THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Monday, April 30, 2012

TANAM ANGGUR KE TERNAK LEMAK ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

benar kata pujangga  SETIAP PERTEMUAN ADA PERPISAHAN

kita berjumpa kerana Allah , maka kita berpisah juga kerana Allah 

actually mengambil masa yang agak lama nak mengupdate blog pasal ni sebab balik je dari kolej terus pergi kampung kat pulau pinang , kat sana laptop dengan internet memang ada , tapi entah mood nak mengarang tu tiba-tiba hidup segan mati takmau . haha lebih kurang macam tu lah kot :p

23.may.2011 tarikh aku rasa sebak gila nak tinggalkan kehidupan yang serba serbi indah kat johor , rasa macam taknak je masuk kolej ni sebab jauh sangat , okay bukan jauh sangat memang jauh walau dalam Malaysia . haha so first day mendaftar aku rasa macam kosong , yelah aku seriously first time hidup asrama , first time hidup jauh-jauh dengan keluarga and first time jumpa roomate orang asing . sort of tak kenal lah . haha so mula-mula tu rasa janggal and rasa macam ' nak balik boleh tak ? ' ' nak study kat KMJ boleh tak ? ' tapi Alhamdulillah aku bertahan jugak hidup kat sana selama setahun ^..^

26.april.2012 pulak tarikh keramat sebab dah kena tinggalkan kolej , heyyy rasa macam baru semalam je 23.may.2011 , rasa macam baru semalam je kenal dengan roomate , rasa macam baru semalam je hidup jejauh and jangan nak rasa macam baru semalam lah hencek haikal =..= tarikh tersebut last paper untuk final exam , paper ekonomi yang memang agak membunuh mood nak balik , tapi Alhamdulillah soalan dia tak susah mana semacam paper math . sakit hati je dengan soalan paper math . berserah pada takdir yang Maha Esa :"(


habis paper je terus keluar dewan sebab nak photoshoot dengan kawan-kawan buat kali terakhir , photoshoot dengan yang istimewa sebab lepas ni dah jarang jumpa , okay sangat >,< rasa sedih nak tinggalkan semua kenangan dekat kolej ni , tapi apakan daya , bukannya boleh bawak balik pun kolej tu letak sebelah rumah . kau ingat kau The Avengers ? haha tengah-tengah ambil gambar tu,tiba-tiba makcik call cakap dia dah nak sampai kat kolej , aku pun macam WHAT! , awal gila kot nak sampai . dengan keadaan barang tak kemas lagi and everything berterabur . aku apa lagi , berlari balik bilik . sumpah kelam kabut masa tu . makcik ambil awal sangat T..T tak sempat nak bergambar dengan kawan-kawan lain , Alhamdulillah sempat ambil dengan roomate tersayang dan jiran-mate tercinta :p 


nanti ada satu lagi cerita malang aku . stay tuned ........




pose ala-ala nak promote pintu gerbang kolej . okay kalau perlukan khidmat model tak hensem ni , sila Direct Message kat @HencekHaikal . haha #promotetwitternampak


Perlis pada pagi hari terakhir , serious kami sebilik bangun awal pagi tu , menikmati pagi terakhir kat perlis yang nyaman dan kehijauan :)



kalau nak tahu , kami gelar kucing ni sebagai ' PENJAGA BLOK C2 ( AL-BIRUNI ) ' sebab kucing ni setia menjaga blok kitorang tak kira masa . hairan betul kucing ni siap boleh beranak pinak kat blok kami , tapi kucing tetap teguh dan utuh setia di blog kami . kucing kebanggan blok c2 :) comel ke idak ?


half of class aku , assume ni perjumpaan terakhir kelas sambil makan-makan and sedih ada beberapa orang tak dapat join . sokay maybe mereka ada hal . Khairul Azwan siap sediakan beberapa anugerah untuk diberikan kepada setiap classmates beliau . sangat kreatif sebab aku tak terfikir pun nak buat macam tu sebagai tanda ingatan . syabas Kerol ! . aku dapat ' PERAMAH BUDDIE ' . peramah ke ? =..=



heart mereka :) ini lah roomates kesayangan aku , dari kiri Ahmad Muzammel , Muhfudli Sahli, Farisyah dan Aliff Haikal . ini kiranya aktiviti bersama untuk kali terakhir , kemas-kemas bilik , basuh apa yang patut , buang apa yang tak perlu , last-last kitorang main ping-pong . thanks sebab ajar aku main ping-pong . bukan senang nak ajar orang tak reti main ping-pong ni . HAHA sabar jelah :p


Ahmad Muzammel dan Farisyah :")



ini adalah scene di saat-saat terakhir sebelum paper ekonomi menerjah minda . sempat ambil gambar sebab rasanya waktu ni memang dah takkan kembali . lihatlah muka-muka suci pelajar kolej matrikulasi perlis yang diragui tahap kesuciannya . haha okay gurau je :)



 SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KAMI DAN BERILAH KEJAYAAN KEPADA KAMI . AMIN



who is she ? if you stalk me , then you will knew who  :p


bersama Syimir . nasib baik dia datang aras aku , sempat bergambar kalau tak memang tak sempat sebab rushing sangat 



Muhfudli Sahli , first roomate yang keluar dari bilik , cepat gila beliau nak balik . amboi tak sabar . kesian Ahmad Muzammel tak dapat nak peluk cium kau depp T..T
maaf kerana seksi >,<



Mohd Ariffuddin yang kami semua gelar sebagai Ebi Yus sebab muka dia mirip Ebi . HEhe memang kena kejar dengan parang lah kalau dia baca entry ni . Ahhh peduli apa , aku kat johor dia kat kedah ;p bytheway  dia lah orang pertama yang aku tegur waktu pendaftaran masuk kolej gara-gara aku tak bawak pen , Alhamdulillah bilik sebelah-sebelah je . Haha 



Khairul Nizam jiran bilik sebelah . satu roomate dengan Ebi Yus 


soalan cepumas . siapa lagi hensem ? Aliff ke Haikal ? HAHA joking muka aku penuh dengan kebahagiaan. Dari kiri tu seperti anda kenal Ebi Yus :p , Afiq Comel dan Najwa Letup . eh taklah nama dia Izdi Aqilah , muka dia iras Najwa Latif :)



bersyukur sebab dapat bergambar dengan artis-artis twitter . hehe kalau nak follow mereka pun boleh , apa salahnya :) @DyanaZmeera dan @Nia_Zahirah . terima kasih sebab layan peminat :p


ini semua adalah geng-geng twitter . kami bersembang di twitter , kami bincang tentang isu semasa,isu bukan semasa malahan isu basi pun kami bincangkan =..= @dyanazmeera , @Nia_zahirah , @HencekHaikal , @Zatyluvlianncez , @AkifAryan .

malunya bergambar dengar beliau sebab beliau hot di kolej . awww HAHA mengada ahh Aliff . hai zaty rambit yang comel :p


Zaty cakap : ' ahh muka dua-dua nak suci je ' 
Aku cakap : ' ehh memang suci okay ' 
JOM GELAK haha


Dyana Azmeera macam supermodel :)

kisah tragis ni lah yang aku nak ceritakan kat korang semua . macam mana boleh jadi macam ni sekali ? screen pecah kot . HAHA okay waktu tengah kemas-kemas barang semua nak packing masuk bag masuk kotak , henset ni tak habis-habis nak berbunyi , aku ni jenis cepat stress , seriously bila kau tengah kelam kabut packing barang lepas tu henset kau pulak asyik berdering je tak rasa macam menyirap ke ? so lepas tu aku memang panas masa tu aku baling henset ni atas lantai . untuk seketika aku puas . terus senyap phone tu . tapi berapa lama lepas tu aku check tengok balik handphone ni and hasil nya . menangis tak berlagu aku masa tu . rasa menyesal gila babeng pun ada . kenapa lah aku takboleh nak kawal marah aku . kenapa ? kenapa ? T..T so sekarang aku terpaksa guna satu phone je sementara nak dapatkan phone cekedis rm50+.nak cari yang murah macam henset tiga seposen tu,aku rasa baling pun at least tak berkecai macam phone ni kot . sekarang aku menyesal . haishh nasi dah jadi makanan ayam , nak buat macam mana .

dear katil . i will miss you :")

dear classmates . yeah i'll gonna miss all of you :")

hug KMP ketat-ketat LOL 
cuba cari aku kat situ , kalau siapa jumpa, aku bagi rm10 :p sekian terima kasih 


maka tamatlah sudah riwayat hidup seorang pelajar matrikulasi menjadi seorang penternak lemak dan tahi mata yang berjaya di rumah . Yahooooo rasa bebas . ehhh tak lah bebas sangat sebab bulan 9 dah sambung degree InsyaAllah :') doakan aku berjaya . doakan semua kawan-kawan aku berjaya . amin ya rabbal-alamin .

sebelum tamat membaca . tahukah anda bahawa SEGMEN ANJURAN BLOG INI MASIH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA . so mari lah ramai-ramai join SEGMEN:MY FIRST ENTRY IS AWESOME ! kerana akan ditawarkan hadiah yang lumayan ....... ayooooooo 

kalau suka entry ni , bolehlah like :)

Saturday, April 28, 2012

SENARAI PESERTA SEGMEN: MY FIRST ENTRY IS AWESOME !

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

maaf maaf sebab tak berapa nak fokus dalam segmen sendiri , haha bukan apa , minggu tu final exam so masa dilebihkan pada study dan study . maaf kalau aku belum terjah entry korang . aku tahu entry korang awesome ! so sekarang nak update senarai perserta segmen ni . harap makin bertambahlah peserta dari masa ke masa . bytheway , HADIAH akan di update minggu depan ! wehuuuuuuuuu teruja tak teruja tak ? haha :p

  1. AMER CORNER ( HIS FIRST'S ENTRY ! )
  2. CIK NANI ( HER FIRST'S ENTRY ! )
  3. SHAKIRA  ( HER FIRST'S ENTRY ! )
  4. MEE LOVATO ( HER FIRST'S ENTRY ! )
  5. DERIA RASA CERIA ( HIS FIRST'S ENTRY ! )
  6. FATSO CHAN ( HER FIRST'S ENTRY ! )
  7. IBAH ( HER FIRST'S ENTRY ! )
  8. SYAZZANNA  ( HER FIRST'S ENTRY ! )
  9. CIK TETRA ( HER FIRST'S ENTRY ! )
  10. ALIA RAHMAT ( HER FIRST'S ENTRY ! )
  11. NOR ASMIDA ( HER FIRST'S ENTRY ! )
  12. KING UNGU  ( HIS FIRST'S ENTRY ! )
  13. AMY HASHIMEEE ( HER FIRST'S ENTRY ! )
  14. KEKAPAS BERCELOTEH ( HER FIRST'S ENTRY ! )
  15. KISAH KITA JE ( HIS FIRST ENTRY ! )
  16.  SHEILA EIMAN 
  17. JAL ( HIS FIRST'S ENTRY ! )
  18. KAK NIDA ( HER FIRST'S ENTRY ! )
  19. FARRAH ( HER FIRST'S ENTRY ! )
  20. IEKA ( HER FIRST'S ENTRY ! )
  21. AROL MUBIN ( HIS FIRST'S ENTRY ! )
  22. PHOENIX ( HIS FIRTS'S ENTRY ! )

Tuesday, April 17, 2012

3 JANJI ( PROMISES )


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

di hening hari , kipas bergerak pantas , angin meniup-niup , tangan geligat menaip entry , kedengaran suara orang sedang bermain pin-pong di luar dan baru aku sedar yang aku menaip di sebalik pintu , oh ini lah cara kami ingin mendapatkan line stremyx dengan lajunya seperti kuda yang sedang berlumba . HAHA

maaf dan maaf

blog agak lama tak ber-update , entry yang latest pasal sedih sedan , kesian siapa yang masuk blog bila tekan out pakat nangis ramai-ramai . oh kesiannya hampaa semuaaa :p bukan malas nak update mahupun lazy , cuma busy . yeahh busy dengan final exam yang sedang berjalan walaupun final exam sebenarnya tiada kaki untuk berjalan ye dak ? HAHA gelak sikit

idea memang banyak tapi nak ekspresikan tu yang payah , faham dak ?

mana tak payah nya , aset berharga telah tidak boleh berfungsi . umpama mayat hidup di dalam locker T,T sedih tidak kepalang bila tengok keadaan jenazah tu dalam locker . rasa macam nak hantar balik rumah je suruh mak dan ayah perbaiki , tapi sedarlah wahai aliff haikal bahawa masa anda tidak lah lama mana untuk pulang ke rumah . dua minggu lagi weeei :) so balik rumah je terus hantar jenazah tu untuk di baiki . phewit :3 direct to the point laptop aku rosak . dah jangan banyak tanya :p

' woi mana tiga janji kau ?? cerita ni aku taknak dengar punn ! '

' sabar - sabar - sabar - sabar hew hew hew '

dengan lafaz bismillah hiroh ma niro him maka janji yang aku nak cakap ni ialah.............

1) NAK BLOG-WALKING BEBANYAK BLOG DI MALAYSIA INI . NAK BACA ENTRY MEREKA DAN MELETAKKAN KOMEN DI COMMENT FORM

2) NAK FOLLOW BLOG-BLOG YANG MENARIK UNTUK DI FOLLOW

3) NAK FOLLOW BANYAK-BANYAK TWITTER-ian KAT MALAYSIA NI

4) NAK BUAT SATU SEGMEN DALAM MASA TERDEKAT NI ( eh kata tiga ? eh suka hati lah :p)

yeay dan insyaAllah aku akan tunaikan semua janji ( 3 janji yang teratas ) ni bilamana aku dah mula menetap kat rumah sambil menyumbangkan empat puluh peratus tahik mata dan akan berusaha untuk menghabiskan beras di rumah . HAHA kejinya perangai :p

by the way , sangat mengalukan kalau korang tinggalkan link-link blog korang untuk di blog walking oleh aku . secara tak langsung kalau aku berminat aku akan follow ! peluang keemasan kan ? hehe gurau je .

ada ke orang nak join segmen ala-ala contest aku nanti ek ? *.*

have nice day reading and moh lah like =>

Friday, April 13, 2012

CERITA NI CERITA SEDIH T.T

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

pernah tak korang menonton sebuah filem , yang memang mampu menmbuatkan air mata korang mengalir ? sebuah cerita yang memang penuh dengan emosi yang boleh buatkan semua orang sedih . babak di mana kekuatan emosi mampu meragut emosi kita sekali . pernah ?

hari ni semangat berkobar-kobar aku nak share satu cerita yang akhirnya membuatkan air mata lelaki aku jatuh * air mata ni stok nya memang susah nak cari * tapi telah diragut oleh filem ni . sumpah aku tak tipu . first of all , filem ni mula-mulanya kawan aku yang layan , okay dia pun terasa sebak tengok . so aku pun dengan megahnya cakap ' wei kasi aku tengok pulak , macam best je ' and ter copy lah cerita tu masuk dalam laptop aku . ingat lagi waktu tu aku layan malam , lepas mahgrib aku tengok . kawan-kawan lain semua pergi cafe cari makanan . so berbekalkan diri aku yang sorang ni dan keadaan bilik yang sunyi , aku pun try lah nak layan cerita ni .

aku tak tahu nak cakap apa

pertengahan cerita je aku dah sebak ( janganlah gelak >,< )

ada satu part , aku menangis

aku bukan cengeng wei . tapi babak tu meragut emosi aku , babak tu sangat menyentuh . bagaimana kasih sayang seorang anak terhadap ibunya yes babak tu berkaitan ibu dan aku menangis . maybe aku rindu mak aku . lepas tu pulak music dia takboleh nak blah . memang sedih .

cerita ni berkaitan tragedi tsunami yang berlaku di acheh pada tahun 2004 . tsunami yang meragut banyak nyawa dan banyak hidupan kat sana . dari keluarga yang harmoni tinggallah si suami dan seorang anaknya , dari anak yang lincah kini hanya mampu menonton kawan-kawannya bermain bola sepak , dari seorang jiran yang periang kini menjadi pendiam . yelah , tragedi tsunami pada 2004 memang dashat , kuasa Allah kan .

lepas tengok cerita ni , aku terfikir-fikir macam mana seorang anak kecil di acheh mampu mengharungi kehidupan seorang diri, nak cari makanan masyaAllah susahnya . sedangkan kat malaysia , masih ada yang tak bersyukur dengan kehidupan yang harmoni dan dilimpahi rezeki . kita di malaysia berebut-rebut nak pakai baju mahal , tapi di acheh mereka tak pernah kisah walau diberi baju buangan asalkan mereka dapat menutup tubuh mereka . kita di malaysia berlumba-lumba nak jadi kaya sehingga menindas orang lain , di acheh mereka tak pernah kisah asalkan mereka ada makanan untuk di makan . kita di malaysia bersaing nak menjadi pelajar yang cemerlang , mereka di acheh tidak kisah asalkan mereka mampu belajar ilmu agama Allah . banyaknya perbezaan kehidupan kita .

sinopsis ' HAFALAN SHALAT DELISA ' :

Delisa (Chantiq Schagerl) gadis kecil kebanyakan yang periang, tinggal di Lhok Nga desa kecil di pantai Aceh, mempunyai hidup yang indah. Sebagai anak bungsu dari keluarga Abi Usman (Reza Rahadian), Ayahnya bertugas di sebuah kapal tanker perusahaan minyak Internasional. Delisa sangat dekat dengan ibunya yang dia panggil Ummi (Nirina Zubir), serta ketiga kakaknya yaitu Fatimah (Ghina Salsabila), dan si kembar Aisyah (Reska Tania Apriadi) dan Zahra (Riska Tania Apriadi).

26 Desember 2004, Delisa bersama Ummi sedang bersiap menuju ujian praktek shalat ketika tiba-tiba terjadi gempa. Gempa yang cukup membuat ibu dan kakak-kakak Delisa ketakutan. Tiba-tiba tsunami menghantam, menggulung desa kecil mereka, menggulung sekolah mereka, dan menggulung tubuh kecil Delisa serta ratusan ribu lainnya di Aceh serta berbagai pelosok pantai di Asia Tenggara.

Delisa berhasil diselamatkan Prajurit Smith, setelah berhari-hari pingsan di cadas bukit. Sayangnya luka parah membuat kaki kanan Delisa harus diamputasi. Penderitaan Delisa menarik iba banyak orang. Prajurit Smith sempat ingin mengadopsi Delisa bila dia sebatang kara, tapi Abi Usman berhasil menemukan Delisa. Delisa bahagia berkumpul lagi dengan ayahnya, walaupun sedih mendengar kabar ketiga kakaknya telah pergi ke surga, dan Ummi belum ketahuan ada di mana.

Delisa bangkit, di tengah rasa sedih akibat kehilangan, di tengah rasa putus asa yang mendera Abi Usman dan juga orang-orang Aceh lainnya, Delisa telah menjadi malaikat kecil yang membagikan tawa di setiap kehadirannya. Walaupun terasa berat, Delisa telah mengajarkan bagaimana kesedihan bisa menjadi kekuatan untuk tetap bertahan. Walau air mata rasanya tak ingin berhenti mengalir, tapi Delisa mencoba memahami apa itu ikhlas, mengerjakan sesuatu tanpa mengharap balasan .


okaylah , aku dah layan ombak rindu, 7 petala cinta , tapi kurang feel . bila layan cerita ni , feel tu terlebih keluar pulak . kenapa ek ?haha maybe ada kekuatan cerita . lagipun cerita ni berkisarkan kasih sayang ibu bapa , hubungan kita dengan Tuhan dan kejadian alam yang memang sukar kita bayangkan . jom lah tonton cerita ni :)

berkaitan lagu soundtrack dia , SEDIH ! [ nah pi lah dengaq lagu ni ] AMARAN KERAS , KORANG KENA DENGAR WALAU MACAM MANA SEKALIPUN :)

btw filem ni boleh download kat link ni [ LINK 1 ] [ LINK 2 ] ATAU download kat youtube.com :)

dah-dah part sedih dah habis , pergi lah rasa kesedihan cerita ni ye

MALU NAK CAKAP , TAPI BABAK NI LAH YANG MERAGUT EMOSI DEN >,<

sedih tak ? kasi like sikit Y.Y

Tuesday, April 10, 2012

BEGITU KITA, MAKA BEGITULAH PEMIMPIN KITA (SHARE)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

artikel ni ditemui di dalam facebook . aku jadi begitu tertarik dengan artikel ni yang bagi aku sendiri secara peribadi sangat betul dengan kata-katanya . harap sangat korang akan baca dan tepuk dada tanya selera . ini bukan entry politik , cuma entry kesedaran . pis yo :)




Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0


Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.
Justify Full
Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus

2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam

3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna

4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan

5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab

6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama

7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga

8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?

anda suka ? boleh lah like :)

Sunday, April 8, 2012

SIAPA YANG BALAS TWEET SAYA ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

sambil-sambil melayan facebook dan twitter , otak kiri dan kanan geligat mencari idea untuk update blog . sampai satu tahap jadi blank . tapi last-last terfikir ' buat entry pasal twitter lah,facebook dah ' and terhasil lah entry ni . tepuk tangan sikit ! hehe

anda ! yee anda yang sedang baca entry ini sekarang . adakah anda sudah mencipta laman twitter anda sendiri ? tahukah anda bahawasanya twitter ni boleh tahan best jugee .

apa yang bestnye ? apa ? apa ? * cara nak carik gaduh *

bestlah sebab kita dapat berchatting dengan kawan-kawan dengan lebih dekat . kita dapat tweet-tweet dengan dorang . kita dapat update status kita seminit satu tanpa ada bebelan dari mana-mana pihak . di samping itu , kita dapat jugak nak berkenalan dengan artis-artis tanah air kita . kalau rasa nak berchatting pun boleh . aku hantar tweet kat dorang,hagham nak balas . lepas tu kita dapat follow orang tanpa limit , kita boleh dapat follower pun tanpa limit bukan macam facebook . amboi mengutuk facebook ye kamu . and the best is ! kita dapat ber-tweet-tweet dengan para blogger yang hebat-hebat ! haha part ni aku excited , kalau part artis tu aku tak berapa nak excited sangat sebab aku tahu kalau bagi tweet pun hagham jadah nak balas .okay kalau artis malaysia baca mau kena ban aku macam ni . aku follow ramai jugak blogger-blogger hebat , antaranya yuyu zulaikha,lyssa faizureen,ben ashaari,maria elena,arol mubin,daniel adie,hizami li,fikri,zharif azis dan ramaiiiiiiiii lagi aku follow . alhamdulillah bila aku hantar tweet dorang balas ! yeppiii tak macam artis malaysia . sekali lagi aku damn artis malaysia hahaha .

walaupun aku dah macam layan twitter lebih dari facebook , aku tetap sayang faeebook . facebook lah yang telah berjaya melonjakkan nama aku di persada seni tanah air ini . haktuihh . dan mana mungkin aku melupakan facebook sedemikian rupa . aku bukan nya kacang lupa nak pakai baju . tapi aku seorang yang menghargai . cewahhhh angkat bakul baju kotor masuk dalam mesin basuh sendiri nampak .

so mari lah kita beramai-ramai create twitter dan marilah kita bertweet ! tak sabar nak jumpa korang dalam twitter . cepat jangan lambat . nanti menyesal :p

beside that , aku nak kongsi beberapa info tentang twitter ni . boleh tak ? boleh sahaja !

1. TWEET adalah tempat untuk kita post apa-apa status
2. RETWEET sama seperti button share dalam facebook
3. FAVORITE sama seperli kita like status dalam facebook , kiranya kita suka tweet dia
4. FOLLOW kita follow dia
5. UNFOLLOW kita unfollow dia . hahaha gurau je

so happy ber-tweet-tweet ! jangan lupa follow @hencekHAIKAL

IKLAN SEBENTAR



terharu betul kak lyssa dengan kak yuyu reply tweet den . rasa macam nak baham je laptop depan mata ni bila nampak ni . hehe [ follow yuyu zulaikha ]


zharif azis tak sombong tau , dia balas semua twitter yang dilemparkan ke atas beliau , cuma beliau jarang online je . zharif , lepas ni kena rajin ! ramai peminat nak bertwitter dengan zharif ! hehe [ follow zharif ]


kak lyssa sangat sporting , serious aku tak tipu . tak percaya cuba lah follow and tweet kat dia , sumpah dia balas walau macam mana cara sekalipun . sayang kak lyssa muahmuah . okay lebih =.= [ follow lyssa faizureen ]


terkesima sebentar bila sorang lagi blogger famous reply tweet aku , terasa macam nak makan je tetikus depan mata ni . hehehe gurau je . cepat follow kakak ellie ! :) [ follow lilie ]


dia pun balas tweet aku . haha bangga tak terkira ohhh ! [ follow khairool ] [ blog ]


walaupun arol jarang online . tapi tweet aku tetap dibalas . oh sportingnya arol . hehe kat facebook pun sama , arol memang sporting gilaaaaaaaa [ follow arol ]


blogger kat kolej aku . aku baru perasan kewujudan blog dia . hehe and teryata tak kurang hebat jugak dia dalam dunia berblog ni ! :) [ follow zaty ] [ blog ]

kepada peng-like kat facebook mesti dah familiar dengan budak ni kan . hehe salah seorang twitterer yang famous dalam tweet . beliau sangat rajin membalas tweet aku :) [ follow panda ]

actually ramai lagi yang aku nak mention , tapi jenuh pulak nak mencari tu mencari ni semua . hehe maaf jangan ada yang berkecil hati , tak baik tau ^.^ . so kepada pembaca di luar sana , kalau dah ada twitter jangan lupa follow aku tau . kalau nak add kat facebook maaf kawan dah limit . sedih tau ! tak sabar nak bertweet dengan korang ! :)

have fun reading , kasi like sikit kalau suka :)

Saturday, April 7, 2012

EXAM KE ? eh TAKLAH PEPERIKSAAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

setiap yang hidup , pasti akan mati
setiap pertemuan , pasti akan ada perpisahan

menghitung detik demi detik , menanti hari yang bakal tiba . walau dilengahkan,walau dilupakan,walau dinafikan , hari tersebut pasti akan datang walau bagaimana cara sekalipun . sebagai manusia hanya perlu pasrah dan redha dengan ketentuan Illahi . betul kan :)

baru je 23/5/2011 aku jejakkan kaki ke perlis , tak sangka 26/4/2011 dah nak kembali pulang ke johor . rasanya baru semalam je ' hye ' kat roomate , sekarang dah nak 'bye' kat roomate . memang betul , tanpa dikira semakin laju berputar masa sehingga kita tidak sedar esok akan datang dan semalam akan pergi . banyak sangat kenangan terindah kat perlis ni , kalau lah semua kenangan tu boleh disimpan dalam kotak besar , dah lama dah aku simpan . hehe tapi apa-apa pun gambar ada , so bila balik johor nanti nak frame semua gambar kat matriks ni lah . setiap pagi boleh tersenyum ^.^

di kesempatan ini , aku nak minta beribu kemaafan kat reader[s],stalker[s],anonymous yang baca blog ni,mana lah tahu ada entry-entry aku menyinggu perasaan . sungguh tak sengaja T.T di samping tu , nak minta korang semua doakan kejayaan aku , doakan aku berjaya dalam peperiksaan dan hidup ye :) btw , mungkin tak update blog untuk dua minggu akan datang . harap maaf .



boleh lega sikit sebab first day exam english , tapi agak taff jugak the next paper . math . insyaAllah aku buat yang terbaik ! :)

exam tak berhenti start 23 haribulan . ya Allah berilah kekuatan kepada diriku



paper akaun hari rabu , 3 jam tu . memang panas lah bontot atas kerusi . semoga Allah permudahkan urusan . amin :)


peperiksaan tamat dan perjalanan di matrik berakhir :")


sungguh

hari-hari yang akan mendatang sangat tough bagi aku , dan saat ini tiada siapa dapat tolong aku kecual diri aku sendiri dan Allah . Allah ada bersama kita setiap masa insyaAllah . lepas dah habis matrik ni insyaAllah bulan 9 sambung degree . cepat betul masa berputar . hikhikhik apa-apa pun , segala apa yang kita rancang Dia tentukan .

pesanan : 24/4/2012 keputusan kemasukan matrikulasi sesi 2012/2013 akan diumumkan.boleh google lah laman kemasukan ke matrikulasi ye adik-adik

like lah kalau suka :)

Wednesday, April 4, 2012

TUTORIAL BANYAKKAN KOMEN DI ENTRI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

hai semua , hari ini hari yang sangaaaaaaat ceria . hari yang penuh dengan senyuman dan gelak tawa . kenapa ? sebab hari ini adalah hari terakhir masuk kuliah . minggu depan study week lepas tu exam lepas tu balik . sedih ? ada lah jugak . tapi chill lah der ! ahaha merapu sudah

hari ni aku nak tunjukkan sikit cara macam mana nak tukar kan comment form dari duduk bawah entry ke pop-up windows . maybe ada yang cakap benda ni remeh , tapi tahukah anda bahawa dewasa ini lambakan bloggers newbie telah muncul dengan banyaknya . and ada yang sesetengah tak tahu macam mana nak tukar kan comment form ke pop-up window . so aku nak ajar sikit lah macam mana nak tukar setting semua tu :) sebelum tu nak bagitahu dulu kebaikan kita guna pop-up window ni , secara tak langsung kita dah menyenangkan kerja pembaca blog kita yang nak komen entry kita . tak perlu lah dia susah payah tunggu page nak loading bila click untuk komen kalau kita guna pop up window , . menyenangkan orang adalah perkara yang sangat baik ! ^.^

review untuk pop-up window mesej kalau ada yang taktahu

1 - SIGN IN > DASHBOARD

2 - pilih SETTING ( rujuk gambar di bawah )



3 - COMMENT FORM PLACEMENT > POP-UP WINDOW (rujuk gambar bawah)


4 - kalau nak senangkan kerja orang lagi , apa kata NO untuk SHOW WORD VERIFICATION FOR COMMENTS ? hehe sebab jenis macam aku memang malas nak verify words ni , leceh =.=



5 - SAVE SETTING





senang kacang kan ? cepat-cepat lah tukar . nanti ramai yang nak komennnnn ! :P

suka ? boleh like >,<

Tuesday, April 3, 2012

MODEL IKLAN HENPON SAMSUNG

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

thanks kepada kawan aku si khairul azwan sebab dengan beraninya beliau menjadi jurugambar yang ekstreem untuk aku . haha bukan apa , aku ni jenis pantang jumpa kamera , bila dah jumpa , sorry to say aku taknak suruh ambil gambar . haha lagipun siapa suruh beli henset mahal-mahal kan ? :p kan dah kena . okay apa jenis henset yang kawan aku guna tu ? meh sini nak habaq kat hangpa semua . henset yang tercanggih abad ini maybe . SAMSUNG GALAXY S .

apa yang menarik tentang henset kawan aku ni adalah kamera dia yang cantik ditambah dengan application edit gambar yang menarik . aku bukan apa , cukup lah setakat henpon tu gambar dia cantik , aku dah chop henpon tu sangat berkualiti . that me >,< . post kali ini aku sengaja nak bagi korang semua muntah hijau tengok gambar-gambar hasil tangkapan guna kamera SAMSUNG GALAXY S yang besar gedabak . hekhekhek jangan marahhhhh :p

jom kita ber-roller coaster !


GAMBAR NI GAMBAR CANDID , WAKTU NI AKU TENGAH MAKAN . SEMPAT LAGI YE HEHE . EDIT KAT DALAM PHONE , MEMANG CANTIK :)


GAMBAR NI TAK EDIT . SEBAB AKU MALAS NAK EDIT . AKU RUSHING SANGAT . SILA LAH PERHATIKAN BETUL-BETUL JERAWAT YANG HENSEM TU :P


CLASSMATE :)


PROFILE PICTURE FACEBOOK . HAHA



MAAF SAYA CUBA BUAT MUKA COMEL . MAAF KALAU TAK MENJADI =,=



EDIT DALAM PHONE , SERIOUS CANTIK ! ^.^



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ! NO CAPTION



KAD MATRIK INI PUNYA GAMBAR SUDAH LAMA . DAH HAMPIR SETAHUN .



CUBA BUAT MUKA MACHO . SILA TERGODA ! SEKIAN

yeah so macam mana ? ada yang dah masuk hospital ke ? atau ada dah meleleh ? haha perasan gila =='

ada yang dah tertarik nak terai SAMSUNG GALAXY S ? boleh lah beli di kedai-kedai yang berhampiran . jangan cuba-cuba mintak kat aku . permintaan anda tidak akan dilayan . haha

SUKA ENTRY NI ? BOLEH LAH LIKE :)