ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
hari ni dah hari khamis , tak sangka yang minggu depan result final exam sem 1
pheh gila tak berdebar kau . okay tujuan posting entry hari ni ialah aku nak cerita sikit keadaan yang kadang-kadang berlaku dalam kelas aku yang macam sedikit annoying . actually kejadian ni berlaku kat mana-mana pun , eventho sekolah sekali pun . so kalau yang terasa tu , mintak maaf awal-awal nahhh :P
#situasi satuguru : ahmad , boleh kamu tolong bagitahu cikgu 4+4 berapa ?ahmad : errrtiba-tibaamin : 8 cikgu!aminah : 8amirul : 8 lahhtapi dalam masa yang sama ahmad tengah mengiracikgu : woah ramainya ahmad dalam kelas ni ..
based on situasi kat atas ni , korang boleh tahu kan apa yang aku cuba nak maksudkan ?
kat sini , cikgu tu tanya ahmad , bukan amin or aminah or amirul tu
tapi kenapa dorang still nak jawabkan eventho ahmad tak bercakap lagi pun ,
cuba lah bagi peluang ahmad tu nak bercakap , aku kadang-kadang concern dengan benda ni dalam kelas aku , contoh macam kat atas tu lah .
entah , aku macam geram pun ada , biarlah student yang ditanya tu jawab walaupun dia tak tau jawapan , aku tau ramai yang pandai dalam kelas , tapi takpayah lah nak jawabkan bagi pihak seseorang tu . kalau betul pun dia memang taktahu langsung dan dah macam ular kena simbah dengan minyak gas , bisik lah kat telinga dia , tak perlu kot nak buat bising dalam kelas tu semata-mata nak tolong jawabkan . duduk diam atas kerusi sendiri sudahlah . so the conclusion is , jawab bila nama kita kena , bukan jawab bila nama orang yang kena . please :)
#situasi duarazak : cikgu , macam mana nak tahu simbol lebih kecik ke lebih besar ke dalam soalan graph ? saya tak tahu lah nak tentukan macam mana cikgu ,tiba-tibarazif : kau ni , kan dia ada tulis dalam soalan nanti , kena faham betul2 lah ,zariq : nanti dia bagi tau kat dalam soalan tu , kita cuma kena pastikan dia lebih besar ke lebih kecik , depends pada ayat .lepas turazak : aku tanya cikgu , bukan tanya korang . =='
situasi dua tu memang annoying sangat , aku memang kadang-kadang tu macam kesian kat kawan kelas yang lain bila soalan yang sepatutnya cikgu jawab last kawan sendiri yang jawabkan . tak kisah kalau nak jawabkan , tapi kan lebih baik kalau cikgu tu sendiri yang terangkan , kalau ye pun dah faham tahap boleh buat seratuslapanpuluh soalan , duduk diam sudah lah and dengar penjelasan cikgu tu , kena lah sedar tak semua orang boleh faham macam apa yang kita faham . ada yang fast motion ada yang slow motion . so kalau memang dah expert tu hulur-hulur lah ilmu kat budak yang tak faham so nanti takpayah lah dia tanya dalam kelas then kawan dia sendiri yang jawabkan . it's so annoying !
#macam-macam ragam dalam kelas aku , ada yang diam ada yang bising , papepun mereka lah kawan terbaik aku !:)
' duduk dalam kelas senyum je bila nama kena panggil untuk jawab soalan.haha'


