THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, July 30, 2012

APA BISING-BISING?BIARKAN MEREKA BAHAGIA :)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tarik nafas , hembusss . tarik nafas , hembussss (eee busuk!) haha :p

Alhamdulillah , masih bernafas saat jari menaip entry ni . Alhamdulillah korang still bernafas and sempat baca entry ni lagi . hehe :) Apa kabar ? 

Maaf , sebab lambat update cerita dalam blog ni . Nak kena siapkan segala benda yang berkaitan tentang kemasukan ke IPTA , nak isi borang biasiswa , nak isi borang bantuan kemasukan ke IPTA , nak buat medical check up , nak kena pos dokumen , nak kena setel tentang bayaran duit insurans . HAHA banyak kan nak keba buat ? Ini semua gara-gara nak masuk IPTA lah . Tapi takpe , Alhamdulillah semua tu hampir selesai . Nak buat cepat-cepat eventho ada lagi sebulan sebab nanti mood raya tak diganggu oleh anasir-anasir jahat ni . HAHA siot je cakap semua tu anasir jahat kan :p 

Entah kenapa 

Sejak dua menjak tiga menjak ni aku jadi begitu teruja nak masuk universiti . Tapi kadang kala aku jadi risau , berdebar-debar pulak . So sekarang ni perasaan jadi 50-50 . Bila orang tanya ' Haikal,dah ready nak masuk U?' aku jawab ' ready je , kalau boleh nak masuk sekarang jugak ! hehe ' . Tapi satu masa bila orang lain tanya soalan yang sama , aku jawab ' Aku nervous lah nak masuk U ni ' . nampak tak permainan dia kat situ ? hehe Takpe lah , excited ke nervous ke , tu perkara biasa . Masa masuk matrikulasi dulu pun macam ni jugak . So be chill sudah ! kan ? 

Baiklah . ini lah kemuncaknya entry hari ni . Yang atas tu cuma mukadimah je . Haha panjang kan mukadimah nye ? Ala biasalah , bila dah meroyan nak menulis .


Okay aku tahu tentang penyebaran video ni dalam empat lima hari yang lepas . Masa tu viewer belum cecah 500k kalau tak silap . Aku terkejut sebenarnya masa ni . How come budak 16 tahun kahwin dengan budak 14 tahun . Form four vs Form two . Macam-macam dalam kepala hotok ni berfikir , macam mana dorang boleh kahwin ? macam mana dengan persetujuan kedua ibu bapa dorang ? macam mana dengan pembelajaran ? macam mana dengan nafkah ? Haaa over pulak . hehe 

Memang sikit kecoh pasal video ni . Baca komen kat situ pun tahu siapa yang sokong siapa yang tentang dorang . Tapi yang peliknya , kenapa sampai nak memaki , marah dorang ? aku tak nampak satu perbuatan berdosa pun dorang buat . Dorang kawin bhaiii ! Benda wajib , Allah suka . Ni manusia pulak tak suka . Lahaii pelik sungguh .

Aku faham . Masyarakat memang pandang serong . 

Tapi , biarlah mereka nak membina masjid . Dah jodoh dorang seru awal , nak buat macam mana ? Allah dah aturkan segalanya . 

Apa-apa pun , saya selaku tuan blog mengucapkan tahniah kat Adik syafiq dengan Adik Yana (teruihh adik haha) atas perkahwinan ni . Saya doakan korang berbahagia ke anak cucu . Semoga jodoh korang berkekalan hingga akhir hayat . Abaikan kata-kata orang , sesungguhnya Allah meredhai korang , cukup . Kalau ada orang dok bising lagi , sumbat je dengan stokin busuk . Biar terus senyap mulut dorang . hehe Nanti kalau dah ada anak , didik menjadi anak yang soleh serta solehah okay ! V(^^)



kalau suka ? Boleh lah Like :)

Thursday, July 26, 2012

PEMBONGKARAN: UKURAN BENTUK TUBUH BADAN NABI ADAM A.S

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Heyyy nuck chakap yang itewww dah berhenti kewja ! ^^ *kay pendahuluan cukup annoying*

Sebelum tu , actually nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam yang membaca entry ni . Sungguhpun ada yang tak baca , takpe , daku mengerti , HAHA :D

Tujuan post kali ni actually nak kongsikan kat korang semua dengan penemuan-penemuan yang sungguh MasyaAllah . Tak dapat aku nak cakap betapa besarnya kuasa Allah ni . Jom tengok !








Korang tahu tak ini apa ?

Taktahu ?

Mulanya aku pun taktahu apa benda ni yang cuma aku faham sehelai jubah yang berwarna putih bersize besar cuba dicipta oleh manusia macam nak masuk dalam Book of record something like that  . Tu aku punya anggapan 

Tapi sebenarnya MasyaAllah

Ini lah gambaran bentuk tubuh badan nabi Adam . Nabi yang pertamaaaaa sekali diciptakan oleh Allah . Manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bumi ciptaan Allah . SubhanaAllah

“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini”
(HR.Bukhari),

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter.wallahu’alam.Baju Nabi Adam A.S. Setinggi 29 meter.Baju tersebut hanyalah replika dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk Nabi Adam A.S.Tempoh menjahit 18 hari. Tinggi 29 meter dan lebar 9 meter. 
Sumber : Sini 
Jadi berhentilah merasa diri tu besar , diri tu megah sebab sebenarnya kita ni cuma kecil , kerdil di atas muka bumi ni :)
Suka ? Boleh like :)



Saturday, July 21, 2012

SENTAP HATI NI NYAH (BUKAK MATA LUAS-LUAS :P)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ada orang tanya aku 

' Weh Unisza tu kolej swasta kan ? '
' Eh mana ada , Unisza tu Universiti kerajaan lah '
' Hah yeke ? lah aku ingat kolej swasta '

Adik aku pergi mengaji , lepastu ustazah mengaji tu tanya adik aku yang aku ni dapat Universiti mana

' BangLang,tadi makcik tu tanya hang dapat Universiti mana, lepas tu dia kata Unisza tu kolej swasta '
' Hah banyaklah hang kolej swasta . Universiti kerajaan lah '

Then kawan aku call sempena dia dapat free call dari dear maxis (birthday) and memang tak lah dia tak tanya aku dapat Universiti mana 

' Lep , kau dapat mana ? '
' Unisza '
' Eh kolej swasta tu weh '
' Banyaklah kau punya swasta , kerajaan lah weh ! '
' hah yeke ?? alamak sorry '

Aku jadi begitu , begitu dan begitu bingung kenapa dorang nak cakap yang Unisza ni kolej swasta ? Ke dorang ni actually tak tahu yang Malaysia ni ada berpuluh universiti kerajaan dan Unisza ni adalah salah satu universiti kerajaan . so mana nya swasta oi ? haha

Aku faham . yea aku faham

Terletak di terengganu mungkin faktor Universiti ni tidak terlalu popular di kalangan masyarakat sekeliling aku . Yang ada dalam fikiran dorang UM , UPM , UKM , USM . So aku takboleh lah nak salahkan dorang dalam hal ni . Apa yang dorang taktahu aku bagitahu , apa yang aku tahu aku sebarkan :)

So berbalik pada entry ni . Aku dengan niat begitu kudus suci mulus tulus nak bercerita sedikit tentang info-info yang berkaitan dengan Unisza ni . Semoga takde lah lagi orang bagitau aku bahawasanya Unisza ni adalah kolej swasta . Sentap hati mak nak oi -.- lol

SEJARAH UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN 




Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat Negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Bermula dengan pengumuman daripada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005 sehingga perlantikan Dato' Profesor Dr. Alias bin Daud sebagai Naib Canselor yang pertama pada 1 Januari 2006, maka bermulalah proses operasi Universiti Sultan Zainal Abidin dengan motto "Ilmu Demi Faedah Insan".

VISI , MISI DAN MOTTO UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN 

VISI
Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) berhasrat untuk menjadi institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.

MISI
Universiti Sultan Zainal Abidin akan menonjol dan mengasah bakat bakal pemimpin dalam pelbagai bidang menerusi usaha merekayasa ilmu, menggalakkan ketulusan keterbukaan, menanam sikap pertanggungjawaban dan menghargai kepelbagaian untuk menafaat manusiawi.

MOTTO
Ilmu Demi Faedah Insan
(Knowledge for the Benefit of Humanity)

KEDUDUKAN UNISZA KAMPUS GONG BADAK (tempat aku)


Korang nampak tak kampus aku tu bersebelahan ehh berdekatan dengan laut . Di samping stress-stress study , boleh jugak aku fly keluar pergi laut . Aku ni jarang sangat turun laut weh . Kan best tempat aku ni , dah lah dekat dengan laut , boleh makan keropok lekor cicah sos kat persisir laut . Mohon jeles sekarang >.<

Ini kampus Kota (Bukan tempat aku haha)

Kampus ni dalam proses penyempurnaan 

Jadi kemon guys , bukak mata luas-luas sikit . Ingat terengganu ni takde Universiti yang awesome ke ? Hehe bukan setakat awesome , insyaAllah tak lama lagi mungkin Universiti ni akan menjadi antara Universiti yang top di Malaysia . Amin ^^

Ini entry-entry berkaitan dengan Unisza . 

Takde apa yang aku harapkan dari korang cuma satu je , doakan kejayaan aku bila aku dah start menjadi mahasiswa ni . Semoga segala urusan aku dipermudahkan . Semoga aku dapat mencapai targert 3.75 untuk setiap sem . Aku nak dapat biasiswa , tak larat dah aku nak susahkan mak ayah aku cari duit untuk aku sambung belajar . Biarlah aku bukti kan kat dorang yang aku mampu berjaya macam anak-anak orang lain . InsyaAllah :)

Nantikan susulan entry berkaitan Unisza untuk tatapan korang !! muahaha (gelak kejam :p)


' ILMU DEMI FAEDAH INSAN '


Terima kasih sudi baca , like lah sikit \(^^)/



Tuesday, July 17, 2012

FEFEELING 'MAKANG'

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ini adalah entry kesinambungan kepada entry ini . Saje update lambat-lambat nak bagi korang tak terlepas maklumat yang terkini dari aku . HAHAHA ( gelak jahat )

seperti yang dah sedia maklum , hencek haikal bakal melanjutkan pelajaran beliau selama empat tahun di salah sebuah Universiti yang terkemukas di Malaysia ni . Kalau dulu beliau sanggup merentasi bukit bakau sawah menghijau sehingga sampai ke perlis , kali ini beliau akan merentasi lautan indah masjid-masjid ternama dan juga sempat kot nak makan keropok lekor cicah sos manis tepi jalan sambil makan budu . haha :p Ni kalau lepas empat tahun dah boleh bukak kelas tuisyen kat Johor mengajar anak johor bahasa terengganu . Mau tak masyuk . er -.-'

Sekarang ni kalau jumpa kawan-kawan tepi jalan walhal tepi longkang sekali pun pasti soalan pertama yang terpacul di bibir-bibir mungil mereka ' Wei dapat Uni mana ? ' dan dengan tanpa segan silu kedaung jawab lah ' Guwa dapat Unisza beb terengganu tu beb ! Makang kopong Losong sokmo ' *hodoh sangat lah pulak bahasa aku *

Ada kawan yang sungguh dari semenanjung ni kena terbang ke sarawak , sabah . Amboi ni kes kena buang negeri ke apa ? hehe gurau je . Actually best lah kalau dapat study jauh-jauh ni especially kalau dapat sabah dan sarawak sebab bukan senang or bukan selalu kita nak pergi sana . Kesempatan ni dah dapat apa lagi , cari awek sabah bha ! hahaha :p antara kawan-kawan belogger yang hensem yang dapat Universiti over the sea yang aku kenal adalah Zharif Azis dan Ameerul Ashraff . Takpe sorang dapat Unimas sorang lagi dapat UMS so nanti masing-masing update lah pasal sarawak sorang pasal sabah sorang dan pasal terengganu sorang . Baru boleh buat team ! :D

So bermulalah beberapa misi yang perlu diselesaikan antaranya melengkapkan borang-borang berkaitan , kena buat medical check up , bayar yuran kat bank islam , buat permohonan biasiswa / pinjaman dan sebagainya . Agak banyak dia punya syarat-syarat nak kena selesaikan tu tapi takpe insyaAllah aku boleh buat punya :)


Mak aku cakap ' Cantik logo Unisza ni '



Ngeri jugak bila tengok kos aku ni , empat tahun weh  . Lagi ngeri bila tengok yuran yang kena bayar . hahaha tapi takpe PTPTN kan ada :p 

Like lah kalau suka . jangan lupa komen sekali :) 

Thursday, July 12, 2012

TAHNIAH ANDA DITAWARKAN PROGRAM ...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi-pagi bangun dengan ayaq liuq basi lekat kat mulut teruih bukak pc teruih on internet teruih bukak page Http://upu.mohe.gov.my ( Boleh check sini -> http://intake.utm.my/semakan/?menu=stpm ) . Ni semua sebab nak check dapat Uni mana untuk sambung degree . Cehhh kemain eksaited nak tengok dalam hati gila dup dap dup dap kot . Mak aku yang sememangnya dah bangun pun menunjukkan keterujaan yang terlampau bila nak tahu result aku . Siap duduk belakang aku semata nak tahu . Gila berdebar kot masa nak masukkan No IC dengan No Matrik . HAHA

PAP !

Tahniah dear Aliff Haikal bla bla bla blaaaaaa 


Okay pekung di dada dah dipecahkan . maka terbongkarlah rahsia dunia aku . HAHA Tapi aku tak faham kenapa mak aku yang teruja benor ? -.-

Oh Unisza kat Terengganu kan ? Eh Ganu SOkmooooooo ! Tak sangka pulak aku akan dapat Unisza ni , padahal tak terlintas di sanubari nak masuk sana . Dok doa cakap ' Nak UPM Nak UPM Nak UPM ' tapi tup tap dapat Unisza . HAHA betul lah kan ' Apa yang kita nak tak dapat yang kita taknak tu lah yang kita dapat '

So far aku takde lah nak memberontak sangat , aku bersyukur sebab walau dapat Unisza aku still boleh further dalam akaun . Macam kawan aku , dia memang nak UiTM sangat-sangat-sangat dan dia dapat tapi bukan course yang dia nak . So achaner tu ? Lebih baik dapat Uni yang aku tak terfikir nak masuk dari dapat Course yang aku taknak masuk . hehe 

Apa-apa pun tahniah kepada kawan-kawan Kolej Matrikulasi Perlis 11/12 yang baru tahu dapat mana . Alhamdulillah kita akan sambung jugak degree . Semoga berjaya ye kawan-kawan :) Bytheway , see you at unisza for who got it ! ^^,

Hello gang ! siapa dapat Unisza jugak meh bagitau cek mana tau boleh buat gang before masuk :p

Ni unisza ni pilihan ketiga ni Alhamdulillah 

P/s : Hai orang terengganu ! Hai orang Unisza ! banyak kerja ni nak kena research Unisza bagai , so sesiapa yang pernah belajar kat Unisza boleh tak kita adakan sedikit perbincangan KAHKAHKAH Okay :p

SELATAN -> UTARA -> TIMUR 

Kalau suka boleh lah like :D

Wednesday, July 11, 2012

IQRA' ! BACALAH ! (PART 1)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

artikel ini disebarkan untuk maklumat umat Islam di luar sana . Petikan artikel diperolehi daripada http://www.facebook.com/SyukurYaAllah
Semoga bermanfaat kepada semua dan ingatlah bahawa setiap muslim di dalam dunia ini adalah khalifah dan sebarkanlah ilmu islam kepada seluruh dunia . Allahuakbar 

TAHUKAH KITA, BAHAWA KITA TELAH DIPERBODOHKAN OLEH YAHUDI?

Tahu jenis potongan daging kambing? Sedarkah kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi?

1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Cola dan Pepsi-Cola.

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
 



Sesungguhnya yang baik itu semua dari Allah dan segala yang buruk adalah dari kelemahan diri sendiri :)
Like dan share lah kepada rakan-rakan anda . sekian .



Monday, July 9, 2012

NAMPAK MACAM MARAH TAK ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sejak kebelakangan ni , aku dah jarang sangat update entry dalam blog ni . Boleh dikatakan seminggu sekali aku update . Itu pun kalau still rasa bersemangat nak mengupdate entry . Kalau tak memang terbiar je lah dengan entry lama dalam blog . 

Ini bukan sebab penyakit malas yang menimpa diri . Tapi ini semua berpunca dari mood tak menentu . Aku taktahu lah kalau aku ni jenis yang kuat merungut or what ever . Tapi sejak aku start kerja , aku dah jarang update entry . Bayangkan aku balik kerja je asyik penat - penat - penat . Balik pulak pukul 10 malam , itu belum kira tolak tambah darab bahagi waktu merempit atas jalan , paling koman pukul 10:30 baru sampai rumah . Tu belum kira kalau balik dari kerja je aku kena bersihkan najis Ninie dalam sangkar , buat kerja tu buat kerja ni . Balik rumah je aku selalu merungut penat , kadang-kadang aku mengamuk bila balik sebab aku penat sangat . Kenapa dengan aku ni ? Mak aku pun tegur dengan perubahan aku 

Ni belum kira keadaan kat tempat kerja . For korang punya information , aku kerja kat gerai jual makanan dalam mall . Standard macam kiosk-kiosk kecil kat mall lah . Kerja aku ? Memasak , membasuh , melayan , menyusun , mengemas dan tak lupa mengFacebook . Aku penat layan kerenah customer ni , ada customer yang okay ada customer yang aku rasa macam nak baling taik kat muka dia . Tak boleh ke kalau kau (kastemer) duduk diam-diam depan gerai aku then order then tengok je aku buat kerja , tak payah nak komen-komen bagai dan tolonglah bersabar . Naik geram aku tengok bila ada kastemer yang jenis tak de sifat sabar ni , bukan setakat cina , melayu dengan india pun naik sama ! lagi-lagi cina . Haish kalau aku ada lesen besar nak maki kastemer , dah lama dah aku buat cuma fikir aku ni pekerja je kalau aku boss memang silap besar kastemer macam tu . Ramai je kastemer yang complaint ' Eh mahal nya makanan kat sini , kalau beli kat luar murah je ' , ni aku nak bagitau kat sesiapa yang rasa macam suka sangat mengomen ni , kalau rasa makanan tu mahal takpayah beli dan kalau taknak beli takpayah bising pasal harga . Dalam mall , kitorang kena consider tentang sewa , sewa yang mahal membuatkan harga makanan jadi mahal . So kalau nak compare dengan makanan kat luar , memang jauh beza langit dengan bumi . Kat luar tapak takpayah sewa , cari tepi jalan kau bukak lah gerai lepas tu jual makan seposen satu confirm laku sebab kau takpayah nak consider harga sewa . Aku ni dah lah penat dengan kerja-kerja kat situ , ni spesies-spesies kastemer yang tak faham bahasa mintak penampar . Tapi aku watcool je , selagi aku boleh senyum aku senyum . Kalau aku tak senyum tolong jangan tanya kenapa okay . Aku faham jiwa nurani seorang kastemer ni sebab aku pun sebenarnya seorang kastemer jugak , tapi tolonglah jangan nak banyak songeh . Pekerja tu pun seorang manusia , kang tak memasal kena baling telur baru tahu nak diam . kan ? hehe :p

Maybe aku akan berhenti kerja dalam bulan ni maybe seminggu puasa then berhenti . Bukan apa , aku dah penat lah . Daripada pahala puasa aku berkurangan sebab kot-kot jual makanan kat orang yang ponteng puasa , baik aku berhenti kan . HAHA tak lah gurau je . Ni semua sebab masa puasa aku rasa masa tu lah waktu yang sesuai untuk lebihkan beribadat . InsyaAllah :)

Jumaat ni result UPU nak keluar . Agak-agak aku dapat Universiti mana ek ? Ya Allah tawakal je sekarang ni . Semoga apa yang aku perolehi , mampu menjadikan aku manusia yang berjaya kelak insyaAllah . Nak bela nasib keluarga . Nak harumkan nama keluarga . "Anak cik sari tu akauntan ek" " anak encik Din tu akauntan bank negara malaysia kan , wah pandai mak ayah dia didik " InsyaAllah ^^,

INILAH MUKA YANG MENAHAN SABAR KARENAH CUSTOMER ^^,

DIA MAMPU MEMBERIKAN SENYUMAN CUKUP PELASTIK

SEMANIS GULA AMBOI

Time study kau sibuk nak kerja
Time kerja kau sibuk pulak nak study 
-Pantun gila- 

Saturday, July 7, 2012

IBAH LATIFF . SIAPA DIA ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kenapa ? kenapa ? tahap kemalasan menguasai diri tatkala kepala hotok menimbun dengan idea nak menaip entry . Tapi di saat otak dikerah sehabis mungkin , vitamin M dan syaiton nirojim kuat menghasut jangan update belog . Oh mengapa begitu dengki encik Syaiton nirojim terhadap hamba ? Meh hembus dengan ayat kursi mau jatuh terjelupuk mati barangkali . hehe 

Kita teruskan hari ini dengan entry mempromosi dan berjalan-jalan sambil hirup udara rumah sendiri kat blog Cik Ibah Panda  . Eh kenapa nama Panda ? erk Panda tu kan binatang yang besar gedabak dengan mata hitam putihnya yang comel gila babeng yang jadi bahan bualan remaja sebagai simbolik mata manusia tak cukup tidur . Contoh kalau si A suka tidur lambat nanti si B ejek ' Ahhhh Si A mata panda! ' begitulah sinopsis cerita panda sekian mohon tidur . HAHA


Kita berbalik kepada pangkal jalan ye kawan-kawan

Ibah Panda stand for Noor Adibah yang susweet macam panda kot , kalau korang nak tahu actually aku baru je berkenalan dengan Ibah ni since dia masuk segmen aku yang  tak seberapa nak awesome suatu ketika dahulu . HAHA ni semua sebab DRC yang invited Ibah suruh join . Kalau tak mesti aku tak kenal ' ehh siapa Ibah panda ni ? Panda kah dia ? ' haa lebih kurang macam tu lah kot . hehe Ibah ni dah kira standard kakak dah bagi aku sebab umur dia pun dah 21 tahun berbanding dengan hencek haikal yang maintain muda walaupun umur dah serupa macam nak naik bangka dah . HAHA 

Aku tak sangka pulak yang akak Ibah ni sebenarnya satu tempat dengan Alia Rahmat (entry review suatu ketika dahulu) kat UiTM Segamat . Aloooo dah dekat sangat dah dengan Kluang tempat bermastautin aku ni ha . Amboii kemain eh orang-orang UiTM segamat pakat buat belog hekhekhek tak hajak pun budak kluang join komuniti ek . 

Sedikit info yang aku perolehi , ayah Ibah sendiri kalau korang nak tahu (kalau taknak tahu takpe sila abaikan perenggan ni :p ) pernah mengajar Najwa Latif dalam bermain alat-alat muzik , mengajar vocal dan sebagainya sebab ayah Ibah ni dulu pernah mengajar Muzik kat Poli batu pahat . Memang dah kena sangat Najwa Latif dengan A.Latiff (Ayah Ibah) Hehe . Tak sangka kan ? Ibah , cakap kat Najwa latif kita minat dia sangat-sangat ! hahaha *sorok muka bawah bantal*

Eh kebetulan hari ni update pasal Kak Ibah Latif ni teringat yang aku actually baru je petang tadi pergi majlis kahwin abang dia . Wohoooooooo mohon jeles sekarang sebab guwa dapat jumpa Ibah Latif youalls . kau hado ? hahaha Ni lah sebab utama nya nak update pasal Ibah . Tapi kalau tak pergi kenduri kahwin abang Ibah pun aku akan update pasal blog dia tapi kena tunggu turn lah ek . hehe Wah tak sangka kan dari kawan blogging akhirnya boleh jadi kawan dah kita ni Ibah :) Thanks tadi jemput datang majlis kenduri abang Ibah . Tak sangka jugak dapat jumpa dengan blogger Cik tetra !!! Ibah Latiff dengan Cik tetra tinggi , hencek haikal pendek tapi sikit je beza ketinggiannya :p 


Hencek Haikal ( kelakarnya mukaaaa >.< ) . Ibah Latiff . Cik tetra 

InsyaAllah semoga ikatan persahabatan ni terjalin selamanya ye dak Ibah ? haha Haaaa lupa nak cakap , kalau nak kenal lebih lanjut dengan Ibah latif ni , mana lah nak tahu tetiba ada hati nak belajar alat muzik dengan ayah Ibah ke semata-mata si najwa latif tu pernah belajar jugak kan , Boleh lah follow Cik Ibah ni melalui twitter dia ---> Ibah Panda 

Cepat cepat terjah blog Ibah dan follow Ibah di twitter ! Jangan lambat ! hehehe

Suka boleh like , tak suka pun like je lah :3

Monday, July 2, 2012

TOLONG! KAMI KELIRU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Di sebuah Mall yang indah , bercahaya dan sejuk berhawa dingin . Sedang berjalan si putera raja bersama si puteri raja untuk melihat keindahan sebuah mall yang katanya Shopping like a city . Sedang asyik berbicara si putera raja ternampak sebuah kedai makan yang cantik . Kebetulan perut beliau ketika itu sangat lapar dan berbunyik-bunyik sudah . Lalu mengajak si puteri raja berhenti untuk mengambil santapan perut di kedai tersebut .  Di dalam kedai tersebut terdapat beberapa pekerja melayu yang segak berpakaian t-shirt tertera nama kedai tersebut sedang sibuk melayan karenah-karenah kastemer yang datang untuk makan. Sesampainya putera dan puteri raja ke kedai tersebut,mereka disambut penuh ramah oleh seorang cina yang menerangkan tentang konsep kedai tersebut . Maka hairanlah si putera raja dan bertanya kepada cina tersebut 

'Ahmoi Meili , Kat sini halal tak ?'

'Halal maaa , No Pork No Lard maaa'

'Tapi mana cop halal dari Jakim or Whatever dari mana-mana pejabat agama ?'

'Ayooo ini manyak halal ma , No Pork No Lard '

'Okay tenkiu ahh amoi , tak jadi makan . chiao moi '




Lambakan sekarang aku tengok , kedai-kedai cina especially kat dalam mall tak tampal pun tanda halal yang disahkan oleh Jakim untuk menandakan makanan dari kedai dorang halal . It seems like dorang membodohkan orang islam dengan membeli barang dorang . Aku takut dengan perkataan ' No Pork No Lard ' sudah membuatkan orang-orang islam fikir ' Ohhhh takde babi ni mesti halal ' but korang taktahu kan apa yang dia pegang before and after . Walaupun ada yang cakap ' Ehhh tu orang melayu siap pakai tudung lagi yang jadi waiters tu mestilah tempat tu halal ' tapi bagi aku that not a license untuk korang anggap kedai cina tu halal . 

Adakah sumber dia dapatkan modal tu halal ? Adakah dia dapat bahan mentah dari cara yang halal ? Nak cakap orang melayu islam yang kerja memang lah sebab dorang cuma berdiri atas nama 'Pekerja' Tapi kita ni sebagai pelanggan yang nak makan hasil dari jualan dorang . Jadi salahkah kita pertikaikan halal ke tidak ?

Mereka (pengusaha kedai makan non-muslim) perlu menitik beratkan soal ni , cuba dapatkan sijil halal dari pihak jabatan agama islam yang berkaitan . Tolong usaha sikit . Jangan kelirukan kami .Dan minta tolong jabatan agama islam berkaitan segera membuat pantauan supaya kami orang islam tidak tertipu dengan helah mereka kononnya Tiada Babi Tiada Lemak Babi ini . 

Kadang aku kecewa tengok orang islam sekarang seolah pandang enteng kepada benda yang halal :"(

'Janganlah kamu memakan dari sumber yang kamu meraguinya'

Logo Halal yang sah 

Terima kasih sudi baca,Like sikit :)