WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Sunday, November 4, 2012

BERENANG BERSAMA I-PHONE ANDA!

BERENANG BERSAMA I-PHONE ANDA



Teringin nak bercuti di pulau-pulau? Nak bermandi-manda di pantai? Teringin nak ambil gambar kenangan di dalam air ataupun laut? Apa function beli i-phone mahal-mahal kalau takboleh bawak masuk air kan . hihi






Jika anda seperti yang di atas . Maka anda patut baca tentang tawaran ini !

Apa yang korang perlu buat adalah

1) Click pada link ini ( TEKAN )
2) Baca keterangan produk sehingga habis
3) Log in kat sini dulu ( TEKAN ) Korang log in guna akaun facebook korang jea . Senang :)
4) Tekan pada perkataan '' BUY " disebelah kanan atas sekali . Jumpa kan?
5) Choose your deal -> Pilih apa yang korang nak then click pada harga tersebut
6) Complete your purchase



7) Proceed !

Senang kan? Boleh dah nak gi beli . wehuuuuuuu~

Selamat membaca dan membeli belah kawan-kawan :)

Boleh share kat kawan-kawan eh . Thanks

Saturday, November 3, 2012

KISAH PEMUDA BERIBUBAPAKAN BABI

KISAH PEMUDA BERIBUBAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itu lah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah

''Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?''

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihat nya.

''Apa hal ini?'', Kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semua ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap sehingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik.

Selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa.

''Wahai saudara! Apa agama kamu?'' Tanya Nabi Musa

''Aku agama Tauhid'' Jawab pemuda itu ( Agama Tauhid = Agama Islam )

''Habis mengapa kamu membela babi?,Kita tidak boleh berbuat begitu'' Kata Nabi Musa

''Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusan mereka dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajibanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugas aku'' Sambungnya lagi

''Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampukan, Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi''

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa A.S 

''Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu disyurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibu bapanya sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu, Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami''

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud

''Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkatkan doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga''






Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke dalam syurga. Dengan syarat berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekalipun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hinggalah dewasa. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tapi sayang seseorang anak kepada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. Wallahualam, InsyaAllah. 

Boleh like . Boleh share :)

Rujukan: Buku Himpunan kisah-kisah teladan ( 93 kisah-kisah benar )


Thursday, November 1, 2012

WHATSAPP DAN INSTAGRAM

WHATSAPP DAN INSTAGRAM (entry permulaan november ohsemmmm)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Apa tu Whatsapp ?

Get WhatsApp Messenger and say goodbye to SMS!
WhatsApp Messenger is a smartphone messenger available for Android, BlackBerry, iPhone, Windows Phone and Nokia phones. WhatsApp uses your 3G or WiFi (when available) to message with friends and family. Switch from SMS to WhatsApp to send and receive messages, pictures, audio notes, and video messages. First year FREE! ($0.99/year after)

Instagram tu apa ?
Instagram is a free photo-sharing program and social network that was launched in October 2010. The service enables users to take a photo, apply a digital filter to it, and then share it with other Instagram users they are connected to on the social network as well as on a variety of social networking services.Instagram currently has 100 million registered users. A distinctive feature is that it confines photos to a square shape, similar to Kodak Instamatic and Polaroid images, in contrast to the 4:3 aspect ratio typically used by mobile device cameras.

Mesti korang tiba-tiba pelik kan kenapa lah tiba-tiba aku ni buat entry pasal Whatsapp dengan Instagram ni . HUHU 

Cuba teka 

Masa cuti hari raya haji haritu . Aku kan balik kampung kat Penang , sebab semua ahli keluarga akan berkumpul kat rumah nenek aku . Ayah aku sekarang ni kerja kat Penang manakala mak dengan adik serta akak dan abang aku duduk kat Johor lagi . So yang balik dari Johor cuma mak dan adik beradik aku yang lain , Ayah aku tunggu kat Penang je . Korang nak tahu cerita tak ? Huhu rasa segan pulak nak bagitau korang tapi apakan daya , nak update belog punya pasal nak taknak kena lah jugak cerita kan . Haritu masa aku balik dari Penang . Mak dengan Ayah aku hadiahkan sesuatu kat aku . Sesuatu yang aku memang nak sangat sangat sangat sangat . Umpama gula-gula jatuh bergelimpangan dalam riba , macam durian wangi yang jatuh bergolek-golek depan mata . Mereka hadiahkan aku ni 


''Dengan syarat mesti dapatkan Dekan sem pertama ni''

Ya Allah , seronok tak terhingga bila benda yang kita idam-idamkan akhirnya jadi milik kita jugak . Dulu aku tak pernah nak terlintas yang aku akan dapat pakai phone ni sebab yelah mahal kan . Sekali , hamekau ! HAHAHA Alhamdulillah . Terima kasih mak dengan ayah sebab memahami kehendak dan keperluan anakmu ini .

So bila dah ada smart phone ni . Aku tahu yang aku ni still ketinggalan zaman bila orang dok sibuk cakap pasal instagram lah , whatsapp lah , viber lah , so dengan gigihnya aku pun cuba lah cari semua binatang tu dalam market samsung ni . Bila dah jumpa , aku apa lagi download lah semua application yang berkaitan . Yang perlu ada dalam smart phone ni .

Bila aku dah download binatang-binatang tersebut masuk dalam phone aku , memang silap besar ! 

Sekarang aku dah ketagih dengan mereka . Hua Hua Hua Mampus lah aku . Twitter pun aku dah ketagih ini apatah lagi Instagram dengan Whatsapp . 





Main instagram , kita boleh ambil gambar secara direct lepastu edit kasi comel comel sikit lepastu kita boleh lah share kat Twitter , Facebook ataupun Flickr . So far aku cuma share dekat twitter je sebab nanti bila aku share kat facebook orang cakap aku bajet nak mampuihh . HAHA Kalau korang ade instagram tu , follow lah aku . Jangan lah kedekut sangat ! hahaha :p Follow HencekHaikal dengan kadar segera .

Dulu before tak pakai smart phone , haram aku taktahu apa tu Instagram . Tapi sekarang dah tahu . hihi





Ini pulak adalah What's App . Whatsapp ni so far apa yang aku tahu fungsi dia macam SMS ala-ala chatting . Kita boleh hantar Chat/SMS  kat contact phonebook kita andai kata contact kita tu pun pakai whatsapp jugak . So kalau sesiapa yang menjadi pelanggan wifi tetap macam aku ni , memang free of charge lah kalau nak kira main whatsapp ni ! haha tak ke untung tu ? Before aku tukar pakai Samsung ni , aku pakai Nokia E5 dan untuk pengetahuan korang E5 aku tu pun boleh main whatsapp . HAHA So aku main whatsapp ni pun agak lama dalam sebulan  lebih lebih jugak . Apa komen aku terhadap whatsapp ? Terbaik broo . Korang nak berwhatsapp dengan aku? Kalau tak malu inbox lah kat facebook . Hihi :p

Tempek gambar sikit 


Terima kasih sudi baca . Terima kasih sudi like :")