WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Friday, November 30, 2012

MEREKA TAK KISAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sebabkan UniSZA buat konvo hari ahad ni, jadi aku ambil keputusan untuk balik ke Kluang sebab dapat cuti Jumaat,Sabtu dan Ahad. Nawaitu balik pun takde apa sangat, nak settlekan tentang pinjaman untuk Yayasan Pelajaran Johor yang nak kena pantas,cekap dan teliti nih. Ceh lepasni bukan anak emas PTPTN lah ye :p

Beli tiket khamis malam dan sampai Jumaat pagi. Lepas solat jumaat je terus pergi LHDN nak pergi matikan setem hasil. Nasib baik balik hari jumaat, tak tutup lagi 

Haruslah kalau aku dah balik, orang pertama yang tanya pasal kejadian ragut tu mesti dan semestinya mak aku. Punya lah risau sungguh dia dengan keadaan aku kat Terengganu tu. Tapi since dah balik siap makan kopok lekor depan mata dia, Alhamdulillah lega sikit hati mak aku. Adakah aku ni patut digelar sebagai 'Anak Mak'? Ceh memang anak mak pun. Muehehe =B Anak bapak sekali pun boleh

Hilang beban sikit harung sorang-sorang benda ni (even ada roommate dan classmates) bila cerita detail kat mak aku. Siap cakap

''Mak tak marah pun hilang handphone tu''

Mak aku cuma kesal sikit lah dengan kejadian yang berlaku tu, maklumlah benda dalam kampus kan. Tapi mak aku chill je sebab benda dah berlaku. kan ? :)

Lepas pergi matikan setem tu , terus pergi celcom center nak renew number. Kena charge RM10 tapi takpe sebab tengok baki dalam akaun no tu ada RM4.00 lagi. HAHA Alhamdulillah, ingatkan dah RM0.00 rupanya ada lagi baki. Perlu ke aku cakap peragut tu baik? Haruslah tidak. Cis 

Malam tu pulak, bapak aku balik dari kerja terus dia jumpa aku. Amboi prihatin dan rindunye terhadap anak beliau ni. HAHA macam biasa, benda yang sama. Yang syoknye , bapak aku ni pakai sony android so aku pun belek-belek lah phone bapak aku tu, boleh bapak aku cakap ''Nak pakai lah phone bapak tu, phone nokia hang bagi bapak pakai'' Amboi terus orang cakap Tuah ayam nampak kat kaki,Tuah manusia bapak sendiri yang bagitau . Aku tak ambil pun, dahlah hilang henset mahal lepastu nak menyusahkan bapak kau lagi, takke rasa macam anak yang errrr Taknak ah :D

Bytheway nak cakap yang kucing-kucing aku dah makin sihat dan makin gemuks. Lagi-lagi anak-anak Ninie yang makin comel dan makin menjadi dewasa. Entah bila nak dewasa pun aku taktahu perihal kucing-kucing ni. HAHA Tadi bagi mandi tiga-tiga ekor tu dan masing-masing dah wangi lepastu lepas lah dorang dari sangkar, memang habislah bau balik. Takpe, bau kucing kan best dihidu. Bhahaha  =D

Kehidupan kat U makin tough. Yes aku admit benda tu. Aku pun still tunggang langgang lagi schedule sebab still tak manage dengan betul-betul assignment yang ada. Memang banyak kaw-kaw lah assignment lecturer bagi, pandai-pandai ah korang manage benda tu, jangan jadi cam aku sudah. Stress je memanjang. HOHO

Ada apa-apa lagi tak nak cerita ek?

Rasa macam dah takde. So nantikan lah next entry ea. Hihi :p



Belek-belek kamera, jumpa gambar ni. Kenangan :)

Selamat membaca 

Friday, November 23, 2012

MANGSA RAGUT

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Baru je dua bulan aku kat Terengganu ni, tapi aku sendiri dah mencipta rekod. Makin famous lah aku hidup kat sini. Huh . Sedih nak cerita kan kisah ni. Tapi demi pembaca yang disayangi , aku gagahkan jua nak cerita. Ceh 

Pada 20/11/2012, tarikh sangat keramat bagi aku. Kalau korang nak tahu, hari khamis yang lepas aku kena ragut dengan manusia yang bertopengkan iblis laknatullah. Kejadian ni berlaku pun sangat pantas, sedih bila dikenangkan balik kisah ni. 

Petang khamis tu, aku bergegas nak pergi jumpa lecturer nak ambil mid-test math. Dalam lebih kurang pukul 1.40-1.45 masa tu aku sorang-sorang jalan. Then tiba-tiba ada satu motor ni berhenti kat aku dan tiba-tiba dia tanya

 ' Kafe Kat mana ek dalam Unisza ni?'

Aku pun jawab lah dan kebetulan atau nak dijadikan cerita, aku pegang phone masa tu sebab nak text lecturer cakap aku lambat sikit nak jumpa dia. Tiba-tiba dia ambil handphone aku dan terus pecut motor dia. Aku tergamam gila masa tu dan aku sempat kejar motor dia. Aku sempat pegang besi belakang motor tu tapi  terjatuh dan paling sadis lagi aku terseret atas jalan. Okay itu sangat sakit !

Lepas dah jatuh dan terseret atas jalan, aku pun bangun lah , aku jerit minta tolong

''Tolong Tolong, saya kena ragut! tolong''

Tapi malangnya satu orang pun tak tolong sedangkan ramainya pelajar UniSZA melihat kejadian ni. Aku menangis masa tu sebab terkejut sangat dengan kejadian tu. Tiba-tiba ada satu lori berhenti dan tanya aku kenapa, aku cakap yang aku kena ragut dan tolong kejar motor yang ragut aku tu. Terus lori tu kejar. Tapi peragut tu berjaya melepaskan diri dan aku taktahu dia hilang ke mana :(

Terkilan sangat sebab takde seorang pun manusia yang tolong aku. Korang bayangkan masa tu kejadian berlaku kat jalan utama UniSZA yang ramai pelajar lalu lalang nak ke kelas dan balik kelas . Nak-nak masa tu dah nak dekat pukul 2 petang waktu pelajar nak ke kelas. Takde sorang pun :/ Kot ye nak angkat aku masa terseret kat atas jalan tu. Terkilan kan? Rata-rata macam terkejut, tergamam lah kot tiba-tiba kejadian ragut berlaku dalam kampus. Lepastu, aku pun dengan sakit-sakit berlari anak cuba nak kejar jugak motor tu eventho masa tu dah hilang dari pandangan. Semua orang tengok aku berlari. Kenapa sorang pun taknak tolong? macam kejam je kan :( Ada student cakap yang dorang ingat aku berlakon. Berlakon?

Lepastu, datang lah security jumpa aku, bawak aku pi pusat keselamatan UniSZA, bawak aku pi klinik untuk dressing luka aku dan selepas tu bawak pergi buat report. Semua setel dalam masa satu hari.

Cukup lah kan aku cerita pasal kes ragut ni. Takde semangat dah nak cerita panjang-panjang. Mungkin salah aku juga, terlalu careless dalam hal ni. Lepasni sorry aku taknak layan lagi kalau orang tak kenal tiba-tiba nak tanya something. Aku fobia :/

Thanks kawan-kawan kelas yang tak henti-henti bagi semangat kat aku. Tak lupa rakan-rakan di Twitter dan juga Facebook yang tak putus-putus beri kata semangat kat aku. Terharu sangat T.T Benda dah berlaku kan. Lagipun, aku dah redha dengan semua ni. Allah bagi ujian ni sebab dia nak ingatkan aku jangan lalai dengan benda duniawi ni. Alhamdulillah. Di sebalik kejadian ni, terselit hikmah yang besar Allah janjikan kepada aku.





Lokasi luka: Siku,Lutut,Pinggang dan Lain-lain 













Bijak sungguh peragut tu aim aku. Tahulah phone aku besar gedabak. Ambek lah . Ambek lah nak sangat! Serious rindu dengan Note ni :"(

Redha dengan ketentuan Illahi. Dia dah rencanakan semua ni. Ketentuan Dia, siapalah kita nak mempersoalkan :")

Terima kasih sudi baca,doakan agar si peragut tu berjaya ditangkap ye. In Shaa Allah 

Friday, November 16, 2012

7 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERJAYA

NASIHAT UNTUK ORANG YANG DAH BERJAYA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Masa beredar dengan pantas, meninggalkan aku terkapai-kapai di belakang. Semangat itu umpama angin, angin yang sekejap ada sekejap tiada. sehinggakan diri ini kehabisan idea. Dulu bermegah-megah update entry,update status. Baik-baik indah-indah belaka ayat. Sampai tahap ni, aku terus dibelenggu rasa tak ada idea. Kata-kata mati tiada noktah. Tergantung macam takde tali. Nak habiskan ayat pun susah. Ini lah kot roda aku. Kita bermonolog sekejap ea :)

Hari tu, ada seorang pakcik tu datang dekat dengan aku. Aku buat endah tak endah. Mungkin pakcik ni nak duduk kot. OK. Tiba-tiba pakcik ni bersuara

''Anak belajar lagi ke?''

''Ye pakcik. Saya belajar lagi''

''Nak, kalau dah berjaya nanti, jangan lupa diri. Jangan lupa asal usul. Jangan lupa pengorbanan mak ayah dan jangan buang mereka. Jangan sombong dan bermegah-megah dengan kejayaan. Jangan tindas orang. Berkongsilah harta Allah. Dan yang paling penting, jangan tinggalkan akhirat kerana dunia''

''Terima kasih pakcik......''




p/s: doakan agar aku sentiasa dikurniakan idea untuk terus mengarang. InsyAllah :)