THANKS FOR READING !

TUAN PUNYA BLOG

My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Sunday, July 31, 2011

MOOD PEPERIKSAAN


Shhhh ... tolong baca diam-diam ye
HAHA :P
ish apa ni baca kuat-kuat .. slow sikit yey . bwelkk ;'P

okay okay
adalah dengan ini dimaklumkan bahawa minggu perjuangan students matrix akan bermula minggu hadapan
tapi kan tapi kan
korang tengok aku ni macam betul-betul macam students yang nak periksa ke ek ?
haha
mana tak nya , orang lain sibuk study pulun sana sini , tidur lambat study
aku dok sibuk online , update blog .... tidur lambat pun lepas tengok muvie dalam NB .ops
kadang-kadang tu kawan aku boleh perli aku cakap aku ni dah pandai sangat ke
HAHA
actually aku ni malas kot nak study time-time macam ni .
okay kalau mak aku baca mesti mak aku akan call aku dan marah kat aku
tapi nasib baik mak aku tak tau aku ada blog
* devil laugh * (^o^)
tak lah
aku bukan malas nak belajar , cuma bagi aku buat apa nak force diri kita sampai macam tu sekali
kita jadi apa diri kita
so aku memang jenis macam ni
study kalau esok baru nak exam . haha
masa SPM pun sama tau ...... HAHA :P
tapi dapat jugak 3A5B1C .... wekk
tapi aku tabik ah kawan-kawan dengan cikgu-cikgu aku kat sini , diorang suka membantu kalau ada kawan dorang yang tak paham satu-satu subjek tu sampai paham
aku pun yang masa first-first belajar ekonomi, sepatah hagham aku tak faham
tapi cikgu aku tak putus asa nak fahamkan aku and finally aku pun dah faham ekonomi !
YEAY
so conclusion aku hari ni
' dont study hard , but study smart "

di kesempatan ini jugak kan
aku nak mengucapkan selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua umat muslimin dan muslimat
untunglah sesiapa yang dapat sambut puasa dengan keluarga ..
HAHAHA
tau la kan aku sekarang ni berjauhan
sahur pun makan makanan beli . apatah lagi buka puasa nanti
;'( serious rindu masakan mak
okayokay ALIFF , kau dah besar
HAHA

okay lah bai-bai

Friday, July 29, 2011

BIAR LAH SPEAKING KE LAUT PUNN

' Hey wassap guys , what are you doing right now ? '

' eh mamat ni , cakap bahasa melayu je la '

pernah rasa situasi macam ni tak ?
so apa yang kau akan buat kalau tiba-tiba kau kena ' sound ' macam ni ?
HAHA jangan nak tipu la kalau kau membidas kata-kata ni dengan ayat english
of course kau akan cakap
' ek eleh , biarlah aku nak speaking sikit '

kesiannnnn nya kalau kita dapat kawan yang macam ni kan
bukan nak men-support kita , nak damn kita je

tahu tak english tu penting ?
penting-penting-penting-penting sangat nowadays
jadi salah ke bila kita cuba nak practise speaking dengan kawan-kawan
kalau dah kawan-kawan pun tak support ,
haihhhhhh

jap - jap
kalau korang confident nak speaking kan
korang speaking jep even korang tau ayat korang tu entah ke mana
HAHAHA
sebab kalau korang confident , even orang tu sound ke nganjing ke what ever
korang pergi depan dia korang macam ni
' i can speaking . you yang hadoooooo ? '
*okay ini sumpah rojak *
HAHAHA
korang nak tau tak
kalau korang fikir omputeh yang kat negara dorang tu speaking konon betul tu kan
sebenarnya dorang pun sama lah weh
dorang pun ada buat mistake , grammar tah kemana , sentence tah kemana
tapi dorang confident je sebab dorang tau kita takkan pertikaikan bahasa yang dorang cakap tu sebab dorang kan ORANG PUTIH . :D

tapi kan
aku pernah ada pengalaman kena sound dengan seorang hamba ALLAH ni
' yang kau mengagungkan bahasa kafir ni apa pasal ? '
erk ? bahasa orang kafir ?
okay kat sini aku nak tanya korang ......
setiap bahasa kat dunia ni siapa yang cipta ?
KALAU bukan ALLAH
takkan nak salahkan Tuhan sebab Dia yang cipta bahasa tu
jadi salahke bila kita practise bahasa inggeris
so kenapa perlu fikir macam tu sekali .........

tak faham dengan pemikiran orang kita ni
macam mana nak berkembang otak tu kalau set mind dah macam tu ?
hmmmmm fikir dan renung-renung kan lah ye wahai kaum-kaum ku ;')


p/s :cuak nak MUET bulan 10 & 11 ni .

Tuesday, July 26, 2011

MANA MEREKA HILANG ?

apa perasaan korang bila tiba-tiba facebook dah tukar IM CHATTING tu
okay i'm very dispointed sebab unable to chatting lagi !
arghhh . sangat sakit hati sangat sangat sangat ...........
lepas tu ada lah kawan tunjuk kan link untuk dapat kan the old chat box
so aku try la buat macam yang disuruh
tapi
ini lah yang aku dapat lepas aku install tu install ni

KFINE MERAJUK DENGAN FACEBOOK ;'(

Saturday, July 23, 2011

MEREKA SEGALANYA


seronok gila hari ni sebab mak ayah aku datang perlis dari johor
seriously rindu gila heaven kat dorang plus adik bongsu aku
so memang kena kiss lah budak kecik tu dengan aku
hehe ;')
so macam-macam la aku minta mak aku suruh bawak balik
example macam kat pic bawah ni

beg yang dah 4 tahun aku simpan dan pakai walau dah koyak rabak
gila sayang dengan beg tu
kuih sepit feveret aku ! :D

and yang paling buat aku happy sekali
mak aku beli kan baju kemeja kat aku satu
arghh dapat jugak pakai baju baru kat kmp ni . HAHA :p

P/S : betul ke colour purple melambangkan gay ? -,-'

Friday, July 22, 2011

EH EH BRUNO MARS MELAYU ?


kelakarnya bila dalam kuliah ada orang tegur
' hey bruno mars ! '

lepas tu ada pulak sorang kawan perempuan aku cakap
' alep , kawan asfiera cakap muka kau ada iras-iras bruno mars '

okay cukup membuatkan aku rasa nak tergelak
boleh tak ?
hahaha

tapi masalahnya ?
sama ke muka ALIFF HAIKAL budak melayu ni macam BRUNO MARS penyanyi hollywood tu . haha !

gelak sepuas hati lepas baca entry ini okay ! :P

Thursday, July 21, 2011

PANDAI TU SUBJEKTIF KAN

Pandai
Bila kita sebut je pandai
Mesti macam-macam dah terlintas dalam fikiran
Pandai dalam akademik,pandai dalam sukan,pandai dalam bersosial dsbn
Actually pandai ni adalah perkara subjektif
Semua manusia dikurnia kan satu kepandaian dalam diri mereka
Mungkin mereka bukan pandai dalam akademik tapi pandai dalam bersukan
Mungkin dorang bukan reti nak bersosial tapi dorang pandai dalam akademik
Atau mungkin dorang lemah dalam mengingat tapi tough dalam mengira
Ingat , semua manusia tidak ada yang sempurna

Tapi kan , ada jugak manusia yang tak pandai mengaplikasi kan kebolehan mereka tu
Kadang-kadang orang pandai boleh jadi gila tau !
Tak percaya ?
Cuba pergi kat hospital-hospital bahagia kat mana-mana
Mostly dari dorang adalah seorang professor,doctor,akauntan dsbn
Dorang pandai , tapi dorang tak pandai dalam mengawal kepandaian tu
Akhirnya memakan diri sendiri
Lagi satu , kita sebagai hamba Allah sepatutnya bersyukur dengan apa yang diberi
Sepatutnya kita imbangi lah diri antara dunia dengan akhirat
Bila dikurniakan kepandaian , jangan pula sekali-kali tinggalkan solat , tak bayar zakat , tak buat kebaikan ...
Kadang-kadang dorang terlalu fikirkan duniawi sampai lupa benda-benda wajib tu
Tak ke rasa rugi bila kita dah pandai , tapi tak solat
Seolah olah tak mensyukuri nikmat
Apa lah sangat spend kan 10 minit untuk bersolat
Kalau nak tengok wayang sanggup pulak ek nak menunggu sampai kan sejam dua jam ...
Maybe mulut kata ‘ aku bersyukur ‘ . tapi hati ?
Wallahualam .............

Sebagai contoh kan
Kat sekolah menengah aku dulu
Ada dua kes pelajar harapan sekolah . PELAJAR HARAPAN SEKOLAH
Dibuang sekolah kerana kes mengandung
MENGANDUNG okay !
Ya ALLAh ,
Kesian , masa depan hancur disebabkan gagal mengawal nafsu
Itu lah , kebanyakan sekolah aku taktau ah kan kalau ada sekolah lain tak sama
Kakitangan sekolah semua lebih member perhatian kepada pelajar-pelajar lemah
Sampaikan terlepas pandang budak-budak pandai sehinggakan jadi macam ini
So kita nak salahkan siapa ?
Lu piker ler sendiri ~

Kat matrikulasi ni
Aku tak nafikan memang ramai students yang pandai
Ada yang sampai 10 , 11 , 12 A
Tapi kita dengan satu matlamat datang ke sini untuk belajar kann
Kadang-kadang aku rasa geram dengan sesetengah mereka ni
Tahu lah pandai kan , tapi tak perlu la sampai nak menunjukkan sangat diri tu pandai
Apa lah salah nya , dah pandai duduk diam-diam kat kerusi tu
Kesian kat students yang agak lambat nak pikap , mungkin dorang tak suka kan
Biarkan cikgu sahaja yang bercakap di depan
Bila perlu baru si cerdik pandai ni berkata-kata
Ni tak , cikgu cakap sepoloh , dorang cakap sampai dopoloh tiga poloh . -,-‘
Haihhhh ,

So konklusinya kan
PANDAI TU SUBJEKTIF .. guna lah dengan cara berhemah . jangan kerana pandai korang jadikan alas an atau tiket untuk menindas orang lain
Kalau tiba-tiba Allah tarik balik nikmat yang diberi ...
Berfikir sebelum bertindak .
Wallahulam....

Friday, July 8, 2011

BEST KE ASRAMA TU ?

Asramaa
Bila sebut je perkataan tu kan
Mesti budak-budak yang tak pernah duduk asrama macam takut je ernn (macam aku ) haha
Tapi macam kita tahu
Belum cuba belum tahu kannn
So sesiapa yang dapat tawaran SBP ke , MRSM ke, IPTA ke, IPTS ke
Mesti korang akan lebih fikirkan pasal asrama lagi-lagi yang memang berjauhan dengan keluarga
Alaaa takpayah la nak menafikan . HAHA
Sebab aku pun macam tu masa mula-mula dapat tahu dapat matrix ni
Naaaaaaa amik kau dapat kat perlis kot
Lagi macam-macam aku fikir
Sampai kan mesti ada yang tak tidur malam kan
Kalau yang jenis memang tak pernah tinggal kan family dia mesti risau + sedih kan
Ye lahhh , tiba-tiba kena tinggalkan family sebab nak pergi belajar
Tapi kan cakap kau
Best lah sebenarnya duduk ber-asrama ni choppp ! bukan ber-asmara
HAHA

Sebenarnya kan kehidupan berasrama ni salah satu cara kita dididik untuk berdikari
Korang mesti masa sekolah dulu dok karang ayat pasal berdikari la apa lah kalau subjek BM kann
Tapi korang tak pernah rasa macam mana perasaan dia
So bila dah dapat rasa kehidupan berasrama ni mesti korang rasa ‘kenapa lah aku fikir bukan-bukan’
Dalam asrama kita akan dididik untuk basuh baju sendiri , seterika baju sendiri , kemas katil sendiri , makan minum tanggung sendiri and so on lah
Kalau kat rumah kebanyakan mesti mak ayah korang yang buatkan kannn ?
Tokseh la dok menipu kawe . HAHA
Dari situ korang dah belajar cara berdikari , cara nak survive hidup bila mak ayah korang dah takde suatu hari nanti . WALLAHUALAM
Lepas tu , asrama ni jugak mengajar erti berkerjasama
Tak percaya ?
Cuba bila tiba-tiba satu barang asrama tu rosak atau pecah atas kesalahan roommate Korang or korang sendiri
Korang mesti sebilik tu akan kerjasama macam mana nak cari jalan penyelesaian takut kantoi kat warden
HAHAHA :P
okay ini aku mengarut gila ! XD
Taklah , actually ni lebih kepada bila salah sorang ahli bilik atau asrama korang ada masalah , mungkin masalah yang terlampau berat
So secara tak langsung sebagai seorang roommate kepada kawan korang tu
Takkan korang nak berpeluk tubuh tak tolong dia
As a roommate , mesti korang ada inisiatif nak tolong dia
Kannnn ? J budi bahasa budaya kita !^^

Last but not least
Kehidupan asrama ni salah satu cara untuk mendidik korang macam mana kehidupan sederhana
Mana tak nya , tak semestinya asrama tu mampu menyediakan keinginan korang yang macam-macam tu
Paling koman pun dorang akan sediakan barang keperluan yang belum tentu sempurna ke tak
So dari situ korang kena bersyukur ada kemudahan walau pun tak sehebat macam kat rumah korang
Kannn ?

Ingat lah , hidup bersederhana tu amalan Nabi kita . inshaALLAH
So aku rasa kehidupan berasrama ni best lahhh
Apa pendapat korang ????? J
Kfinethxbye

Thursday, July 7, 2011

LELAKI OH LELAKI

bila tengok kebanyakan students kat institut pengajian tinggi
tak kira awam ke swasta ke half government ke
mostly students dia mesti perempuan kan ?
maybe sesetengah orang tak pelik kod dengan situasi macam ni
tapi tak fikir situasi macam ni adalah petanda yang dunia kini akhir usia ?

mana pergi lelaki - lelaki yang akan jadi tonggak utama sesebuah keluarga
mana pergi lelaki - lelaki yang akan mengharumkan nama negara
mana pergi mereka semua ni ?

kita selalu di sogok dengan berita kat tv or surat khabar tentang kes-kes jenayah yang berlaku kat dunia especially kat malaysia ni
tapi yang paling sedih ah kan
kaum aku sendiri yang buat perkara ni
ini ke jawapan bagi persoalan aku ?
kebanyakan dorang ni meringkuk di penjara , menjadi penagih dadah , menjadi bapak ayam and so on
apa nak jadi ni weh ?
takkan kita lelaki ni nak tengok negara kita dipimpin oleh seorang wanita kelak ?
takkan nak tengok dalam keluarga , perempuan yang menjadi KETUA walaupun sekarang memang ada pun situasi macam ni
tapi sebagai lelaki kannn
malu tak ?
memang pelik ah kalau siapa-siapa yang jawab
' entah , tak malu punn '
-,-' kfine kau tak malu kann , tapi aku malu

tahu tak sekarang ni negara bahkan dunia memerlukan seorang lelaki yang berpendidikan
untuk menjadi seorang pemimpin
tapi takkan kita nak bagi peluang ni kat perempuan ?

sedarlah weii , bangun lah weii
sematkan dalam diri , KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT , KENAPA AKU SEBAGAI LELAKI TAK BOLEH BUAT
inshaALLAH !

kat matrix aku ni
perempuan nisbah dengan lelaki , 7:3 tau
kau bayangkan dalam satu kuliah yang boleh memuatkan 100+ orang tu cuma ada 18 je lelaki
-,-'
nasib baik ada lelaki tau , kalau takde , hayooooo . HAHA
kfinethxbye

SEORANG LELAKI AKAN DIPANDANG TINGGI DENGAN PENDIDIKAN YANG DIA ADA

Tuesday, July 5, 2011

THE IMPORTANT DATE


1.8.2011 adalah tarikh keramat bagi aku
sebab ?
sebab start tarikh tu kitorang kena kuarantin di dalam bilik masing-masing sambil ulangkaji pelajaran
sebab 2.8.2011 dah start UPS ( Ujian Pertengahan Semester) bagi program matrikulasi seluruh malaysia . errr taktahu ah kan kalau ada tempat lain yang tak sama tarikh dengan matrik aku . huahuahuah :P

so dats mean tak sampai sebulan je lagi aku dah nak UPS kan
then boleh lah bercuti-catan selama seminggu ehh dua minggu okayyy :D
sekarang ni lecturer-lecturer tengah dok busy mengajar dalam kuliah plus dalan tutoran
mana taknya , tinggal beberapa minggu je lagi nak cover 4bab untuk UPS nanti
so far aku boleh follow pembelajaran kat sini
masa awal-awal hari tu memang lah agak kelam kabut . haha
tapi kan tapi kan , aku rasa belajar additional mathematic kat sini lagi senang dow dari sekolah . HAHA habis ah cikgu aku baca nanti , :P
tapi serious , masa sekolah kan , form5 baru aku dapat follow addmath , tapi kat sini sebulan je kod aku dah dapat catch up math dia
even math kat sini sambungan dari add math kat sekolah
tapi dia lebih advanced tauuuuu
so siapa yang rasa bangga terer add math kat sekolah tu , simpan-simpan lah kebanggaan anda tu yeee . HAHA
lepas tu kannn , akaun dia lebih advanced
kat sekolah kan kita buat akaun T
so kat sini kena update sikit sebab jarang guna akaun T .
aha jeng jeng jeng . siapa yang nak tau . masuk lah matriks yeee !

HEY HEY NAK HABAQ MAI KAT HANGPA SEMUA
siapa yang kata matriks ni susah ?
matrix ni tak susah mana der
kalau susah kenapa aku boleh lagi beronline berfacebook ?
TEPUK DADA TANYA SAKIT TAK . haha

SO ?
JOM MASUK MATRIX RAMAI-RAMAI
pssssssst : ini untuk adik-adik aku je , yang sebaya dengan aku takboleh nak masuk dah -,-'

kfinethxbye

Saturday, July 2, 2011

RUMIT KOT


aku tak faham
perlu ke couple kalau boleh menyusahkan orang lain ?
menyusahkan lah orang yang kau couple tu
bukan menyusahkan orang lain

tiba-tiba aku jadi mangsa
mangsa cemburu si lelakinya yang jeles bila aku rapat dengan perempuannya
hey hey
what the hell mannnnnn ?
kawan je kot and tak salah aku nak rapat bagai
siapa suruh suka kat perempuan tu
bila aku rapat mula lah nak jeles nak ayat menganjinggg tiap masa

come on lah !
datang sini nak belajar , bukan nak bergaduh
kfinethxbye ..