THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Tuesday, August 30, 2011

RAYA-GAMBAR-GEMBIRA



Bersama anak sepupu saudara , errrr
entah lah apa nak panggil
ini anak sepupu aku , amacam ?
ada macam muka shah rukh khan masa baby-baby dulu tak ? HAHA
yeahh kami bangga jadi anak mami pulau pinang -..-'

ehem-ehem siapa lah kat sebelah aku ni eh
nak kata abang memang abang pun sebab umur atas aku baju pulak sama tuu
tapi actually ni kira bakal-abang-ipar aku ( guest what ?) HAHA
ohooo BASIKAL TUAMUDA !
hanyalah sebahagian dari keluarga besar aku
SEBAHAGIAN sahaja
yang ni pun stock-stock yang tak reti nak pergi beraya . HAHA
eh eh aku pun terselit juga -..-'
wow ! siapakah ?
SENYUMMMMMMMMMM NAMPAK GIGI SEMUA !
okay aku je yang malu -..-'


okay semua , anda terhibur dengan semua gambar-gambar yang saya persembahkan
okay sila cakap TERHIBUR !
bagussss :D
macam mana raya hari ni ?
best tak ?
korang mesti lah best kan kan kan lagi-lagi budak kecil yang datang rumah orang
'Assalamualaikum kami datang nak raya '
dapat kumpul duit banyak-banyak
actually tahun ni aku dah mula beraya sebagai seorang dewasa
okay ayat ni sangat poyoo . HAHA
tapi that the fact i have to face
get the raya-money only RM40+
when i doing muka-unshame infront people asking duit-raya
they saying ' dah besar takde duit raya '
okay fine , go to living room and watching the raya-drama
my younger bro/sis smile very-very puas getting RM100+
them perli me and show off the money -____________-'
takpe - takpe
tunggu lah hangpa dah besaq nanti . kankankan ? XD

okay jangan lupa esok MERDEKA
MERDEKA MERDEKA MERDEKA ! :)

can u share your happiness raya ni with me ? :)

Monday, August 29, 2011

KEJAYAAN ATAS SEBULAN BERPUASA


ASSALAMUALAIKUM

bukan main sakan eh kawan-kawan kat facebook semua wish hari raya
ecehceh macam confirm-confirm je esok raya . HAHA *kejam oh*
actually aku pun ter-join sekali post kat fb * winkwink*
HAHA
eksaited ohh nak wish raya ni , taktau lah tiba-tiba eksaited lebih
mesti sekarang ramai yang tengah sibuk kat kampung tuuu
mungkin ada yang tengah pasang langsir,pasang pelita keliling rumah,masak dodol,buat kuih raya,masak ketupat dan rendang atauuu ada yang tengah tersangkut kat jalan raya tu
apa-apa pun di mana korang berada
di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
minta maaf andai selama aku berblogging ni ada yang terguris dengan penulisan aku
so memang patut lah minta maaf kan ;')
weh-weh dalam keghairahan menyambut perayaan esok inshaALLAH
jangan lah terlalu seronok sampai kan lupa dunia
tak gitu ye ? :D HAHA
haaaaa lagi satu lagi satu
jangan lupa pulak ye 31.OGOS.2011 negara kita akan menyambut kemerdekaan
amboihhhh dok sibuk sambut raya lupa pulak merdeka kan
ish-ish-ish siapa la tu yee ?

okay lah , kalau siapa yang balik beraya malam ni
pandu lah kenderaan dengan berhati-hati
pulang dengan selamat
okayy ?

tapi sedih lah tahun ni raya , sebab raya ke enam dah kena balik matrix
so tahun ni duit raya pun sikit . sedih-sedih -..-'


p/s: mesti ramai akan duduk depan tv dalam pukul 8 nak tengok announce raya . HAHA :) jangan frust pulak kalau tiba-tiba raya hari rabu . HEHE inshaALLAH

mengharap berkesempatan untuk melakukan ibadah puasa tahun depan ,amin

okay bye-bye

Monday, August 22, 2011

CIKGU . YOU ARE AWESOME !


Assalamualaikum

petang tadi pergi bazar , tu pun atas paksaan mak . okay saya bukan budak rajin -,-'
lepas tuh jalan-jalan cari makanan terserempak dengan cikgu SM
ingat nak tegur sebab dalam hati gila membara nak tegur . rindu lah wei
tapi cikgu aku jalan dengan lajunya taktau ke mana dia nak pergi
so bila nampak kesamaran bayangan cikgu aku tu , terus aku batalkan niat nak tegur dia..
ekceli hari ni aku nak post pasal cikgu aku ni


masa form 4 , aku tak pernah atau lebih spesifik tak pernah berniat nak masuk kelas akaun
aku minat science and aku nak masuk aliran sains
tapi nak buat macam mana , sains aku masa pmr dapat C
kata orang ' mengukur baju di badan sendiri kan '
okay by hook or by crook
aku kena masuk kelas akaun sebab kalau tak , aku kena masuk kelas kemanusiaan , kelas yang penuh dengan subjek hafalan ! tragedi sei kalau aku masuk kelas tu
okay ditakdirkan subjek akaun , kelas aku dapat cikgu ni
kan aku dah cakap aku tak pernah nak terfikir masuk kelas akaun
so bila cikgu ni mengajar , aku nak tak nak je dengar
aku memang masa tu serious tak suka akaun , plus kena ambil subjek add math pulak tu
bertambah tak suka aku
aku tak pernah nak faham subjek akaun ni , dan aku tak pernah nak memahami subjek ni
dapat bayangkan betapa tak sukanya aku dengan subjek ni ? ;')
tapi cikgu ni dia tak pernah putus asa nak mengajar
semakin dia ajar , semakin aku tak faham sebab akaun ni memerlukan seseorang tu banyak berfikir dan berfikiran kreatif
kalau dia bagi kerja , aku buat , tapi tak pernah buat betul-betul
aku tak tahu la pulak budak-budak kelas aku pun sama macam aku
kira masing-masing sekepala a ni kan
suatu hari tu , aku taktahu kenapa satu kelas tak buat kerja yang dia bagi termasuk aku
cikgu aku ni terus naik angin suruh satu kelas berdiri atas kerusi
lepas tu dia ambil buku teks perakaunan pukul sorang-sorang
serious masa tu dia tengah geram . geram yang amat sangat
masa tu aku taktahu kenapa aku ni jahat sangat , aku ketawa bila dia buat macam tu
ya ALLAH jahat kan aku masa dulu ;'(
setiap kali exam , aku dah tahu gred aku kalau subjek akaun ni
tak G , mesti E , tak E mesti G
sampai final , result exam aku teruk ! sangat teruk !

naik form 5
sekali lagi aku dapat cikgu yang sama ajar akaun
tapi aku naik hairan
kenapa cikgu ni tak serik nak ajar kelas aku, kenapa dia tak minta tukar bagi cikgu lain
aku pelik , sangat pelik
hari demi hari
cikgu ni tak jemu ajar aku , ajar budak kelas aku
dia berusaha nak bagi kitorang semua faham apa itu ' perakaunan '
dia sanggup buat kelas tambahan semata-mata demi aku dengan kawan-kawan aku padahal cikgu aku ni dah ada keluarga
start form5 , aku dah mula rasa aku kena berubah
aku mula sedar yang cikgu aku ni dalam usaha nak bagi kitorang faham
cikgu ni berusaha
teringat lagi insiden siapa tak lulus soalan dokumen
dia akan rotan kat tangan
ingat tak sakit ?
sakit gila tauuuuu
okay lepas dari insiden tu , aku dah mula belajar betul-betul akaun
aku pergi tuisyen luar , aku buat setiap kerja yang dia bagi
aku dah mula rasa suka kat akaun
cikgu aku ni dah mula buka mata aku
aku rasa kenapa lah aku tak fahamkan akaun masa mula-mula dulu
tapi aku faham , dulu aku tak minat akaun
masa pertengahan form5 , cikgu dah mula gigih bagi soalan-soalan past year
aku rasa kertas-kertas soalan yang cikgu aku bagi ni , kalau digabungkan semua boleh buat sebatang pokok tauu . nampak kan banyaknya soalan yang cikgu aku bagi ....
and the result atas pengorbanan seorang guru akaun aku
aku dapat gred A dalam spm and lebih 5 orang dapat sama macam aku , yang selebihnya LULUS ;')
lepas ambil result , aku jumpa cikgu ni aku cakap aku dapat A
dia gembira sangat , sangat gembira sebab pengorbanan yang dia lakukan akhirnya berbaloi
pengorbanan seorang guru tu sangat mulia.........................
sampai sekarang masa aku tengah menaip ni aku teringat lagi kisah-kisah yang berlaku sepanjang cikgu aku mengajar dalam kelas .
terima kasih cikgu


cikgu aku berusaha dan terus berusaha supaya students dia faham apa yang dia ajar
selagi tak faham , dia akan terus explain sampai faham

haha tak boleh blah masa ni
cikgu sanggup bawak anak dia datang sekolah
sangat kagum dengan usaha cikgu
cikgu tak ambil MC pun even anak kecil dia ni demam
masa ni seronok gila ah dapat main dengan budak kecik , HAHA

TERIMA KASIH CIKGU AJAR SAYA DAN KAWAN-KAWAN


tapi aku hairan dengan budak-budak sekarang
kena pukul sikit , keluar paper muka depan
kena cubit sikit , mak ayah serang sekolah
aku tak percaya la kalau cikgu pukul anak murid dia tanpa sebab
percayalah , cikgu mengajar anak murid untuk menjadi seorang yang berjaya
bagitau aku cikgu siapa yang mengajar dia mencuri ?

bukan niat nak memuji seorang cikgu ni sahaja ,
semua cikgu yang pernah mengajar aku adalah cikgu yang BOMBASTIC !
cikgu , teruskan perjuangan melahirkan insan yang berwawasan
CIKGU ARE THE REAL HERO FOR OUR SUCCESSFUL


tidak akan lahir seorang perdana menteri tanpa didikan cikgu nya
takkan lahi seorang cendekiawan tanpa asuhan cikgu nya
takkan lahir seorang professor tanpa bimbingan cikgu nya

Saturday, August 20, 2011

BALIK KAMPUNG OO BALIK KAMPUNG

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah akhirnya sampai pun kat rumah
lama tak lama lah pulak kan 13 jam dari perlis tu
kebas bontot aku tau . hekhek
hari jumaat masa last day kitorang semua dalam kmp
masing-masing dah takde mood kan nak study
pemikiran semua dah melayang ke rumah
so nak tak nak , hari tu tak lah belajar sangat , cikgu bercerita je
yey ! best kot tak belajar . HAHA

ini lah suasana masa jumaat petang
bila bas balik kampung dah masuk kmp
ramai tak sabar nak balik
dengan beg masing-masing yang macam taknak balik kmp dah
HAHA
masa ni memang sedih kot nak tinggalkan kmp tercinta ni * cinta lah sangat kannn *
bye-bye kat kawan-kawan yang balik malam nya , ada yang balik esoknya
masa ni tiba-tiba pulak rasa sayu je nak tinggalkan matrix
tapi bila fikirkan mak ayah kat rumah , makanan masakan mak , terus hilang rasa sayu tu . HAHA
bas bertolak pukul 4 petang , tapi stuck kat kangar,perlis sampai pukul 5 -___-'

nampak kan ? rasa eksaited nak balik tuuu
HAHA
masa ni budak-budak blok yang balik malam dok buat hingaq ' selamat tinggal ' kat kami
ohhhh meriah agaknya blok masa tu .


budak-budak johor arrived johor dalam pukul 6 pagi
cuba kau bayangkan betapa lamanya kitorang terpaksa bertahan dalam bas tuuu
tapi alhamdulillah la semuanya selamat sampai ke destinasi masing-masing

okay lah , salam ingatan tulus ikhlas aku untuk semua kmp-ians dan semua students matrikulasi seluruh malaysia . SELAMAT BERCUTI !

kbai

Wednesday, August 17, 2011

PERTAMA KALI ber-IFTAR

ASSALAMUALAIKUM
pejam celik pejam celik dah hampir 16 hari kita berpuasa kan
entah lah
aku rasa macam sekejap je tahun ni puasa
tup tup dah tinggal dua minggu lagi habis bulan puasa ni
setan-setan iblis-iblis suka la tuuuuuu -,-'
okay hari ini kolej aku buat majlis iftar perdana peringkat matrikulasi perlis
ramai kot yang datang
errr maksud aku semua students KMP datang even non-muslim pun * kata 1 Malaysia *
HAHA
okay hari ini save lagi budget
yelah , dah nak balik kan , kena save budget nak shopping bila balik nanti
okay diaaaammm lahhhh !
cantik kan nasi dia .
warna warni tu
tak ah kan nafsu di hati bergelogak nak makann
last-last cikgu yang jaga
kfine cikgu bagi sikit . -,-'
tapi nasi ni memang cantik !

muka budak-budak yang puasa sambil menunggu azan berbuka ditambah godaan nasi berwarna warni dihadapan dengan air sunquick agaknya yang aisnya mencair
umphhhhh !
trademark - sabar je laaaa - diguna pakai waktu ini
HAHA
aik takkan tengok je nasi tu ?
kihkihkih
okay muka budak-budak puasa sekali lagi menahan gelora di jiwa

muka kontrol lapar . padahal waktu ni serious nak makan nasi warna warni tu !

lepas azan maghrib berkumandang , apa lagi, air sunsquick agaknya menjadi pilihan hati
kurma didahulukan , nasi di utamakan . satu NASIonal
HAHA -,-'

okay lah , masih menghitung hari nak balik
tapi kenapa makin dihitung makin lama rasanyaaaaa
kbai

p/s : IFTAR means majlis berbuka puasa . rasanya la kot . HAHA ;D

Sunday, August 14, 2011

UNTUNGNYA ADA KAWAN 'ARTIS'


ASSAlAMUALAIKUM

korang kenal tak siapa ni ?
ini la irma hasmie . cantik kan dia ? ;')

yang ni korang kenal juga ?

tipu lah kalau yang ni korang tak kenal . kankankan ?

catriana ross . cuns habis !:D

chop chop chop !
korang rasa apa motif aku posting hari ni ?
HAHA
baiklah , actually aku berasa sangat bangga study dekat matriks perlis ni
sebab walau pun jauh di hujung malaysia
tetap menjadi pilihan 'artis-artis' tanah air kita
chopppppppppppppppppppp !
artis tanah air ?
takkan catriana ross , ebby yus , irma hasmie belajar kat sini ?
TAK MUNGKIN TAK MUNGKIN
HAHA
okayy , itu korang punya reaksi
tapi cuba tengok gambar-gambar ini



untung kan ada muka iras artis . HEHE

P/S : AKU PUN ARTIS . TAK PERCAYA ? TENGOK NI

Friday, August 12, 2011

KOMEN LAH BANYAK-BANYAK SIKIT

ASSALAMMUALAIKUM

macam mana nak buat kan setiap entry dalam blog korang dapat perhatian ramai ?
means bila korang post je . mesti cecah sepuluh orang nak komen
alaaa kira blog korang ni glemer la . HAHA
okay aku selalu tengok blog-blog yang selalu dapat komen mencecah dua puluh
okay di sini perasaan cemburu tu memang ada
mak kata jangan tipu nanti masuk api neraka
* api neraka tu panas tau *

back to the point
blog-blog yang selalu dapat komen banyak ni
mostly blog yang setiap entry dia , dia akan letak gambar
tak kisah lah gambar dia tengah berposing ke , gambar kawan dia tengah berposing ke , atau gambar google pun jadi lah
tak percaya ? cuba korang terjah blog DANIEL ADIE , MARIA ELENA and and and sorang kawan aku yang aku rasa ada peluang kot nak glemer macam dorang ZHARIF AZIS
HAHA * jangan marah ye ZHARIF *



nampak tak gambar - gambar dalam blog dia



tengok ! ini pun sama laaaaa



okay sekarang dah terbukti !




eee , ramainya orang komen kat entry korang kannnn
UNTUNGLAH
AHA :p

reader blog korang maybe bosan baca entry yang takde gambar macam baca buku teks
tau tak perangsang mata adalah GAMBAR
jeng-jeng-jeng
siapa tak percaya dengan statement aku ?

chop-chop !
jangan pulak korang over acting sampai gambar korang ala-ala dalam jamban pun nak letak
agak-agak sikit

konklusion is : be more creative :D

kbai

Tuesday, August 9, 2011

AKTIFKAN DIRI ANDA KETIKA BERPUASA

menghitung detik menunggu 19/8/2011
tak sabar nak tunggu tibanya hari tu dengan bagasi baju untuk pulang ke RUMAH !
horray !
hooooo balik kampung , hoooo balik kampung , hooooo balik kampungg
okay mood raya tiba-tiba datang -,-'
nak tahu lagi tak ?
cuti tu di extend kan menjadi dua minggu !
hipp hipp horray ! hipp hipp horray !
okay cukup - cukup la tu bahagia nya ...
kepada semua pelajar matrikulasi , jangan nanti lepas balik dari bercuti dua minggu otak dah tepu
so masa puasa kat rumah tu rajin-rajin lah buka buku ye
paling tak pun , buka lah ' muka buku '
HAHA
saya merepek ! -,-'

okay okay , apa kabar orang kampung puasa ke 9 ?
ada baik ? masih bertenaga ? masih boleh berpuasa ?
HAHA
dush dush
by hook or by crook
bertahan sikit puasa tu , mengada-ngada nak buka ? lepuk kang !
:P

actually kan
kenapa orang suka jadikan puasa sebagai alasan untuk kurang aktif ?
errrrr , kurang aktif ? macam mana tu ek
okay , bila ajak pergi mana-mana , kawan korang mesti jawab
'Ala penat la weh , aku puasa ni '
kalau ajak bersukan sikit . SIKIT je
' weh , kau tak tahu puasa ke hape ? '
kalau petang dalam pukul 5 tu takpe la agak boleh terima
tapi kalau dia jawab masa pukul 10,11,12 pagi
agak-agak macam nak sumbat stokin dalam mulut je kan . opsss nanti batal lak puasa dia
HAHA
sangat tidak munasabah kalau asyik cakap penat penat penat sebab puasa
cuba lah aktif sikit
nabi MUHAMMAD pun berperang aow masa puasa
so ? kita yang belum berperang pun dah macam tu
kankankan ;')

ni belum masa berbuka
hai , bukan main bersemangat berjalan dekat bazar ramadhan walau bazar tu panjang gila fafi
okay itu lah orang kita
time nak berbuka , macam-macam juadah di beli
bila tanya
' weh , sedap weh makanan ni , aku boleh habiskan punya laaaa '
okay nak bagitau
nafsu tu kawal sikit , time lapar or haus , air longkang pun kita akan cakap sedap
ini tak tipu okay :)
tapi jangan lah sampai berboros boros beli makanan sampai berplastik-plastik
padahal yang nak makan seorang je -,-'
lepas tu buang bila makanan tu tak habis
MEMBAZIR !
ish-ish-ish syaiton syaiton
okay anak-anak , jangan beli macam nak makan sepuluh orang ;')
hadkan sikit , kontrol nafsu tu ........

okay lah , kawan-kawan dah bising suruh sediakan juadah berbuka
kbai :)


Friday, August 5, 2011

BERITA TERHANGAT #1


AKU SANGAT GELI DENGAN BINATANG INI

ONGG GEDEK GEDEK ONGG GEDEK GEDEK
euwwwwww ~

Thursday, August 4, 2011

BENCI AH BILA KELIRU NI


finally
UPS for semester one end !
dengan penuh keringat aku menjawab soalan-soalan pengurusan perniagaan walaupun takde pun peluh yang menitik masa menjawab tu . hekhek :P
nak tahu tak , mata aku bengkak kot semata-mata stay night menghafal P.P tu
bila jawab exam
nahhhhhhhh soalan dia agak senang , or aku boleh cakap senang
sebab aku siap awal setengah jam kot
ini konfiden punya tinggi boleh dapat A
tapi aku paling tak suka bila jawapan aku ditulis bila aku sedang kekeliruan
yeah mostly jawapan yang aku tulis ketika aku dalam kekeliruan totally wrong !
haihhhh , agak cuak sebab dah dapat detect beberapa soalan yang memang aku jawab dalam kekeliruan tu salah ..
huh ~
ini belum lagi soalan MATH yang aku salah kat soalan yang aku jawab masa lima minit terakhir , sangat sangat sangat kecewa sebab soalan tu aku jawab last minute
so faham lah kan mesti kelam kabut sampai kan tangan mengiggil kot ! -,-'
okay target nak dapat 100% pun terkubur macam tu je
okay fine , baru mid exam
belum lagi fully exam yang kena cover berbelas sub topik dalam satu subjek
haruu biruu ~ HAHA
konklusinya , tarik nafas panjang-panjang lepas tu hembus bila tak dapat jawab soalan . HAHA


nota mulut : esok boleh keluar pergi bazar ramadhan ! yeahhh :'D

Tuesday, August 2, 2011

PUASA DALAM ASRAMA MEMANG MACAM INI

puasa tempat orang
best kot . HAHA
nak tahu tak
aku nak cerita sikit keadaan berpuasa dalam matrix ni
seriously aku tak pernah menghadapi benda ni sebelum ni
kau nak tahu
kat sini kitorang semua gunakan konsep ' FIRST COME , FIRST SERVE '
walau pun aku tak tau sejak bila konsep ni diguna pakai
tapi let you know
siapa cepat dia dapat tau kalau kat sini
masa berbuka selalunya , selalunya lah kan
aku akan beli makanan juadah berbuka tu sejam before nak berbuka la
tapi bila aku datang , makanan already finish out
demmmmm , you know what ?
terpaksa beli ayam goreng yang last kopek tuu
sabar je , nasib baik ada kuih muih sikit yang dijual
at least dapat gak meng-variety kan juadah
tapi tu lah yang aku terkejut
bukan main berpusu-pusu orang datang beli juadah bebuka kat cafe sini even baru pukul 4 petang ! -,-'
so by hook or by crook aku dengan roomate aku set nak pergi beli juadah tu pukul 5.30
peduli apa dah sejuk ke dah kembang ke , janji dapat makan
tak gituu ? HAHA

ni baru juadah berbuka
belum lagi juadah bersahur
pukul 11 malam pun budak-budak ni dah berpusu-pusu pergi cafe beli makanan
demmmmm lagi sekali
by hook or by crook -,-' kena juga rajinkan kaki turun cafe pukul 11-12 malam
grrrrrr
kalau macam ni lah selama dua minggu
memang tak lah kan . HAHA
tapi aku fikir positif la
at least aku ada pengalaman yang boleh aku cerita kat kawan-kawan , family etc
HAHA
kau hadoooo ? :P

p/s : TAK SABAR NAK BALIK KLUANG 19/8 ! cepat laaaaaaaa