THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Friday, April 29, 2016

STIGMA MASYARAKAT TENTANG MATRIKULASI

Assalamualaikum wbt 

Hai evelibadi , setelah sekian lama aku tak tulis blog ,weh sumpah rindu weh . Hati meronta-ronta nak tulis blog tapi jasad selalu halang sebab penat katanya . Dari zaman study sampai lah zaman dah nak keja pun sama je alasan. haha 

Tujuan aku update entry ni tak lain tak bukan sebab nak berkongsi info tentang matrikulasi. Actually benda ni sama je, cuma beza pengalaman dari orang-orang yang pernah masuk matrikulasi ni. Stigma masyarakat terhadap program matrikulasi ni sama je dari masa aku nak masuk sampai lah aku dah nak grad degree, alasan yang sama je. Masyarakat ni terlampau cepat buat keputusan dan jatuhkan hukuman ke atas matrikulasi. I dont know why, dah 2016 kot. Come on. Hahaha

1) Matrik susah , jangan masuk . Nanti kau kena tendang 

Well, this is so lameeeeeeeeee alasan yang selalu masyarakat bagi kalau ada orang yang dapat tawaran ke matrikulasi, lagi kesian kalau jenis masyarakat ni ada dalam kalangan ahli keluarga kita. Seboleh-boleh nak kuatkan judgement cakap matrik ni susah, matrik ni matrik tu ahhh semua pasal bad side lah. Lagi kesian lah kalau jenis terus cakap " Jangan masuk matrik, nanti kena tendang "

Listen here adik-adik yang dah dapat tawaran ke matrikulasi, sebolehnya jangan terlalu cepat percaya cakap-cakap masyarakat yang suka label matrikulasi ni susah. Even dorang sendiri pun tak pernah masuk matrik, macam mana boleh tiba-tiba cakap matrik susah ? sebab tu kalau ada orang cakap macam tu, aku mampu gelak je. To be honest, matrik tak ada lah susah sampai kau tak boleh nak perform and end up kau kena tendang . Say who ? Formula nak berjaya dalam matrikulasi ni senang je, kau belajar bersungguh-sungguh, kau jaga hubungan baik sesama manusia dan Allah, insyAllah kau boleh pass. Eh buat apa kau masuk matrik kalau kau sekadar nak main-main ? Haa yang datang matrik nak main-main tu lah selalunya kena tendang, sebab apa ? Sebab datang bukan nak belajar, nak bermain. Ingat, nawaitu itu penting walau di mana-mana kita berada. 

2) Sijil matrik tak laku, sia-sia je kau belajar 

Untuk pengetahuan semua, matrikulasi ni adalah satu platform untuk kita terus sambung ke peringkat degree, kiranya masuk je matrikulasi, kaki sebelah kita dah melangkah masuk ke peringkat degree. Sebab itu orang cakap sijil matrikulasi tak laku, tak boleh kerja. Memang betul pun, matrikulasi untuk pelajar yang ada cita-cita nak sambung degree dengan jalan pintas. Matrikulasi setahun dan degree antara 3 atau 4 tahun. Ramai orang salah faham, matrikulasi tak sama dengan diploma atau tingkatan 6. So kena lah betul-betul fikir samada nak sambung sampai ke peringkat degree atau tak ? Supaya tak sia-sia belajar setahun tapi taknak sambung degree. Kalau tak nak sambung degree, pilih antara diploma atau tingkatan 6. Buat keputusan yang betul-betul ya 



3) Modul pembelajaran matrikulasi cepat sangat, tak ter kejar nak belajar !

Aah, belajar kat matrik ni kena cepat pantas dan cekap . Tapi jangan risau kalau tak terkejar, sebab mostly cikgu-cikgu masih ada untuk membantu kita. Macam-macam kelas tambahan akan dibuat untuk bantu pelajar-pelajar yang lemah dalam mana-mana subjek. And plus, boleh belajar dengan kawan-kawan kelas yang faham subjek tu. Antara usaha nak tak nak je. Aku pun pernah loading bila belajar subjek ekonomi sebab tak pernah belajar masa spm, tapi nak buat macam mana, kalau tak usaha sampai bila-bila pun tak boleh catch up. So rajin kan diri buat nota dan belajar lebih dari orang lain. Hehe


Tahniah kepada yang dapat matrikulasi, yang tak dapat jangan bersedih. Buat lah rayuan. Apa-apa pun nawaitu nak belajar tu kena ada . Kalau belajar malas, semua benda jadi susah. So kepada adik-adik yang masih tak tahu nak sambung ke matrikulasi atau tidak, seeloknya berbincang dengan keluarga, tanya kan kepada orang-orang yang berpengalaman, jangan cepat buat keputusan bila orang cakap itu ini. Seeloknya berbincang dulu. 

Abang ucapkan selamat maju jaya kepada semua yang akan meneruskan pengajian ke matrikulasi. InsyAllah you will earn something :) Trust me 



Terima kasih sudi baca. Assalamualaikum 

Any inquiries ? boleh direct email kat karl_haikal08@yahoo.com