THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, August 27, 2012

EMEL DAN PENIPUAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sebelum raya hari tu , aku sempat baca satu keratan akhbar harian metro tentang seorang wanita yang ditipu melalui emel di mana beliau dikatakan memenangi hadiah berupa wang tunai dan perlu memasukkan sejumlah wang untuk urusan pengeluaran wang tersebut . Dan akhirnya , beliau sebenarnya tertipu dengan emel tersebut dan mengalami kerugian dengan jumlah yang agak banyak .  Tak jumpa lah pulak akhbar tu , penat dah cari nasib baik ingat cerita dia macam mana . hehe . so kalau korang yang pernah terbaca tentang kes ni mesti tahu kan macam mana wanita ni ditipu . kesian dia , sebabkan terpedaya dia sendiri yang kerugian . Bukan sikit pulak tu rugi , banyak kot . 

Berbalik pada cerita kat atas ni , aku faham kenapa orang ni mudah sangat tertipu dengan emel-emel yang macam ni . Mana taknya , bila bukak je akaun emel kita , tiba-tiba dapat emel mengatakan kita memenangi hadiah berupa wang tunai , siapa tak teruja . Tapi , ini lah masalahnya bila membabi buta percaya kat emel macam tu tanpa selidik terlebih dahulu . Orang-orang tua cakap ' Bodoh biar bertempat ' dan kalau boleh janganlah menyerlahkan diri tu tak pandai . Mana lah ada orang nak bagi duit buta-buta secara percuma , ni lagi lah kalau benda tu dari oversea . Orang sekarang dok sibuk cari duit , bukan sibuk nak bagi duit secara percuma . Kan dah nampak keraguannya di situ kan ? 

Lagi satu , memang betul dorang punya ayat mengelirukan kita . Lebih kurang macam nak percaya atau tak je . Tapi boleh fikir kan , kita tak masuk apa-apa pun event or withdraw tiba-tiba menang hadiah , dari company luar negara pulak tu , ehhh sah-sah lah tu semua tipu je :) 

Ini adalah beberapa contoh emel yang aku sendiri terima dari beberapa individu/companies . Macam-macam cara dorang buat , macam-macam ayat dorang cipta . Aku sendiri pun senak perut ketawa bila baca segala emel yang ada ni . Ada yang cakap aku menang tu lah , menang ni lah , nak transfer duit dari akaun orang mati lah , nak jadi partnership lah . Tapi aku tahu , semua ni cuma lah sebuah pembohongan :)





Banyak tak ? hehe

Ini semua bohong !

BOHONG

BOHONGGG

Jadi , kepada rakyat Malaysia diluar sana , janganlah terlalu mempercayai emel-emel yang seperti ini . Jangan lah jadi terlalu kurang pandai sampai terpedaya dengan emel-emel ni . Kalau ye pun terlampau teruja sebab menang , please and please re-check samada ini adalah tipu atau betul . kalau terdesak sangat , cuba hubungi pihak company yang dinyatakan di dalam emel tersebut sebagai contoh Coca-Cola,Microsoft , etc . Jangan pulak call nombor yang diberi , memang sah-sah lah korang pun kena kelentong . 

Mana ada orang nak dapat duit tanpa usaha . So kalau betul-betul nak dapat duit , pergi lah usaha ! 

Jadi , moral of the story Jangan percaya tentang emel-emel yang dikirim ke dalam akaun korang mengatakan yang korang menang dalam cabutan bertuah or whatever sebab semua tu TIPU :)

Sebarkan lah info ini kat teman-teman , ahli keluarga anda ye supaya takde lah lagi rakyat Malaysia ditipu . sekian :"D
SELAMAT HARI RAYA ! 


Like lah kalau suka :)

Tuesday, August 14, 2012

PENEMUAN FASHION BARU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang dah baca entry pasal INI belum ? So , korang ada keyakinan yang tinggi atau tidak untuk bershopping dalam web tersebut ? 

Tujuan hari ni punya entry , actually bukan nak promote Zalora , tapi nak Promote Melati's Closet . Boleh tak ? Haha Korang ni janganlah sebab kan satu laman web ni korang terus fobia , actually banyak lagi shopping online yang seriously korang boleh percaya . trust me :)

S: Apa tu melati's closet ? 
J: Online business yg diuruskan oleh dua rakan kongsi. Young and versatile menjadi tema pilihan :D easy online shopping! Dan yang pasti ini buka oversea business  ! :)

Actually ni adalah perniagaan kawan aku dari matrik . Tak sangka rupanya dia ni ada jual-jual online jugak . Baru tahu lepas keluar dari matrik dulu . Cissss berniaga taknak bagitau . hehe :p

S: Apa yang dijual di dalam melati's closet ni ?
J: Mereka menjual beberapa dress untuk kaum wanita . Wanita kan gila fashion ? hehe 

Mari kita lihat beberapa barangan yang dijual di dalam melati's closet ini yeeeee :)


Dress: Florencia Dress

Price: RM 34
Height: 80cm
Colours available: Pink,Mustard,orange,green

(Pink)

(Mustard)

( Orange )

( Green )



Dress: Scarlet Dress

Price: RM 35
Colours available: Rusty Red,Candy Pink,Teal

( Rusty Red )

( Candy Pink )

( Teal )

Dress: Orange Sunshine

Height: 78 cm
Price: RM 29
Size: Free Size





Dress: Ivory dress (HOT!)

Height: 83 cm
Colours: Light Sky Blue
Price: RM32
Size: Free size




DAN BANYAK LAGI DRESS YANG SUPERB AWESOME YANG BOLEH KORANG TENGOK DAN PILIH HANYA DI MELATI'S CLOSET ( CLICK SINI )

so apa macam ? Korang mesti rambang mata punya tengok beberapa dress yang aku tunjukkan ni dan semestinya korang akan rambang lagi bijik mata bila masuk dalam web bisnes tersebut . Dia ada bagitahu cara macam mana nak order,macam mana nak buat pembayaran,macam mana nak ajukan soalan dan yang pasti korang akan dilayan seperti raja ! :D 

Apa tunggu lagi ? Mari berfashion dengan pakaian dari Melati's Closet . Jangan lupa untuk masuk dalam blog tersebut ye jika ingin membuat sebarang tempahan atau pun sebarang pertanyaan :)

Klik like jika korang suka :D

Monday, August 13, 2012

THE SWEET PROPOSAL

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Godeh-godeh entry dari blog MeeSupergirl , serious terbaca entry pasal ni . 








video proposal Pasangan kekasih Trang dan Nam ni dah tersebar kat Youtube sejak dari 2011 lagi , tapi actually aku baru tengok hari ini and rasa terujaaaa gila nak bagitau korang yang still belum tengok video ni lagi . 

Sumpah cakap kau , aku tengok video ni aku senyum sorang-sorang . Lahai romantiknya kekasih dia . HAHA aku pun rasanya tak mampu kot nak buat macam ni , kiranya memang berani mati lah kalau buat macam ni . Antara nervous dengan tak je lah kot 

Mereka ni dah kenal selama 8 Tahun , bercinta sejak di UCLA college  ( L.A) dan kalau korang dengar lelaki tu cakap ' Do you remember our's first met ? '  . Lomentiknyewww orang vietnam nih :)

Bayangkan , tiba-tiba ada orang menari depan kau , bukan sorang dua , tapi dalam 200 orang . Tak ke kau  rasa macam ' Eh what the hello is happen right now ? '

Tak best layan gambar je kan ? Meh aku bagi video bagi korang rasa sendiri feel . Kalau sesiapa yang menangis tengok video ni , tolong bagitahu aku eh . Hehe 



Like lah sikit kalau korang suka :p


Saturday, August 11, 2012

INI CIK TETRA .

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

semakin hari , semakin aku lupa tentang tanggungjawab aku . Janji aku . dan yang pasti , aku perlu memenuhi janji tersebut . Cukup lah kata-kata orang ' Orang melayu mudah lupa ' . seriously i'm not 

Dup Dap Dup Dap Dup Dap

Hari ini mari kita perkenalkan seorang belogger cek mek molek yang mempunyai nama panggilan yang pelik . Eh pelik ? tak tak , which means Unik . Okay unik much better kot . hehe

Beliau ni , merupakan bekas graduan Diploma kat UiTM segamat . Kalau pernah kenal Ibah Latiff , Alia Rahmat maka di sini nak bagitau yang mereka ni adalah super awesome gang actually . HAHA memandai aku je kan menambah . Dorang ni satu Unibersiti . So that's why bila masuk belog Cik Ibah akan nampak Cik tetra dan bila masuk belog Cik Tetra akan nampak Cik Ibah . so dimanakah permainan nya ini ? *pening

Nama sebenar Nur Wahidah Aufa tapi di mana kah pangkal pucuk dicita ulam mendatang kot mai nama Cik tetra ni ? HAHA tudiaaa soalan . 

Cik Tetra ni dah standard kakak bagi aku . Hari tu ada jumpa masa kat majlis perkahwinan abang kepada Cik Ibah , Cik Ibah yang perkenalkan . Okay taknak cakap tapi perlu jugak , masa tu rasa macam oh cik tetra , tinggi sungguh beliau . kalah diri aku yang super kecik comel molek ni . haha -.- masa tu rasanya Cik tetra lah yang memulakan perbualan , sungguh rasa janggal dan malu . Tapi skill control macho tu tetap ada , so takde nampak sangat parkinson masa tu . Mohon Cik tetra tak perasan . HAHA . Sungguh Cik tetra ni peramah 

Cakap pasal blog , kenal dengan Cik Tetra pun melalui laman blogger.com ni jugak . Diperkenalkan oleh Deria Rasa Ceria , bertambah kenalan masa tu tapi tak rapat lagi cuma hye hye bye bye . Tapi lepas dah bersua muka , rasanya macam rapat sikit dengan Cik Tetra ni disamping rapat dengan Cik ibah serta Cik Alia . HAHA kan dah cakap dorang ni super awesome gang .

Kak Ibah , Kak Waeda (cik tetra) *sori kopipes gambar :p

Korang tercari-cari di manakah blog Cik tetra ? HOHOHOHO 

INI BLOG CIK TETRA ( cepat masuk )

dan semestinya lah kena promote twitter jugak . Mana tahu kot ada yang berkenan nak cuba isi form ke kan :p Korang boleh lah follow Cik Tetra di twitter dia NUR WAHIDAH AUFA


Sekian sahaja :3 Assalamualaikum

Like kalau suka :)

Thursday, August 9, 2012

ZALORA : TIPU ATAU BETUL ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Aku taktahu sejak bila entah aku ni dah berjangkit dengan penyakit online shopping dari kakak aku,jadi aku pun cakap dengan mak aku yang aku nak try-try beli barang melalui online ni . Terus . terus mak aku cakap 'Check Zalora.com.my tengok , dalam iklan tv tu '

Then aku pun dengan terujanya pergi lah zalora tu . Sumpah baq hang lawa-lawa , cantik-cantik , smart-smart dorang punya stuff . Aku dah terpaut hati dengan beberapa baju yang dipaparkan . Hehe . Then cakap dengan mak aku yang aku nak beli dari situ and mak aku bagi gree light . Mana taknya , korang bayangkan harga dia murah , free shipping pulak tu , siapa tak terpaut hati jantung hati limpa kan ?



Tapi

Hari ni , bila aku check blog , check bloglist . ternampak satu entry dari sis namee roslan dengan keyword ' ZALORA PENIPU ' . Hah Zalora menipu ke ? 

Dengan rasa keterujaan yang melampau , aku bukak lah nak tengok fan page facebook Zalora Malaysia . Mengucap panjang aku baca segala post yang dihantar oleh customer-customer ni . Rata-rata seolah tak berpuas hati dengan servis yang diberi oleh pihak zalora ni . 

Kes barang tak sampai walaupun dah order dua bulan yang lepas , barang order lain tapi sampai rumah lain , order barang jenama mahal tapi dorang hantar jenama dari China . Banyak complaint dari customer . Nak cari post orang puji tu memang susah .

Tapi aku tak faham , Zalora penipu ke ?

Dan setelah aku membaca ' Zalora malaysia - Apa neraka yang telah anda lakukan ' memang kuat firasat aku nak shopping kat zalora ni kena mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang kuat . Yelah kalau tak silap syarikat ni syarikat oversea . 

So aku dah cakap dengan mak aku yang aku tak jadi lah nak shopping kat Zalora ni . Bukan apa , baik aku beli kat kedai-kedai biasa je yang Cash and carry takyah nak tunggu . mencegah lebih baik dari mengubati ye idak ?  kesian Zalora dah hilang satu bakal pembeli atas faktor ketidak-concern-an dorang terhadap masalah seperti ini . 

Kepada bakal-bakal pembeli yang dah simpan lama niat dalam hati nak beli barang kat Zalora ni , aku sarankan korang fikir lah patpuluhratusribu kali kalau nak beli . Bukan apa , taknak lah jadi macam kes-kes yang kat bawah ni . kesian dorang 





ADA JUGAK YANG BERPUAS HATI ACTUALLY


Nasihat kepada pihak Zalora daripada bakal pembeli yang tak jadi nak beli ni - Upgrade your services please :")

So seperti yang digembar gemburkan , fikir patratuspuluhribu kay before nak beli dalam Zalora ni . Tak cakap pun jangan beli tapi dah besar kan ? dah boleh fikir kan ? hehe 

Kay kalau suka boleh like tak suka pun like je :p sekian