CARIAN: TIPS NAK JADI KAYA
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Korang dah baca kan entry aku yang aku cerita pasal menabung untuk masa depan tu. Kalau yang belum baca lagi tu, boleh lah rujuk dalam
ENTRY: KENA SAVING! . Apa kah motif aku nak update entry kali ni? Actually, nak buat entry untuk kesinambungan dari entry kena saving tu. Huhu
Ramai yang tersilap langkah. Yah admit it. Lepas dah penat-penat saving duit guna tabung botol macam aku tu, dorang gunakan duit tu untuk kegunaan seharian. Mula-mula ambil sikit, tapi tahukah sikit-sikit lama-lama duit tu boleh habis dan macam sia-sia je saving duit. Kan ? Pernah terfikir tak
So dengan lafaz Bismillah-hirohma-Nirohim saya selaku tuan blog ingin mencadangkan agar duit saving anda itu, anda laburkan di dalam akaun simpanan tetap ! Hoyeah Hoyeah
Apa tu simpanan tetap? Kita ambil maksud mudah jelah ek. Simpanan tetap ni bermaksud satu simpanan aset(tunai) korang di dalam sebuah akaun dalam jangka masa yang korang sendiri akan tetapkan. Andai kata korang nak simpan untuk 10tahun,maka dalam masa 10tahun tersebut korang takboleh usik duit tersebut. Ada tambahan, untuk simpanan tetap korang tu, korang akan dapat faedah setiap tahun bergantung kepada kadar peratus faedah yang diberikan.
Sebagai contoh, korang buka akaun simpanan tetap korang kat Maybank dengan kadar faedah yang diberikan oleh pihak bank 5% untuk setahun. Hasil dari saving tersebut, andai kata korang dapat kumpul sebanyak Rm100.00 sebulan. Jadi untuk permulaan, korang deposit sebanyak Rm100.00 di dalam akaun tersebut. Sebulan kemudian korang deposit lagi Rm100.00 dan begitulah seterusnya selama 12bulan korang buat. RM100.00 x 12 Bulan = RM1200.00. Dari RM1200.00 yang telah korang laburkan dalam akaun simpanan tetap selama setahun, 5% x RM1200.00 = RM60.00 sebanyak RM60.00 faedah telah korang perolehi dari simpanan tersebut menjadikan nilai dalam akaun korang menjadi RM1260.00.
Korang dah taknak lah kononnya deposit lagi dalam akaun simpanan tetap tu dan biarkan nilai RM1260.00 tersebut sampailah 10tahun akan datang. Setahun kan kadar faedah sebanyak 5% ? Untuk tahun yang kedua RM1260.00 x 5% = RM63.00 dan RM1260.00 + RM63.00 = RM1323.00. Dan begitulah seterusnya untuk tahun yang mendatang sehingga mencapai 10tahun akan datang. Itu untuk situasi kalau korang nak aktif untuk tahun pertama dan biarkan nilai tersebut membiak sehingga 10tahun akan datang. Tapi kalau korang konsisten selama 10tahun tersebut dengan setiap bulan deposit sebanyak RM100.00 bayangkan berapa banyak yang telah korang kumpul?! BANYAK KAN??????
''Tiada pelaburan yang tiada risiko''
Sebenarnya ini adalah satu pelaburan yang boleh korang lakukan untuk mengatasi masalah kewangan yang mungkin korang akan hadapi pada masa akan datang. Korang simpan harini, dan korang akan dapat hasilnya untuk 10 tahun akan datang dengan nilai yang berganda-ganda dari apa yang telah korang laburkan ! :)
Ini salah satu cara bagi anak muda sekarang yang pasang angan-angan nak kahwin nanti, simpan sekarang dah insyaAllah masa nak kahwin nanti takde lah masalah kewangan yang teruk. Bagi ibu bapa yang nak tengok anak-anak dia boleh sambung belajar bila dah besar nanti, eloklah buka akaun simpanan tetap dan laburlah duit tersebut untuk kesenangan anak-anak mereka. Banyak lah manfaat dan kelebihan dari kita melabur di dalam akaun simpanan tetap ni.
Kita sering dengar skim cepat kaya semua tu kan, jangan lah mudah terpedaya dengan benda yang korang sendiri tak pasti. Buka mata untuk benda yang korang sendiri percaya dan boleh dipercayai seperti melabur di dalam akaun simpanan tetap.
Mungkin selain dari korang nak melabur di dalam akaun simpanan tetap, korang nak laburkan duit korang tu kat tempat lain. Di sini, aku nak bagi tips untuk mengenal skim pelaburan yang menipu!
- Jaminan pulangan yang tinggi sehingga mencecah 20%-30% kadar faedah
- Anda perlu mencari ''Downline''
- Peluang pelaburan untuk masa yang terhad sahaja
- Tawaran hadiah-hadiah yang lumayan
- Panggilan telefon dari syarikat pelaburan yang tidak diundang
- Untung besar tanpa ada sebarang risiko
- Sukar menemui maklumat syarikat
- pelaburan di dalam Syarikat dagangan asing
''Anda perlu melabur untuk mencapai matlamat kewangan anda. Semakin lama anda melabur, semakin tinggi peluang anda untuk meningkatkan taraf hidup anda. Dengan RM10 sahaja pun sudah mencukupi untuk memulakan pelaburan. Tidak kira kecil atau besar rancangan pelaburan anda, ia perlu bermula dengan langkah yang betul. Jika tidak, anda mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kewangan pada masa hadapan.'' -SIDC
Jadi, apa tunggu lagi? Dah buat tabungan kan? Jangan membazir duit tabungan tu dengan benda-benda yang tak bermanfaat, segeralah buka akaun simpanan tetap dan melaburlah !!! :)
Untuk lebih informasi tentang akaun simpanan tetap ni, boleh lah korang rujuk kat bank-bank yang ada kat Malaysia ni. Anda masih belum terlambat .........
Tabung pertama dah penuh, heeeeeeee tak sabar nak bukak akaun simpanan tetap and labur duit dalam tu. Nak simpan buat kahwin nanti . InsyaAllah :")
Have a nice day baca :)