WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Wednesday, May 26, 2021

7 Pilihan Restoran Terbaik Di Putrajaya

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mesti korang macam aku kan, kadang-kadang tu sampai kat sesuatu tempat tu tak tahu nak makan kat kedai mana. Selalu sangat jadi macam tu, sampai kena google dulu kedai-kedai yang menarik dan sedap di kawasan tersebut. 

Memandangkan aku pun dah bermastautin tetap di Putrajaya hampir lebih kurang 3 tahun, jadi aku nak share dengan korang 7 senarai restoran pilihan yang terbaik dan sedap yang ada di sekitar Putrajaya. Pilihan yang aku senaraikan ni adalah berdasarkan citarasa aku yang berubah-rubah setiap hari ya. Hahaha Biasalah kalau bab makanan ni jangan main-main sebab boleh buat gaduh laki bini. Hahahaha

Lagi satu, jangan expect korang nak jumpa restoran-restoran tepi jalan di Putrajaya ni sebab hampir semua restoran di sini adalah lot kedai. 

Senarai restoran ni kesemuanya ada di Google, so kalau nak pergi korang search je di google atau Waze/Google Maps. Okay?


Let's go!

Pilihan pertama: UMAI CAFE, PRESINT 2 PUTRAJAYA


Kat sini ada bermacam-macam jenis makanan yang disediakan. Dari makanan untuk sarapan pagi sehingga lah masakan panas dan gorengan. Favorite makanan aku kat sini adalah Nasi Bawal Goreng, Nasi Kampung, Mee Kari, Lempeng Sambal Ikan Bilis dan Meehun Goreng Tomyam. 

So korang boleh juga datang untuk makan tengahari di sini dan patut cuba Nasi Bawal Goreng! 


Pilihan kedua: LAPA LELA, PRESINT DIPLOMATIK PUTRAJAYA 



Terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan especially masakan kelantan. Kat sini korang patut cuba masakan panas, somtam, kerabu maggie, burger dan roti canai. Kalau yang jenis suka masakan kelantan, boleh cuba datang makan kat sini. Gerenti terangkat. Dan yang paling special, sesiapa yang bernama "LELA" boleh makan secara percuma seumur hidup. Hahahahaha tapi kena tanya owner kedai samada masih valid tak promo ni. 


Pilihan ketiga: SOFINA SEAFOOD, PRESINT 14 PUTRAJAYA 


Ini boleh dikatakan antara tempat paling sedap dan tempat paling ramai pelanggan datang. Setiap hari boleh cakap selalu full house lah kalau korang datang antara lepas maghrib sehingga isyak. Boleh dikatakan waktu tu adalah peak period untuk ramai orang makan di Sofina Seafood ni. So dekat sini ada masakan panas seperti tomyam, ikan siakap, somtam, pad thai, masakan goreng dan banyak lagi. Yang penting korang kena rasa tomyam dan Pad Thai kat sini. Itu antara favorit aku kalau makan kat sini. Boleh dikatakan memang sedap semua makanan kat sini, rugi kalau tak cuba bila datang Putrajaya. Hehehe


Pilihan keempat: DAYANG SARAWAK, PRESINT DIPLOMATIK PUTRAJAYA 



Bagi peminat masakan sarawak, boleh datang ke restoran Dayang di Presint Diplomatik ni. Secara jujurnya, aku suka dengan laksa sarawak di sini. Menepati selera aku yang cerewet ni kalau bab makanan. Hahahaha. Jadi kat sini macam-macam jenis masakan sarawak yang korang boleh cuba antara nya Laksa Sarawak dan Mee Kolok. 


Pilihan kelima: KAK LA NASI ULAM, PRESINT DIPLOMATIK PUTRAJAYA 



Kedai ni aku baru discover masakan dia sedap masa bulan puasa haritu. Jujur cakap selama aku ke Lapa Lela, memang akan lalu depan kedai ni. Tapi tak pernah tergerak hati nak cuba makan kat sini. Tapi bulan puasa haritu, saje nak tukar selera dan pergi makan kat kedai ni. Boleh kata percubaan pertama dah berjaya memikat hati aku. Hahahaha Aku suka tomyam dia dan ikan siakap tiga rasa kat sini. Harga pun tak terlalu mahal dan berpatutan makan kat sini. Selain itu, kedai ni ada sediakan makanan sarapan pagi. Tapi aku jarang pergi sarapan kat sini. Hehehe 


Pilihan keenam: ABE MAT AYAM CINCANG, LAMAN JPM PUTRAJAYA 

(Kalau nak ke sini, korang boleh search Selera Laman Perdana di WAZE atau GOOGLE MAPS) ataupun (tekan link ini

Bagi yang dah taktahu nak makan apa waktu makan tengahari, aku cadangkan untuk makan di Selera Laman Perdana ni. Kat sini terdapat pelbagai jenis aneka makanan tapi kedai paling favorit yang aku suka pergi adalah Abe Mat Ayam Cincang ni. Dia punya sambal belacan dan kuah kari memang sedap dan menepati selera pantai timur yang aku suka. Kat sini pun ramai juga yang beli, dan korang terpaksa beratur sikit kalau nak beli makanan kat sini. 

Pilihan ketujuh: CENDOL DIRAJA, PRESINT 8 PUTRAJAYA 


Fokus makanan je kan. Yang ni antara kedai desert menjadi kegemaran aku especially peminat cendol. Pelbagai jenis cendol yang disediakan kat sini antaranya cendol biasa, cendol pulut dan cendol durian. Antara sebab menjadi kegemaran aku adalah penggunaan ais kisar dan santan serta bahan-bahan tambahan pun banyak dalam ni antaranya laici dan kacang merah. Harga pun berpatutan dengan saiz mangkuk yang ditawarkan. Memang berbaloi gaissssss. Rugi kalau tak cuba. 

..............................................................................................................................................

Setakat itu sahaja dulu aku senaraikan restoran yang menyediakan juadah yang sedap dan berbaloi di sekitar Putrajaya ni. Aku dah disclaimer awal-awal ya semua senarai ni berdasarkan personal review yang tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Hahahaha

Ok selamat menjamu selera! 



Tuesday, May 25, 2021

CARA MATIKAN SETEM PERJANJIAN DI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Harini aku nak share dengan korang semua proses-proses apabila nak matikan setem hasil untuk apa-apa jenis perjanjian di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seluruh negara. Lagi-lagi dengan suasana covid19 ni lagi, jenuh lah kalau tak prepare apa-apa masa nak matikan setem di LHDN ni. 

Aku dah dua kali pergi LHDN untuk matikan setem hasil ni. Masa pertama kali nak matikan setem tu, memang terkial-kial ya sebab tak pernah dalam hidup setelkan urusan sorang-sorang. Sebab selalu aku suruh bapak aku teman, tak pun emak teman. Walaupun umur dah tua bangka macam ni. Hahahaha

Okay gais. 

Pertama sekali, korang kena tahu masa operasi kaunter di LHDN sebab sekarang kan tengah pandemik Covid19 ni. Aku cadangkan pergi pagi lah, sebab pagi-pagi semua orang tengah segar bugar. Tapi setakat ni tak pernah lagi lah tak beratur kalau pergi LHDN ni. 

Aku assume korang dah ada perjanjian asal dan salinan yang perlu matikan setem.  

Pengalaman pertama kali aku pergi nak matikan setem ni, aku blur tak tahu nak buat apa. So aku beratur jelah tengok semua orang beratur. Sampai turn aku, ambil nombor then nombor dipanggil, staf kaunter tanya "Docket mana?". Aku blur ya kawan-kawan. Ah sudah, Docket apa pulak ni. Aku cakap tak ada pulak docket-docket ni. Lepastu staf kaunter explain sebelum nak datang kaunter ni, kena isi docket untuk dapatkan no siri. Then dia suruh aku pergi kat kawasan komputer tepi dinding untuk isi docket tu. Nasib baik lah staf kaunter tu baik tak marah aku. Hahaha

Aku malas nak explain apa tu docket. Sebab aku pun tak tahu. Haha kita ikut jelah prosuder LHDN. 

Jadi nya. Bila korang pergi nak matikan setem, jangan ambil nombor dulu. Pergi isi dan dapatkan no siri docket dulu di kiosk yang disediakan. Cara-cara nak isi docket seperti gambar di bawah. 




Lepas dah isi docket tersebut, boleh lah ambil nombor dan tunggu sehingga dipanggil. Nanti staf kaunter akan semak docket kita melalui nombor ic sahaja. 

Selesai!

Eh


Tunggu! 

Sebenarnya ada lagi cara yang lebih mudah untuk isi docket ni. Yang mana korang tak perlu susah-susah nak isi di kiosk LHDN nanti. Cara mudah nya adalah isi sahaja melalui telefon bimbit korang. Senang gila!

Pertama sekali, download aplikasi Digital Franking di Apps Store atau Play Store.





Perlu diingatkan, ada tiga (3) benda kena isi:

1) Instrument
2) Runner
3) Document Owner

Ini untuk Instrument ya di mana ia adalah dokumen perjanjian korang. Okay seterusnya buka aplikasi tersebut dan tekan butang (+) di atas kanan skrin telefon korang



Lepastu korang isi semua maklumat yang diperlukan. Rasanya cara sama macam tatacara manual kat kiosk tu. Cuma cara aplikasi telefon bimbit ni lebih mudah dan cepat. 

Isi maklumat first party dan second party (third party sekiranya perlu) lepastu save!

Yang kedua, isi part Runner pula. 


Lepastu isi maklumat yang diperlukan. Kalau diri sendiri yang pergi LHDN, isi lah maklumat diri sendiri. Kalau orang lain yang pergi LHDN mewakili diri kau, isi maklumat orang tersebut dan tekan SAVE!



dan yang ketiga, isi maklumat pemilik dokumen (owner)



Isi maklumat pemilik dokumen iaitu diri sendiri. Boleh pilih samada individu ataupun syarikat. Seterusnya tekan SAVE!




dan finally

siap pun docket korang seperti di bawah





Nanti masa kat kaunter setem tu, dia akan minta QR CODE docket tersebut. Korang cuma tekan butang QR CODE nanti dia akan keluar dan bagi pada staf kaunter untuk scan. 




Dannnnnnnnnnnnnnn SELESAI!

Siap sedia duit untuk bayar setem ya kawan-kawan. Hahahaha


Harap dapat membantu serba sedikit pada yang ada urusan nak matikan setem di LHDN. 

Kalau nak nak tanya soalan, tinggalkan komen di bawah sahaja ok! 

Terima kasih.