ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Jika Yuyu Zulaikha adalah penuntut Ijazah tahun akhir , maka Ekal Dude pulak adalah penuntut tahun pertama Ijazah Sarjana Muda . Yang membezakan kami berdua adalah 'Pengalaman' . Yea , mungkin Yuyu mempunyai pengalaman yang terlampauuuuuuuu banyak dalam mengharungi kehidupan sebagai penuntut Ijazah , manakala aku ni baru setahun jagung nak merasa pengalaman tu :)
Genap jugak ek dua minggu aku bergelar mahasiswa ni , tak sangka pejam celik gosok bijik mata dah dua minggu aku bertapa kat bumi Terengganu yang serba indah ni . Dalam dua minggu ni jugaklah , aku rasa macam-macam pengalaman hidup yang berharga bagi aku especially kehidupan sebagai seorang mahasiswa dalam Universiti ni . Untuk pengetahun korang , aku sendiri actually dah rasa kehidupan dalam tiga dunia yang berbeza . Zaman persekolahan , Zaman matrikulasi dan sekarang aku merasa Zaman Universiti . Memang lah aku cakap tiga-tiga zaman ni berbeza gila , tak boleh nak compare kan zaman persekolahan atau zaman matrikulasi dengan zaman Universiti ni . Personally , aku rindu zaman persekolahan ! HUHU
Hari tu , zharif ada mention aku dalam twitter
so dengan berbesar hatinya nak update sikit pasal life kat U . Mungkin ada yang nak baca , mungkin ada yang tak hingin nak baca . Tapi untuk santapan rohani serta jasmani serta intelektual korang , BACA jelah ! haha
Life-style . Kalau kat rumah , jam 4 pagi aku baru tidur , jam 12 tengahari baru bangun . Asal bangun je terus ' Mak , dah masak ke belum ? ' . OK . itu aku masa kat rumah . Tapi , semenjak dah masuk U ni bila aku amalkan cara macam tu hah memang mintak penampaq lah jawabnya . Mana ada mak aku dalam hostel , kot tak makan penampaq roomate mungkin penampaq housemate . HAHA yeah masa ni lah nak kena uruskan segala hal sendiri . Mungkin waktu sekolah boleh lagi mintak mak suapkan nasi , tapi dah masuk U ni cuba mintak roomate suapkan nasi . Kalau dia tak cakap kau gila mungkin roomate kau yang gila . HAHA Untuk tahun pertama ni mungkin boleh lah aku berjimba-jimba hidup dalam suasana hostel , tapi untuk tahun yang akan mendatang Paksa-Rela aku kena cari rumah untuk disewa . Itu lumrah hidup budak U yang menumpang kasih di hostel . Jadi , tahap berdikari tu kena lah kuat , InsyaAllah boleh punya nak harungi life sebagai student di IPTA/IPTS :)
Asrama . Kami diberi sebuah rumah yang di dalamnya terletak lima bilik dan di dalam bilik tersebut terdapat dua orang penghuni . Jadi 5x2=10 orang serumah . Alhamdulillah , semua housemate okay je takde yang sombong eventho takdek sorang pun penghuni rumah ni yang sealiran dengan aku . Sungguh populasi pelajar akaun kat sini sikit . Terasa berharga pulak diri ini >.<
Mana bilik saya ?
Jadual Belajar , Classes . Sungguh aku mengaku waktu sekolah dulu aku lah insan paling banyak bising pasal jadual kelas , ceh konon tak puas hati apesal kelas pack gila dari pagi sampai tengahari . Kenapa tak buat waktu senggang macam rehat bagi dua jam ke . Kalau boleh tiap-tiap hari nak cikgu yang mengajar sesuatu subjek tu MC ataupun tak masuk kelas . Masa kat matrik pun sama , jadual pack gila nak mati >.<
Tapi masuk je U , hamekau ! kalau tak terbeliak bijik mata mungkin hati kau kering kot . Dalam jadual boleh kira berapa kelas je yang aku perlu attend dalam sehari . GAP subhanaAllah lamanya , boleh tahan lima jam jugak . Waktu ni lah hati bertendang tendang tak puas hati kenapa lah lama sangat waktu free ni . Ini lah contoh-contoh spesies manusia yang tak reti nak bersyukur agaknya . HAHA Bayangkan sebab terlampauuuu lama waktu free sampai aku taktahu nak buat apa dah . Jadi aku balik bilik , qada' tidur semalam semalam semalam dan seangkatannya . Classes pulak , dah lah gigih nak attend class eventho kadang-kadang tu terlajak waktu sebab cari-cari tak jumpa class , tunggu punya tunggu dalam setengah jam last-last class cancel . Tak tersembul pundi kencing kau berteriak kegirangan boleh balik bilik dan qada' tidur . Memang lepas ni tidur lah hobi aku HAHA
*jadual lama,sebagai hiasan sahaja :D*
Waktu Cuti Hujung Minggu . Kalau korang duduk kat Johor , tapi dapat tawaran belajar kat Perlis . Maka bersiap sedialah untuk mengorbankan diri tak balik rumah walaupun cuti hujung minggu . Eleh , setakat tak balik rumah pun boleh mati ke ? Pirar :p Bagi anak-anak emas keluarga tu , aku cadangkan korang beli topap banyak-banyak then sepanjang hari call lah family korang tu . Kalau nak jimat , beli beruk ben then skype ah dengan dorang . Jimat masa , Jimat kos dan rindu pun terubat . hehe :)
Makanan . Mula-mula rasa janggal bila makan makanan Terengganu ni . Kenapa ? sebab masakan dorang agak manis . Jadi, takkan nak complain kan masakan dorang tu manis , kot tak kena baling dengan periuk takpe elak kena halau dari Terengganu sudah . HAHA . So , kena lah biasakan diri dengan makanan kat sini,bukan setahun dua aku nak duduk sini , empat tahun kot . Kalau tak reti nak biasakan diri memang aku rasa setiap minggu nak suruh mak hantar kari kepala ikan guna pos laju . Kau gila ke apa haikal ? haha
Buku . Aku nak balik ke alam persekolahan ! nak ! aku nak beli buku-buku sekolah yang cuma RM10+ , aku nak beli buku rujukan kat Popular yang harganya cuma RM15+ . Kay itu mungkin takkan terjadi . Untuk pengetahuan semua , minggu lepas waktu class akaun lecturer suruh beli buku dengan dia . Dalam hati dah bajet-bajet mungkin harga buku tu tak sampai RM30 , tapi bila sampai kat meja lecturer tanya harga buku tersebut . Memang jauh api dari panggang dengan telahan aku . RM90 by Cash and you may carry that's book . Terasa tak macam kau nak telan air liur tapi kau rasa macam kau telan pasir . HAHA itu baru untuk subjek Perakaunan belum lagi subjek-seubjek yang lain . nak taknak kena lah beli , mana nak cari Popular kat ceruk Terengganu ni . Lagipun dah di kata buku tu yang dijadikan rujukan , nak taknak kena beli . Maka bertambahlah duit dalam akaun Bank Islam dari ehsan mak dan ayah . Hehe :D
''we use the term of C&C . You bring and give me your money , i'll give this book for you to carry it''-Lecturer Accounting
Last but not least
Pensyarah adalah segalanya . Kena rapat dengan pesyarah , sebab kertas exam semua adalah seratus peratus dikarang oleh pensyarah anda sendiri . Jadi fikir-fikirkanlah :)
Jika suka , boleh lah like :)








