WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Sunday, May 1, 2016

BOOKING DOT COM MENJADI PILIHAN SAYA

Assalamualaikum wbt 

Ramai antara kita yang suka travel kan , kalau dah travel tu mesti lah kena ada penginapan. Tak kisah lah nak yang bajet ke , nak yang 5 star ke yang penting kena ada penginapan/hotel. Untuk yang jenis kaki travel ni, mesti lah pandai bab nak pilih hotel penginapan kan. 

Korang mesti dah familiar kan dengan berbagai jenis online booking yang ada sekarang, trivago lah booking.com lah agoda lah dan banyak lagi lah . Based pada pengalaman aku, aku dah guna dah ketiga-tiga online booking ni , dan aku sangat recommend untuk korang guna booking.com . 

Weh aku ada bad experience okay bila guna trivago , and it was the first and the last ever aku guna trivago sebab aku kena tipu dengan hotel masa pergi langkawi. Mimpi ngeri ! Siapa tak sakit hati kan bila kita dah book hotel dah bayar semua last last pergi dia boleh cakap booking kita tak ada and then dia boleh cakap lagi yang dia dah lama tak guna service trivago . Sebab tu aku tak recommend kawan-kawan aku guna trivago untuk buat online booking. Sorry walau iklan dia meriah kat tv, aku tak akan guna. hahaha 

Back to the story, aku banyak guna booking.com untuk booking online. Kadang-kadang pergi dengan family pun aku booking dengan booking.com . Sebab apa ? Sebab booking.com tak payah bayar on the spot, kita akan bayar masa kita datang nanti andddddddddddddd FREE CANCELATION ( actually a few hotels tak free cancelation, so korang baca elok-elok lah dia punya hotel policy and kalau boleh pilih hotel yang ada free cancelation dan bayar masa kita check in nanti) 

So kat sini aku nak share lah cara-cara untuk korang booking guna booking.com walaupun ramai tahu buat tapi tak salah nak tunjuk cara kan ? =p 

Step 1: Bukak kat browser taip booking.com dan dia akan keluar page booking.com tu . Jangan lupa untuk sign up dulu sebab memudahkan korang untuk review booking atau cancel booking atau apa-apa lah nak buat. Lepas dah siap semua, terus lah search nak pergi mana and nak pergi check in hotel mana. Isi lah detail semua kat bahagian search tu . 



Step 2: Bila dah tulis detail-detail semua tu, jangan lupa untuk tick pada option macam dalam gambar bawah ni, so pilih lah yang free cancelation, yang range harga murah-murah dan yang bayar masa kita check in.  then SEARCH !



Step 3: Lepas dah search semua dah puas hati nak pilih hotel mana, apa lagi terus lah klik hotel tu. Tengok lah facilities apa yang dia provide semua . 



Step 4: Scroll ke bawah page untuk buat reservation (diingatkan untuk baca hotel policy ye anak-anak) hahaa Dan pilih lah yang harga hotel per night yg murah okay . Kata budgeeeeeeeeet travel ye dok :D Once dah puas hati, terus pergi reserve hotel tu ! 




Step 5: Baca dan baca dan baca hotel policy. 



Step 6: Sila lah isi detal kamu orang di dalam itu untuk reservation yaaaaa. Lepas dah isi semua tu terus je tekan next next next sampai jumpa page confirmation selepas itu dia akan hantar email confirmation yang reservation korang dah accepted atau belum. (p/s: Nanti dia akan minta detail debit/credit kad korang, so letak je mana-mana kad bank yang ada debit/kredit kad untuk tujuan guarantee reservation korang tu. Jangan takut sebab korang dah pilih untuk bayar masa check in nanti) 





Step 7: Lepas dah siap semua sila lah check email samada dorang hantar atau tak korang punya reservation tu dannn jangan lupa print atau simpan dalam phone senang jadi rujukan masa nak check in nanti .

p/s: Rajin kan diri untuk call hotel tu tanya dorang ada terima tak booking korang tu . Jangan malas bertanya yeee ! haha 



Rasanya entry kali ni boleh kot sedikit sebanyak membantu korang nak cari online booking mana yang okay. Semuanya okay (kecuali trivago hahahaha) kalau nak booking ni, tapi aku lebih suka pakai booking.com . Kalau korang nak banding harga pun boleh jugak, tapi still aku suka booking.com hahahaha 

Terima kasih sudi baca . :)

5 komen:

Azwar Syuhada said...

Thanks for sharing, selalu booking myteksi je, hotel2 ini belum pernah lagi. hehehe

Aliff Haikal said...

@Azwar Syuhada welcome . lepasni booking hotel pulak ye hehee

Cik Tetra said...

wuuuuuuuuuu. ni mesti selalu travel ni. Untunglahhh. hihi

Fieyqa Adelova said...

wahhhh nice haikal! boleh try guna next time ;)

Raramore said...

Best booking.com ni. Sebab rasanya dia paling murah kan compared to the other. Dah la banyak hotel yang boleh bayar once kita dah sampai. :D