WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Thursday, September 23, 2010

hoi kau

seronok wei jadi ketua tingkatan !
boleh jadi femes . haha dabeliu tii hesh

tadi masa perhimpunan kat sekolah, macam biasalah cikgu membebel sesorang kat depan
padahal students nya macam aq bukan nak sangat pun dengar cikgu bebel pagi pagi
tapi terpaksa ! nak buat macam mana kan. haha XD
tapi tadi aq agak terkejut bila cikgu disiplin tiba tiba cakap
'semua ketua tingkatan serta penolong ketua tingkatan sila berdiri'
bayangkan dalam perhimpunan yang seribu lebih tuh *aq bohong je
aq kena berdiri. wah gua agak bengang. haha
then dy cakap lagi
'pergi ambil buku kawalan kelas dan pergi berjumpa guru bla bla bla'
aq pun berdiri lah dengan agak malasnya
haha
then tanya penolong, mana buku kawalan kelas tuh , sebab aq bukan ambil port sangat
haha * ketua tak bertauliah
dy cakap kat dalam kelas,bawah meja dy
waduhhh.aq pun berlari lah naik kelas
lepas dah ambil aq pun pergi lah jumpa cikgu yang dimaksudkan
agak tercungap cungap gak lah . tapi still control macho *haktuii . haha
masa tuh kena lah ceramah lagi
bodoh agaknya , aq dahla jenis tak suka orang bebel pagi pagi
lagi lagi cikgu yang aq jumpa tuh paling aq tak suka . yucksss !
dahlah mood tengah okay and fresh kan. haha
cikgu tuh suruh tulis nama pelajar ponteng lah,tak masuk kelas la, bla bla bla
agak bosan mendengar tapi terpaksa dengar la
lepas dy tanya
'ada apa apa soalan?'
takde seorang pun jawab. haha that mean semua nak masuk kelas cepat cepat
waaa. jahat kan ketua sekarang nie * aq je. hahahaha !
pastu dy suruh blah . apa lagi aq blah ah cepat cepat
gua malas lu tahu tak. hahaha
masuk kelas je cikgu mathematics dah masuk kan
lepas tuh cikgu boleh pulak nak buat test mathematics
dahlah aq tak study langsung and result nye aq jadi blur nak jawab =.='
tapi boleh lah buat . aq kan pandai ! hahaha

mak saya cakap kita kena puji diri sendiri
nak tunggu orang puji, berzaman !
haha !





Wednesday, September 22, 2010

un-sangka-able !

tahulah cuti hari raya dua minggu
tapi tak payah lah bagi kerja sekolah macam sebulan tak pernah jumpa
dah lah jenis kerja sekolah bagi macam nak suruh pulun
aq dah naik migrain buat kerja sekolah ni
shit betul T_T

aq dah takde mood nak buat apa for this time
cuma nak tunjuk result trial spm aq yang memang hampeh gila !
hurghhhh~

BAHASA MELAYU = 70 A
BAHASA INGGERIS = 66 B
MATEMATIK = 77 A
AGAMA ISLAM = 67 B
SEJARAH = 54 C
SAINS = 52 C
PRINSIP AKAUN = 58 C
PERDAGANGAN = 65 B
ADD MATH = 29 G

ada sesiapa nak cakap aq bodoh ?lantak kau la
result aq tak bagus mana pun
=.=''

Monday, September 20, 2010

CONTEST TIDAK BEST

Maka, ini syarat-syaratnya.
1. Beralamat tetap di Malaysia. Fasal gua tak reti nak post hadiah ke luar negara. Walaupun urusan pos-mengepos akan dilakukan oleh adik-adik gua. Gua yakin, mereka pun tak reti.

2. Sesiapa sahaja boleh join tanpa sebarang diskriminasi. Tak kira lu perempuan ke bakal perempuan ke, laki atau bakal lelaki, bekas kekasih atau bakal kekasih, perdana menteri mahupun tok mudim.

3. Mempunyai belog sendiri. Fasal sebarang update gua akan post dekat belog, gua tak main update dekat facebook.

4. Tidak melanggar mana-mana hukum agama sepanjang pertandingan.

5. Idea asli, bukan fotokopi dari mana-mana.

Okey, itu sahaja. Seterusnya.

1. buat satu entry tentang contest ini bertajuk 'Contest Tidak Best', dan link-kan ke blog ini. (maksud gua dalam entry tu la)

Isi-isi entry tersebut terbahagi kepada tiga bahagian :
a. Beri nama untuk dua ekor anak kucing di bawah. (10 markah, markah diberi mengikut kesukaan adik-adik gua dan pantauan gua)

kanan suspek A, kiri suspek B

yang kanan kita gelar suspek A, yang kiri suspek B.

b. Sebab nama itu diberi. Tapi yang ini tak wajib, kalau rajin ceritala. (tak ada markah)

c. Penuhkan ayat berikut;

"Blog Tidak Best........"(panjang sesedap rasa. Kalau panjang sangat tak sedap juga, kalau pendek sangat pun tak sedap juga.) (5 markah-gua yang bagi markah)

2. Letakkan banner di dalam blog/entry anda mengikut kekreatifan dan link-kan ke blog ini. Ikutlah kalau nak letak di sidebar atau hanya dalam post atau dua-dua, atau dimana-mana. Gua akan ambil kira.Gua bukan apa, gua mohon untuk dihebahkan contest ni. Kalau dua orang saja masuk, sedih pula gua fikir.

3. Letakan URL entry anda di tempat komen blog ini, untuk memudahkan urusan seterusnya.


Contest ini akan bermula pada hari
Selasa 14 September 2010, pada jam 12.01 pagi.
Tarikh tutup 'Contest Tidak Best' ialah pada hari Selasa, 21 September 2010, jam 12.01 pagi.

Hadiah : Disebabkan kucing hanya perlukan satu sahaja nama dalam hidupnya, maka gua dan adik-adik bersetuju untuk memilih hanya seorang pemenang bertuah. Untuk mengelakkan unsur penipuan dan sebarang kesalahan dalam agama, gua nyatakan terus hadiah-hadiahnya:

satu beg galas yang disulam, satu penanda buku, dan dua keychain. Semuanya asli dari Jordan.
(gambar aq malas nak tunjuk. pandai-pandai lah click kat banner. haha)







soalan A : aq nak bubuh nama untuk suspek A ialah
ORENJI
dan si suspek B ialah DANSEI

soalan B : sebab aq bubuh nama yang comel tuh . aq search kat google translete je . ORENJI dalam bahasa jepun bermaksud SI OREN . DANSEI pula bermaksud SI JANTAN
haha..

soalan C : BLOG TIDAK BEST adalah blog yang sangat simple tapi menarik . :D