THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Saturday, September 29, 2012

VIDEO MESTI TENGOK SEBAB BOLEH HILANG STRESS

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi dok stress-stress siapkan assignment yang dah nak kena submit lusa , tiba-tiba terfikir nak layan youtube , konon nak reduce stress ni . Mula-mula tengok video lagu . Ah bosan , takde apa-apa yang menarik . Lepastu terpandang more video yang kat sebelah kanan tu dengan title ' Parodi Ombak Rindu Boleh Tahan Lawak ' , dalam hati ' Eh macam lawak ke ?


Wi-Fi asrama time ni memang laju , heaven kot dapat bukak banyak-banyak youtube . HAHA so lepas tengok video tu , memang rasa macam nak terburai isi perut (HiperBola) yang ada bila berdekah-dekah ketawa dalam bilik sampai jiran sebelah ketuk pintu suruh slow sikit volume ketawa . HEHE Tak percaya ke ? Korang kena tengok video-video ni , lagi-lagi masa korang tengah stress . Ini jugak sebahagian dari Tips kalau nak berjaya di Universiti . HAHA 

PARODI OMBAK RINDU BOLEH TAHAN LAWAK




(Video)

HAHA agak bangang jugak video ni sebab buatkan aku ketawa tak boleh nak berhenti dari start play sampai nak tamat cerita ni . Watak berlainan oleh orang yang sama , kira macam Mat Luthfi jugak lah tapi lagi hensem Mat Luthfi kot . HAHA Terbaik punya video :) 

HANA TAJIMA SHAWL TUTORIAL




(Video)

Harap tiada kaum-kaum hawa yang nak melenting lepas tengok video ni . This just for fun and memang fun pun ! HAHA

CPR ( SI PI AR )




( Video )

Video ni macam nak perli habis-habisan lah for those yang benda remeh temeh pun nak kena search google dulu . HAHA kalau rasa-rasa macam nak terkena batang hidung sendiri , mohon main jauh-jauh :p

FACEBOOK ( REAL LIFE )





( Video )

HAHA betul jugak apa yang dia cakap , benda ni kadang-kadang berlaku dalam persekitaran kita . 

SIMSIMI BERCAKAP






( Video )

Hari tu try bersembang dengan simsimi ni dalam laptop , mula-mula okay je sembang dengan simsimi , macam kelakar je kan jawapan-jawapan dia . Tapi bila dah lama sangat menyembang dengan simsimi , rasa macam nak tempeleng laju-laju jugak dengan simsimi ni . Jawapan dia makin lama makin merepek . Menguji kesabaran sungguh . HAHA

So,kesimpulannya dari entry kali ini yang menggenapkan seminggu tak update , moga korang terhibur dengan video-video yang aku bagi ni . Dapat kurangkan stress korang macam aku yang kena buat assignment berlambak dah sekarang , amboi kemain lecturer nak bagi pun agak-agak lah kan . HEHE
Suka boleh like , Cinta boleh share :D

Saturday, September 22, 2012

TIPS PANAS ! (USEFUL TIPS)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kalau nak cakap 'Ilmu penuh di dada' memang seriously tak lah , tapi dengan serba sikit pengetahuan , pengalaman ni nak berkongsi lah kat semua orang . InsyaAllah kalau bermanfaat boleh lah korang sampaikan jugak kat sesiapa , tapi kalau tak bermanfaat , masuk mata kiri keluar mata kanan jelah ek . HAHA

Ini ada beberapa tips aku nak kongsi kat korang tentang macam mana nak berjaya hidup kat dalam Universiti . Kalau yang belum masuk lagi Universiti ni memang digalakkan membaca dan buat persiapan mental serta fizikal , kalau yang dah masuk tu maybe boleh jadikan sebagai selingan atau pun nota ataupun sampingan eh whatever lah nak buat apa . HAHA 

Arrange jadual , Arrange masa . Secara umumnya kat U ni , kebanyakan U actually student boleh susun jadual kelas sendiri , tapi bagi student Unisza yang macam aku ni , jadual kitorang semua dah ditetapkan oleh bahagian akademik . So nak taknak kena lah ikut . So di sini , maksud aku adalah kalau korang kat U nanti yang di mana U korang membenarkan student arrange sendiri jadual , arrange lah betul-betul . Lepastu , arrange pulak jadual nak study , jangan lah asyik nak berfacebook je , berblog je . sekali sekala tulis ' HOI STUDY LAH MAIN FACEBOOK JE ' lepas tu tampal kat screen laptop . InysAllah terbukti berhasil . HAHA

Selalu attend kelas . Jangan ponteng ! . Ini lagi satu masalah bila dah jadi budak U . Suka sangat ponteng kelas . Mentang-mentang lah kehidupan kat U ni agak 'Bebas' , so sewenang-wenangnya dorang pun ponteng kelas . Actually ini tidak bagus ye adik-adik , walau macam mana sekalipun walau di mana kita sekalipun , tolonglah jangan ponteng-ponteng kelas ni . Tak bawak apa-apa pekdah pun kalau ponteng kelas , bawak malapetaka adalah . Bila dah skip kelas , memang confirm lah kita akan skip pelajaran pada hari tu .  Kan dah rugi . So , janganlah amalkan perkara ponteng kelas di Universiti seperti mana yang kita suka buat masa kat sekolah . HAHA tapi kalau tak sengaja ponteng takpe macam aku yang terlajak tidur sampai skip kelas akaun , wadefish betul >.<

Waktu Tidur perlu di utamakan . Ini penting :) untuk menjamin keceriaan di pagi hari , tidurlah awal atau tidurlah secukupnya . Boleh dikatakan jadual kelas kat U ni flexible sangat , tapi kalau kelas dah pagi tu mohon lah tidur awal , jangan lah menatap laptop sampai empat lima pagi . Esok bangun pergi kelas muka mengantuk , mula lah hilang fokus . Jadi , tidurlah secukupnya supaya anda tidak terlewat bangun seperti saya yang terrrrrskip satu class hari tu . Menyesal tidur lambat >.<

Rajin jumpa lecturer . Kalau kat sekolah kita akan cakap ' Rajin jumpa cikgu ' tapi di Universiti kena panggil lecturer . K ? Kena lah rajin mungkin seminggu sekali berjumpa dengan lecturer , tanya sesuatu yang tak faham yang berkaitan dengan subjek yang lecturer tu ajar . InsyAllah , dengan adanya cara macam ni dapat menjaminkan kejayaan kita di Universiti ni . Sebab semua soalan exam nanti seratus peratus (100%) dikarang oleh lecturer sendiri . Jadi pesan saya , rapatkanlah diri anda dengan lecturer . HEHE

Cari kawan yang okay . Dekat Universiti , macam-macam jenis orang yang kita akan jumpa . Masa sekolah boleh tahan lagi kalau kawan dengan gangster patahkan kerusi meja milik sekolah , tapi kat Universiti , lagi hardcore boleh jumpa tau . Ingat dorang pun takboleh masuk Universiti ke ? Haaa masa ni lah kena pandai cari kawan . Takut tersalah pilih , merana hidup . Dan untuk pengetahuan korang , budak Universiti pun ramai yang guna dadah . berhati-hatilah dalam memilih kawan , kawan jelah dengan budak skema macam aku ni . InsyaAllah hidup anda akan bahagia sentiasaaaa :D

Siapkan Assignment awal . Sebulan sebelum tarikh hantar assignment , korang dah siap . Itu baru namanya pelajar cemerlang ! And kalau dah siap , banyak lah masa korang nak pergi jumpa lecturer  untuk tanya and betulkan sikit-sikit apa yang patut untuk dapat perfectkan markah assignment . Macam aku ni , cewah nak promote diri pulak . HAHA Tapi so far takde assignment lagi tapi kalau assignment kecik-kecik tu ada lah and nak kena submit dua minggu lagi *Assignment pun ada kecik beso ek ?*

Aliran wang tunai keluar dan masuk . Pandai jaga kewangan sendiri , berjimat cermat hidup di Universiti , lagi-lagi kepada yang meminjam . Ingat nanti suatu hari kita kena bayar balik . Jadi berjimat cermat lah dalam penggunaan duit yang ada , jangan terlampau boros . Buat saving , takut nanti jadi stress sebab takde duit , boleh effect pada pelajaran jugak kalau stress pasal duit . Seriously . HUHU *selalu dah alami situasi macam ni :p*

Lastly 

Solat , Doa , Usaha dan Tawakal . Ini paling penting , walau macam mana sekalipun sibuk kita , jangan lupa solat . Jangan lupa berdoa , Tingkatkan usaha dan bertawakal . Allah menyukai orang yang kerap meminta kepadaNya dan InsyaAllah Allah akan memberi :)

Sedikit sebanyak tips dari aku yang ilmu tak seberapa ni . hehe  Moga memberi manfaat kepada orang-orang yang membaca insyAllah :) 

Suka boleh like . Terlampau suka boleh share . Extremely suka mohon komen . hehe

Kalau stress study , boleh naik 'Bas Keranda' ni nak pergi bandar Kuala Terengganu . Hehe :D



Friday, September 14, 2012

MEREKA KATA INI SUSAH,JADI SAYA KATA INI LAH LIFE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Jika Yuyu Zulaikha adalah penuntut Ijazah tahun akhir , maka Ekal Dude pulak adalah penuntut tahun pertama Ijazah Sarjana Muda . Yang membezakan kami berdua adalah 'Pengalaman' . Yea , mungkin Yuyu mempunyai pengalaman yang terlampauuuuuuuu banyak dalam mengharungi kehidupan sebagai penuntut Ijazah , manakala aku ni baru setahun jagung nak merasa pengalaman tu :)

Genap jugak ek dua minggu aku bergelar mahasiswa ni , tak sangka pejam celik gosok bijik mata dah dua minggu aku bertapa kat bumi Terengganu yang serba indah ni . Dalam dua minggu ni jugaklah , aku rasa macam-macam pengalaman hidup yang berharga bagi aku especially kehidupan sebagai seorang mahasiswa dalam Universiti ni . Untuk pengetahun korang , aku sendiri actually dah rasa kehidupan dalam tiga dunia yang berbeza . Zaman persekolahan , Zaman matrikulasi dan sekarang aku merasa Zaman Universiti . Memang lah aku cakap tiga-tiga zaman ni berbeza gila , tak boleh nak compare kan zaman persekolahan atau zaman matrikulasi dengan zaman Universiti ni . Personally , aku rindu zaman persekolahan ! HUHU

Hari tu , zharif ada mention aku dalam twitter 


so dengan berbesar hatinya nak update sikit pasal life kat U . Mungkin ada yang nak baca , mungkin ada yang tak hingin nak baca . Tapi untuk santapan rohani serta jasmani serta intelektual korang , BACA jelah ! haha

Life-style . Kalau kat rumah , jam 4 pagi aku baru tidur , jam 12 tengahari baru bangun . Asal bangun je terus ' Mak , dah masak ke belum ? ' . OK . itu aku masa kat rumah . Tapi , semenjak dah masuk U ni bila aku amalkan cara macam tu hah memang mintak penampaq lah jawabnya . Mana ada mak aku dalam hostel , kot tak makan penampaq roomate mungkin penampaq housemate . HAHA yeah masa ni lah nak kena uruskan segala hal sendiri . Mungkin waktu sekolah boleh lagi mintak mak suapkan nasi , tapi dah masuk U ni cuba mintak roomate suapkan nasi . Kalau dia tak cakap kau gila mungkin roomate kau yang gila . HAHA  Untuk tahun pertama ni mungkin boleh lah aku berjimba-jimba hidup dalam suasana hostel , tapi untuk tahun yang akan mendatang Paksa-Rela aku kena cari rumah untuk disewa . Itu lumrah hidup budak U yang menumpang kasih di hostel . Jadi , tahap berdikari tu kena lah kuat , InsyaAllah boleh punya nak harungi life sebagai student di IPTA/IPTS :)

Asrama . Kami diberi sebuah rumah yang di dalamnya terletak lima bilik dan di dalam bilik tersebut terdapat dua orang penghuni . Jadi 5x2=10 orang serumah . Alhamdulillah , semua housemate okay je takde yang sombong eventho takdek sorang pun penghuni rumah ni yang sealiran dengan aku . Sungguh populasi pelajar akaun kat sini sikit . Terasa berharga pulak diri ini >.< 

 Mana bilik saya ? 




Jadual Belajar , Classes  . Sungguh aku mengaku waktu sekolah dulu aku lah insan paling banyak bising pasal jadual kelas , ceh konon tak puas hati apesal kelas pack gila dari pagi sampai tengahari . Kenapa tak buat waktu senggang macam rehat bagi dua jam ke . Kalau boleh tiap-tiap hari nak cikgu yang mengajar sesuatu subjek tu MC ataupun tak masuk kelas . Masa kat matrik pun sama , jadual pack gila nak mati >.< 
Tapi masuk je U , hamekau ! kalau tak terbeliak bijik mata mungkin hati kau kering kot . Dalam jadual boleh kira berapa kelas je yang aku perlu attend dalam sehari . GAP subhanaAllah lamanya , boleh tahan lima jam jugak . Waktu ni lah hati bertendang tendang tak puas hati kenapa lah lama sangat waktu free ni . Ini lah contoh-contoh spesies manusia yang tak reti nak bersyukur agaknya . HAHA Bayangkan sebab terlampauuuu lama waktu free sampai aku taktahu nak buat apa dah . Jadi aku balik bilik , qada' tidur semalam semalam semalam dan seangkatannya . Classes pulak , dah lah gigih nak attend class eventho kadang-kadang tu terlajak waktu sebab cari-cari tak jumpa class , tunggu punya tunggu dalam setengah jam last-last class cancel . Tak tersembul pundi kencing kau berteriak kegirangan boleh balik bilik dan qada' tidur . Memang lepas ni tidur lah hobi aku HAHA

*jadual lama,sebagai hiasan sahaja :D*

Waktu Cuti Hujung Minggu  . Kalau korang duduk kat Johor , tapi dapat tawaran belajar kat Perlis . Maka bersiap sedialah untuk mengorbankan diri tak balik rumah walaupun cuti hujung minggu . Eleh , setakat tak balik rumah pun boleh mati ke ? Pirar :p Bagi anak-anak emas keluarga tu , aku cadangkan korang beli topap banyak-banyak then sepanjang hari call lah family korang tu . Kalau nak jimat , beli beruk ben then skype ah dengan dorang . Jimat masa , Jimat kos dan rindu pun terubat . hehe :)

Makanan . Mula-mula rasa janggal bila makan makanan Terengganu ni . Kenapa ? sebab masakan dorang agak manis . Jadi, takkan nak complain kan masakan dorang tu manis , kot tak kena baling dengan periuk takpe elak kena halau dari Terengganu sudah . HAHA . So , kena lah biasakan diri dengan makanan kat sini,bukan setahun dua aku nak duduk sini , empat tahun kot . Kalau tak reti nak biasakan diri memang aku rasa setiap minggu nak suruh mak hantar kari kepala ikan guna pos laju . Kau gila ke apa haikal ? haha 

Buku . Aku nak balik ke alam persekolahan ! nak ! aku nak beli buku-buku sekolah yang cuma RM10+ , aku nak beli buku rujukan kat Popular yang harganya cuma RM15+ . Kay itu mungkin takkan terjadi . Untuk pengetahuan semua , minggu lepas waktu class akaun lecturer suruh beli buku dengan dia . Dalam hati dah bajet-bajet mungkin harga buku tu tak sampai RM30 , tapi bila sampai kat meja lecturer tanya harga buku tersebut . Memang jauh api dari panggang dengan telahan aku . RM90 by Cash and you may carry that's book . Terasa tak macam kau nak telan air liur tapi kau rasa macam kau telan pasir . HAHA itu baru  untuk subjek Perakaunan belum lagi subjek-seubjek yang lain .  nak taknak kena lah beli , mana nak cari Popular kat ceruk Terengganu ni . Lagipun dah di kata buku tu yang dijadikan rujukan , nak taknak kena beli . Maka bertambahlah duit dalam akaun Bank Islam dari ehsan mak dan ayah . Hehe :D

''we use the term of C&C . You bring and give me your money , i'll give this book for you to carry it''-Lecturer Accounting

Last but not least

Pensyarah adalah segalanya . Kena rapat dengan pesyarah , sebab kertas exam semua adalah seratus peratus dikarang oleh pensyarah anda sendiri . Jadi fikir-fikirkanlah :)

Jika suka , boleh lah like :)

Sunday, September 9, 2012

ME CALLED THE NEW CHAPTER

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kalau kat Johor , hari ni (ahad) hari cuti , tapi berlainan pulak dengan Terengganu , hari ni lah  hari untuk kitorang bekerja , belajar , bermain dan sebagainya . Bezanya antara Johor dan Terengganu adalah hari bekerja . Kalau kat Johor ( Isnin-Jumaat) and kalau kat Terengganu (Ahad-Khamis) . See ? perbezaan kan ? hehe

Hari isnin yang lepas , aku bersama rombongan Makcik Sari dan Pakcik Din (mak bapak) telah selamat mendaftarkan diri aku sebagai pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (bagi yang taktahu U apakah itu , Sila rujuk entry ini) . Tepat jam 8 pagi waktu Malaysia , aku dah terpacak depan kaunter Urus setia untuk mengambil nombor giliran . So far masa tu tak ramai lagi yang datang dan aku adalah orang yang ke 54 . Eventho dalam surat tawaran mengatakan waktu pendaftaran bermula jam 8 Pagi , tapi aku yang datang tepat 8 Pagi adalah orang yang ke 54 . so ? cehwah . haha

Perkara biasalah kan kalau aku jadi pendiam je sepanjang menunggu nama untuk dipanggil . Toleh kiri aku tak kenal , toleh kanan aku tak kenal , toleh belakang lagi lah aku tak kenal . So ambil inisiatif terbaik , mendiamkan diri dan melayan perasaan . Done . Tapi adalah jugak dua tiga orang yang tegur aku , tapi just tegur tanya nama dengan datang dari mana . Taktahu lah aku nak cakap yang aku ni gemuruh ke atau cuaca terlampau panas kat situ , lima minit aku duduk kat tempat yang disediakan , aku dah macam mandi korang tahu ! berpeluh yang amat . Pulak dah tissue aku tinggal dalam kereta , memang sibuk mengipas jugak lah aku kat sana . takpe , it's cool bro . haha

Alhamdulillah , jam 9 Pagi aku dah selesai semua urusan pendaftaran . So , before aku dah nak masuk Asrama ni , aku ajak mak ayah aku pergi makan sarapan kat luar untuk kali yang terakhir . Cewah sedih :p 

Kat terengganu ni , memang berbeza sikit dengan Johor . Kalau sepanjang aku duduk Johor , nak tengok laut aku kena pergi mersing . Kalau dari Kluang nak ke Mersing memang ambil masa dalam Sejam setengah . Tapi kat Terengganu ni , takpayah lah nak sesusah pergi cari laut kat Mersing tu , haha sebab laut cuma lima belas minit je dari Unisza . nampak tak permainan dia ? :p Lepastu , cara makanan dorang pulak berbeza sikit , kat Johor kitorang suka makan yang pedas-pedas , tapi kat sini makanan lebih kepada manis-manis . Kalau nak cakap culture shock tu tak jugak sebab ada je pilihan makanan yang pedas-pedas . Tapi sebagai seorang yang new citizen ni , aku nak jugak merasa makanan orang-orang Terengganu ni . haha baru lah kena dengan istilah ' Masuk kandang lembu mengemboooooo , masuk kadang itik mengekuackkkkkkk ' (JANGAN TIRU AKSI INI DIDALAM KARANGAN BAHASA MELAYU ANDA!)

Sepanjang minggu orientasi kat Unisza ni , aku kenal ramai orang . Ada yang datang dari Utara , ada yang datang dari Selatan , ada yang datang dari Timur , ada yang datang dari Sabah Serawak dan ada yang datang dari Thailand . Whoaaaa sawadikap ! haha . Takde lah ragging-ragging sepanjang minggu orientasi ni , tapi dorang ragging kepala hotak walhal telinga aku pun sama bila sepanjang hari ada taklimat jeeeeeeeeee. Setiap hari pulak tu ada taklimat . HAHA

Macam aku cakap , hari ahad adalah hari untuk kitorang start kuliah . Hari ni bernasib baik sebab first day ramai lecturer tak masuk kelas . Bayangkan tunggu sampai sejam dalam kelas last-last kelas cancel , terbaik bro balik bilik aku qada' tidur . hehe

So setakat ni dulu lah nak cerita perkembangan seorang blogger yang sedang menjalani kehidupan sebagai orang Terengganu . Hehe do pray for me yeah kawang-kawang . InsyaAllah :)

****Kalau korang nak tahu , aku tak banyak ambil gambar sepanjang pendaftaran , sepanjang minggu orientasi ni . Taktahu lah kenapa ek ? -.-

Blogger Unisza :) Najwa Rahman


 Rumah tumpangan 
RM150/day

 My sweet block :3




 Geng-geng budak akaun di Unisza masa ber-kem :) (sebahagian)

 Sepanjang perjalanan ke Unisza , kami disajikan dengan kain rentang . U lain kau hado ? haha


 'ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU'









sekian terima kasih ;)
Like kalau suka entry ni 


Saturday, September 1, 2012

UNIVERSITI vs RAYA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ada hamba Allah bagitau aku kenapa takdek entry pasal raya dalam blog ni . Jadi seteru dia bertanya adakah mood raya tahun ni menjunam masuk dalam parit ? HAHA maka jawabnya mesti lah tidak , bukan masuk dalam parit tapi dah terlemas dalam lombong . Kenapa pilih lombong ? sebab Lombong ni kira dramatik what . haha ;D

Alhamdulillah , sebulan kita berpuasa , akhirnya merasa jugak menyambut aidilfitri bersama keluarga yang tercinta . segala kesyukuran kepada Allah :) 

Ye . aku tertanya-tanya dengan diri aku , kenapa aku tak update entry pasal raya . Orang lain sibuk bubuh entry pasal raya , aku pulak entry ditakuk lama tu pun alhamdulillah ada entry baru yang takde kaitan dengan raya . hehe Actually , raya tahun ni biasa-biasa je jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas dan oleh sebab tu aku jadi tak begitu teruja nak update blog pasal raya . Itu pun kalau ada orang prihatin . HAHA kenapa pulak raya tahun ni ' bese-bese jewwww' ?

Balik kampung tanpa Ayah . Tahun-tahun sebelum ni dalam kereta meriah je sebab ada ayah , tapi tahun ni dalam kereta rasa sunyi sikit sebab ayah tak ikut serta rombongan dari johor ke pulau pinang . Ini sebab ayah kena posting kerja kat pulau pinang . So tinggal kami anak beranak ni lah yang naik kereta balik kampung , ayah tunggu sana . Sampai je kampung , ayah pun balik dari kerja . Kesian ayah , penat dia bekerja untuk anak dan isteri . Takpe , nanti aku akan balas jasa ayah :)



Baju raya tak sama tahun ni . Raya tahun ni aku dengan adik aku je pakai baju raya baru , yang lain pakai baju raya tahun lepas . Kenapa ? Sebab baju raya ktorang je yang sempurna dibuat oleh tailor , yang lain semua nya ada kekurangan . Bukan apa , adik bongsu aku punya baju terlalu besar , adik aku no lima pulak tak cukup kain nak buat seluar cuma dapat buat baju je . Abang aku lagi lah . So , nak cakap yang tahun ni cuma dua orang je merasa baju baru di hari pertama aidilfitri , yang lain pakai baju raya tahun lepas . Mak cakap 'Takpelah pakai je baju tahun lepas , elok lagi tu' . Plan nak ambil gambar keluarga dengan baju raya , tapi macam tak jadi je sebab nanti sama dengan gambar tahun lepas . hehe :)



Persediaan raya lebih kepada persediaan nak masuk Universiti . Esok lusa,seperti yang korang tahu aku dah nak bertolak meninggalkan Johor menjadi anak Terengganu . Dalam mood raya macam ni , ada lah orang tu yang mood raya dia bercampur dengan mood nak masuk U . So secara tak langsung , segala persediaan raya lebih kepada persediaan nak masuk U . Beli baju bukan nak beraya , tapi nak simpan stok masuk sana . Sama jugak dengan barang-barang lain . Apa yang dipakai masa raya , akan dipakai masa masuk Unisza nanti . Walhal baju melayu sekali pun . So takde lah istilah shopping raya sangat tahun ni k :D Pergi padang besar pun bukan shopping raya , tapi shopping baju kemeja . eh ? haha




Nenek  jatuh sakit . Balik kampung tahun ni , terpaksa menerima hakikat nenek belah ayah yang dulu nya cergas berbadan gempal kini terlantar sakit di atas katil dengan tubuh yang mencengkung dan kurus . Sungguh . Moga-moga nenek cepat sembuh . Amin :"(

Actually ada jugak keceriaan di Adilfitri tahun ni , tak lah sampai sadis sangat sambut raya tahun ni . HIHI

Dapat merasa pakai Nikon DSLR . Alhamdulillah , dengan rezeki yang Allah bagi , akhirnya setelah lama mengidamkannya , dapat jugak merasa guna kamera DSLR . Dah lama sangat idam benda ni . So raya tahun ni lebih bermakna sikit sebab dapat abdikan gambar dalam kamera ni . Memang klik-klik je lah aku kat kampung tu . hehe



Duit raya dapat Not yang agak besar . Heyy selagi tak kahwin , layak lagi okay nak dapat duir raya ! haha tahun ni macam tak percaya still boleh dapat duit raya mencecah RM200 . Tapi ni pun actually dapat sebab orang tahu aku dah nak masuk U . makcik-makcik siap cakap lagi ' Duit lebih sikit sebab nak masuk U kan ? ' HAHA kejam >.< tahun depan tak merasa lah nak macam tahun ni . 

Dapat beraya rumah kawan Se-matrik . Dulu masa kat matrik beriye-iye cakap nak pergi rumah , tapi sampai ke dah nak habis matrik kaki pun tak jejak rumah dia . Hehe so kesempatan tahun ni , beraya rumah bestfriend aku yang orang dok sebut-sebut Klon Ebi Yus . HAHA aku rasa kat matrik dulu aku yang mulakan panggil dia Ebi Yus :D

 Nama betul Ariffudin :D


Tengku Danish , Aliff Haikal , Farisyah 

Seminggu beraya kat Penang . Seminggu beraya kat Johor . Dan raya minggu seterusnya of course di Terengganu . HAHA tiga negeri sekaligus . Kau ada ? :p

Okay lah sekian sahaja laporan raya dari pihak blog ekaldude . Raya tak berapa nak ohsem macam raya korang haha 

Assalamualaikum

Kalau suka boleh lah like ;)