ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
hari ni adalah hari yang bersejarah , hari yang mana dari aku seorang yang gumbira menjadi seorang yang penduka . HAHA ayat takboleh belah ,
okay hari ni hari aku dapat result final exam semester satu yang lepas
memang tah kan ramai yang mesej aku tanya dapat berapa , ada yang mesej kat facebook tanya aku dapat berapa . dengan rasa duka cintanya aku cakap yang aku bukan 4flat , so mesti korang faham kan perasaan aku waktu menaip perkataan ' bukan 4flat '
nak cerita dulu sebelum dapat result dan selepas dapat result , mungkin ramai yang tertanya-tanya sekarang kan aku dapat berapa , encik gayah sebelah rumah aku pun duk buzz dalam ym tanya aku dapat berapa , busy body betul encik gayah sekarang ye . HAHA
pagi tu kalau ikutkan , keputusan akan di umumkan pukul sepuluh pagi , entah kenapa tiba-tiba pengarah kolej aku cakap keputusan akan diumumkan pukul tiga petang .
so dengan semangat yang berkobar sambil bawak bendera kolej nak tengok result jadi merundum dan semangat nervous semakin memuncak-muncak macam nak keluar dari kepala . cikgu dalam kelas memainkan peranan mententeramkan kitorang yang macam nak taknak je belajar sebab terlalu nervous , tapi pembelajaran berjalan seperti biasa .
lepas tu tiba-tiba dengar pulak cerita pengarah kolej nak jumpa semua lecturer sebab nak cakap pasal result yang kitorang akan dapat ni , ada lah dengar desas desus cakap yang tahun ni antara tahun terbaik pelajar matrik perlis dapat keputusan cemerlang .
so dari sini kau tak rasa macam semangat semakin berkobar ke ? aku merasainya masa tu
then lepas kelas dah habis pukul tiga dengan kebenaran keluar awal oleh cikgu english , aku mula rasa sangat berdebar nak pergi bangunan tempat keputusan ditampal.
bayangkan lah masa tu kau berjalan sejauh sekilometer dengan kaki yang menggeletar plus jantung dok dup dap dup dap . aku memang nervous tahap dopolohlapan darjah ahh .
masa aku and the gang nak pergi tengok result tu , memang ramai dah kot yang berkumpul dok menjerit-jerit , ada yang menangis . aku pun tumpang berdebar kot
semakin ligat jantung aku dup dap dup dap , dengan teriakan histeria budak-budak 4flat , aku makin berdebar .
so kuatkan semangat dan pergi kat papan kenyataan tempat ditampal result tu , memang ramai sangat , masa kat sekolah bukan macam ni oh * tiba-tiba *
so scroll tangan mencari nombor matriks and aku berhenti di nombor MA1114512074 dannnnn
'SPEECHLESS'
aku sangat tergamam sambil buat muka tak comel depan result sambil tengok keliling dengan harapan ada orang datang kat aku sambil tanya ' dapat berapa ? ' tapi hampeh sebab masing-masing busy dengan result masing-masing .
aku tak tipu , masa tu aku rasa macam nak menangis , nak menjerit , nak berguling atas simen sebab aku tak dapat fourflat .
lepas dah tengok tu , slow-slow aku pergi kan gang aku tadi , then dorang pun tanya aku dapat berapa , aku cuba kontrol kesedihan aku , aku cuba kontrol , tapi dorang boleh baca , and aku pun cakap yang aku tak dapat 4flat .
dorang bagi aku semangat , dorang cakap ' sabar lah , itu yang kau mampu dapat , syukur'
tapi aku entah lah masa tu , kecewa sangat , aku targer nak dapat fourflat tapi aku cuma dapat macam tu je .
aku bukan nya tak dapat terima hakikat yang aku tak dapat fourflat , tapi aku rasa sangat-sangat terkejut
aku rasa kenapa aku tak boleh dapat fourflat , kenapa kenapa kenapa ??!
masa tu mood aku serious takde , aku tengok kiri kanan ada yang menangis , ada yang menjerit dapat fourflat , tapi aku dengan dunia aku , dunia kekecewaan aku . kawan aku tanya sepatah , aku jawab dengan angguk geleng je . sedih weh masa tu .
aku pun blah lah dari tempat tu sebab nak balik bilik dari aku melalak meraung kat situ , malu aku .
balik bilik dengan muka penuh sedih , campak beg , bukak baju kemeja , amik phone terus call mak .
aku call mak aku first , tak angkat
aku call mak aku second , tak angkat lagii
ahhh siot ayaq mata jantan cheq dah bergenang dalam mata neh , awat mak tak angkat phone
call bapak aku , bapak aku cakap maybe mak aku tak dengar kot
call lagi and mak aku angkat
aku cakap kat mak aku pasal result aku , aku menangis . yes aku menangis
mak cakap ' okay lah dapat macam tu , nanti buat elok-elok exam akan datang ', yes aku menangis lagi . then aku matikan phone
bapak aku pulak call , and aku menangis lagi .
bapak aku cakap ' takpe , try untuk next exam pulak , jangan give up , okay lah bukannya teruk mana pun' . menangis lagi den . adeihhh
aku try nak coolkan diri , aku lepak atas katil , masa tu memang aku nak nangis lagi lah
then aku pun tidur , aku bangun pukul 6.30 petang , masa tu aku dah cool sikit , aku dah boleh terima lah result aku , aku dah boleh fikir , aku dah boleh bersyukur .
aku muhasabah diri aku , ramai lagi kawan-kawan aku yang dapat rendah dari aku, tapi kenapa aku kena menangis , kena kecewa , kena meratapi padahal ada lagi yang perlu kecewa , perlu menangis .
so aku terus ambil wuduk aku sembahyang asar , aku berdoa aku bersyukur kat Allah .......
result aku tu , aku cuma dapat B- untuk subjek bussiness , aku memang tahu yang aku lemah dalam kes mengingat fakta ni , so aku rasa bersyukur dengan apa yang aku dapat.
subjek akaun , math dengan ekonomi alhamdulillah.
AKU SEKARANG DAH OKAY :) AKU DAH BOLEH KETAWA , AKU DAH BOLEH JAWAB CALL ORANG , AKU DAH BOLEH BALAS MESEJ ORANG , AND YANG PASTI AKU DAH BOLEH UPDATE BELOG NI . hehe :)
ingat , kalau kita sedih dengan apa yang kita ada sekarang , ada orang yang lagi sedih dari kita .
aku jadikan result ni sebagai motivasi aku nak capai fourflat untuk semester dua . yess aku akan berusaha ! ya Allah kau bersama aku . aku memohon denganMu . amin:)


