WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, July 30, 2012

APA BISING-BISING?BIARKAN MEREKA BAHAGIA :)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tarik nafas , hembusss . tarik nafas , hembussss (eee busuk!) haha :p

Alhamdulillah , masih bernafas saat jari menaip entry ni . Alhamdulillah korang still bernafas and sempat baca entry ni lagi . hehe :) Apa kabar ? 

Maaf , sebab lambat update cerita dalam blog ni . Nak kena siapkan segala benda yang berkaitan tentang kemasukan ke IPTA , nak isi borang biasiswa , nak isi borang bantuan kemasukan ke IPTA , nak buat medical check up , nak kena pos dokumen , nak kena setel tentang bayaran duit insurans . HAHA banyak kan nak keba buat ? Ini semua gara-gara nak masuk IPTA lah . Tapi takpe , Alhamdulillah semua tu hampir selesai . Nak buat cepat-cepat eventho ada lagi sebulan sebab nanti mood raya tak diganggu oleh anasir-anasir jahat ni . HAHA siot je cakap semua tu anasir jahat kan :p 

Entah kenapa 

Sejak dua menjak tiga menjak ni aku jadi begitu teruja nak masuk universiti . Tapi kadang kala aku jadi risau , berdebar-debar pulak . So sekarang ni perasaan jadi 50-50 . Bila orang tanya ' Haikal,dah ready nak masuk U?' aku jawab ' ready je , kalau boleh nak masuk sekarang jugak ! hehe ' . Tapi satu masa bila orang lain tanya soalan yang sama , aku jawab ' Aku nervous lah nak masuk U ni ' . nampak tak permainan dia kat situ ? hehe Takpe lah , excited ke nervous ke , tu perkara biasa . Masa masuk matrikulasi dulu pun macam ni jugak . So be chill sudah ! kan ? 

Baiklah . ini lah kemuncaknya entry hari ni . Yang atas tu cuma mukadimah je . Haha panjang kan mukadimah nye ? Ala biasalah , bila dah meroyan nak menulis .


Okay aku tahu tentang penyebaran video ni dalam empat lima hari yang lepas . Masa tu viewer belum cecah 500k kalau tak silap . Aku terkejut sebenarnya masa ni . How come budak 16 tahun kahwin dengan budak 14 tahun . Form four vs Form two . Macam-macam dalam kepala hotok ni berfikir , macam mana dorang boleh kahwin ? macam mana dengan persetujuan kedua ibu bapa dorang ? macam mana dengan pembelajaran ? macam mana dengan nafkah ? Haaa over pulak . hehe 

Memang sikit kecoh pasal video ni . Baca komen kat situ pun tahu siapa yang sokong siapa yang tentang dorang . Tapi yang peliknya , kenapa sampai nak memaki , marah dorang ? aku tak nampak satu perbuatan berdosa pun dorang buat . Dorang kawin bhaiii ! Benda wajib , Allah suka . Ni manusia pulak tak suka . Lahaii pelik sungguh .

Aku faham . Masyarakat memang pandang serong . 

Tapi , biarlah mereka nak membina masjid . Dah jodoh dorang seru awal , nak buat macam mana ? Allah dah aturkan segalanya . 

Apa-apa pun , saya selaku tuan blog mengucapkan tahniah kat Adik syafiq dengan Adik Yana (teruihh adik haha) atas perkahwinan ni . Saya doakan korang berbahagia ke anak cucu . Semoga jodoh korang berkekalan hingga akhir hayat . Abaikan kata-kata orang , sesungguhnya Allah meredhai korang , cukup . Kalau ada orang dok bising lagi , sumbat je dengan stokin busuk . Biar terus senyap mulut dorang . hehe Nanti kalau dah ada anak , didik menjadi anak yang soleh serta solehah okay ! V(^^)



kalau suka ? Boleh lah Like :)

Thursday, July 26, 2012

PEMBONGKARAN: UKURAN BENTUK TUBUH BADAN NABI ADAM A.S

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Heyyy nuck chakap yang itewww dah berhenti kewja ! ^^ *kay pendahuluan cukup annoying*

Sebelum tu , actually nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam yang membaca entry ni . Sungguhpun ada yang tak baca , takpe , daku mengerti , HAHA :D

Tujuan post kali ni actually nak kongsikan kat korang semua dengan penemuan-penemuan yang sungguh MasyaAllah . Tak dapat aku nak cakap betapa besarnya kuasa Allah ni . Jom tengok !








Korang tahu tak ini apa ?

Taktahu ?

Mulanya aku pun taktahu apa benda ni yang cuma aku faham sehelai jubah yang berwarna putih bersize besar cuba dicipta oleh manusia macam nak masuk dalam Book of record something like that  . Tu aku punya anggapan 

Tapi sebenarnya MasyaAllah

Ini lah gambaran bentuk tubuh badan nabi Adam . Nabi yang pertamaaaaa sekali diciptakan oleh Allah . Manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bumi ciptaan Allah . SubhanaAllah

“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini”
(HR.Bukhari),

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter.wallahu’alam.Baju Nabi Adam A.S. Setinggi 29 meter.Baju tersebut hanyalah replika dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk Nabi Adam A.S.Tempoh menjahit 18 hari. Tinggi 29 meter dan lebar 9 meter. 
Sumber : Sini 
Jadi berhentilah merasa diri tu besar , diri tu megah sebab sebenarnya kita ni cuma kecil , kerdil di atas muka bumi ni :)
Suka ? Boleh like :)



Saturday, July 21, 2012

SENTAP HATI NI NYAH (BUKAK MATA LUAS-LUAS :P)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ada orang tanya aku 

' Weh Unisza tu kolej swasta kan ? '
' Eh mana ada , Unisza tu Universiti kerajaan lah '
' Hah yeke ? lah aku ingat kolej swasta '

Adik aku pergi mengaji , lepastu ustazah mengaji tu tanya adik aku yang aku ni dapat Universiti mana

' BangLang,tadi makcik tu tanya hang dapat Universiti mana, lepas tu dia kata Unisza tu kolej swasta '
' Hah banyaklah hang kolej swasta . Universiti kerajaan lah '

Then kawan aku call sempena dia dapat free call dari dear maxis (birthday) and memang tak lah dia tak tanya aku dapat Universiti mana 

' Lep , kau dapat mana ? '
' Unisza '
' Eh kolej swasta tu weh '
' Banyaklah kau punya swasta , kerajaan lah weh ! '
' hah yeke ?? alamak sorry '

Aku jadi begitu , begitu dan begitu bingung kenapa dorang nak cakap yang Unisza ni kolej swasta ? Ke dorang ni actually tak tahu yang Malaysia ni ada berpuluh universiti kerajaan dan Unisza ni adalah salah satu universiti kerajaan . so mana nya swasta oi ? haha

Aku faham . yea aku faham

Terletak di terengganu mungkin faktor Universiti ni tidak terlalu popular di kalangan masyarakat sekeliling aku . Yang ada dalam fikiran dorang UM , UPM , UKM , USM . So aku takboleh lah nak salahkan dorang dalam hal ni . Apa yang dorang taktahu aku bagitahu , apa yang aku tahu aku sebarkan :)

So berbalik pada entry ni . Aku dengan niat begitu kudus suci mulus tulus nak bercerita sedikit tentang info-info yang berkaitan dengan Unisza ni . Semoga takde lah lagi orang bagitau aku bahawasanya Unisza ni adalah kolej swasta . Sentap hati mak nak oi -.- lol

SEJARAH UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN 




Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat Negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Bermula dengan pengumuman daripada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005 sehingga perlantikan Dato' Profesor Dr. Alias bin Daud sebagai Naib Canselor yang pertama pada 1 Januari 2006, maka bermulalah proses operasi Universiti Sultan Zainal Abidin dengan motto "Ilmu Demi Faedah Insan".

VISI , MISI DAN MOTTO UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN 

VISI
Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) berhasrat untuk menjadi institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.

MISI
Universiti Sultan Zainal Abidin akan menonjol dan mengasah bakat bakal pemimpin dalam pelbagai bidang menerusi usaha merekayasa ilmu, menggalakkan ketulusan keterbukaan, menanam sikap pertanggungjawaban dan menghargai kepelbagaian untuk menafaat manusiawi.

MOTTO
Ilmu Demi Faedah Insan
(Knowledge for the Benefit of Humanity)

KEDUDUKAN UNISZA KAMPUS GONG BADAK (tempat aku)


Korang nampak tak kampus aku tu bersebelahan ehh berdekatan dengan laut . Di samping stress-stress study , boleh jugak aku fly keluar pergi laut . Aku ni jarang sangat turun laut weh . Kan best tempat aku ni , dah lah dekat dengan laut , boleh makan keropok lekor cicah sos kat persisir laut . Mohon jeles sekarang >.<

Ini kampus Kota (Bukan tempat aku haha)

Kampus ni dalam proses penyempurnaan 

Jadi kemon guys , bukak mata luas-luas sikit . Ingat terengganu ni takde Universiti yang awesome ke ? Hehe bukan setakat awesome , insyaAllah tak lama lagi mungkin Universiti ni akan menjadi antara Universiti yang top di Malaysia . Amin ^^

Ini entry-entry berkaitan dengan Unisza . 

Takde apa yang aku harapkan dari korang cuma satu je , doakan kejayaan aku bila aku dah start menjadi mahasiswa ni . Semoga segala urusan aku dipermudahkan . Semoga aku dapat mencapai targert 3.75 untuk setiap sem . Aku nak dapat biasiswa , tak larat dah aku nak susahkan mak ayah aku cari duit untuk aku sambung belajar . Biarlah aku bukti kan kat dorang yang aku mampu berjaya macam anak-anak orang lain . InsyaAllah :)

Nantikan susulan entry berkaitan Unisza untuk tatapan korang !! muahaha (gelak kejam :p)


' ILMU DEMI FAEDAH INSAN '


Terima kasih sudi baca , like lah sikit \(^^)/