WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Tuesday, November 22, 2011

Giveaway by Aida Shafiena and Fasihah Latiff



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA , bagi memenuhi permintaan puan punya giveaway yang dah bagitau awal-awal suruh join , maka dengan rushing nye aku menaip dan mengopy segala benda dalam blog beliau untuk ditempek kan di dalam entry ni , maka terjadi lah entry giveaway ini dengan jayanya . HAHA ,
actually tengah sibuk semester dua ni , tapi gigih pergi bilik sebelah pinjam brodben semata-mata taknak terlepas join giveaway ni , HAHA bukan bodek semata-mata =='
okaylah , semua syarat dah dipenuhi dengan jayanya , so takdek apa-apa dah kan yang kena follow ? AHHA

done ! sorry for fatin yang kena tag ni , tau kau tengah buat contest jugak , tapi aku terfikir nak tag kau time tengah rushing ni . haha kbaiiiii :)




Wednesday, November 16, 2011

AKTIVITI MENARIK SEPANJANG CUTI NI

ASSALAMUALAIKUM
DAN SELAMAT SEJAHTERA

apa yang korang bajet-bajet aku buat sepanjang nak habiskan cuti semester ni. bercuti bersama keluarga ? makan angin bersama kawan-kawan ? dating dengan awek facebook ?
HAHA kalau itu jawapan korang , sila undurkan diri kerana anda dibuang dari permainan ini . #aku merepek
tup-tup sampai tak hingat dunia cuti semester aku pun dah nak habis T_T agak sedih di sini . takpe tabahkan hati anda wahai hencek haikal !
khamis ni dah nak balik matriks , takpe lah perjuangan harus diteruskan . go go fighting !
so ini adalah beberapa kerja , errr perlu ke aku cakap kerja ? =,= actually habit kot , entah hentam je ah sepanjang aku cuti dua minggu yang terrrlalu lama ni

1. ONLINE
mesti dah boleh agak punya , bukannya nama aliff haikal kalau tak online sehari , mau aku mati kutu tak boleh online sampai kucing aku sendiri pun naik hairan . sepanjang cuti ni , inilah kerja aku yang aku buat , yang betul-betul aku focus . err -,- taktahu kenapa , since dah ada facebook ni , macam nak tidur pun mesti kena hupdate status sikit . weh parah weh parahhhhh aku macam ni . sejak dah ada twitter ni , lagi lah aku naik hantu , mau tak pukul 4pagi aku tidur , kesian mak aku tiap kali bangun pagi tu mesti tanya ' hang tak tidoq lagi ka ?' . maaf mak , kena faham anak mak sorang ni . HAHA nak buat iklan sikit boleh ? follow lah twitter aku . ahaks ( @HENCEKhaikal ) .

2. MAKAN-ING / EAT-ING
duduk matriks sana asyik makan ayam je , tak ayam telur , tak telur ayam , memang telur ayam betul . T_T bila balik rumah jumpa lah sikit udang,sotong,ketam,ikan,hotdog dan lain-lain yang sedap . gila kau tak jadi macam mummy monster bila makanan yang sedap-sedap terhidang depan mata , so dengan berlari anak kucing aku miaw miaw sambil buat muka lapar depan mak aku . #auta lebih . HAHA . mak kena faham , kat sana tak dapat punya nak makan sedap-sedap sebab nak save budget , nak makan sedap-sedap ? memang aku akan call pertengahan bulan mintak duit kat parents . sangat sedihh . tapi takpe , at least aku dapat makan kat sana . ALHAMDULILLAH , tapi kat rumah takpayah bayar . makan percuma ! haha

3. TIDUR-ING/SLEEP-ING
aku kalau dah online sampai pukul 4pagi , memang tak lah aku nak bangun pukul 8pagi . HAHA
tapi aku solat subuh dulu lah , lepastu teruskan perjuangan dalam mimpi yang indah . mak aku tak berleter kot aku bangun lambat , err maybe mak aku faham kot aku terlalu study kat sana . HAHA pernah sekali tu aku tidur sampai tak hingat dunia , pukul 2petang baru aku bangun . teruk tak ? teruk ke tak teruk ke , tak kisah , haha :P



so dari sini korang dah tahu kan apa aktiviti menarik aku sepanjang cuti semester ni ? iya lahh menarik what , sangat menarik =,= .. ONLINE-TIDUR-MAKAN-TIDUR-ONLINE . sangat indah cuti aku . HAHA berkembang minda aku duduk rumah lama-lama . khamis ni dah balik matriks . taktahu lah bila masa lagi aku boleh update blog ni , nak tunggu brodben kakak aku belanja ni baru lah boleh online dengan sepuas-puasnya . tapi satu lagi malapetaka pulak akan timbul kalau aku dok kerja online memanjang , nak kena buat time-table hadkan online inshaALLAH . teheeeeee !
okay bye :)

Tuesday, November 15, 2011

#CONTEST GAMBAR TEMAN TERBAIK

pihak penganjur telah menukar contest ' gambar spontan berdialog ' kepada contest ' gambar teman terbaik ' . segala kesilapan amat dikesali pihak penganjur . haha




#sigh
tahu tak , mamat ni lah orang pertama yang aku jumpa masa first masuk matriks , masa tu tengah sesi untuk isi borang tu borang ni then masa tu lah aku terlupa nak bawak pen , so dengan muka tak malunya aku pun pinjam lah pen dengan budak ni . masa dah isi semua borang yang diperlukan , bila dah settle semua kerja aku ingat nak bagi balik pen ni kat dia , then tiba-tiba dah tak jumpa mamat ni , dalam hati ' adeih , mana budak ni , takpelah nanti kalau jumpa aku pulangkan lah ' .. bila dah ambil kunci dorm semua and terus gerak masuk bilik , ontheway nak masuk bilik tu terserempak dengan budak ni . HAHA sebelah bilik je . memang jodoh #alhamdulillah :)

dua perangai dia yang aku suka

dia selalu tolong ajar kan aku mathematic kalau aku tak faham , sebab dia ni pakar dalam mathematic , so aku selalu lah rujuk dia kalau aku tak faham bab-bab mathematic ni .

dia selalu ajak aku pergi masjid walaupun masa tu aku malas yang amat . heheeee !

dua perangai yang aku tak suka

suka tidur .
selalu hilang dalam bilik sebab pergi bilik kawan dia . haha mencari bagai nak rak . hahampehh-,-

credit to #MUNNA #AZIE