa casing kalis air T_______T
Masing-masing dah terbakar jadi ikan masin rentung dah gara-gara tak bawa sunblock
Jangan risau pasal makanan kat Pulau Tioman. Banyak kedai makan tersedia untuk korang. Kedai runcit pun ada. Masa kat Kampung Juara tu, banyak juga lah kedai makan yang ada, pasar malam pun ada. Tapi jangan lah bayangkan pasar malam macam kat rumah korang tu, pasar malam kat Kampung Juara ni tak ada lah besar sangat tapi okay lah. Tambahan pula, makanan kat sini semuanya agak mahal berbanding kita kat darat. Nasi goreng pun dah RM9, jadi nya kalau nak jimat, sila lah bawa maggi ya. Hahahaha Tapi takkan lah datang pulau semata-mata nak makan maggi kan. Cuba lah rasa makanan orang Pulau Tioman masak. Sedap !
Kedai makan semua mengadap laut. So enjoy gila dengan pemandangan laut tambah pula dengan deruan angin pantai. Pakal tak bawa bantal dengan tilam je Hahaha
5) Kemudahan pengangkutan
Kalau korang jenis suka merayap malam-malam kat Pulau Tioman ni, boleh lah sewa motor kat sini. Dia kira ikut harga per jam. Kalau taknak sewa motor pun tak apa, jalan kaki je kat kawasan kampung tu. Tapi keselamatan atas tanggungjawab sendiri lah. Hehe
.
.
.
.
.
.
.
.
Kesimpulannya kalau ada perancangan nak ke Pulau Tioman, pergi lah. Jangan tangguh-tangguh. Percayalah, masa jejak je kaki kat Pulau Tioman tu, automatik terus jatuh cinta dengan keindahan Pulau Tioman. insyAllah :)
Terima kasih sudi membaca .
Ribuan terima kasih kepada:
1) Hafiz Hafizol
2) Alnalien Alam
10 komen:
Assalam..maaf mengganggu tapi nak tanya awak pergi waktu hujung minggu atau cuti sekolah ke? Sbb saya rancang ke kg juara jgk tapi takut pngangkutan dari tekek ke juara naik 4x4 mahal pulak.. Terima kasih utk perkongsian
@every fandom confession
wasalam. saya pergi waktu hujung minggu. Rasanya untuk kos 4x4 boleh nego dgn pihak chalet sbb dorg yg akan provide. :)
Tempat mkn pulak? Byk choice x? Harga ok?
Nak pergi raya ni..
Nice info.. Memula nak bwk family pegi kampung juara.. Tapi kansel.. Pegi Kg Air Batang je..
Ade lg x contact no 4x4 tu
naik jeep tu brp lama..kalau bawak bebdk ok ke?
Turun di jeti Tekek ke utk ke Kg Juara? 4wd tu mmg cari penumpang di jeti atau service dr hotel dan berapa jarak ke Kg Juara?
Turun di jeti Tekek ke utk ke Kg Juara? 4wd tu mmg cari penumpang di jeti atau service dr hotel dan berapa jarak ke Kg Juara?
Turun di jeti Tekek ke utk ke Kg Juara? 4wd tu mmg cari penumpang di jeti atau service dr hotel dan berapa jarak ke Kg Juara?
Post a Comment