WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Tuesday, May 17, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN . CIKGU


hari ni tiba-tiba tergerak hati nak menaip entry pasal cikgu aku ni
HAHA
hey so what? takpe lah kalau awak-awak taknak baca
kita tak suruh pun awak-awak baca ;'( * ayat !* HAHA
hari ini macam biasa online facebook sebelum sebulan takboleh nak online :P
then terpandang ' BIRTHDAYS ' tepi kanan home facebook
OMG today is my teacher birthday lah !
so cepat-cepat buka profile cikgu then wish kat page dia
errrr agak macam nak skema ke tak nak ek wish kat cikgu
last-last buat macam biasa je lah , alaa cikgu ni jiwa remaja . HIHI

ingat lagi moment-moment masa sekolah dulu
lagi-lagi masa kitorang satu kelas plan nak buat suprise party kat cikgu aku ni
agak dua hari tak silap plan nak bagi betul-betul menjadi suprise
hari yang di nanti-nanti pun datang
masa tu aku sebagai si tukang ambil gambar pun dah ready nak snap moment terkujat cikgu aku bila cakap ' SUPRISE !'
kitorang sekelas jadikan seorang member ni sebagai umpan cikgu aku nak masuk kelas
masa ni kitorang buat dah habis waktu sekolah and masa tu ada kelas tambahan subject sains
kena sangat lah masa tu sebab cikgu aku ni ajar sains so kitorang curi-curi masa dia buat party ni
agak suka sebab kalau boleh taknak belajar pun hari tu . HAHA kantoi :P
berbalik kepada umpan yang aku maksudkan tu
kitorang suruh si umpan ni konon pengsan dalam kelas and sekumpulan budak perempuan bergegas jumpa cikgu aku nak cakap pasal benda ni
apa lagi punya kelam kabut cikgu aku naik tingkat tiga dari bilik guru kat tingkat bawah
masa tu memang semua orang duduk bawah meja and bagi orang-orang yang tertentu je buat lakonan .
tak sangka pulak kan lakonan dorang menjadi lagi-lagi masa dorang jerit ' IJA , SEDAR IJA , BANGUN IJA '
masuk jea cikgu aku dalam keadaan yang sangat kelam kabut kitorang sekelas jerit ' SUPRISE !'
waktu tu dapat tengok muka terkejut cikgu aku yang agak errrr hodoh . HIHI
mula-mula cikgu macam nak marah tau , tapi lepas dah cakap ' HAPPY BIRTHDAY '
terus hilang mood nak marah cikgu aku
so lepas dah kecoh-kecoh bagi ucapan waktu makan pulak
gila ah taknak banyak pulak kan makanan yang dibawa . HAHA
tapi lepas dah habis party tu cikgu suruh juga masuk kelas belajar
HAHA so nak taknak kena masuk ah gak kan even masa tu macam dah malas sebab perut dah kenyang

memang happening gilos ah masa tu
teringat balik moment-moment macam tu
so rasa macam berharga gila segala aktiviti yang kita buat kat sekolah dulu
even sekarang dah habis sekolah rasa macam nak pergi je sekolah belajar macam dulu-dulu
HIHI
apa-apa pun HAPPY BIRTHDAY cikgu asheeq !
jangan lupa kan kitorang tau , kalau lupa kitorang buat lagi kejam suprise party untuk cikgu nanti :P :P
and and tak lupa kirim salam sayang kitorang semua kat bekas cikgu yang pernah mengajar kitorang masa sekolah dulu .
cikgu ! doakan kitorang berjaya dalam hidup dan cerah masa depan . AMIN :)






Monday, May 16, 2011

CIKGU , SAYA NAK PERGI TOILET

ASSALAMMUALAIKUM

betapa mulianya status seorang guru di mata dunia
sehingga kan 16/5/20++ telah dijadikan hari guru
kita patut bersyukur dengan adanya guru , kita dapat mengecapi kejayaan di dunia ini
sedar tak tanpa pengorbanan seorang guru , tanpa usaha penat lelah guru
kita takkan berjaya seperti apa yang kita miliki sekarang
sungguh besar pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa
tapi
hairan kan zaman sekarang ni
sanggup ada yang menendang cikgu,memaki cikgu walhal cikgu tu menegur untuk kebaikan
apa lah salah ucapkan ' saya minta maaf cikgu '
pasti lembut hati cikgu tu
bukan dengan cara berkasar dengan guru
sungguh berdosa kalau perlakuan tu dilakukan kerana guru dimuliakan oleh ALLAH
tak rasa menyesal ke ? bersalah ?
bila dah gagal dalam hidup
guru yang dipersalahkan
tak pernah nak fikir kesilapan yang dilakukan

aku sendiri bersyukur kerana hasil didikan dari guru-guru yang mengajar aku
sampai jugak aku ke menara gading bila aku dapat tawaran matrikulasi
bagi aku cikgu aku dah boleh senyum bila tengok tanggungjawab dia telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin
melihat anak didik dia akan memijak kaki ke salah satu institut pengajian tinggi
TERIMA KASIH CIKGU . SAYA SAYANG CIKGU

aku dulu anak askar , so memang lumrah lah bila kena posting tempat
HIHI
so banyak juga sekolah yang aku belajar
aku rasa tu lah pengalaman yang paling aku suka
mana taknya , dapat kenal lebih ramai kawan

TASKI AS.SAADAH,SABAH
sekolah aku mula-mula sekali
masa ni umur baru 5 tahun
dulu aku duduk sabah
best gila dapat berkawan dengan orang sabah bha . haha

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM LOK KAWI,SABAH
darjah 1 sampai darjah tiga
ingat lagi pergi sekolah naik 'bas' sekolah yang sebenarnya truck askar
HAHA
beratur setiap kali nak naik , bila dah naik masing-masing main kat belakang truck tu
seronok sangat !
teringat lagi masa darjah 1 aku terberak dalam seluar
HAHA malu gilosss !

SEKOLAH KEBANGSAAN GENTING BALIK PULAU,PULAU PINANG
darjah dua
masa ni ada masalah sikit so terpaksa balik sekolah kat kampung
lepas tu darjah tiga sambung balik sekolah kat sabah
HAHA
paham tak ? :P

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JANA,PERAK
darjah tiga aku sekolah kat sabah sekejap je dalam sebulan tak silap
then ayah aku kena transfer pergi perak then aku pun bersekolah kat sana
first time pergi sekolah betul-betul naik bas sekolah
HAHA !

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR T6,JOHOR
darjah 4 aku mula bersekolah kat johor sampai darjah 6
masa ni tak silap aku ayah aku dah nak pencen askar

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR T6,JOHOR
form1 sampai form5 aku stay kat sini
jadi anak johor pulak ah
HAHA
ayah aku pencen masa aku form berapa tah , aku tak ingat
so ayah aku suruh stay je kat johor
payah lah nak pindah randah lagi
last-last sampai sekarang kitorang stay kat johor
maybe akan selama-lamanya

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS
coming soon ! hahahahaha !

so how ?
banyak kan sekolah aku . HAHA
actually aku tak berapa ingat sangat kejadian-kejadia yang berlaku masa kecik-kecik dulu
malas ah nak kelentong korang . HAHA :p

SELAMAT HARI GURU
SAYA SAYANG CIKGU!
kbai

Sunday, May 15, 2011

JANGAN TENGOK RAMAI-RAMAI . HAHA

psst : JANGAN TENGOK RAMAI-RAMAI 19/5/2011 . HIHI


siapa nak tengok cerita ni cer angkat tangan macam awokkk !

bagus !
haha
beb seriously tengok je trailer cerita ni aku dapat rasakan filem ni mesti MALATOPS!
tengok je lah dia punya drama yang berjelar tu pun orang sanggup tengok sampai habis
ini kan pula filem yang cuma sejam dua jam

aku memang nak tengok cerita ni !
cuma aku fikir sempat ke nak tengok 19 hari bulan ni sebab mesti orang berebut beli tiket
silap-silap hari bulan dalam mimpi je lah aku terbayangkan cerita ni
HMMM korang rasa korang pergi tengok tak cerita ni ?
HIHI
aku dah nak gerak keluar dari johor 20/5/2011 sehari lepas dia tayangkan
sangat berharap dapat tengok !

korang nak tengok tak ? ? ?

SINOPSIS

Filem ini adalah kesinambungan drama Nur Kasih di mana pengakhiran ceritanya, Adam berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina dan Aidil juga begitu berjaya mendapatkan kembali kepercayaan isterinya Aliya. Untuk filem ini, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal dunia.

NAK TAHU KESUDAHAN DIA ? TENGOK KAT PAWAGAM OKAYYYY . BYE