THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Wednesday, November 30, 2011

PLEASE TAKE THIS NOTE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

hari ni dah hari khamis , tak sangka yang minggu depan result final exam sem 1
pheh gila tak berdebar kau . okay tujuan posting entry hari ni ialah aku nak cerita sikit keadaan yang kadang-kadang berlaku dalam kelas aku yang macam sedikit annoying . actually kejadian ni berlaku kat mana-mana pun , eventho sekolah sekali pun . so kalau yang terasa tu , mintak maaf awal-awal nahhh :P

#situasi satu

guru : ahmad , boleh kamu tolong bagitahu cikgu 4+4 berapa ?
ahmad : errr
tiba-tiba
amin : 8 cikgu!
aminah : 8
amirul : 8 lahh
tapi dalam masa yang sama ahmad tengah mengira
cikgu : woah ramainya ahmad dalam kelas ni ..

based on situasi kat atas ni , korang boleh tahu kan apa yang aku cuba nak maksudkan ?
kat sini , cikgu tu tanya ahmad , bukan amin or aminah or amirul tu
tapi kenapa dorang still nak jawabkan eventho ahmad tak bercakap lagi pun ,
cuba lah bagi peluang ahmad tu nak bercakap , aku kadang-kadang concern dengan benda ni dalam kelas aku , contoh macam kat atas tu lah .
entah , aku macam geram pun ada , biarlah student yang ditanya tu jawab walaupun dia tak tau jawapan , aku tau ramai yang pandai dalam kelas , tapi takpayah lah nak jawabkan bagi pihak seseorang tu . kalau betul pun dia memang taktahu langsung dan dah macam ular kena simbah dengan minyak gas , bisik lah kat telinga dia , tak perlu kot nak buat bising dalam kelas tu semata-mata nak tolong jawabkan . duduk diam atas kerusi sendiri sudahlah . so the conclusion is , jawab bila nama kita kena , bukan jawab bila nama orang yang kena . please :)

#situasi dua
razak : cikgu , macam mana nak tahu simbol lebih kecik ke lebih besar ke dalam soalan graph ? saya tak tahu lah nak tentukan macam mana cikgu ,
tiba-tiba
razif : kau ni , kan dia ada tulis dalam soalan nanti , kena faham betul2 lah ,
zariq : nanti dia bagi tau kat dalam soalan tu , kita cuma kena pastikan dia lebih besar ke lebih kecik , depends pada ayat .
lepas tu
razak : aku tanya cikgu , bukan tanya korang . =='

situasi dua tu memang annoying sangat , aku memang kadang-kadang tu macam kesian kat kawan kelas yang lain bila soalan yang sepatutnya cikgu jawab last kawan sendiri yang jawabkan . tak kisah kalau nak jawabkan , tapi kan lebih baik kalau cikgu tu sendiri yang terangkan , kalau ye pun dah faham tahap boleh buat seratuslapanpuluh soalan , duduk diam sudah lah and dengar penjelasan cikgu tu , kena lah sedar tak semua orang boleh faham macam apa yang kita faham . ada yang fast motion ada yang slow motion . so kalau memang dah expert tu hulur-hulur lah ilmu kat budak yang tak faham so nanti takpayah lah dia tanya dalam kelas then kawan dia sendiri yang jawabkan . it's so annoying !

#macam-macam ragam dalam kelas aku , ada yang diam ada yang bising , papepun mereka lah kawan terbaik aku !:)

' duduk dalam kelas senyum je bila nama kena panggil untuk jawab soalan.haha'

Tuesday, November 29, 2011

OUR ROOMMATES OUR FAMILY

ASSALAMUALAIKUM

sejak kebelakangan ni aku rasa macam pelik je ,
rasa malas yang teramat sangat , bukan malas belajar tapi malas nak online . HAHA
before ni masa semester 1 memang aku rajin kot menjunjung notebook pergi cafe nak online
maklumlah kita tak pakai brodben :P
tapi since dah masuk semester dua ni , nak online je mesti malas , nak online je mesti malas
aku nak online , tapi malas nak menapak pergi cafe . haha kau faham tak ? so nak tak nak aku tak online lah
nak update blog lagi lah kan =='
nasib baik lah ada henset nokia ni yang at least aku boleh update status facebook 'via mobile '
tapi ramai pulak memerli konon aku beli henset baru . ceiittt podaaa. haha
henset tukar dengan ayah je lah
masuk semester dua ni , mesti lah lagi tough pembelajaran dia
yes aku admit . semester dua ni lebih kepada pembelajaran kewangan . semua subjek
bisnes , akaun , math plus akaun ..
so jadual pun pack , senyum je tiap pagi bila tengok kelas setiap hari yang kalau boleh taknak bagi aku tidur sekejap . HAHA :D

hari ni aku nak buat entry pasal roomate ,
post ni aku dah lama mengidamkan nak post , means pasal roomate ni lah
tapi merujuk kepada perenggan pertama kat atas tu mesti korang paham . HIHI:P
roomate ni kiranya ahli keluarga kita yang kedua kat asrama . yelah takkan kau nak suruh family kau duduk lama asrama kau tuu .
kalau nak setiap hari korang dalam bilik tu seronok , mesti lah kena mulakan dulu dengan menjaga hubungan antara roomate kan . roomate terchinta kan . :)

MENJAGA/HORMAT PRIVASI ROOMATE
setiap orang ada hak masing-masing , setiap orang ade privasinya
so kenalah hormat privasi roomate kita , kalau benda tu sangat privacy , plis lah jangan masuk campur . paling tak pun tanya lah ' okay tak ? '
kalau korang menganggu privasi roomate sendiri , nanti dia jadi tak selesa and maybe hubungan kita dengan roomate pun tal best .
aku sendiri hormat privasi roomate aku , benda-benda yang peribadi ni aku jarang ambil port
so bila kita dah hormat privasi roomate kita secara tak langsung dorang pun akan hormat privasi kita kan ?

MENJAGA PERASAAN ROOMATE
sebagai seorang roomate yang baik , tolong lah jaga perasaan roomate sendiri
jangan lah sakitkan hati dia , singgung perasaan dia
kalau rasa dia macam ada buat salah , tegur lah tapi jangan tegur macam nak gaduh
cuba guna bahasa yang indah-indah sikit , kalau tak suka sekali pun
kita kan lama dengan roomate tu , kalau tegur secara direct or kita sakitkan hati dia
bukan ke nanti efek pada perhubungan korang
silap hari bulan berbulan-bulan tak tegur padahal studi meja sebelah je
kan tak best ?

AMBIL BERAT PASAL ROOMATE
setiap hari cuba tanya ' apa khabar ? '
haha maybe macam formal sangat kan , tapi tak pelik pun kalau amalkan
alaa , kalau memang macam takdek masa nak tanya keadaan roomate tu sebab busy sangatt
ushar-ushar lah sikit keadaan roomate tu , tengok lah kesihatan dia
kalau dia batuk-batuk tu tak reti nak tanya ke sihat ke tak
kalau muka dia pucat tu takkan nak tengok jeee , at least tanya ' kenapa muka pucat, dah makan ? ' . so mungkin roomate korang akan cerita . caring is sweet kan . HAHA

TOLONG ROOMATE BILA ADA MASALAH
sebagai seorang roomate yang baik , cuba volunteer kan diri tu untuk tolong roomate bila dia ada masalah
tak kisah lah masalah kewangan ke , masalah pembelajaran ke , masalah cinta ke
tolong lah roomate tu , jangan biarkan dorang terkapai-kapai sensorang nak cari jalan penyelesaian ,
hulurkan lah tangan ringankan beban :)


sayangilah roomate kita macam mana kita sayang family kita
tapi jangan lah sayang sangat sebab dorang tu sama jantina . takut lain yang jadi nanti
HAHA okbaii :)




Wednesday, November 23, 2011

CERITA PASAL ASRAMA , SERONOK LAH

ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM SEJAHTERA

saat menulis entry ni , sedang menonton perlawanan bola sepak antara indonesia dan malaysia , shit dah 1-1 . haha sorry mencarut ==' tapi apa-apa pun MALAYSIA DAH MENANG ! :)
okay kita teruskan dengan intipati entry hari ni yang bukan ke lembah mencarut tapi ke lembah memberi pendapat . err pendapat ? entah nilai lah sendiri pendapat ke condemn ke . haha :D
bytheway semester dua dah start , tengok jadual kelas , phehhh senyum sampai ke telinga kan bila setiap hari balik pukul 4petang , compact gila . okay lupakan sesi mengeluh aku sebab aku nak dapat 4flat . amin :)

sebut je asrama , apa yang korang fikir ? errr katil yang empuk ? batal yang besar ? atau roomate yang sporting ? ohhhh mungkin jugak , tapi mostly bila cakap pasal asrama , mesti ada beberapa topik hangat yang selalu orang canang-canangkan kannn ? jangan nak tipu lahh . HAHA
paling tak pun mesti jirang-jirang korang cakap ' eee tak takut hantu dorm ke ? ' . haha
so aku dah buat survey , rajin kan ? ada tiga benda yang selalu orang cakap pasal asrama , actually banyak , tapi disebabkan masa yang terhad , aku nak tulis tiga jelah . boleh ? ahh tambah tolak sendiri ah kalau ada tu , tulis kat comment form je lah . haha :)

HANTU ASRAMA

' semalam aku rasa macam ada orang panggil aku lah abu kat tandas semalam , lepastu aku tengok belakang takde orang pun , apa lagi aku terus pecut ah lari , seram doh '
' kau tahu , semalam aku nampak benda putih kat atas pokok sebelah tingkap bilik aku , takut aku wehhh !'
sedikit sebanyak dialog yang aku petik dari kawan-kawan dorm aku , seriously memang ramai kot yang selalu cakap pasal dia nampak hantu lah , dia rasa macam ada orang panggil lah , dia rasa macam ada orang tengah tengok dia lah , ape lagi lah . kita kena tahu lah kan yang hantu , syaitan ni memang wujud , lagi-lagi asrama ni jenis benda yang dah lama kan , so no wonder lah makhluk-makhluk macam ni menginap kat situ , entah-entah dah beranak pinak kot dalam asrama tu . HUHU so kita sebagai seorang manusia , mesti lah terkejut bila nampak benda-benda yang macam ni , lagi-lagi kalau yang jenis memang lemah semangat , mau tak kecoh satu dorm dengar dia menjerit .tup-tup update status dalam facebook . HIHI tapi sebagai seorang muslim , bukankah doa tu perisai kita ? so apa-apa yang kita lakukan cuba mulakan dengan doa-doa yang tertentu , paling koman pun baca lah ayat kursi ke sebab ayat kursi ni boleh menjadi pelindung kita insyaALLAH , so before tidur lah paling kurang pun baca ayat kursi dulu yeee :) . syaitan itu memang ada disebelah anda sekarang . HAHA hantu makcik karipap rawkkkk !


BULI


balik-balik dalam paper pasal buli . buli tu buli ni . paling teruk pun sampai kes meliwat bagai tu , hilang akal ke apa ? tapi seriously majoriti lah kalau sekolah berasrama ke ipt-ipt ke mesti ada kes buli ni . lagi-lagi senior buli junior . haishhh takde benda lain ke dorang nak buat sebagai penghilang bosan selain buli ? kesian lah kalau yang mangsa buli tu budak-budak berbadan comel yang macam aku ni ==' .. lepas tu kalau yang buli bukan jenis yang manja-manja tu , ni jenis yang hardcore , suruh tu suruh ni dalam masa sehari . kesian kan ? tapi Alhamdulillah lah aku masuk matriks ni takde kes buli sebab takde senior punnn , haha semua sebaya , berani nak buli ? tali pinggang merah ni weii . HAHA ada bran ? :P bytheway kalau masuk U masa degree nanti forsure sure lah cheq kena buli T_T , dah lah cheq ni badan comel lotte , mau kena buli basuh baju 10 senior , tak mati cheqq ? HAHA alahh minggu first orientasi , biasalah , lepastuh hai-hai ah dengan senior kan . :D tapi kan tapi kan , apa bestnya membuli ni ?????????? yang si pembuli ni tak pernah terfikir ke perasaan orang yang dibuli , kalau lah adik dorang yang kena , tahu pulak nak mengamuk kan ? huh == pelik




HIDUP TERKONGKONG
alahaii , aku kat matriks ni dah puas telinga dengar kawan-kawan aku membebel hidup tak bebas lah , kena ikut tu lah , kena ikut ni lah . tapii aku kadang-kadang tu ada gak membebel . haha :P tapi rileks lah , hidup kat dorm ni memang lah banyak peraturan yang kena ikut , banyak lah protokol nya , kena control sana kena control sini . al-maklumlah bukannya semua yang duduk hostel ni reti dengar kata , kalau tak letak rule banyak-banyak memang ah tiap malam students takde dalam bilik pergi karaoke lah , pergi makan mekdi lah , pergi meronggeng lah . errr --' . okay , hidup ni kena ada rule , kalau tak hidup manusia ni tunggang langgang :) . bytheway , masa hidup berasrama ni lah kita belajar erti kesusahan , kalau bagi kebebasan sangat , budak-budak sekarang buat tocang siput atas kepala , lelaki pun sama ! HAHA so chill lah kalau rasa terkongkong hidup dalam asrama ni , boleh ke dorang terima pakai ayat aku ni ? lantakk haha :D

so that three common issue yang berkaitan dengan asrama , alaa aku tau banyak lagi yang berkaitan tapi tak cukup idea nak berfikir time-time tengah busy ni . haha busy pongg tetap nak update blog walau dah simpan dalam draft ==' . gigihhhhhhhhh

okay assalamualaikum :)
join lah giveaway aida shafiena tu , sekali dengan contest singlexy tu . merayuuuu:)

Tuesday, November 22, 2011

Giveaway by Aida Shafiena and Fasihah Latiff



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA , bagi memenuhi permintaan puan punya giveaway yang dah bagitau awal-awal suruh join , maka dengan rushing nye aku menaip dan mengopy segala benda dalam blog beliau untuk ditempek kan di dalam entry ni , maka terjadi lah entry giveaway ini dengan jayanya . HAHA ,
actually tengah sibuk semester dua ni , tapi gigih pergi bilik sebelah pinjam brodben semata-mata taknak terlepas join giveaway ni , HAHA bukan bodek semata-mata =='
okaylah , semua syarat dah dipenuhi dengan jayanya , so takdek apa-apa dah kan yang kena follow ? AHHA

done ! sorry for fatin yang kena tag ni , tau kau tengah buat contest jugak , tapi aku terfikir nak tag kau time tengah rushing ni . haha kbaiiiii :)




Wednesday, November 16, 2011

AKTIVITI MENARIK SEPANJANG CUTI NI

ASSALAMUALAIKUM
DAN SELAMAT SEJAHTERA

apa yang korang bajet-bajet aku buat sepanjang nak habiskan cuti semester ni. bercuti bersama keluarga ? makan angin bersama kawan-kawan ? dating dengan awek facebook ?
HAHA kalau itu jawapan korang , sila undurkan diri kerana anda dibuang dari permainan ini . #aku merepek
tup-tup sampai tak hingat dunia cuti semester aku pun dah nak habis T_T agak sedih di sini . takpe tabahkan hati anda wahai hencek haikal !
khamis ni dah nak balik matriks , takpe lah perjuangan harus diteruskan . go go fighting !
so ini adalah beberapa kerja , errr perlu ke aku cakap kerja ? =,= actually habit kot , entah hentam je ah sepanjang aku cuti dua minggu yang terrrlalu lama ni

1. ONLINE
mesti dah boleh agak punya , bukannya nama aliff haikal kalau tak online sehari , mau aku mati kutu tak boleh online sampai kucing aku sendiri pun naik hairan . sepanjang cuti ni , inilah kerja aku yang aku buat , yang betul-betul aku focus . err -,- taktahu kenapa , since dah ada facebook ni , macam nak tidur pun mesti kena hupdate status sikit . weh parah weh parahhhhh aku macam ni . sejak dah ada twitter ni , lagi lah aku naik hantu , mau tak pukul 4pagi aku tidur , kesian mak aku tiap kali bangun pagi tu mesti tanya ' hang tak tidoq lagi ka ?' . maaf mak , kena faham anak mak sorang ni . HAHA nak buat iklan sikit boleh ? follow lah twitter aku . ahaks ( @HENCEKhaikal ) .

2. MAKAN-ING / EAT-ING
duduk matriks sana asyik makan ayam je , tak ayam telur , tak telur ayam , memang telur ayam betul . T_T bila balik rumah jumpa lah sikit udang,sotong,ketam,ikan,hotdog dan lain-lain yang sedap . gila kau tak jadi macam mummy monster bila makanan yang sedap-sedap terhidang depan mata , so dengan berlari anak kucing aku miaw miaw sambil buat muka lapar depan mak aku . #auta lebih . HAHA . mak kena faham , kat sana tak dapat punya nak makan sedap-sedap sebab nak save budget , nak makan sedap-sedap ? memang aku akan call pertengahan bulan mintak duit kat parents . sangat sedihh . tapi takpe , at least aku dapat makan kat sana . ALHAMDULILLAH , tapi kat rumah takpayah bayar . makan percuma ! haha

3. TIDUR-ING/SLEEP-ING
aku kalau dah online sampai pukul 4pagi , memang tak lah aku nak bangun pukul 8pagi . HAHA
tapi aku solat subuh dulu lah , lepastu teruskan perjuangan dalam mimpi yang indah . mak aku tak berleter kot aku bangun lambat , err maybe mak aku faham kot aku terlalu study kat sana . HAHA pernah sekali tu aku tidur sampai tak hingat dunia , pukul 2petang baru aku bangun . teruk tak ? teruk ke tak teruk ke , tak kisah , haha :P



so dari sini korang dah tahu kan apa aktiviti menarik aku sepanjang cuti semester ni ? iya lahh menarik what , sangat menarik =,= .. ONLINE-TIDUR-MAKAN-TIDUR-ONLINE . sangat indah cuti aku . HAHA berkembang minda aku duduk rumah lama-lama . khamis ni dah balik matriks . taktahu lah bila masa lagi aku boleh update blog ni , nak tunggu brodben kakak aku belanja ni baru lah boleh online dengan sepuas-puasnya . tapi satu lagi malapetaka pulak akan timbul kalau aku dok kerja online memanjang , nak kena buat time-table hadkan online inshaALLAH . teheeeeee !
okay bye :)

Tuesday, November 15, 2011

#CONTEST GAMBAR TEMAN TERBAIK

pihak penganjur telah menukar contest ' gambar spontan berdialog ' kepada contest ' gambar teman terbaik ' . segala kesilapan amat dikesali pihak penganjur . haha




#sigh
tahu tak , mamat ni lah orang pertama yang aku jumpa masa first masuk matriks , masa tu tengah sesi untuk isi borang tu borang ni then masa tu lah aku terlupa nak bawak pen , so dengan muka tak malunya aku pun pinjam lah pen dengan budak ni . masa dah isi semua borang yang diperlukan , bila dah settle semua kerja aku ingat nak bagi balik pen ni kat dia , then tiba-tiba dah tak jumpa mamat ni , dalam hati ' adeih , mana budak ni , takpelah nanti kalau jumpa aku pulangkan lah ' .. bila dah ambil kunci dorm semua and terus gerak masuk bilik , ontheway nak masuk bilik tu terserempak dengan budak ni . HAHA sebelah bilik je . memang jodoh #alhamdulillah :)

dua perangai dia yang aku suka

dia selalu tolong ajar kan aku mathematic kalau aku tak faham , sebab dia ni pakar dalam mathematic , so aku selalu lah rujuk dia kalau aku tak faham bab-bab mathematic ni .

dia selalu ajak aku pergi masjid walaupun masa tu aku malas yang amat . heheeee !

dua perangai yang aku tak suka

suka tidur .
selalu hilang dalam bilik sebab pergi bilik kawan dia . haha mencari bagai nak rak . hahampehh-,-

credit to #MUNNA #AZIE

Monday, November 14, 2011

IT'S THEM . OHSEMMMM


ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM SEJAHTERA

okay soalan cepumas nak tanya kat korang semua .....
pernah terfikir tak dengan berblogging ni kita boleh jadi famous ?
kalau nak jawab , jawab dekat comment form :)

guys , masa aku sing up and create blog ni , aku tak pernah terfikir langsung yang blogging ni boleh melonjakkan nama kita semacam artis , kira kalau sebut nama je orang ramai dah kenal , itu bukan macam artis ke ? HIHI
yelah masa create blog dulu pun macam budak-budak , mana lah nak ambik tau pasal semua ni . tapi bila dah lama berkecimpung baru aku tau wujudnya insan-insan yang famous thru dorang punya blog . masa tu aku macam ' WOW '
and godeh punya godeh , memang patut lah dorang jadi glams sebab dorang punya blog pon memang post yang sangat menarik plus sifat berfikiran kreatif dan kritis . HIKHIK
and sepanjang aku blogging since 2010 ni , ada lah aku berkenalan dengan nama-nama besar dalam dunia blogger ni . so hari ni aku nak cerita lah serba sedikit pasal bloggers yang glamour ni . let's check it outttt :)

sebelah kanan tu maria elena zarul ( zarul nama ayah dia ) ahaks :)
sebelah kiri dia tu tunang maria elena , his name is asfirdaus asri , boleh check it out post entry about them , wehhh so sweett lahh ! HAHA
okay nak story sikit macam mana entah aku boleh terpikat jatuh hati dengan blog maria elena ni sampaikan aku sibuk dok promote blog sis maria ni kat semua kawankawan aku =='
first aku tahu tentang kewujudan blog peliks.blogspot.com ni dari kawan aku yang merangkap blogger jugak --, and then lepas dia cakap ' apa kata kau bukak blog minah ni , sure kau akan suka ' then dengan muka selenga bertambah macam yek-yek je tu aku pun bukak ah blog sis maria ni and my first impression masa tu ' wow ! '
hahahaha
and sampai sekarang aku dah serupa admire gila ah dengan sis maria ni , heyhey admire dengan blog sis maria , nanti kena pelangkung seribu lipat dengan tunang dia . hikss :)
she's follower jangan cakap lah weh , beriban kot .
birthday sis maria ni 15december 1987 . kakak aku lah ni :D aku rasa berbangga di sini sebab aku dengan sis maria berkongsi bulan yang sama . haha
( blogging ,vlogging , sleeping , chilling , walking )
bythejalan,sis maria ni jugak salah seorang vlogger yang terkenal jugak , nak tengok vlogging dia sila laju kan mouse anda ' add a new tab ' ' youtube.com ' . HIHI
lepas tuh bila dah tereksaited gila macam beruk dapat makan aiskrim cornetto , aku pun try lah ber wall post kat fan page sis maria ni , yeahh she very sporting and cute ! ahakssss :D
aku suka gaya cerita dia , tambah dengan caption gambars(banyak gambar) dia yang best-best,life yang menarik plus ada tunang yang hensem . haha so kira seronok lah . sis maria ni pun ada relate dengan artis kat malaysia jugak , that why dia cantiksssssss(banyak cantik.ops) haha
kalau nak aku cerita pasal sis maria ni sampai esok tak habis , she's my icon :) AHAKSSS

apa ? apa ? cantikk ?
amboihh pantang nampak awek cun eh korang . haha :P peringatan ! yuyu hensem bukan cun :D
yuyu zulaikha ni seorang athlete . athlete bukan sebarang athlete , hangpa ingat blogging ni takde athlete ke ? haha
nak tau tak since bila aku membaca post-post entry beliau ?
takpe lah kalau taknak tau sebab aku memang nak bagitau ponng . ahaks
actually aku dah lama dengar desas desus pasal blogger famous yang bernama yuyu zulaikha ni tapi entah macam mana aku jadi ' ah malas lah nak ambik port pasal blog yuyu ni ' :O
so first aku bukak blog sis yuyu ni awal bulan sebelas ni , hahaha jangan ketawa lah ! :P
so lepas dah godeh-godeh blog sis yuyu ni , aku jadi tertarik macam magnet yang terus nak baca dan baca semua entry blog sis yuyu ni . HAHA , tapi disebebkan aku pakai internet brodben berkelajuan kuda semput ni , hanya the lates entry je aku dapat baca
wow gila tak best kau bila baca entry sis yuyu ni , dengan penggunaan bahasa yang terlalu gramatis membuatkan aku suka dan ketawa sorang-sorang . HAHA
secepat sepantas kilat aku pun like lah fanpage sis yuyu ni . yeahh sis yuyu pun sporting ahh .
melayan aku yang macam budak-budak ni ==' ohyehhhh
so birthday sis yuyu ni 22MAY , 23may2011 aku masuk matriks . haha takdek kaitan =='
so tunggu next year lah ye sis kalau nak dapat wish birthday dari saya . HAHA:)
-yuyu zulaikha pemegang IC berwarganegaraan Malaysia. yuyu adalah atlit sukan berbelog yang hensem lagi sopan santun dan menghormati orang tua.

-kepada yang membaca belog yuyu, perhatian, korang adalah manusia paling cun dan kacak abad ini.



hensem kan ? hensem kan ? hihi
so can i call him ' abang ' ? sebab dia lebih dari oden lah . okay haha
abang daniel adie ni seorang blogger dari melaka , bolgger terkenal kot . haha
aku suka bukak blog dia sebab header daniel adie ni smart !
so far abg daniel adie still dalam ranking blogger terkenal versi lelaki bagi aku . ahaks
first aku ushar blog daniel adie ni tahun ni jugak lah , tapi tak berapa ingat lah bulan berapa , same goes macam the others , aku punya impression lepas baca and godeh-godeh blog abg daniel adie masa first time ' talented ' .
maybe cerita dia berkisar hal peribadi abang daniel adie , tapi cerita-cerita dia memang menarik untuk dibaca , kan aku dah cakap yang aku suka baca blog-blog peribadi orang yang suka menceritakan life dorang . haha
so setiap kali posting dia , aku baca tapi kadang-kadang tu aku tak lah drop comment aku sebab aku takdek idea nak comment apa . HIHI
aku try lah nak add facebook abang daniel adie , tup tup dia approve , memang senyum sampai ke telinga lah aku . haha yeahhh abang daniel ni memang sporting sebab dia layan budak-budak macam aku nehh=='
thannksss lah ye :D
ehhh lupa pulaks naks cakaps yangs abang daniel adie ni bakal mengajar kat politeknik melaka , so kepada yang stadi kat poly melaka tu untunglahhhh ! haha :P
'I'M NOT AVAILABLE!!'


gambar curik dari facebook sis namee roslan . hihi dah mintak kebenaran :P
korang mesti tak berapa nak kenal or tak berapa nak familiar sangat nama nameeroslan ni kannn ?
mesti korang ' ehh siapa pulak ni , tak pernah tau pun pasal blog dia '
okay blog established 15 JANUARI 2011 so memang macam newborn kot kalau bahasa mudahnya
tapi macam tak sangka , baru je buat blog dalam tahun ni , blog sis namee roslan ni terus menlonjak sampai follower dia 4k . what ? ' wow ' kan ? haha
tapi bila godeh-godeh entry dia , memang tak sangka sebab dia punya pemikirang memang terbuka , dia bercerita pasal persekitaran , cakap pasal trend malaysian
memang best lah bila baca .
birthday sis nameeroslan ni bulan may jugek , 9MAY1988 . so it should be kakak lah kan ? ahakss
lagi satu ,blog sis namee ni memang simple gila , header dia pon comell je dengan sampul surat bertulis pasal blog dia established bila . hihi
i love the way she express her opinions , her suggestion and her critics . hihi :) keep it up sis namee

ini baru blogger artis . hihi
kalau takdek blog pun maybe dia dah famous kot .ahaks
siapa je yang tak kena kumpulan forteen kan ? sebut je nama kumpulan tu sekarang mesti terbayang muka-muka mamat hensem ==, dengan lagu hit dorang ' berdua bersatu ' tu memang best ohhh .
aku dapat tahu yang ariz forteen ni ada blog lepas aku like fanpage dia , dalam hati ' oh blogger jugekk ' haha then bukak blog dia nampak posting pasal percutian dia bagai tu , ehh gambar-gambar yang di ambil cantik belaka ahh , yelah orang hensem kan . ahakss
so selamat berblogging ye abang ariz forteen :)

blogger dari melaka jugek , tak silap kenalan dengan abg daniel adie jugek sebab dua-dua dari melaka . ahaks
and for this aku pun nak panggil abang lah sebab aku muda lagi XO
blog abang hizami ni aku follow since tahun ni lah , aku dapat info blog ni pun dari blog abg daniel adie jugek , so memang aku rasa mereka berdua ni kelompok yang sama . dah dua-dua cikgu . ahaks :D
tak silap abg hizami cikgu kat sekolah menengah , kalau tak silap lahhh . ahaks
ehh pasal blog dia , seriously best , entah aku ni semua nya best . tu best ni best , haha kalau tak best takkan lah aku nak list kan as blogger terkenal . ye dak ? :)
blog abg hizami ni pun aku boleh kategorikan sebagai blog peribadi jugek lah sebab dia lebih banyak ceritakan pasal kehidupan dia . and aku setia membaca semua entry entry dia yang latest cuma kalau aku tak drop comment tu al-maklumlah . aha :)
abg hizami ni talented kot dalam bergambar sama macam abang daniel adie . haha gambar semua nya freshy je muka . evergreen :D
ehh aku ada add dia dalam facebook . kan nampak kebersungguhan aku nak berkenalan dengan blogger terkenal nih , nasib baik dia approve . lagipun memang friendly kot plus sporting :)


cukuplah aku review pasal kakak-kakak abang-abang blogger terkenal ni , habis perah otak 360 darjah aku nak buat entry ni . hihi aku memang jadikan dorang ni sebagai ikon aku dalam blogging ni , sebab bagi aku dorang ni macam pakar nak bagi orang attract kat blog masing-masing . congrats :) tak semua yang famous aku list kat sini , kalau nak tengok famous lagi korang ushar kat sidebar aku tu , ramai lagi kot . ahaks , hanis zalikha mesti ramai yang dah tahu pasal ke-famous-an beliau so aku taknak ah tulis entry pasal dia , ahaks :)
sebenarnya entry ni aku memang dah lama berniat nak tulis , cuma masa tu kadang-kadang tak bagi , ecehhh ahaha tak ahh aku malas sebenarnya , entah kenapa sekarang aku rajin bukak banyak-banyak tab and tulis entry ni , yelah kalau nak tunggu aku tulis masa kat matriks nanti memang tak tertulis lah sebab keadaan notebook aku yang rosak ==' kesian kan akuu ?
eh lupa nak cakap , sorry kepada pemilik gambar di atas kerana gambar mereka dicurik oleh saya . tak berniat jahat lah , jangan risauuu :)kbai salam

Sunday, November 13, 2011

AKU SEDAR AKU SIAPA



ASSALAMUALAIKUM
DAN SELAMAT SEJAHTERA

perlu ke kita nak bermegah dengan kekayaan , dengan harta benda , dengan benda-benda yang menampakkan kita ni perfect pada pandangan orang sedangkan benda tu takdek kat kita pun.
lepas tuh canang dekat semua orang yang kita ada tu ada ni and lepastuh rasa bangga .
perlu ke semua tu ? perlu ke kita buat semua tu semata-mata nak cari perhatian orang ,nak buat orang suka berkawan dengan kita sebab kita ada semuanya ?
entah , aku tak faham kenapa orang perlu bermegah dengan benda yang dia ada dan orang lain takdek , tapi kalau benda tu memang hasil usaha dia hasil keringat dia , aku tak kisah langsung tapi yang ni dari orang lain contoh dari mak ayah .
aku sedar aku ni siapa , apa je aku nak bermegah kat semua orang
nak aku bermegah yang aku ada i-phone , i-pad , dslr , padahal aku tak pernah ada benda semua ni , yeah seriously aku ni bukan lah anak orang kaya , aku cuma anak bekas tentera yang cuma pencem ayah dia RM1000+ , nak sara anak-anak dia 7 orang termasuk aku .
aku sedar diri , yes aku sedar diri aku , aku tak pernah nak berbangga yang aku ada tu yang aku ada ni sebab aku tau betapa susahnya nak dapat sesuatu benda tu and betapa sedihnya bila kita tau orang tu ada benda yang kita nak tapi kita tak dapat nak rasa benda tu .
hidup aku bukan lah penuh dengan ' kehidupan duit ' , tapi aku bersyukur dapat life yang macam ni , life yang ajar aku erti kesusahan , erti kehidupan sebenarnya .


talk about life aku kat matriks , memang ramai anak orang kaya , yess memang ramai :)
pernah satu hari tu ada budak kaya cakap macam ni kat aku ' eh kau ni miskinnya '
apa yang korang rasa masa tu ? rasa macam nak tumbuk je muka mamat bajet kaya ni , rasa nak tampar bagi bengkak mulut dia or rasa nak bagi ceramah agama kat dia
aku pilih diam , yes lepas dia cakap macam tu aku terus diam
aku tak tahu nak cakap apa kat dia , aku speechless sebab dia cuma tengok luaran aku and yes luaran aku tak lah menampakkan yang aku ni kaya , tapi bila dia cakap pasal miskin aku pun terfikir yang sebenarnya kalau ikutkan dia tu miskin jugak . aku malas nak cakap balik sebab aku tau orang kaya memang suka bangga diri :)
yes dia miskin , sebab ? sebab yang kaya cuma lah mak ayah dia , cuma dia punya kerabat
kalau mak ayah dia tak kaya , korang rasa dia akan cakap macam tu kat aku ke ?
yeahh manusia cepat lupa diri
kalau lah dia tahu betapa susahnya mak ayah dia cari rezeki sampai dia boleh hidup mewah macam tu korang rasa dia berani nak cakap about miskin ?
walaupun aku ni tak kaya , tapi at least aku tau macam mana susah cari duit . :)
memang selalu kawan-kawan ajak keluar outing hujung minggu , tapi aku join pun kadang-kadang je sebab aku takde benda nak beli pun . hehe
sebab aku sedar aku siapa .

HAHA aku tak suka orang yang kaya tapi berlagak sebab in fact dorang tak tahu pun apa tu SUSAH , kalau dorang tahu susahnya nak jadi kaya dorang takkan bangga punya lah .
aku tabik orang yang kaya tapi pakaian dia suka beli yang cap ayam , kata-kata dia seindah bicara, berkawan dengan semua orang . nice kan kalau semua anak-anak orang kaya macam ni . HIHI

kita kena sedar diri kita sebenarnya , kalau kita anak orang kaya , kita kena tahu yang bukan semua orang tu orang kaya and kita tahu yang harta tu adalah milik Allah , bila-bila je Dia boleh tarik . kalau kita bukan anak orang kaya sekalipun , kita sedar lah diri kita , be yourself , jangan bangga diri sangat jangan admit kita kaya sedangkan mak ayah kita susah payah nak bagi sesuap nasi kat kita . tahu tak kekayaan seseorang tu dilihat pada cara dia menghargai kehidupan ini , harta tu boleh habis , tapi bila kita kaya budi bahasa , kita kaya ilmu , kekal selamanyaaaaa :) and aku boleh berbangga dengan kejayaan aku je . haha

life is nice rite ? please and please grateful for what you have today :)


Saturday, November 12, 2011

BUDAK DULU vs BUDAK SEKARANG



ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM SEJAHTERA

tadi aku pergi jalan-jalan dengan gangs kelas tahun lepas , budak matriks-budak stpm-budak uitm
masa jalan-jalan sambil ushar-ushar nampak lah ramai budak-budak sekolah yang tengah have fun sebab cuti sekolah
then tengok lah dari gaya dress up dorang semua
wow , havoc !
so dari situ aku rasa macam nak update entry pasal trend budak sekarang dengan budak dulu
budak dulu tu refer zaman aku lah ==' haha
memang nampak kan perbezaan budak-budak sekarang dengan budak-budak dulu
so jom kita read . AHAK

TREND PEMAKAIAN
budak dulu
anak : mak , saya nak beli baju boleh ?
mak : tapi mak tak banyak duit , kalau boleh beli pun ,boleh beli yang murah je lah
anak : takpe lah mak , tak kisah janji baju tu cantik . terimakasih mak :)

budak sekarang
anak : mak , saya nak beli baju boleh ? tapi saya nak baju yang jenama ARMANI EXCHANGE ke , CALVIN KLEIN ke , JOHN SMITH ke , janji yang berjenama eh mak
mak : mahal tu baju-baju macam tu , mak tak banyak duit
anak : alahh mak ni , orang nak trendy-trendy sikit pun tak boleh . huh

aku masa budak-budak dulu memang tak pernah nak mengidam pakai baju yang mahal-mahal,asalkan baju tu cantik pun aku dah suka ,aku tak kisah mana sangat pasal harga sebab masa dulu apa lah sangat yang aku tahu pasal jenama ape ke harga ke .
tapi sekarang , tengok jelah budak-budak sekarang , kalau murah sikit mula lah bentak-bentak cakap mak ayah tak sporting lah apa lah , tapi dorang tak tahu macam mana susah nya mak ayah dorang nak cari duit . lagi-lagi kalau yang jenis mintak baju mahal-mahal . lagi parah . lepas tu bila dah dapat baju yang macam tu,dress sana sini pastuh bangga depan kawan-kawan cakap ' aku ada baju mahal , kau ada ? ' .....

GAYA PERCAKAPAN
budak dulu
Ali : abu , nak pinjam pemadam boleh ?
Abu : oh pinjam lah . takpe :)

budak sekarang
Asyi : weh , aku nak pinjam pemadam ko , aku takde pemadam doh
Aki : pinjam ah , tapi jangan ah buat harta doh ,

budak sekarang , ish memang sakit telinga kot kalau dengar dorang cakap sampai tak sangka yang umur baru setahun jagung . kadang-kadang tu gaya percakapan memang agak kurang ajar walaupun niat dorang tu baik , ni belum lagi kalau jenis budak yang memang suka maki , bodoh bangang cibai memang dah jadi trend budak-budak sekarang kot . haishhh pelik pelik sebab kecik-kecik dah pandai mencarut macam mana lah bila besar nanti kan .
kalau masa dulu nak panggil kawan bodoh pun takot sebab mak ayah dah warning awal-awal jangan cakap bodoh nanti Tuhan marah Tuhan kerat lidah . so memang tak berani nak cakap , tapi sekarang ? .....

GAME/PERMAINAN
budak dulu
Apis : boi , jom main baling-baling selipar nak ? tak pun main teng-teng ke ?
Boi : jomm , ajak lah kawan yang lain tau

budak sekarang
Abot : weh , kau sekarang pakai PS version berapa ? aku pakai PS2
Atoi : elehhh , lastdate ! aku dah pakai PS5 ah weh . haha

dulu-dulu aku paling koman pun ajak kawan-kawan main baling-baling selipar,teng-teng,kahwin-kahwin,aci sembunyi,polis sentri dll .. masa dulu memang best kot main macam tu sebab kecik-kecik kan plus semua tu permainan yang gila have fun .
tapi sekarang jarang dah dengar budak-budak jerit ' haa kena , kau jadi ! ' kat taman permainan ke , depan rumah ke sebab dorang lebih banyak habiskan masa main ps2 ps3 dalam rumah , so kalau jerit pun dorang akan jerit ' argh kalah lagi ! ' .. tapi bila macam ni kan , aku takut suatu hari nanti budak-budak akan datang dah tak tahu apa tu permainan tradisional sebab dah dibasuh minda main game-game elektronik . kan ? lepas ni nak kena buat kelas ' mari merakyatkan permainan tradisional ' kot . HUHU

CAKAP DENGAN IBU-BAPA
budak dulu
anak : mak , nak keluar main boleh ?
mak : boleh , tapi pukul lima
anak : okay mak . terima kasih :)

budak sekarang
anak : mak , nak keluar main sekarang
mak : baru pukul dua petang , pukul lima keluar lah , tengah panas ni
anak : alah mak ni , kawan dah tunggu lama tu , nak keluar jugak . bye mak

budak-budak sekarang memang lain , ada je yang cakap kurang ajar dengan mak ayah , takdek adab bila cakap dengan mak ayah , bila ditegah mula lah merajuk mula lah lari rumah mula lah cari kebebasan kat luar sana padahal tak tahu benda yang ditegah tu untuk kebaikan diri sendiri , tapi tu lah bila nasihat ada je yang cakap mak ayah ni kolot lah , tak open-minded langsung lah . tapi tak fikir pulak si kolot tu lah yang sayang diorang . yang nak masa depan dorang cerah .

LAIN-LAIN SITUASI
budak sekarang
pakcik tua : cu , pakcik nak duduk , pakcik penat dah dua jam pakcik berdiri dalam kereta api ni
budak sekarang : pakcik , banyak lagi tempat pakcik boleh mintak kenapa pakcik mintak kat saya ? haishh pakcik ni . carik ah tempat lain ..


# banyak perbezaan budak sekarang dengan budak dulu , selari dengan perkembangan dunia sekarang yang moden sampaikan perasaan malu antara lelaki dan perempuan pun dah hilang .

tapi in facts , tak semua budak-budak sekarang tu macam ni , ada je yang menghormati ibu bapa , aku tabik springg ah kat budak-budak yang macam ni , bukan senang nak cari unless ada ibu bapa yang didik dorang dari kecik :)

hanyalah cebisan pandangan aku . let's think together :)



Friday, November 11, 2011

CONTEST GAMBAR SPONTAN BERDIALOG


Assalamualaikum dan salam sejahtera
ada sihat?
hikhikhik hari ni aku nak join contest made by my friend
yelah nak kena support usaha kawan sendiri
lagipun hajat nak menang hadiah seperti yang di canang-canangkan iaitu MADE FROM RUSSIA ! gila kau taknak . ahaks
so sesiapa yang nak join , cepat - cepat lah join weh , bukan susah nak menang cuma letak dialog yang kelakar then kalau menang dah dapat hadiah oversea . HIHI
okay lah , siapa cepat dia dapat :)
due date 31DIS2011


aku pertaruhkan dialog yang kelakar (kot) ni , kepada kawan-kawan yang muka dia terlibat dalam ni , wa mintak maap manyak-manyak . haha chiaooo :) so aku nak tag kepada insan-insan yang bertuah iaitu arol mubin,zharif azis,aida shafiena,sharifah syahira,syafiqah. korang jangan letak dialog yang kelakar sangat tauu :P . err aku teringin sangat nak tag sis maria elena,dia kan funny . ==, , hikhik . sis kalau nak join , join lah :) kbai .


Thursday, November 10, 2011

KENAPA AWAK BUAT BLOG ?



ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM SEJAHTERA

kenapa korang buat blog ? er kenapa ek aku buat blog ?
umum tahu sekarang ni blogger tempatan tumbuh macam cendawan tumbuh lepas hujan
betul ke aku punya peribahasa ni ? =='
ramai gila kot blog-blog newborn sekarang kat blogspot
yelah benda percuma kan , cuma sign up and create your blog
so siapa yang taknak benda percuma kan . HARHAR
lambakan blogger muda sekarang membuatkan makin ramai yang try nak buat blog
so depends on your creativity nak create blog tu macam mana , nak design macam mana
and mana lah tahu dengan kreativiti korang tu membuatkan korang boleh terkenal macam sis maria elena , sis yuyu zulaikha , sis hanis zalikha , bro ben ashaari , bro daniel adie and so on
( polite kan aku. haha )
so hari ni aku nak bagi sikit ah pandangan aku terhadap kenapa orang nak buat blog. haha
let's check it out :)

SAYA BUAT BLOG SEBAB SAYA SUKA MENAIP
maybe orang macam ni tak puas kot nak menaip , so dia pilih buat blog supaya dia dapat menaip apa-apa benda janji dia puas , biar lah melalut ke laut ke dia punya entry , janji dia dapat menaip dan memenuhi kepuasan dan kehendak dia . HUHU selalunya type macam ni entry dia memang panjang manjang ah sampai kita pun taktahu mana pangkal mana hujung dia . :O tapi orang yang suka menaip ni memang terrer ah dalam menaip laju and mungkin dalam sehari tu dia boleh update tiga empat entry . HUHU

SAYA BUAT BLOG SEBAB SAYA NAK BERCERITA TENTANG LIFE SAYA
orang yang macam ni selalunya adalah seorang yang memang life dia penuh dengan suka,duka,tawa,riang,sedih dan macam-macam lah . so setiap hari mungkin dia akan update blog tentang kehidupan seharian dia . truthly aku jenis suka baca blog yang selalu cerita pasal life dia , tentang dia bercuti maybe,tentang dia punya keluarga story maybe . kadang-kadang aku jeles kot bila baca pasal post someone yang cerita pasal kehidupan seharian dia yang bahagia tu ,

SAYA BUAT BLOG SEBAB SAYA NAK JADI GLEMER
HAHA ada je orang yang macam ni , jangan pelik . maybe lepas dia dah baca pasal kejayaan blogger-blogger tempatan kita yang berjaya dan glemer sebabkan blogspot , so dia pun pasang angan-angan nak buat blog so orang pun akan kenal dia and then dia pun akan terkenal . tapi kena ingat , kita takboleh nak paksa orang suka blog kita sebab tu depends pada pembaca blog kita sendiri , kalau story - story dalam blog kau best-best , jenis yang santai and pembaca pun have fun baca plus ada maklumat-maklumat penting maybe kau akan terkenal suatu hari nanti . tapi pliss lah jangan jadikan alasan nak glemer semata-mata penyebab kau create blog . okay :)

SAYA BUAT BLOG SEBAB SAYA LUAHKAN PERASAAN SAYA
kita sebagai manusia memang kena akur dengan hukum alam , tak semua orang mengecapi hidup yang bahagia , mungkin dia ada masalah then sekeliling dia taknak dengar masalah dia . so thru blog dia boleh ekpresikan perasaan dia , so orang boleh baca and try untuk jadi pendengar . percaya tak , kawan alam maya lebih bagus menjadi seorang pendengar than kawan realiti ? aku percaya benda ni . seriously :)

SAYA BUAT BLOG SEBAB SAYA JUAL PRODUK-PRODUK SAYA
memang ada orang yang jadikan dunia blogging ni sebagai tempat untuk berniaga. memang tak salah pun cara dia malah lagi bagus what sebab memanfaatkan dunia IT untuk mengembangkan perniagaan . so dari sini customer tak payah lah nak susah-susah pergi kat kedai dia untuk buat tempahan something , dari blogspot kita dapat tahu banyak maklumat yang ditulis . tentang produk tu produk ni . memang dah ramai yang buat macamni . congrats malaysian :)

SAYA BUAT BLOG SEBAB SAYA NAK BAJET YANG SAYA PUN ADA BLOG
haha aneh-aneh je jawapan kan , tapi that facts :) . ada je budak yang cakap macam ni kat aku bila aku tanya dia motif buat blog . yelah kawan-kawan dia semua ada blog plus ping blog kat wall facebook , so agak iri hati kat sini then dia pun create blog semacam kawan dia . haha .

SAYA BUAT BLOG SEBAB SAYA NAK RAMAI FOLLOWER
konsep ' i follow you , please follow me back , muahx ' memang tak asing lagi dalam dunia blogging ni kan . selalunya yang buat macam ni adalah blogger newbie yang baru nak up dalam dunia blogging. so dia meraih dan terus meraih follower sampai beratus yang follow lepas tu boleh lah tersenyum puas bila follower 1000+ tapi entry 0 comments . kan ? penerimaan orang terhadap sesuatu blog tu bukan pada follower dia sebenarnya tapi pada comments kat entry dia . makin banyak komen yang dapat dalam entry tu , aku dah boleh anggap dia berjaya dalam dunia blogging . :)

aku sendiri buat blog sebab aku nak story mory pasal life aku , pasal pendapat aku , pasal perasaan and pasal masalah aku sebab aku tahu yang tak ramai kawan aku nak dengar semua masalah aku . huhu
walaupun maybe ramai yang cakap ' kalau kau ada masalah , cerita ah kat aku weh '
lagi ah kalau nak tolong settlekan masalah kita . kan ?

so anda rasa anda dalam kategori yang mana satu ?
let's think together :)
kbai

Wednesday, November 9, 2011

I TALK ABOUT PEMAKAIAN TUDUNG


ASSALAMUALAIKUM
DAN SELAMAT SEJAHTERA :)

kenapa awak bertudung ek ?
awak nampak cantik sangat bila awak bertudung , saya suka awak bertudung
oh em gee :D

weh siapa tak suka weh perempuan yang bertudung
aku sendiri pun suka kalau dapat girlfie yang bertudung
lagipun aku nak kahwin nanti mesti bakal isteri aku seorang yang bertudung .
hiho dah talk-talk pasal kahwin ni . kihkih
hari ni aku nak cakap pasal tudung . boleh ?
bytheway semua ni cuma aku punya pendapat
yeahh kita berpegang pada prinsip
' lain orang lain pendapat ' ==,

SAYA BERTUDUNG SEBAB TUNTUTAN AGAMA
Allah alhamdulillah sejuk hati aku bila perempuan jawab macam ni
yeah kaum hawa bertudung bukan kerana fesyen,paksaan atau pun saje-saje tapi disebabkan tuntutan agama yang mewajibkan umat islam berjantina perempuan untuk menutup auratnya iaitu seluruh tubun badan kecuali muka dan tapak tangan . so dari sini kita dah dapat tau yang pakai tudung tu wajib kan , tapi kalau dah pakai tudung tu kena lah sesuaikan juga dengan pakaian awak tu , kalau pakai je tudung tapi baju lengan pendek , seluar skinny sampai nampak bentuk burger awak tu ,saya tak rasa awak pakai tudung sebab tuntutan agama :) fikir-fikirkan lah ye .
so siapa yang berani melawan tuntutan agama ni ?
maybe dia ada alasan lain nak cakap kenapa perempuan kena pakai tudung , ohh ada ke ? :O

SAYA BERTUDUNG SEBAB NAK JAGA MARUAH DIRI
SubhanaALLAH , sungguh mulia perempuan yang memegang alasan ini kalau ditanyakan kenapa dia bertudung .
sebagai perempuan , korang semua senang tau nak kena fitnah
cukup lah pakai baju adik kichi kalau keluar , sure satu taman kecoh bila nampak kau .
tapi bila korang pakai tudung , tutup aurat , siapa je yang berani nak menabur fitnah ?
kalau ada pun i think dia gila !
perlu ke nak menabur fitnah kat perempuan yang bertudung litup sedangkan benda tu tak betul . wallahualam :)
kalau dah bertudung , dah tutup aurat nescaya maruah diri korang pun terpelihara
untungnya lelaki yang memilik korang sebab maruah korang masih belum tercemar :)
tapi as human , kita tak sempurna kan , mungkin ada yang pakai tudung lepas maruah diri nya tercalar , tapi kita tak berhak nak menghukum diorang, mungkin Allah dah turunkan hidayah untuk mereka . wallahualam :)

SAYA PAKAI TUDUNG SEBAB SAYA NAK JAGA NAMA BAIK DIRI DAN KELUARGA
korang kena sedar , yang korang ada keluarga , korang ada ibu bapa
apa perasaan korang bila mak ayah korang dengar orang cakap
' mak ayah dotdotdot tu tak reti nak bagi kain ke kat anak dia , aku tengok mashaALLAH macam tak cukup kain ! '
yes , mesti sakit perit bila mak ayah korang dengar macam ni ,
walaupun dorang mungkin dah masak dengan perangai korang , mungkin bagi korang mak ayah korang dah tahu siapa anak dia macam mana anak dia
tapi aku sure di sudut lubuk hati mereka , forsure dorang sedih sangat-sangat
anak itu adalah tanggungjawab ibu-bapa kan ? tanggungjawab untuk mendidik , tapi bila macam ni , bukankah dorang fikir yang dorang dah gagal didik anak dorang .
renungkan :)

SAYA BERTUDUNG SEBAB SAYA TAKNAK TAMBAH DOSA SAYA DAN ORANG LAIN
tengok aurat seseorang dengan sekali pandang tanpa sengaja itu dikira tak berdosa
tapi bila dah sekali pandang and terus pandang lagi , itu baru dosa
tahu tak bila korang free hair , show aurat sana sini secara tak langsung menambah dosa korang dan orang yang melihatnya
mungkin korang akan cakap
' siapa suruh tengok ? lainkali takpayah tengok '
korang boleh cakap macam tu , tapi takkan nak biarkan kami-kami golongan adam ni kena langgar kereta , terlanggar tiang lampu sebab tutup mata taknak tengok dosa
ohmaii , mana boleh dong , so korang tak rasa bersalah ke ? masih tak rasa bersalah ?
banyakkanlah amalan . wallahualam :)

AURAT SAYA , RAMBUT SAYA HANYA LAH UNTUK SUAMI SAYA
untungnya suami korang kalau dapat isteri macam ni
tutup aurat tutup rambut dan hanya akan dibuka untuk tatapan suami sahaja
wahhhh bahagianyaaaa hidupp ! HAHA

ALHAMDULILLAH , ALLAH DAH BAGI HIDAYAH KAT SAYA
bukan senang dan hanya insan terpilih sahaja yang bertuah lah senang kata
Allah hanya akan turunkan hidayah nya kepada orang yang terpilih sahaja
dan semua orang tak terkecuali
mungkin dulu dia seorang pelacur , mungkin dia seorang gro , tapi dengan hidayah Allah yang indah tu , mungkin insan-insan macam ni boleh berubah
yeahh manusia boleh berubah . BOLEH cuma depends pada that person samada nak jadi baik atau jahat . wallahualam :)

'SAYA BERTUDUNG SELEPAS SAYA DAPAT MIMPI.MUNGKIN INI HIDAYAH ALLAH'

sebenarnya kan , nak jadi baik tidak sesenang nak jadi jahat
cuma kita perlukan hati yang kuat , semangat yang kental dan iman yang mantap
bila kita dah betul-betul kuat , baru kita akan semangat nak melawan segala anasir jahat yang datang .
mari lah kita berdoa supaya perempuan yang masih mendedahkan aurat mereka mempunyai kesedaran tentang dosa yang telah dorang kumpulkan . wallahualam
tapi terkadang aku terfikir , seseorang tu pakai tudung , cantik
tapi dia pakai baju lengan pendek , seluar ketat , baju ketat sampai nampak aset yang perlu dipelihara tu , dalam hati terfikir jugak sebenarnya dorang ni nak tutup apa ?
let's think together :)


kalau saya silap , tolong betulkan kesilapan saya . ini cuma pandangan saya
yeahhh ' lain orang lain pendapat kan ? ' :)

Saturday, November 5, 2011

I TALK ABOUT MATRICULATION

naik hairan bin ajaib kot
bila aku tanya budak-budak spm tahun ni samada dorang nak masuk matrix ke tak kalau permohonan dorang diterima
cuma 40% je cakap nak , yang lain nya taknak eventho dorang apply
pelik tak pelik =='
mostly alasan yang aku selalu dapat
' matrix susah lah wei ' , ' matrix tu belajar cepat sangat lah , setahun pulak tu '
ha tu lah selalunya alasan yang aku selalu dapat bila aku tanya budak-budak ni

actually aku pun pernah lalui masa macam tu jugak tahun lepas , bila ada yang tanya soalan macam tu , tu lah jawapan yang aku selalu bagi
sebab orang sekeliling aku tak sokong , dorang condemn dan terus condemn
cuma mak ayah aku je yang support aku
tapi sekarang aku rasa kenapa aku perlu bagi jawapan macam tu sedangkan aku belum masuk pun lagi matrikulasi , belum cuba pun belajar kat situ . tapi dah give up awal-awal .
kan ?
okay lepas dah masuk matrikulasi ni , rupanya tak lah sesusah mana sangat punnn macam yang dicanang-canang kan
cool je aku study , tak sampai gila pun sebab susah sangat
tak keluar berita pun pelajar bunuh diri di matrikulasi sebab tak boleh bawak
aku ni bukannya pandai mana kalau nak cakap aku ni pandai , masa form5 dapat tiga A je spm
tapi aku boleh je go on dalam matrikulasi tu , aku boleh je score

serious selalunya yang cakap susah semua tu mana pernah masuk matrikulasi !
dorang tu typical thinking sangat , bila dengar cakap orang terus nak hasut anak orang lain
ish.ish.ish bukan nak bagi support ke apa ke
kadang-kadang tu makcik-makcik pun ada tau yang cakap macam tu
pelik bin ajaib ,
makcik, kalau tak tahu apa-apa sila diam makcik , jangan jatuhkan semangat orang :)

mana-mana tempat semuanya susah , mana ada benda senang kalau nak berjaya
tapi ini lah masalah orang kita , belum cuba dah mengalah
masuk matrix tak susah asalkan korang banyak berusaha , rajin , dan tak cepat mengalah
memang lah study cuma setahun , tapi kenapa perlu buat decision dulu before try it
masa sekolah dulu boleh je score lapan subjek untuk setahun
ni empat subjek untuk setahun ( dua semester )
ala normal lah kalau stress , tanpa stress siapalah anda . kan ? HAHA

please and please , bila ada orang cakap masuk matrikulasi ni susah
cuba tanya ' kau pernah masuk matriks ke ? '
try to say NO for any thing that you not ever try it first , just try it
i know you can do it :)
matriks ni adalah satu program ke degree dengan mudah
bukan ke tu satu bonus bagi korang ? takperlu nak tunggu tiga tahun buat diploma , cukup setahun dapat pointer 3 and above then u get into university :)

so ? macam mana ? still nak cakap matriks ni susah ?
yeah it depends on yourself
tapi kalau dapat yang lebih baik tak salah nak pilih pilihan tu
yeahh it about your life right ? :)

kbai :)

p/s : pelajar akaun digalakkan :)




Friday, November 4, 2011

SEMESTER 1 DAH HABIS CUTI PUN BERMULA

ASSALAMUALAIKUM
DAN SELAMAT SEJAHTERA KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN
SIHAT? ALHAMDULILLAH , SAYA SIHAT SAHAJA DI SINI :)

alhamdulillah sekali lagi sebab akhirnya semester satu matrikulasi dah melabuhkan kainnya
rasa macam nak menjerit pun ada rasa macam terpinga-pinga pun ada sebab dah habis sem
mana tak nya , rasa macam sekejap pun ada sampaikan aku tanya kawan aku ' kau tak rasa macam baru semalam kita kenal ke ? ' HAHA
last paper final exam hari tu adalah pengurusan perniagaan ( 3/11/2011 )
aku tak suka jawab paper business . serious ==' sebab aku tak suka mengingat fakta
huh nak buat macam mana , by hook or by crook ye tuan=tuan-puan-puan .
so lepas dah habis je jawab paper tu yang jawapan aku melalut kelaut punya huraian
betapa heavennya rasa sebab NAK BALIK ! haha
so lepas lepas dah keluar dari dewan tu , pergi makan-makan dulu dengan kawan sebab last day kan
lepas dah balik bilik , apa lagi misi mengemas pun bermula
agak hachum hachum jugak lah sebab banyak habuk kot ==,


sebelum dan selepas final exam and final sem
menunggu masa nak menampal dengan nota-nota semester dua pulak . haruu-biruuu
sem 1 pun dah terkontang kanting , rasa macam ' ahh nak semester dua dahhh ?!'
okayfine , time is running out .
tapi malas nak fikir pasal semester dua lagi sebab this time for relaxing my mind . HAHA
packing-packing barang , bawak balik apa yang patut , yang tak patut tinggalkan je
bukan ada orang nak curi , takkan lah spender aku pun orang nak curi kan ? :D
buku-buku semester 1 aku tak bawak balik pun just tinggalkan kat situ buat kenangan , tapi aku rasa bukan kenangan cuma buat semak . tak gitu ?
takpelah , itu fikir kemudian ! HAHA
budak blok aku dah berpesta kat luar tu sebab dah habis exam , haishh ada yang main penyembur api untuk kecemasan tu , tak bertanggungjawab . tapi aku tak join . haha :P
sibuk mengemas,membasuh,melipat,dan menyusun . so takdek masa nak jadi beruk makyeh . hehe i'm not talked about the others okay , don't misunderstanding .
dengan penuh bangganya aku show off tiket bas , poyo kan . kisah ? haha
aku ni bukan nya stended nak naik-naik flight macam sesetengah budak tuu , eventho jauh pun aku lebih rela naik bas dari menghabis kan duit naik kapal terbang tu . HAHA
plis jangan bangga sangat dapat naik kapal terbang ye awak :)
bas datang pukul 6.30 petang , so ada banyak masa untuk aku berjimba-jimba dalam bilik air tu . haha menyanyitakingatdunia
then tiba-tiba..............
hujan !
bukan renyai renyai , tapi lebat macam nak kasi arau tu banjir je . hehe
tapi serious masa tu hujan lebat kot , awan yang hitam dan hati yang rungsing , tapi tak lah rungsing sangat . :P
tolaktambahcampurbahagi kawan aku suruh gerak tunggu bas pukul 5.30
awal kan ? yeah memang awal sebab kami suka tunggu orang dari orang tunggu kami . HIHI
meredah hujan bagai nak rak dengan beg bagasi yang macam pramugara nak naik flight . control macho control macho . haha
sampai memang awal dan awal tu lah hujan makin lebat dan lebat
tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu dengan geng budak johor , bas yang jadual pukul 6.30 tak datang-datang masuk kolej
sabar je lah
last-last dah nak dekat maghrib baru gerak dari kolej tu ,
nothing interesting story nak cerita dalam bas tu sebab aku tidur sebab bas tu sejuk sebab aku selesema sebab aku banyak bersin sebab aku tak tahan . k


comel kan ? comel kan ? comel kan ?
kucing aku dah pandai posing maut ye , mentang-mentang berbulan aku kat oversea , kau belajar berposing ye , good girl good girl . HAHA
sampai rumah about 8pagi , subuh aku terlepas sebab asyik sangat tidur ==,
balik rumah apa lagi , letak beg masuk rumah peluk kucing terus online tanpa mandi !
HAHA , pagi-pagi online dah , gila havoc tak ? :)
okay , sekarang dah selamat tiba kat rumah tercinta
and selamat bercuti kepada semua pelajar matrikulasi seluruh malaysia ! jangan risau sangat pasal result final exam , nanti cuti tak syiokkk . HAHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SAYA TAK HENSEM , TAPI SAYA KACAK . ;D

P/S: soon i'll be a nerd boy that use a spectacles in college . oh tak sangka dah rabun kan . belajar sangat , actually bukan belajar sangat , online sangat . hehe . kbai