THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Wednesday, September 2, 2015

KRABI: TIPS UNTUK KALI PERTAMA BERCUTI

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Bercuti tu memang impian semua orang, tapi tak semua dari kita mampu untuk pergi bercuti . Alhamdulillah sebab diri ini terpilih untuk berpeluang menikmati rezeki bercuti kat negara orang. Tak jauh pun, Thailand sajoo. Hahaha

Entry kali ni, aku nak share pengalaman yang aku alami sewaktu berada di Krabi, Thailand. Sambil-sambil tu boleh share tips bagi mereka yang teringin nak bercuti ke Krabi. Semoga bermanfaat ! :)

Bagi yang pertama kali bercuti di luar negara, pasti terdetik sedikit kerisauan di hati sebab aku pun alami benda yang sama, bila first time ni rasa macam takut sangat. Haha so berbekalkan laptop dan iPad aku pun selalu jugak lah google sikit-sikit pasal info Krabi. Dari A sampai Z habis google, baca informasi kat blog-blog orang yang pernah pergi Krabi. Baca info-info yang dorang bagi sikit, dapat lah tambah ilmu pasal percutian kalini. 

Bagi yang first timer macam aku ni, meh nak share tips atau pun langkah-langkah yang perlu korang buat bagi tak kalut masa nak pergi bercuti. Ini pun based pada pengalaman sendiri kan. So tak salah nak share. Hehe

Tips:

1) Passport . Perkara pertama yang perlu korang ada adalah passport, kalau tak ada passport mana mungkin nak keluar dari Malaysia kan ? So sebelum pergi tu pastikan korang dah buat passport siap-siap. Jangan esok nak pergi baru harini kalut nak buat passport, nanti jadi kelam kabut. Start tahun 2015, passport dah tak ada yang RM100 , yang ada sekarang RM200 untuk 5 tahun. So jangan pulak  korang gaduh kat tempat imigresen cakap nak passport 2 tahun, nanti kena pelempang sia-sia je. kan. Haha Buat passport ni tak lama pun, on the spot pun dah boleh siap tapi bergantung pada kelajuan imigresen tempat korang lah. Tempat aku setengah jam dah siap. Peace 

2) Tukaran duit . Part ni paling aku rasa tertekan sangat-sangat. Nak tahu kenapa? sebab duit RM kan makin jatuh jadi masa aku nak pergi haritu, even sehari pun RM boleh drop sampai 10 sen okay. Menyesal sangat-sangat masatu sebab tak tukar duit RM awal-awal, ingatkan duit RM akan naik. Malangnya, tekaan aku meleset sama sekali. Duit RM kita makin lama, makin jatuh. So masa tu aku tukar duit RM 500 , cuma boleh dapat 4,100 baht. Seminggu sebelum aku tukar, kawan aku tukar RM 500 tapi boleh dapat 4,270 baht. See? jauh sangat beza kan. So pada yang merancang nak ke luar negara sekarang, baik tukar siap-siap duit Malaysia takut makin jatuh. Tapi taktentu jugak, eh pandai-pandai lah korang tengok market duit RM ni. Haha Kalau nak tukar duit, tengok pada "We Sell" yang tertera pada skrin nilai tukaran matawang asing kedai money exchange tu. Takpun korang tanya lah kalau tukar RM sekian-sekian dapat berapa dalam Baht ataupun nilai matawang asing lain. Kalau money exchange tempat kau banyak, jangan lupa buat perbandingan tengok mana lagi banyak boleh korang dapat. Contoh kedai A, korang tukar RM500 dapat 4100 baht, tapi kedai B korang tukar boleh dapat 4200 baht. So pergi kedai B jelah. okay?

3) Dapatkan maklumat . Ini part paling penting ! Korang tahu kan destinasi mana korang nak pergi, jadi seeloknya kenali dulu tempat yang korang nak pergi ni dengan lebih mendalam. Google ajerrrrrr. Jangan malas nak cari info, takut nanti terkial-kial pulak kat sana. Mostly kat Thailand penguasaan bahasa Inggeris kurang, lagi-lagi dalam kalangan peniaga-peniaga tepi jalan, sama jelah macam Malaysia. Tapi sekurangnya kita tahu sedikit sebanyak pasal tempat yang kita nak pergi. Banyak je blog-blog yang dah buat entry pasal Krabi ni, so baca lah sekurangnya kita tahu. 

4) Rancang perjalanan . Kebanyakan orang pergi akan naik flight and kebanyakan flight jugak akan berlepas dari KLIA2 (Dari airport lain ada tak?) . So kau sedar yang kau tu budak desa yang duduk nun jauh terperuk dalam suasana kampung, jadi kalau boleh rancang perjalanan supaya tak sampai terlepas flight. Hahaha macam aku lah yang duduk ceruk Johor, so nak tak nak kena lah gerak awal pergi KL. Aku tumpang tidur rumah kawan untuk 2 malam sebab niat di hati nak jalan-jalan kat Kolumpo tu sekali. Tu yang datang awal sikit dari sepatutnya. Haha Bagi yang nak datang ke KLIA2 dari mana-mana tempat, if tempat korang tak ada bas yang direct ke KLIA2, korang boleh transit kat TBS (terminal bersepadu selatan) dan terus direct ke KLIA2. Tiket serendah RM10 sehala. Boleh rujuk gambar untuk jam perjalanan dari TBS ke KLIA2. Rancang lah perjalanan korang dengan baik supaya tak terlepas flight. Kalau dah terlepas flight, bye bye jelah. Boleh tengok tiket air asia promo waktu lain. Haha 



5) Packing barang . Aku lebih sukakan backpack style, so pada yang nak pergi bercuti tu, aku prefer korang guna bag yang style backpack tu. Tak gemar pulak tengok orang usung beg bagasi roda tu , dah macam menyusahkan je nak angkat nak tarik nak tolak. Hahaha so nak memudahkan kerja korang, bawak ajer beg style backpack tu. Mudah dan senang. Bawak and letak je dalam kapal terbang, sampai terus galas and keluar dari cabin. Mudah. Mesti korang tertanya-tanya kan apa je nak kena bawak masa pergi bercuti ni, takkan nak bawak 1 almari kot. Okay, memandangkan ini adalah holiday korang, aku sarankan jangan terlampau bawak banyak barang dalam beg tu. Kalau nak bawak baju pulak, style aku, sehari 1 baju dan bawak extra 1 baju. CUKUP. So aku kat sana 4 hari, total baju aku bawak 5 baju. Seluar takyah cakap lah, bawak sehelai dua cukup, boleh pakai semula banyak kali. Hahaha orang tak tahu pun and orang pun tak ambil peduli. Takpayah bawak baju banyak-banyak, baju rambu ramba lah, baju kelawar lah , baju kurung lah, baju kebaya lah. TAK PAYAH . Hahaha kau nak pakai baju kurung pergi Krabi nak buat apa ? Buat show ? Haha so bawak baju ala kadar je uols okay. Untuk toiletries pulak, bawak ala kadar je dan jangan pulak bawak pesen yang besar-besar. Karang kena rampas kat airport, menyesal tak sudah. Bawak lah berus gigi, ubat gigi yang kecil, deoderant kecil, pencuci muka yang kecil, syampu yang kecil, eh boleh cakap semua yang kecil lah. Kalau taknak bawak pun takpa sebab kat sana ada je supermarket untuk beli semua tu. Apa, kau ingat cikai sangat ke Krabi tu ? Hahaha And last sekali, kasut . Aku tak rasa perlu bawak high heels pergi Krabi, cukup lah selipar flat untuk diseret pergi kedai-kedai sekitar Krabi tu. No need pun nak bawak kasut aku rasa, cukup selipar atau pun sandal yang mudah untuk disarung dan ditanggalkan. Takpayah lah bawak benda yang menyusahkan diri korang kat sana. Okay ?

6) Casing phone waterproof . Aku rasa kalau kau jenis berkira nak beli casing waterproof kat Malaysia macam aku yang kalau boleh nak RM10 je baik takpayah beli. Hahaha sebab kat Krabi tu, bersepah casing waterporoof yang 100% kalis air dijamin terjamin umph ! Murah gilos hanya 100 baht (equal to average RM10) . So nak bergambar dalam air pun boleh feeling-feeling dalam air pun boleh juga. ahaks

Seperti ini casing nya, comel kan ? Hahahahaha 

TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA



Sekian sahaja entry untuk kali ini, next entry akan menceritakan pengalaman aku sepanjang berada di Krabi dan juga beberapa tips untuk mereka yang ingin bercuti ke sana. Stay Tuned ! 

8 ribu orang sayang aku:

Myra Anne said...

rindu kuih cakoi pagi2 kat sana. huhuuu..

Jemput datang blog saya ye. =)
http://myraanneba.blogspot.my/

Ct Roxalynna NH said...

dari TBS nak ke KLIA2 naik bus tu mcm mana yek?
saya tahu naik tren je.. huhu.
kalau boleh explain, tq..^^

Nurul Shafiqah Norshahfandi said...

Wow bestnya. Belom ade rezki nktravel luar negara lg..

Syafiqah Sharmeen said...

Bestnya kau berjalannnnnn kalllll

Aliff Haikal said...

@Myra Anne ada eh kuih cakoy kat sana ?? hahahahaa

Aliff Haikal said...

@Ct Roxalynna NH Just pergi ke kaunter bas TBS then cakap nak ke KLIA2 . Lepastu nanti dia akan bg tiket . sama mcm nak pergi mana2 . heheheee

Aliff Haikal said...

@Nurul Shafiqah Norshahfandi amin . minta2 awak lepas ni dapat pergi hehee :)

Aliff Haikal said...

@Syafiqah Sharmeen hahahaa krabi je wehhhh .