WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Wednesday, February 8, 2017

PENGALAMAN MENGHADIRI TEMUDUGA PUBLIC BANK BERHAD

Assalamualaikum wbt

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman menghadiri temuduga Public Bank Berhad untuk position "Management Trainee". Jawatan ni aku apply dalam jobstreet, masa tu main hantar je sebab tengok Public Bank ni ada open vacancy, so hantar lah resume dalam jobstreet tu. 

Esoknya, tiba-tiba dapat call dari Public Bank (HQ), menggigil jugak nak jawab masa tu sebab tak sangka dapat call dari Public Bank. Hihi Drama lebih je sebenarnya. So lepas dia call, dia tanya boleh datang interview tak? Lepas cakap boleh datang, dia terus hantar email untuk detail temuduga. 


Jantung dah dup dap dup dap masa ni. First time weh ! 

On that day, aku pun gerak lah dari Johor pergi KL. Gerak dari Johor dalam pukul 8 pagi dan sampai KL alhamdulillah dalam pukul 12 tengahari. Sebab aku ni jarang pergi KL, so berpandukan pada GPS je lah. Yang nak tergelak, 45 minit jugak lah aku nak cari menara public bank ni sebab ada tersesat masuk jalan mana entah. Dengan jammed nya lagi. Sabar jelah . And Alhamdulillah pukul 1 petang dah sampai kat Menara Public Bank tu. So sejam awal sebelum temuduga. 

Aku sangat nervous sebab first time temuduga kat syarikat besar. Tapi Alhamdulillah aku dapat managed aku punya nervous tu. Masa masuk menara public bank tu, kagum sangat sebab besar dan tinggi. Nak masuk kena daftar dulu kat kaunter depan untuk ambil access card. Hanya aku je boleh masuk untuk ke tingkat atas, if bawa parents atau sesiapa, security tak bagi masuk and kena tunggu kat bawah. So parents aku just tunggu kat bawah je sebab tak boleh naik ke atas. Mak aih makin cuak lah aku ! 

Sampai je kat 11th floor tu, terus pergi kat kaunter pendaftaran untuk serah Resume, sijil-sijil dan borang-borang yang diperlukan. Lepas dah siap semua tu, kena tunggu untuk dipanggil temuduga. Masa aku datang tu, dah ramai jugak lah and mostly semua muka confident habis. Aku je gelabah lebih hahahaha. Dia akan bagi kertas untuk kita isi sebelum temuduga dan kertas tu perlu diberi sekali dengan sijil-sijil asal kepada penemuduga nanti. Dalam kertas tu dia suruh nyatakan 

1) Kenapa nak kerja dengan public bank ? (Soalan in english sebenarnya, tapi aku translate lah) 
2) Apa kelebihan yang ada pada diri anda ?
3) Kenapa Public Bank harus memilih kamu untuk bekerja dengan Public Bank?

Jawapan harus jawab dalam english ya. Not in bahasa ! 

Sampai lah nama aku dipanggil untuk masuk dalam bilik temuduga. 

Dup dap dup dap dup dap 

Lepas dah ketuk pintu, Aku pun masuk dan duduk (selepas dipersilakan duduk)

Ada dua orang penemuduga di situ, dua perempuan chinese. Baik!

Mula-mula dia suruh perkenalkan diri dulu, so aku perkenalkan nama, umur, tinggal di mana, lulusan apa dan belajar di Universiti mana. Lepas dah cerita semua tu, dia start tanya kenapa nak kerja dengan public bank ? So aku pun explained lah dengan sebaik mungkin. Bla bla bla bla 

Dipendekkan cerita, antara soalan yang dia tanya kat aku masatu 

1) Masa kat Universiti, belajar apa ? Apa penglibatan sepanjang di Universiti ? 
2) Tahu tak apa position yang aku apply ni ?
3) Kalau tahu, terangkan sikit apa tugas untuk position ni?
4) Kalau diberi pilihan antara department, aku nak department apa?
5) Kenapa pilih department tu?
6) Terangkan sedikit tentang skop kerja yang dipilih?
7) Sanggup untuk hadapi tekanan ?
8) Jika diberi pilihan negeri untuk berkhidmat, apakah pilihan negeri?
9) Kalau ditempatkan di mana-mana negeri bukan pilihan, sanggup tak?
10) Ada pengangkutan tak?

semua soalan akan ditanya dalam bahasa inggeris, so sila jawab dalam bahasa inggeris dengan confident ya ! Hehe 

Aku pun tak ada lah perfect sangat jawab masatu, ada jugak sangkut-sangkut sebab nervous and aku berpeluh okay dalam tu. Hahahaha  Tapi Alhamdulillah aku dapat jawab lah semua soalan-soalan yang ditanya walaupun ada sesetengah jawapan aku tu membuatkan penemuduga tu berkerut dahi. Tak kisah janji confident je lah jawab even aku tahu aku sebenarnya jawab merapu. Hahahaha 

Almost half an hour jugak lah sesi temuduga tu. 

Lepas dah habis jawab, aku pun tanya lah keputusan temuduga ni nanti macam mana ya ? Dorang cakap nanti akan call dalam masa 2 atau 3 minggu kalau lulus temuduga. Aku pun okay and cakap Thank you. Terus keluar dari bilik temuduga tu setelah setengah jam menganggung azab. 

Aku memang dalam hati dah tahu memang tak dapat punya lah kerja ni sebab jawab tadi pun macam haram tunggang langgang. Aku dah redha masa tu and lega sebab dah habis. So aku pun teruskan lah hidup sebagai penganggur yang berjaya kat rumah sambil tunggu keputusan temuduga. 

Tiba-tiba 

Selang 3 minggu aku dapat call dari Public Bank menyatakan aku lulus temuduga dan dipilih untuk bekerja di Johor Bahru. Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi :) 

So kat sini aku nak share sikit tips temuduga untuk sesiapa yang dapat panggilan untuk bekerja di Public Bank (atau di mana-mana pun)

1) Berpakaian kemas. Bagi lelaki haruslah memakai kemeja dan berseluar slack serta berkasut. Perempuan pulak pakai lah baju yang sopan seperti office attire. Kalau yang melayu pakai lah baju kurung dan berkasut. 

2) Datang awal sebelum masa temuduga

3) Bawa pen ! 

4) Salinan Sijil-sijil masukkan dalam file atau envelope 

5) Pastikan minum air sebelum masuk temuduga untuk elakkan bibir kita kering masa bercakap.

6) Pastikan ketuk pintu dulu sebelum masuk dan ucap salam kepada penemuduga

7) Pastikan posture badan sesuai dan buat eye contact dengan penemuduga.

8) Be prepare and Be confident ! 

Acah-acah bagi tips pulak aku. Hahahahaha Yang selebihnya korang boleh google lah ya. Tapi pastikan point no (3) tu jangan diabaikan ! Sila bawa pen kalau tidak mereput lah kat situ nak isi form macam mana. 

Apa-apa pun berdoalah sepanjang proses temuduga tu supaya Allah permudahkan urusan korang sepanjang ditemuduga. Jangan lupa baca doa. 

Apa-apa pun semoga maju jaya pada yang nak pergi interview kerja ya ! 







THANK YOU PUBLIC BANK ! :)

19 komen:

binsaidin said...

lame ak xsinggah blog ko ni. bile ak tgk headpage tu, egat bebudak mne. dah besar panjang bdk alip ni.

btw, congrats for new job! wish you enjoy and happy always, ya.

Unknown said...

So, actually okay tak jadi management trainee ni? Hehe. Boleh cerita panjang sikit jobscope ni? Thanks!

Unknown said...

esok ad iv dkt public bank. blh bg tips jawapan tak utk soalan 'kenapa pilih public bank?' hehe

Ekin said...

hi, may i get ur contact no or at least social media. just nk tanya more about pb trainee. thanks

Hasmiza Sobri said...

Asalam. Nak tanya, parking kat situ okay tak? Ke kena guna kupon?

Unknown said...

Nice entry! Btw, saya form5 course akaun. Minat nak jadi akauntan/juruaudit & yg sewaktu dengannya. But the problem is saya dah drop addmath! Is it a big problem for me? Nak sambung foundation accountancy dekat IPTA mana? Any suggestion or solution yg boleh tenangkan hati ni sikit haha thankyou!

Unknown said...

Salam. Saya form5 course akaun, dah drop addmath. Tapi minat nak sambung course acccountancy, jadi accountant atau yg sewaktu dengannya. Any suggestion IPTA mana or what should i do next?

Unknown said...

Assalamualaikum admim..tumpang tanya boleh? Just now saya dpt tawaran interview dri PB di menara pblic bank , KL utk position sales. Ada apa apa info regarding position ni tak? Contohnya sales dlm bntuk outdoor atau indoor? Tq very muchπŸ˜€

*saya bakal grad bulan october ni

AcanerNi said...

keje public bank dorg bg tmpt tggl x?huhu

Aliff Haikal said...

Tempat tinggal tak disediakan. Hehe

Aliff Haikal said...

Kalau ikutkan, kena guna coupon. Tapi sepanjang parking, xpakai coupon pun. Okay lagi tak pernah kena saman. Hehe

Aliff Haikal said...

Boleh search kat instagram @hencekhaikal

Boleh DM for inquiry πŸ˜…

Aliff Haikal said...

Okay tak okay tu depends pada orang. Hehe.

Job scope MT ni sama je dengan permanent staff yang lain, branch manager akan assign kerja pada kita. Depends pada department apa yang kita dapat. Banyak tanya staff yg senior .

Aliff Haikal said...

Kalau addmath untuk masuk Matrikulasi. Kalau tak ada addmath, memang tak lepas nak masuk matrikulasi bidang perakaunan.

Mungkin boleh cuba apply di mana-mana IPTA yang offer Diploma perakaunan. Byk IPTA yg offer antaranya UiTM, UniSZA, Politeknik dll.

Aliff Haikal said...

Apply diploma. Kalau matrikulasi atau foundation tak lepas sebab tak ada addmath. Boleh cuba apply diploma perakaunan ataupun diploma business. Nanti masa degree apply accounting.

Aliff Haikal said...

Saya department hire purchase (loan kereta)

Kalau sales kena achieve target yang ditetapkan. Mostly memang akan keluar dari bank untuk cari sales di kedai-kedai kereta (car dealer).

Miss sora said...

Ade Tak fb.sbb sy Takde install WS utk DM..takleh DM.please.sy ade iv kat PB nnt ...πŸ™πŸ™

Unknown said...

Salam..hi nak tnya.. Mmg kalau utk position of sales akan stay kt luar spt.di kedai2 kereta tu ke ?

Anas said...

Hi... Alhamdullilah sy pun dapat bahagian hire purchase utk management trainee ni.

Akan masuk tk lama lagi. Ada apa2 tips tak? Jobscope yg akan buat?

Tq